Home Novelet Komedi/Romantik Komedi MADU FIRST CLASS
MADU FIRST CLASS
Yin Areesa
5/2/2018 16:41:08
5,919
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 4

Nafas aku Tarik panjang-panjang. Apayang bakal aku lakukan ini bukanlah menunjukkan bahawa aku adalah manusia yangkejam dekat dunia ini. Err, kejam dengan suami sendiri pulak tu.

Aii minta maaf KakUmi.

Kata Kak Umi, akuboleh buat apa saja asalkan perkara yang aku buat itu mampu untuk menyelamatkanDatuk Haris. Makanya, aku mempunyai sebab musabab yang kukuh untuk buat semuaini.

            “Rumahini I dah nak sewakan. Penyewa pun I dah dapat. Untung-untung I dapat incomesampingan seribu dua sebulan. Jadi, I harap you faham.”

            Takjadi Datuk Haris nak minum, terus dia letakkan cawan dengan kasar atas alasnya.Matanya mencerlung tajam ke wajah aku. Memanglah aku takut tapi kena tunjuk akutak takut. Dengan lelaki ini, kena sentiasa tunjuk kita kuat. Pesan isteripertamanya, tau.

            “Whatdo you mean?” Dia bertanya dengan nada yang serius dan tegang.

            Akutersandar ke kerusi makan. Kau mampu Aii!

            “Rumahini perlu dikosongkan sebelum penyewa masuk. Esok.”

            Bingkaslelaki ini bangun tegak. “What?!” Melengking tinggi suaranya. Sedikit akutersentak. Huisy, janganlah ada yang makan pelempang ni.

            “Kenapa?Ini rumah I, kan? You pun ada rumah sendiri. Tu kat Putrajaya. You nak buat aparumah tu? Biar jadi tukun. Begitu?”

            Turunnaik dada Datuk Haris menahan marah yang bukan sedikit. Sampai memerah mukadia. Rahangnya bergerak-gerak. Agaknya kalau aku ini lawannya iaitu samajantina, mesti lunyai aku dikerjakan. Err, Datuk Haris pandai ke bergaduhberantam ni?

            Tengoklengan tu… Okey, sekali dia pulas leher aku, memang patah riuk!

            Tapi,takkanlah dia nak buat dekat aku. Aku ni, kan perempuan. Bini dia juga. Tapi,dalam masa sekarang mungkin dia tak Nampak aku sebagai isteri dia. Cara diapandang aku serupa aku ini adalah musuh terhebat untuk dia.

            “Kitasemua akan pindah ke rumah you dekat Putrajaya. I isteri you. Kedudukan Iadalah di sisi seorang suami. Dan suami I itu adalah you. Ingat, kalau you nakmenafikan hak I yang itu, rumah ini I akan jual terus.”

            Akumenggunakan strategi mengugut lelaki ini. Cakap dengan kasih sayang serupakurang berkesan. Jadi kita gun acara ekstrem sikit.

            “Kauni… dasar perempuan hipokrit!” Terlentang kerusi makan yang diduduki datukHaris sebenatar tadi akibat ditolak secara kasar. Dia sudah melarikan diri kedalam biliknya. Seketika kemudian aku terdengar bunyi barangan kena hempas daritingkat atas.

            Diabuat amukan dah!

            KakAminah berlari mendapatkan aku. Hanya senyum kelat yang menjawab soalan padawajah kak Aminah. “Jom Datin kita tengok. Risaulah saya.”

            Akumenggeleng. “Biarkan Datuk begitu. Biar dia lepaskan perasaan dia. Nanti biladah habis semua amarah tu, dia akan senyap.”

            KakAminah tayang muka serba salah. “Dulu Datuk tak macam ni. Sekarang ni perangaiDatuk makin menjadi-jadi. Sampaikan kami semua ni rasa macam ada sesuatu sajadengan Datuk.”

            Bunyihempasan sesuatu yang kuagak seperti kerusi menarik pandangan aku dengan KakAminah ke tingkat atas. “Ya, saya tahu itu. Sebab itu saya nak bawa Datuk balikPutrajaya.”

            MataKak Aminah tepat ke wajah aku. Dengan riak tidak percaya!

            “Sayadengan Datuk akan balik ke Putrajaya. Kak Aminah duduk di sini dahulu. Boleh?”

            Wanitaini seperti ada sesuatu yang berlegar dalam fikiran dia.

            “Sayatakut Datin.” Kemudian matanya meliar merata.

            “Maksudakak?”

            NampakKak Aminah menelan liur. Terasa payah untuk dia menyebutkan apa yang ada dalambenaknya. “Hari itu Tuan Sufian datang. Masa tahlil. Kemudian saya ternampakdia berjalan-jalan di kawasan rumah ini sambil menabur sesuatu.”

            Akuterdiam. Menganalisa setiap patah yang terbit dari bibir Kak Aminah. Adakah iajuga berkaitan dengan mimpi ngeri yang aku alami tiga malam berturut-turut yanglepas?

            “Sejakitu, saya rasa meremang bila keluar ke laman belakang. Pernah juga rasa macamdiganggu tapi saya sentiasa mengamalkan Al-Mulk setiap malam. Itu yang kurangsikit perasaan seram itu.”

            Akuangguk tanda faham. Kemudian aku pandang ke atas lagi. Nampak gayanya tindakanaku memang wajar dengan melarikan Datuk Haris dari rumah ini. Pada hemat aku,lelaki itu seolah-olah tidak mahu meninggalkan langsung rumah ini. Malam-malampula biliknya dikunci rapat. Aku nak buka dengan kunci pendua pun tak bolehsebab dia manggakan dari dalam.

            Pelikkan?

            “Akaksiap-siap. Kita akan balik ke Putrajaya juga. Paling lewat esok pagi.”

            Tiba-tibakedengaran bunyi derap kaki orang berlari. Aku dan Kak Aminah terkejut. Munculpula Abang Zali, pemandu kami yang tercungap-cungap mengambil nafas selepasbeberapa ketika. “Datin, Datuk lari!”

            “Haah?”Suasana jadi kalut.

            “Diake mana?” Aku menanya dengan cemas.

            “EntahlahDatin. Pakcik Musa sedang mengejar.”

            Akujadi kelam kabut. Nak buat apa sekarang ni?

            Tangankak Aminah aku sauk. “Jom… Kita kejar Datuk. Abang Zali tolong ajak beberapaorang kampung untuk menolong.”

            “BaikDatin.”

            Kamibergegas keluar dari rumah. Sempat menyarung sandal yang berlainan warna.Entahlah, semuanya jadi caca marba. Ke manalah pula laki aku ni?

            “Kitapergi ke hujung kampung. Ada sungai kat situ.” Usul Kak Aminah bila kami tibadi hujung jalan. Termengah-mengah juga kami jadinya.

            “TakutDatuk terjun sungai sana.” Sambungnya yang keputusan nafas.

            Jantungkudilanda debar yang bukan sedikit. Allah, bantu hambaMu ini.

            “Jomkak!”

            Kamiberlari lagi menuju ke hujung kampung!

            Ditengah jalan kami terjumpa sebelah selipar. Tergamam aku. Itu, selipar lakiaku! 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yin Areesa