Bab 13

Pelabuhan DuaMarkaz Utama Jabatan Zentrix.

Suasana berubah. Kini, mereka berenamselamat sampai di Pelabuhan Dua Markaz Utama Jabatan Zentrix. Kelegaanterpancar pada wajah masing-masing. Mereka kemudiannya berdiri dan seorang demiseorang turun dari kapal layer itu. Prof Helt, Mary, pasukan keselamatan danparamedik sudah menunggu di jeti pelabuhan.

Tiba giliran Rienna untuk turun, diaterperasankan sesuatu. Di mana Kai?

“Madam. Kai dah turun ke?”. Riennabertanya.

Bitch yang berada di depannya, berpalingke belakang. Dahinya berkerut. “Bukan ke dia bersama Frezay dan Vishvak ketadi?”.

Rienna menggeleng dan buntu. Bitch segeramenghubungi Karasuma yang masih ada di dalam kapal lagi. “Karasuma, tolong cariKai”.

Frezay dan Vishvak yang sudah sampai dijeti, terperasan yang Kai tidak ikut berada bersama mereka. Padahal, merekayakin Kai ikut turun sekali tadi.

“Ada masalah ke?”. Prof Helt bertanya.

“Kai masih belum turun.” Vishvakmenjawab.

Bunyi getaran fonsel Prof Helt mematikanniatnya mahu bertanya lanjut. ‘Karasuma.’ Nama yang terpapar pada skrin fonsel.

“Prof, hantar pasukan paramedik ke sini.Sesuatu berlaku pada Kai.” Karasuma melaporkan.

Prof Helt terus berubah air mukanya. Diadah jangka akhirnya perkara ni akan berlaku juga. Tapi setidak-tidaknya, iaberlaku ketika Z5 selamat sampai di markaz. Terus Prof Helt mengarahkan pasukanparamedik yang sudah bersedia untuk pelbagai kemungkinan segera naik ke kapal.

Frezay dan Vishvak berdebar-debar. Juniormereka seorang ni, sangat kasihan tetapi kuat semangat dan memiliki semangatjuang yang tinggi, walaupun ada kalanya perangainya sangat kerek.

 

Kapal Viu Jack

Kai terlentang di lantai kabin kapan.Mukanya pucat dan sesekali berkerut. Dia ingin mengatakan sesuatu, tetapidirinya teramat lemah sehingga suaranya pun tenggelam timbul. Ketika kesakitanmenyerang dada, tubuhnya akan menggigil hebat sampai meringkuk. Peluh merenikdari dahi dan lehernya sehingga menampakkan urat hijau.

Karasuma dan Bitch serta Rienna disisinya masing-masing memancarkan sinar kebimbangan. Karasuma dilihat sesekalimelihat jam tangan dan bercakap melalui alat pendengaran jarak jauh.

“Kai, lihat aku.” Bitch bersuara tegas.Sengaja mengalihkan perhatian Kai kepadanya.

Kai memberi respon walaupun matanyahampir tertutup.

“Kau nak mengalah Kai? Ingat Farynne,Kai. Farynne perlukan kau.” Bitch bersuara lagi.

Mendengar nama Farynne, Kai membuka mata.“F..Far..Farynne..” Kai akhirnya bersuara. Serak.

Rienna hanya membatu di sisi Kai,memerhatikan gaya bicara Bitch dan respon Kai. Terdetik di hatinya tentangsiapa Farynne tapi dikuburkan saja persoalan itu. Siapa dia untuk tahu kisah Kai? Takpenting buat masa sekarang. Apa yang penting, Kai mesti selamat. Teman bergaduhtapi mesranya itu mesti selamat. Kalau tak, rindulah dia nanti kalau Kai takada. Bosan. ‘Eh, dah kenapa aku? Ha. Ha ha.’ Hatinya bermonolog sendirian.

“Kai please stay with us!!”.

Rienna tersedar dari lamunan. Suara cemasBitch menerobos menembusi imaginasinya. Kai dilihat sudah tidak bergerak. Bitchmasih setia menepuk-nepuk pipi Kai sampai merah dikerjakannya. Tidak lamakemudian, pasukan paramedik sampai ke kapal lalu mengambil alih urusanmenyelamatkan Kai.

Bilik Gerakan 2Markaz Utama Jabatan Zentrix.

Prof Helt mundar mandir di sekelilingbilik gerakan. Nampak dirinya tidak tenang.

“Vishvak, jelaskan apa yang berlakusepanjang korang di Mesopotamia. Jangan tertinggal sikit pun info.” Arah ProfHelt.

Vishvak mula bercerita dan sesekaliceritanya ditambah oleh Frezay dan Rienna. Karasuma dan Bitch yang turut sertadi dalam bilik itu hanya memerhatikan sahaja keadaan itu. Prof Helt sesekalidilihat mengangguk-angguk kepala, menggeleng dan berkerut dahi.

“Begitulah Prof..” Vishvak mengakhirilaporannya.

Prof Helt menggosok dagu dan sesekalitenggelam dalam fikirannya.

“Jadi, aku boleh agak apa yang berlakupada Kai.”

Mendengar ayat Prof Helt, ketiga-tiga Z5serentak memandang prof tua itu.

“Aku rasa dah tiba masanya untuk korangsemua tahu mengenai Kai.” Prof Helt menghela nafas, menanti reaksi Z5. Sepertididuga, mereka bertiga serentak memandangnya.

“Kai aku ambik sebagai anak angkat sejakumurnya 13 tahun. Dia anak yatim piatu. Ibu dan ayahnya mati dibunuh Mixzofdalam insiden letupan Makmal Timur Jabatan Zentrix. Kai ada adik perempuan,namanya Farynne. Farynne masih dalam tahanan Mixzof dan dialah satu-satunyaharapan Kai untuk terus hidup sampai sekarang. Masa aku jumpa Kai, Kai dahnyawa-nyawa ikan, teruk dikerjakan oleh konco-konco Mixzof. Mixzof..sangatberdendam dengan keluarga Kai sebab satu benda. Formula Hybrid Extended Life.Mixzof percaya kalau dia dapat formula ni, dia akan berjaya kuasai dunia danhidupnya akan kekal abadi.”

Frezay mengangkat tangan. “Jadi apa yangberlaku pada Kai..?”

“Sebelum aku jumpa Kai, Kai terlebihdahulu dijadikan bahan eksperimen. Mixzof sebenarnya dah berjaya mendapatseparuh dari data formula tu. Selepas dia membunuh ibubapa Kai, dia jadikan Kaibahan uji kaji untuk melengkapkan separuh lagi eksperimennya. Tindakan ni jugasebagai balas dendam pada Duke dan Dutchess yang sampai ke mati rahsiakan dimana lokasi sebenar formula tu. Aku kenal Mixzof. Kalau dia bermusuh denganseseorang, dia akan seksa orang yang berkaitan dengan musuhnya. Kalau Duke danDutchess tak bagi formula tu, maka nyawa Kai dan Farynne menjadi taruhan.” ProfHelt menghela nafas.

Terpancar riak bengang di wajah Z5.

Prof Helt menyambung lagi. “JabatanZentrix berjaya menyelamatkan Kai dari Mixzof, tapi tidak Farynne. Sepatutnyakami berjaya selamatkan budak berdua tu, namun siapa sangka takdir tidakmengizinkan keadaan itu berlaku lagi. Pada hari tu, demi menyelamatkan Farynne,Kai meminum cecair ujikaji formula ke-10. Kalau kami sampai lewat sikit je, Kaidah tak ada dah atas muka bumi ni, selamat bersemadi bersama Duke dan Dutchess.”Prof Helt menjadi emosional dan menumbuk meja. Geram bercampur sedih.

“Apa effect formula ke-10 ujikaji tu?” Kalini, Rienna bertanya, resah.

“Korang dah tengok sendiri tadi kan?”Prof Helt menghela nafas. Diperhatikan saja wajah Z5 yang menanti jawapan.

“Kai kena pastikan dirinya tidak sakitmelebihi 2 NRS (Numeric Rating Scale). Jika NRS dia naik kepada skala 3 sehingga6, aku terpaksa halang dia dari buat apa-apa benda sekalipun.” Sambungnya lagi.

“Kenapa Prof?” Vishvak pelik. NRS kan dikira1 hingga 3, sakit ringan dan masih boleh ditahan, 4 hingga 7 pula sakitsederhana tapi dah boleh mengganggu aktiviti. Hanya skala 8 hingga 10 barulahsakit berat sampai tak boleh buat aktiviti langsung.

“Sebenarnya, luka 1 cm pun dah cukupuntuk membuatkan bahan ujikaji dalam badannya aktif semula. Orang normalkiraannya 1-3 sakit ringan, 4-7 sakit sederhana, 8-10 sakit berat. Tapi untukKai, skala 3 tu dah dikira sakit sederhana. Kai perlu berjaga-jaga jangansampai ke tahap 7. Tahap 7 dan ke atas, ia boleh membawa maut.” Bitch mengambilalih tugas Prof Helt menjelaskan keadaan sebenar Kai.

“Apa yang korang tengok tadi, tu NRSskala 7.” Sambungnya lagi.

Z5 bertiga tertahan nafas. Kalau macamdah nak mati tadi baru skala 7, macam manalah skala 8 dan ke atas?

“Madam. Jadi yang berlaku sebelum kami keMesopotamia hari tu..?” Rienna teringatkan insiden malam sebelum merekamelakukan misi ke Mesopotamia.

“Itu skala 6.” Pantas Bitch menjawab.

Rienna tertelan air liur. Memang gilalaheffect formula ke-10 buatan Mixzof. 13 tahun pun Jabatan Zentrix masih takmampu pulihkan Kai. Betullah orang kata, hanya pembuat racun mempunyai penawaryang sebenar.

“Untuk insiden malam tu, pihak JabatanZentrix mengucapkan terima kasih kepada kau Rienna, untuk ubat dari Zonna.Paling tak, Kai boleh teruskan misi tu sementara. Selama 13 tahun ni, kamisedaya upaya jaga Kai jangan sampai dia terluka sikit pun. Tapi Kai tetap Kai.Budak bertuah..” Bitch tersenyum mengingatkan memorinya menjaga Kai sampaibesar panjang. Anak Dutchess, kawan baiknya memang menurut perangainya yangnakal. Sebelum bertemu Duke, Dutchess serius seorang yang nakal tapi bijak danamanah dalam menjalankan tugas.

“Apa pun yang berlaku, korang kena tahuyang Kai seorang tu kuat semangat. Dia takkan ceritakan apa yang terjadi padadirinya sehingga korang tahu sendiri, macam sekarang. Lepas pemeriksaan yangpasukan perubatan jalankan, Kai sebenarnya terkena serpihan peluru nano Mixzofdi gua tempat kepingan tu. Sebab serpihan tu nano, tiada luka kelihatan, tindakbalasnya lambat tapi hasilnya padu.”

“Patutlah aku perasan Kai nampakmenggigil masa kat pantai malam tu.” Frezay menepuk dahi. Dia kesal. Sungguhdia tak tahu!

Karasuma menepuk-nepuk bahu Frezay. Tandajangan risau, benda dah berlaku.

“Macam nilah. Seperti korang tahu, Kaisangatlah fragile orangnya. Kai mungkin akan menyusahkan korang dalam misi seterusnya.Jadi, korang diberi pilihan sama ada nak teruskan berada di Z5 ataupun pergi keZ lain. Keputusan di tangan kamu sendiri.” Bitch memberi kata putus. JabatanZentrix memberi kebebasan pada ahlinya untuk memilih. Selepas membuat pilihan,apa yang berlalu adalah dalam tanggungan sendiri.

Rienna, Vishvak dan Frezay diam.

Prof Helt, Bitch dan Karasuma sabar menantikeputusan dari Z5 bertiga.

“Saya di Z5.” Rienna bersuara.

Vishvak dan Frezay bertepuk tangan. “Woo..wo.. Rienna. Kau kan tak suka Kai. Kenapa nak stay di Z5?”

Rienna senyum manis. “Z5 ialah Z5. Z5lebih baik dari Z lain. Dengan Z5, saya rasa macam dalam keluarga.”

Frezay dan Vishvak saling berpandangandan senyum panjang. “Jadi, masalah settle. Z5 tetap Z5. Kami takkanbubar.” Frezay mengangkat ibu jari.

Vishvak mengangguk setuju.

Keputusan mereka bertiga disambut denganpenuh kesyukuran oleh Prof Helt, Bitch dan Karasuma. Bangga betul merekamendapat ahli Zentrical yang setiakawan macam ni. Kai sangatlah beruntungbertemu kawan sebegini.

 

Wad A, HospitalJabatan Zentrix

“Dr Karen, Kai dah bosan kat sini..” Kaibersuara manja sambil menggigit epal.

Dr Karen menggeleng kepala sambil membuatmuka toya. Diteruskan kerjanya menulis laporan kesihatan Kai.

“Dr…...”

Dr Karen mengeluh. Ditariknya kerusi danduduk. Cermin matanya dibuka dan disisipkan di kocek kot labuh putihnya.

“Kai. Kau tu dah hampir mati tau tak?Nasib baik je si Bitch dan Karasuma selamatkan kau. Hish..takut betul akusemalam.” Dr Karen mula membebel. “Lebib baik kau duduk diam-diam, fokus padapemulihan diri sendiri dulu. Kalau tak, next mission aku tak benarkan kaupergi.”

Kai membuat muka kesian. Ditariknyahujung kot Dr Karen.

“Ahh..takde-takde. Tak boleh tetap takboleh.” Dr Karen berkeras hati. Budak Kai ni bukan boleh buat main mukakesiannya. Prof Helt yang garang itu pun tersungkur!

Kai menarik muncung sedepa. Serius diabosan. Dah dua hari dia sendirian kat sini. Hanya muka Dr Karen dan jururawatsajelah yang menghiasi pandangannya. Bosan!

Itulah pandai sangat tak berhati-hatimasa kat gua haritu. Kan dah mendapat.. Kai memarahi dirinya sendiri.

Hari kedua dia kat sini, setakat ni diadah okey. Keadaan dirinya dah kembali normal semula. Wayar-wayar yangberselirat di badannya pun dah dicabut, tinggal branula saja ditangannya masih kekal. Sebagai langkah berjaga-jaga, kata Dr Karen.

Selama 13 tahun dalam jagaan Prof Helt,macam nilah keadaannya jika terjatuh sakit. Bersendirian kebosanan.

Kai menarik selimut menutupi wajahnya. “DrKaren I want sleep..”.

Dr Karen tergelak kecil sambil menggelengkepala. “That what you should do, my dear budak bertuah. If yougetting more better, tomorrow you can meet your friends.”

Kai mengangkat tangan dan membuat isyarat‘Okey’.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh