Bila malam melabuh tirai
Beburung dan unggas riang ke sarang
Rembulan segan silu mengintai
Bintang riang mengerdip mata
Berjuta-juta di lautan angkasa
Bila
malam menginjak dewasa
Banyak tentu menyimpan rahsia
Rasa
takut juga gembira
Berbagai episod mula tercipta
Ahh...si penyangak mula menjengah muka
Si pengkarya hebat memerah idea
Dua
kekasih berjanji setia
Yang
sah berakad tidur bersama
Bila malam tiba
Mentol lampu redup bercahaya
Night club menjadi syurga
Pelacur sedia menawar khidmatnya
Malam
sudah bersaksi
Mat
rempit mempamir aksi
PATI menjejaki pantai bertepi
Hantu syaitan bangkit menyerigai
Malam…
Sahabat haiwan yang mencari makan
untuk si kecil yang kelaparan
Sungguh beruntung insan yang warak
Sujud Tahajjud menyerah diri
Kepada Pencipta malam dan siang
Yang saling berkejaran
Dua puluh empat jam sehari semalam.
Esok…
Malam
akan kembali lagi
Mewarnai sisi dunia yang terlindung
Kita terus menyambung mimpi
Dengan
episod yang bukan semalam.
Mohd
Fauzi bin Abdul
Cameron
Highlands