Home Puisi Keluarga Bisikan Pagi
Bisikan Pagi
Hati Sopak
8/1/2018 11:32:39
960
Kategori: Puisi
Genre: Keluarga

Bisikan Pagi

Aku bangkit dari mimpi sejuk selubungi diri,

Tatkala insan lain terbuai khayalan jauh dari realiti,

Aku gagahkan diri melangkah pergi bertemankan sebuah misi,

Bahagia ibu ayah yang dicari sebelum semua terlambat untuk terbukti.

 

Anakanda sayang,

Bangkit engkau ditengah kesejukkan hari,

Usah terbuai jauh diri terbalut selimut mimpi,

Terus berbakti untuk ibu pertiwi,

Moga terukir senyuman di setiap sanubari.

 

Terbang engkau di bumi Illahi,

Bertebaran keluar mencari yang tersimpan di bumi,

Jangan dibuai sebuah kejayaan yang diperolehi,

Meskipun ia hasil titik peluh sendiri.

 

Bangkit duhai bangsa terlena mimpi,

Kejarlah kejuaraan buat peribadi,

Simpan ia sebagai bukti yang hakiki,

Jadi pengajaran ke arah yang abadi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.