836
Kategori:
Genre:
Senarai Bab

Di sini dunia kita

Di daratan dan di lautan

Tanah, air, api dan angin

Nikmatlah, percuma atau sebaliknya


Di sini pepohon memaku tanah

Akarnya tekun mencacah bumi

Gigih dan sabar meniti usia

Dapatkah kita kenang jasanya?


Di lautan semua sudah tersedia

Hanya terserah pada kita

Bagaimana mahu manfaatkannya


Di sana sini ada jiwa

Tidak tahu berapa nilainya

Layak menjadi intan atau batu sahaja

Kedua-duanya sukar dibeza.


Hilai tawa dan derita

Kudus iman dan noda dosa

Berbaur menghiasi rupa jiwa

Benar ikhlas atau rekacipta


Di mana-mana ada syaitan dan iblis

Tentu sentiasa bermaharajalela

Bertopengkan pujangga menyesatkan manusia

Memimpin anak-anak adam

Menuju lubang-lubang api neraka


Di dunia kita ada cerita

Sebagai tempat penglipurlara

Hanya sekadar sementara.


Mohd Fauzi Abdul

Cameron Highlands

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh