Home Puisi Umum KELIRU
KELIRU
Dayla nabila
8/11/2018 15:59:23
1,505
Kategori: Puisi
Genre: Umum
Keliru


Kadang kau keliru dengan apa yang berlaku

Kadang kau buntu jalan mana yang engkau harus tuju

Dalam benak fikiranmu terlalu banyak persoalan yang bermain 

Seolah olah seperti kedengaran musik yang tidak punya harmoni 

Semuanya tidak kena dengan rentak dan irama


Terkadang kau ingin berlari meninggalkan semua persoalan

Biar semuanya terus menjadi tanda tanya

Apa yang terjadi esok bahkan hari ini tidak mahu engkau ambil pusing

Biarkan dunia ini berputar tanpa merasai kehadiran kau walau sedetik 


Tapi


Engkau manusia

Tidak akan pernah lari dari setiap ujian yang diberikan oleh-Nya 

Belaian kasih-Nya tidak pernah putus untuk hamba-Nya 

Pulanglah,

Letakkan dahimu diatas tirai sejadah

Kau pasti akan temu semua jawapan untuk setiap kekeliruan itu.



Dayla Nabila,


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dayla nabila