Home Puisi Cinta ERTI CINTA
ERTI CINTA
Dayla nabila
8/11/2018 12:35:23
1,338
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

Cinta 

Apa yang kau harap dari hadirnya cinta ?
Adakah semuanya indah seperti dalam pengakhiran novel cinta ?
Adakah hadirnya membawa seribu kegembiraan tanpa secalit luka ?

Dan adakah dia perlu sempurna untuk menjadi cinta hati kau tanpa perlu ada sedikit pun kekurangan ?


Sudah tentu tidak !


Penyatuan dua hati menjadi cinta bukan sekadar perjanjian untuk bersama menuju perkahwinan semata-mata
Ia perlu pengorbanan
Ia perlu kesabaran
Ia perlu kaharmonian hati 


Cinta itu tentang mencari dan melengkapi


Mencari yang benar-benar ikhlas menerima
Untuk melengkapi segala kekurangan.



Dayla Nabila,

08/11/2018

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dayla nabila