426
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Empangan Airmata

tak ku lupa hari itu

kekal jiwa dihantu

penyesalan hanyalah padaku

tak ku tahu

jadi begitu.


masakan tiba-tiba

jerkah menerpa

di hadapan khalayak manusia

mengisar secebis jiwa

tanpa sedia periksa.


aku tertanya

salahku dimana

campingnya kat mana ? 

atau dendam yang kau sula

dengan isi iri dan sakit hati

kau membenci ? 


aku terdiam 

sejuta bahasa sifar kalam

hatiku robek padam

hambar..... bising....... suram.


jatuhku tertahan

kugagahkan jantan

airmataku kekal di empangan

ingin saja ku runtuhkan tangisan

menimpa aku satu satu kesalahan.


mataku sudah bergenang

tasik mata tenang

gema keaiban kian menghilang

tanganku di dada merafak gersang.


ku tangkaskan tali neuroku

mengingat kembali rentetan cerita pilu

cambah dendam tanpa tahu

mengundang amarah buru.


namun hasratku cuma

melupakan sahaja

hidup ini bukan dendam semata

ku tak sanggup menahan hidu syurga.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.