Home Novel Seram/Misteri WALINONGSARI
WALINONGSARI
asmaya ally
9/2/2022 16:10:00
377
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1
Sari berlari kencang tanpa menoleh kebelakang. Degup jantungnya berdebar bukan kepalang. 

"Sariiiiii...kenapa kau lari sayangggg??" sayup-sayup telinganya masih dapat menangkap suara itu. 

"Sariiiiii...Sari...jangan tinggalkan aku..akkuu satu-satunya Wali mu!!"..Wali masih lagi berusaha merapatkan jarak antara dirinya dan Sari..

"Kau bukan Wali yang aku kenal!!! " nyaring jeritan Sari menidakkan ungkapan daripada Wali yang masih lagi mengejarnya dari belakang. 

"Sampaiii hati kau Sarii..sebab kauuu..sebab kauu, keluarga aku buang aku...sekarang kau pun nak buang aku?" Wali masih enggan mengalah. Semakin jauh Sari berlari semakin Wali juga mengencangkan langkahnya. "Nong..aku perlukan bantuan kau sekarang.." Wali seakan berbisik pada diri nya sendiri.

"Wali..kalau aku mengambil alih tubuh mu sekarang, kau tak bimbang Sari akan semakin membenci kau?"

"Nong..tolong..aku tak mampu lagi mengejar Sari.." langkah Wali semakin pendek dan lemah. Nafasnya tercungap-cungap. Dada Wali berombak keras.

"Kalau aku biarkan..selamanya Sari akan hidup dengan membenci aku..aku perlu jelaskan siapa diri aku pada dia.." ujar Wali semula.

Merasakan dirinya tidak lagi dapat di ekori oleh Wali, Sari memperlahankan lariannya. Dalam hutan belantara itu, mata Sari melingas kiri dan kanan. Tekak terasa haus yang teramat. Sari berusaha mencari punca air bagi menghilangkan dahaga yang semakin memeritkan tekaknya. 

"huhh?" telinga Sari menangkap desiran air tidak jauh daripada tempatnya berdiri. Dengan cermat Sari mengorak langkah menuju ke arah desiran air tersebut. 

Kelihatan anak sungai mengalir tenang dengan desiran air yang lembut. Perlahan-lahan Sari menelusuri anak sungai itu. Seingatnya, dia hanya perlu mengikuti arah anak sungai tersebut mengalir ke hilir dan pasti dia akan dapat menemui jalan keluar daripada belantara ini. 

"Kau bukan Wali yang aku kenal dulu" desis hati Sari. Dia amat pasti, Wali yang dikenalnya bukan Wali yang selama ini sering bersamanya. Sari dapat mengesan perubahan pada tingkah laku Wali namun dia tak punya penjelasan untuk persoalan dikepalanya sendiri. 

"Siapa kau sebenarnya Wali?" kenapa kau mahukan aku? pening kepala Sari. Jemari halus Sari sesekali memicit kasar dahi dan kepala. Renik peluh mulai membenih di gigi rambut. "Arghhh aku perlu cepat keluar daripada belantara ini sebelum malam"....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.