Home Novelet Kisah Hidup SEMUA TENTANG KITA
SEMUA TENTANG KITA
Haiza Haifa
15/3/2021 03:27:40
459
Kategori: Novelet
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
Bab 2

“ABANG Fahmi… stok buku yangkelmarin tu macam mana? Nak susun sini atau letak kat rak promosi?”

Fahmi buat tak endah. Dia ralitmemandang ke pintu masuk.

Yang bertanya itu, menolak bahuFahmi, “Abang tengok apa dari tadi ni?” Dia jugak turut memandang ke arah mukapintu. “Abang oi… dengar tak saya panggil ni?” jeritnya di tepi telinga Fahmi.

Fahmi tersentak. “Hah? Apa diaRazak?”

Razak senyum meleret. “Tunggu siapayang sebenarnya ni? Kakak yang kelmarin itu ke?” Dia membuat serkap jarang. Bukannyadia tak perasan yang kelmarin si abang Fahmi ni… asyik saja dok perhati kakakcustomer kelmarin tu.

“Hish mana ada. Kakak mana ni?”

Razak sengih “Yalah tu… tengok mukapun dah tahu. Abang tunggu dia kan?”

Fahmi buat tak tahu. Dia pura-puramenyusun buku lalu mengubah topik perbualan, “Tadi kau tanya aku pasal stok tukan? Letak saja kat rak fiksyen bahasa Inggeris, itu kan tajuk lama,”

Razak pandang Fahmi, “Aik, abangdengar rupanya ingatkan dah pekak?!” sindirnya tanpa berlapik.

Fahmi sekeh kepala Razak. “Kau nikan… aku dengarlah, cuma aku malas nak balas,”

Razak ketawa. “Yalah tu. Kalau abangnak tahu… Kakak tu selalu datang sini… tapi taklah kerap sangat. Dalam sebulantu… adalah dalam 2 atau 3 kali… Kalau abang nak kenal dia saya boleh tolongkenal-kenalkan” Dia angkat kening sambil tersengih.

Fahmi ketap bibir. Kalau takmengenangkan kau ni sepupu aku haih dah lama aku belasah kau tau. Tapi semua tuFahmi tak cakap pun. Dia cakap dalam hati aje. “Zak, aku dah kenal dia la,”

Razak pandang dia pelik, “La kalaudah kenal apasal tak tegur,”

“Aku takut tersalah orang. Sebabdulu dia tak bertudung. Salah tegur orang buat malu diri sendiri sahaja nanti,”terang Fahmi.

Razak angguk. “Betul jugak tapikalau abang tak tegur mana nak tahu. Abang kenal dia dah lama?”

“Kau ingat tak aku pernah pergiSwitzerland bertahun dulu?”

Razak angguk. “Oh… yang masa abangseronok jadi pengembara dulu tu?”

“Ya, masa aku backpacker kat Swissdulu tu… Masa itu lah aku jumpa dia.”

“Wow lama tu… patutlah abang takutsalah orang,”

“Ha tahu pun…”

“Ala…. Nanti dia datang tegurajalah. Kalau salah orang pun kenapa. Boleh kenal jugak kalau dah berkenan kan?”sakatnya sebelum masuk ke dalam stor menyimpan buku.

Fahmi geleng kepala. Sejarah diadengan gadis itu… adalah sesuatu yang dia nak lupakan. Tapi… itulah bila dahtak ingat. Tetiba pulak si gadis itu muncul kembali.

 

 



 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.