884
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
BAB 1

Syarikat Bina Bakti, Kuala Selangor


Zamanimenolak pintu bilik mesyuarat yang diperbuat daripada kaca itu. Sebelum diamelangkah masuk, kelibat ahli jawatankuasa yang terlibat sama dalam mesyuarattergempar itu menjadi tontonan Zamani dari luar. Wajah setiap seorang daripadamereka kelihatan sugul sebelum mereka meninggalkan bilik itu. Zamani mula tidaksedap hati. Kaki kanannya diatur perlahan sambil mulutnya terkumat-kamitmembaca bismillah.

“Haa... Zamani! Kamu sampai tepat pada masanya.”Seorang lelaki bertubuh gempal terus mendekati Zamani dengan wajah yang ceria.

Zamani tersenyum hambar sebaik berhadapan denganlelaki itu.

“Baiklah. Dengan ini, saya memberi kepercayaankepada kamu untuk menyelesaikan projek kolej yang terbengkalai di Naka, Kedah.Boleh, ya?” soal lelaki bertubuh gempal yang merupakan seorang pengurus projekdi syarikat itu.

Zamani tergamam buat seketika. Dia melangkah setapakke belakang. Selama ini, belum pernah lagi dia menerima projek yang bernilaijutaan ringgit seperti itu. Sebagai seorang penyelia tapak yang baru, anak mudaitu masih ragu-ragu untuk menerima projek kolej terbengkalai tersebut.

“Tapi, Encik Mustafa. Siapa yang sepatutnya ambilalih projek ini, ya?” Zamani sedikit bertegas dalam menuturkan kata.

Pengurus projek itu menggaru-garu kepalanya yangtidak gatal itu. Dia tersengih lebar.

“Err... penyelia yang sepatutnya ambil alih ada halyang tidak dapat dielakkan. Jadi, dia tidak dapat meneruskan projek kolejtersebut. Sudah hampir enam bulan projek itu terbengkalai,” ucap pengurusprojek dengan panjang lebar.

“Hmm... saya tak berani nak buat keputusanlah, tuan.Saya masih baru lagi dalam bidang ini. Banyak yang perlu saya belajar.” Zamanimula berdalih. Sebolehnya, dia tidak mahu terlibat dengan projek tersebut.

 

 

Encik Mustafa mula susah hati. Wajahnya diraupberkali-kali tanda kurang senang dengan jawapan anak muda itu. Jika dia masihbertegas tidak mahu meneruskan projek pembinaan kolej yang terbengkalai itu,Syarikat Bina Bakti Sdn.Bhd bakal dikenakan kompaun hampir berjuta nilainya.

Zamani merenung dalam-dalam wajah berkedut milikEncik Mustafa. Dapat dilihat dari matanya bahawa pengurus projek itu meletakharapan tinggi buat anak muda itu. Tanpa berfikir masak-masak, Zamanimengangguk biarpun berasa terlalu berat untuk menerimanya. Lantas Encik Mustafatersenyum lalu menyerahkan satu fail yang agak tebal kepada Zamani.

“Dalam fail ini ada borang-borang yang perlu kamutanda. Semak segala kerja yang dilakukan dan kawal selia kerja di tapaktersebut. Satu lagi, saya nak serahkan buku diari khas untuk tapak projek. Kamuperlu merekod dan mencatat segala aktiviti projek yang dilakukan setiap haridalam diari itu.”

“Setiap dua minggu, kamu perlulah melaporkankemajuan tapak projek tersebut. Mungkin dengan adanya kamu sebagai penyeliatapak, projek kolej yang terbengkalai hampir enam bulan itu akan siapsepenuhnya. All the best, Zamani...” Pengurusprojek itu menepuk-nepuk bahu anak muda itu.

Zamani tersenyum bangga sebaik mendapat kata pujian EncikMustafa. Lantas tangan dihulur untuk berjabat tanda setuju. Sebelum merekaberedar, pengurus projek itu merapati Zamani sambil tersenyum lebar.

“Ini ada sedikit saguhati daripada saya tanda terimakasih.” Lelaki bertubuh gempal itu terus menghulurkan sekeping kertas yangsedikit keras.

Zamani tercengang sebaik melihat angka yang terterapada kertas itu. Sebolehnya dia mahu menolak, tetapi risau jika pengurus projekitu berkecil hati. Dengan penuh keikhlasan, Zamani terus mencapai sekeping cekitu dari tangan Encik Mustafa.

“Kamu boleh gunakan duit itu untuk ke Kedah nanti.Soal tempat tinggal, nanti saya akan beritahu kamu semula, ya. Sebab susahsikit nak dapat rumah kosong dekat sana. Rumah tumpangan pun tak ada. Hotelpulak jauh dekat bandar. Di sana, ada pekerja yang akan tumpangkan kamu buatsementara.”

“Baiklah, tuan. Terima kasih, ya. Esok saya akanberangkat ke sana,”

Zamani segera beredar dari bilik itu. Dia tersenyumbangga kerana diberi kepercayaan yang tinggi untuk meneruskan projek kolejterbengkalai tersebut. Pada masa yang sama, hatinya juga turut meronta-rontauntuk tidak meneruskan projek itu. Tetapi, kenapa? Persoalan itu sering bermaindi minda Zamani. Masih tiada jawapan.

“Aku harap kau dapat bertahan lama, Zamani. Dah takada yang sanggup meneruskan projek kolej terbengkalai itu,” monolog pengurusprojek itu sendirian.

                                                                 *

Kolej Teknologi Naka, Kedah


Setelahhampir lima jam dalam perjalanan, Zamani tiba di tapak pembinaan kolej yangsudah enam bulan terbengkalai itu. Dia segera keluar dari perut kereta. Senamanringan juga dilakukan untuk menghilangkan sengal-sengal di tubuh. Jam tanganditenung seketika. Waktu sudah menjengah ke 5.30 petang.

Zamani segera mencapai beg sandangnya yang memuatkanbeberapa fail penting tentang pembinaan kolej itu. Punat kunci di alat kawalanjauh kereta ditekan sebelum dia memulakan langkah meninjau di sekitar kawasanpembinaan kolej yang seluas 10 hektar tersebut. Benar apa yang dikatakansebelum ini. Pembinaan kolej itu hanya tinggal 30 persen sahaja sebelum siapsepenuhnya.

Tetapi, yang menjadi persoalan adalah kenapa projekpembinaan kolej itu terbengkalai? Tidak logik jika hanya disebabkan oleh penyeliasebelumnya melarikan diri kerana tidak dapat meneruskan projek itu. Sedangkanprojek ini menelan kos hampir berjuta nilainya. Zamani segera menarik nafasdalam-dalam sebelum dilepas mengikut ritma degupan jantung.

Sedang Zamani melewati setiap bangunan yang masihbelum siap sepenuhnya, sepasang telinganya menangkap bunyi seperti orang sedangberjalan di hadapan. Tanpa berlengah lagi, Zamani segera mempercepat langkahnyauntuk mencari punca bunyi itu.

Sepuluh minit telah berlalu, Zamani masih lagi tidakmenemui sesiapa yang berada di bangunan-bangunan tersebut. Dia hampa dan terusmengatur langkah pulang ke keretanya. Semasa dia ingin melintasi satu bangunanyang sedikit suram akibat terlindung dengan cahaya, anak matanya sepertiterpandang seseorang sedang mengintainya di sebalik dinding bangunan.

“Siapa pulak yang mengintai ni?” soal Zamani dalamhati.

“Ah, perasaan aku aje kut... .”

Zamani tidak menghiraukannya.  Lantas dia meneruskan langkah kakinya sehinggatiba di kereta. Namun, hatinya langsung dijentik perasaan takut. Seolah-olahada sesuatu yang menghuni kawasan itu. Belum sempat pintu keretanya dikuak,bahu Zamani ditepuk seseorang dari arah belakang.

“Assalamualaikum... ,” tegur seorang lelaki yangagak berusia dari belakang.

“Waa... waalaikumsalam, fuh... .” Zamani mengusapdadanya berkali-kali. Terkejut agaknya.

Anak muda itu terus mengecilkan kelopak mata.Dilihatnya seorang lelaki berusia sedang berdiri di hadapannya sambil memegangpisau sabit. Terdapat kesan tanah di mata pisau itu.

“Anak ni siapa, ya? Rasanya belum pernah lagi pakcik nampak kamu dekat sini,” soal orang tua itu sambil tersenyum.

“Oh, saya memang bukan orang sini, pak cik.” Zamanimenghulur tangan untuk berjabat.

“Jadi, anak ni datang atas urusan apa, ya?” Sesekaliorang tua itu mengerling ke arah kolej terbengkalai tersebut sambil berjabat tanganbersama Zamani.

“Saya diminta datang untuk menggantikan penyeliatapak yang sebelum ni. Dengar cerita penyelia sebelum ni melarikan diri. Itusebablah kolej ni terbengkalai untuk masa yang agak lama,” terang Zamanipanjang lebar.

Orang tua itu tergamam buat seketika. Dia terusmemandang Zamani dari atas ke bawah. Kemudian, lelaki itu menghadiahkan seukirsenyuman.

“Oh, jadi anak nilah penyelia tapak yang baru, ya? Taksilap semalam Encik Mustafa ada beritahu pada pak cik tentang penyelia tapakyang baru akan datang. Tak sangka pulak, kamu orangnya.” Orang tua ituberbasa-basi sambil tersengih.

“Encik Mustafa?” Zamani mengerutkan dahinya.

“Yalah. Encik Mustafa, pengurus projek yang bertugasdekat sini,” jawab orang tua itu.

“Oh... Maaf bertanya, macam mana pak cik boleh kenaldengan dia?” Sepasang kening Zamani terangkat. Dia ingin tahu.

“He... he... Pak cik ketua pekerja dekat sini. Tapi,dah hampir enam bulan tak bekerja. Kamu tengoklah keadaan kolej ni. Penyeliatapak yang sebelum tu tiba-tiba melarikan diri. Tergantung rezeki kami semuadekat sini,” jelas orang tua itu panjang lebar. Kedengaran suaranya agak sebakdi hujung.

Zamani mendekati orang tua itu. Wajahnya ditenungdalam-dalam sebelum tubuhnya dipeluk tanda simpai.

“Insya-ALLAH, pak cik. Saya berjanji untukmeneruskan projek kolej terbengkalai ni. Saya beri jaminan bahawa nasib kitasemua terbela dan tiada penindasan pekerja berlaku.” Zamani hampir sebak dalammenutur kata.

“Alhamdulillah. Bersemangat pak cik dengar kamucakap ni. Nama pak cik, Shafi. Apa nama kamu, ya? Terlupa pulak nak tanya. Dahjauh berborak baru teringat. He... he... .” Orang tua itu terketawa kecil.

“Zamani, pak cik”

“Kalau begitu, marilah ke rumah pak cik dahulu. Dahdekat senja ni. Tak elok kita berborak lama-lama dekat sini.” Dilihat sepasangmata Pak Shafi memandang ke arah kolej itu sebelum menghidupkan enjinmotorsikalnya.

Zamani yang melihat kelakuan orang tua itu mulamerasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kawasan itu. Segera wajahnyadipaling ke arahnya. Dilihatnya bangunan kolej itu suram tanpa ceria. Tumbuhanlumut yang memenuhi segenap dinding dilihat tumbuh malar menghijau.Masing-masing seperti sedang berlumba ke garisan penamat.

Sedang anak muda itu menatap kawasan tersebut,sepasang matanya terus menangkap satu susuk putih sedang berdiri tegak sambilmemandang ke arahnya. Susuk putih itu dilihat seperti pohon pisang yang berbungkusserta berbunjut di atasnya. Jarak Zamani dengan lembaga tersebut hanyalahsekadar 50 meter dari pintu masuk kolej itu.

Zamani mula cuak. Lantas dia menoleh semula ke arahPak Shafi. Entah kenapa dadanya berdebar-debar kala itu.

“Zamani?” Pak Shafi bersuara sebaik terlihatkelakuan ganjil anak muda itu.

Zamani hanya tersenyum hambar. Dia terus melangkahmasuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan sebelum dia mengekori motorsikal PakShafi dari belakang. Anak muda itu benar-benar terkejut. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.