6,057
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

“MINUM air Yasin ni. Aku baca Yasin semalam lepas solat Isyak. Aku nak kau tahu, aku nak tengok kau sembuh.”ujar Ahnaf sambil menghulurkan gelas kepada Harys.

Tanpa belas kasihan ke atas pengorbanan abangnya, dia menepis gelas yang dihulurkan Ahnaf.

Ahnaf beristighfar dalam hati. Tanpa sabar, dia tidak akan tabah menjaga Harys sehingga hari ini. Serpihan kaca gelas di lantai, dikutip satu persatu.

Tok. Tok. “Assalamualaikum... ”

Terdengar suara Faiz dari luar pintu rumah. Nampaknya mereka dah sampai.

“Waalaikumussalam... ”jawab Ahnaf setelah selesai mengutip serpihan kaca.Dia mengatur langkah ke pintu.

“Faiz, ustaz. Jemputlah masuk.”pelawa Ahnaf. Dia mencium tangan ustaz yang bernama Abdul itu. Dari raut wajah ustaz itu, pasti umurnya dalam lingkungan 50-an.

“Di mana adik kamu? ”tanya Ustaz Abdul setiba sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya.Senyuman diukirkan.

“Dia ada ustaz.Mungkin dia di bilik. Kejap ye saya panggil dia.Jemputlah minum. ”pelawa Ahnaf sekali lagi kepada tetamu.

Ustaz Abdul dan Faiz duduk di atas sofa di ruang tamu sambil menunggu Ahnaf dan Harys.

MEREKA khali di ruang tamu.Tidak tahu hendak memulakan perbualan dari mana.

“Apa nama penuh kamu? ”soal Ustaz Abdul lemah- lembut.Walaupun dia sudah tahu nama penuh Harys, sengaja dia bertanya.

Harys senyap.

“Maaf ustaz kalau saya mencelah...Adik saya ni memang takkan berborak dengan orang lain. Dia hanya berborak dengan kami adik beradik sahaja. ”Ahnaf memberikan penjelasan.

Ustaz itu hanya mengangguk.

“Boleh bagi saya air masak? Sebab saya nak tawarkan air.”pinta Ustaz Abdul.

“Boleh ustaz. ”

Ahnaf berlari ke dapur. Botol yang berisi air Yasin tadi dicapai.

“Ini ustaz airnya.”Ahnaf meletakkan botol dihadapan Ustaz Abdul.

“Terima kasih... Harys... Mari sini kat ustaz kejap. Ustaz nak tawar ayat Al-Quran sedikit. ”

“Argh! ”Harys membentak dan berlari ke biliknya. Ahnaf terkejut dengan tindakan adiknya.

“Maaf ustaz, kejap saya kejar dia.”

“Ahnaf, takpe.Biarkan saje saya tawar air ni dulu. ”

Ahnaf akur.

Selepas selesai semuanya, telah tiba untuk mereka pulang. Ahnaf menemani mereka sehingga ke kereta Faiz.

“Maafkan adik saya ya ustaz.”

“Tak mengapa Ahnaf. Saya dah biasa. Lagipun bukan mereka sengaja. Mereka pun tidak sedar. ”balas Ustaz Abdul yang tidak lekang senyuman dibibir.

“Oh ya, saya rasa. Saya ada satu cadangan buat kamu. ”

“Cadangan? Apa cadangannya ustaz?”tanya Ahnaf teruja.

“Saya cadangkan awak bawa,adik awak pergi bercuti ke tempat kesukaan dia. Mana tahu dengan cara ini, adik awak boleh pulih.”

Ahnaf angguk tanda bersetuju.

“Bagus cadangan ustaz tu. Terima kasih ustaz. Terima kasih Faiz.”ucap Ahnaf.Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka berdua.

“Aku balik dulu bro.Assalamualaikum...”kata Faiz dari dalam kereta. Ustaz Abdul melambaikan tangan.

“Waalaikumussalam...Drive safe okay.”

Kelibat kereta semakin menghilang.

“Bagus juga cadangan ustaz tu tadi. Maybe, I can try. ”gumam Ahnaf dalam hati.

SEMUA beg pakaian mereka bertiga dimasukkan ke dalam kereta.Wajah Balqis ceria, tiada orang yang tidak gembira mahu pergi bercuti. Harys pula duduk seorang diri di dalam kereta .

Balqis berdiri sahaja di luar menunggu Ahnaf. Dia takut untuk duduk bersama Harys,apatah lagi hanya berdua di dalam kereta.

Seusai semua barang telah dimasukkan ke dalam kereta. Barulah mereka masuk ke dalam kereta untuk bertolak pergi menuju ke destinasi. Nampak dari gaya, cukup sebulan barang-barang yang mereka bawa ini.

Hampir dua jam perjalanan, tiada sebarang suara yang terdengar.Hanya lagu popular zaman kini menemani sepanjang perjalanan mereka.

“Kita nak pergi mana sebenarnya? ”

Serius Harys bertanyakan soalan.Wajahnya tidak berpaling memandang Ahnaf di sebelahnya.

“Kita nak pergi tempat kesukaan kau. Aku yakin kau akan suka. ”

Hanya itu perbualan mereka sepanjang perjalanan di dalam kereta.Setelah 2 jam setengah perjalanan, mereka telah selamat tiba di destinasi.

“Aqish, Har. Jom turun.Dah sampai”ajak Ahnaf sambil membuka tali pinggang keledar.

“Wah... Cantiknya rumah ni abang. Aqish ingat, abang nak bawa Aqish tidur hotel... ”kata Balqis sejurus sedar dari tidur. Petah Balqis berbicara.

“Hahaha...Buat apa nak sewa hotel di PD ni... Kita dah ada homestay. Ini homestay peninggalan arwah abah dan mama buat kita bertiga. Aqish kena tahu tu. ”

“Wah! Jadi homestay ni kita punya ke abang!?Yey,yey!!!”

Terlompat keriangan Balqis di dalam kereta. Pintu kereta dibuka.Balqis kembali sambung melompat sambil menepuk tangan.

“Har, kau tak nak turun ke?”soal Ahnaf.

Harys menggeleng.

“Kenapa kau ni? ”

“Aku nak balik. ”

Berkerut dahi Ahnaf. “Balik? Jangan nak mengada. Dah, turun. ”

Harys menggeleng. Masih berdegil.

“Turun. ”tegas Ahnaf.

Walaupun Harys masih berdegil, Ahmaf masih memaksa.Akhirnya Ahnaf berjaya mengheret Harys masuk ke dalam rumah itu. Di rumah inilah terdapat banyak kenangan manis dan pahit mereka sekeluarga.

“Wahabang... Kat sini ada kolamlah...”ujar Balqis teruja.

“Iye adik abang... Nanti abang teman Aqish mandi kolam ye. Nanti kalau kau nak mandi pun boleh Har. Aku dah bayar orang untuk bersihkan rumah ni. Maklumlah, dulu kau yang selalu jaga homestay ni. ”ujar Ahnaf untuk membuatkan adiknya ingat kembali.

“Aku nak balik. ”

“Kenapa kau ni? Asyik nak balik je?”

“Aku nak baliklah! Rumah ni berhantu! Kau tak faham ke!? Aku stresslah! Stres!!!”

“Berhantu apa benda kau ni!? Hantu, hantu! Kau tu yang hantu!? ”bentak Ahnaf kembali.

“Argh!Kau semua tak faham, apa yang aku rasa! ”tengking Harys lalu memukul kepalanya dengan tangannya. Dia berjalan naik ke bilik.

Ahnaf sedikit terkejut dan berasa pelik. “Macam mana Har boleh ingat di mana bilik tidur dia? ”

AHNAF menyediakan nasi dan
lauk-lauk yang dibeli bungkus dari kedai makan berhampiran homestay. Perut mereka sudah keroncong.Waktu makan malam mereka dipercepatkan atas dasar lapar.

Azan maghrib berkumandang berkumandang. Rasa seperti suasana di bulan Ramadan.

“Aqish... Baca doa makan boleh? Abang nak dengar,”pinta Ahnaf lembut.

“Boleh abang. Bismillahirrahmanirrahim...”

Tok. Tok. Tok.

Bacaan doa Balqis terhenti. Bunyi ketukan pintu membuatkan bacaan Balqis berhenti.

“Siapa pula datang waktu-waktu maghrib ni? Hmm... Aqish makan dulu dengan Abang Har okay. Abang nak tengok siapa yang datang. ”

Balqis mengangguk perlahan. Renungan tajam Harys membuatkan Balqis, telan liur. Seram dengan renungan mata abangnya itu.

Ahnaf berjalan menuju ke pintu. Pintu rumah itu terus diketuk.

“Ya sekejap... Saya datang.”Pintu dibuka. Kelibat seorang perempuan tua sedang menghulurkan makanan kepadanya di hadapan pintu itu.

“Maaf mak cik. Kalau boleh saya tahu, mak cik ni siapa? ”tanya Ahnaf berasa pelik.

“Mak cik adalah jiran kamu... Rumah mak cik di depan tu je.”jawab mak cik itu lalu menunjukkan rumahnya yang jaraknya tidak jauh dengan homestay keluarga Ahnaf.

“Oh. Minta maaf ya mak cik ,saya tak tahu.”

“Tak mengapa... ”balas mak cik itu sambil tertawa.
Ahnaf turut tertawa perlahan.
Tiba-tiba ketawa mak cik itu terhenti. Riak wajahnya berubah serta-merta.

“Mak cik? Mak cik okay? ”tanya Ahnaf. Ahnaf memusingkan badan ke belakang. Jelas Harys berdiri di belakangnya, dia kembali berpusing menghadap mak cik itu.

“Mak cik kenal adik saya?”

“Ambillah makanan ni. Mak cik sedekah. Mak cik balik dulu. ”

Belum sempat menjawab soalan.Mak cik itu dengan pantas berlalu pergi. Harys memandang tajam mak cik itu.

“Kau kenal ke mak cik tadi? ”

“Kau buang makanan tu. ”

“Ha? ”tanya Ahnaf keliru.

“Buang jelah! ”Harys meninggikan suara. Dia terus berlari naik ke bilik tanpa makan malam.

“Ada apa sebenarnya sekarang ni? Ya Allah... ”Ahnaf bersuara sendirian. Pintu ditutup dan dikunci. Dia melangkah ke meja makan untuk mengisi perut yang kosong. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh