3,139
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
After Years
Musim panas berlalu.
Meninggalkan banyak memori.
Tibanya musim baru.
Tanpamu di sisi.

Apa khabarmu di sana.
Bersamanya, ku harap bahagia.
Sejuta kata yang ada, hanya sepi.
Memilih jalan ini, tak ku sesali.
Hidup ini bukan fiksi.
Tetapi sebuah realiti.

Biar kedinginan mencengkam,
biar kehangatan memeluk,
aku akan tabah menyendiri.
Tanpa mengharapmu kembali.

Setelah bertahun-tahun,
kita melalui segalanya.
Derita juga bahagia.
Terik mentari, lebat menitis.
Kita saling mencintai.
Kita saling menyayangi.
And I can't move on about you.

You, you, can't move on about you.
You, you, can't move on about you.
After years.

Bunga-bunga mula berputik.
Tapi kamu yang ku tertarik.
Sejuta bunga yang ada, hanya kamu.
Memilih jalan ini, aku makin buntu.
Walau inilah realiti,
aku mahukan sebuah fiksi.

Biar kelebatan membasahi,
biar keteduhan melindungi,
aku akan tabah menanti,
Yang mengharapmu kembali.

Setelah bertahun-tahun,
kita melalui segalanya.
Benci juga cinta.
Dipayungi mendung, gerimis hujan.
Kita saling mencintai.
Kita saling menyayangi.
And I can't move on about you.

You, you, can't move on about you.
You, you, can't move on about you.
After years.
Dan, kita
di haluan yang asing.
Tanganku ingin menggapaimu
membawa ke haluanku.
Agar kita bisa,
bersatu.
After years.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham