817
Kategori:
Genre:
Senarai Bab

Peperangan sepanjang zaman

Kini sudah bermula

Perancang menyusun strategi

Gempita tentera dua seteru


Tegap gagah barisan hadapan

Berderap telapak kuda tentera

Pemanah setia di tembok istana

Panglima hebat tak takut mati !


Tanpa semboyan dan panji-panji berdaulat

Tanpa suara dan laungan semangat

Tanpa senjata dan misil berat

Tanpa darah, tanpa kudrat


Ayuh! pertahankan mahkota raja

Majulah dengan senyap

Menyusup ke pengkalan musuh

Jika terasa akan kalah

Berundurlah, perkemaskan semula langkahmu


Melayanglah di atas ubun-ubun musuh

Pasti mereka gugur satu persatu


Awas jika tersalah langkah

Jasadmu kan dihimpun di luar gelanggang

Bersama pahlawan sunyi yang berjasa


Taktik dan muslihat

Siapa lebih hebat

Pahlawan adalah panglima

Panglima adalah perancang

Berjuang...hanya di atas meja kopi


Dalam pertempuran di medan sunyi

Musuh pasti kan tewas

Dengan dua kalimat

Yang amat digeruni

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh