Home Novel Komedi/Romantik Komedi KEMALANGAN CINTA
KEMALANGAN CINTA
Resmanshah
19/2/2019 12:32:59
4,554
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
7

“Wani.” Suaraku buat kerja Hazwani tergendala. Dia memandang aku  dengan riak ramah.

“Ye? Kenapa?” Dia bertanya, ramah.

“Aku ada benda nak beritahu kau pasal Rahmie ni.” Aku tidak mahu membuang masa. Sambil sesekali aku mencuri pandang ke arah Rahmie. Mujur dia masih memandang ke pokok jambu.

“Kenapa dengan dia? Sebenarnya Wani pun nak tanya jugak. Pelik semacam je Wani tengok. Dia kena santau ke?” Boleh tahan jugak andaian Si Hazwani. Tapi aku fikir balik, memang ada logiknya. Gaya Rahmie memang ada iras orang kena santau gila.

“Sebenarnya dia bukan kena santau. Tapi kena penyakit angau.” Aku berkata kepada Hazwan. Ketawa kecil dia mendengarnya.

“Kau ni ada-ada je kan. Dari kecil perangai tak pernah berubah.” Wani bersuara walau tawa kecilnya masih bersisa.

“Aku cakap betul la! Dia tu tengah angaukan kau.” Aku akhirnya berterus-terang. Kali ini Hazwani tercengang. Perlahan-lahan pipi montel melepaknya bertukar merah padam.

“Takkan kau tak perasan setiap kali nampak kami duduk kat pokok tu? Dia sanggup lepak kat situ semata-mata nak tengok kau dari jauh. Tapi kau tau dia tu kan, penakut dari kecik lagi. Anak kucing kejar pun dia lari nangis-nangis dulu. Kau ingat lagi tak?” Aku ketawa sendiri. Sebab Hazwani masih tergamam.

“Wani?” Risau pula aku tengok Hazwani tidak bergerak walau seinci. Mati mengejut ke apa? Debar mula terasa di jantungku.

“Ka..kau..tak..ti..tipu kan?” Hazwani gagap saat menutur kata.

“Sumpah! Berapa dividen yang aku dapat kalau tipu kau?” Bersungguh aku menjawab.

“Tap…tapi ke..kenapa di..dia tak per..pernah cakap pun kat Wani?” Di  saat kali kedua aku dengar dan nampak Hazwani bercakap macam orang gagap, aku sedar sesuatu. Dia dan Rahmie sebenarnya sama! Yes! Senang kerja aku!

“Kalau dia berani, takde la aku terpaksa teman dia tengok kau dari jauh.” Aku memberitahu.

Hazwani tersipu malu. Memastikan lagi akan benar sangka di fikiranku. Dia juga punya hati dengan Rahmie. Rezeki kau la Rahmie.

“Ni kira kau pun okey la ni?” Aku dengan rela hati menjadi jambatan yang menghubungkan mereka.

Sambil tersipu malu, Hazwani menggangguk. Makin merah pipinya.

“Kalau macam tu…Aku ada rancangan baik punya.”

Aku kemudian memberitahu semua rancangan yang aku maksudkan kepada Hazwani. Dia mendengar dengan patuh sambil beberapa kali mengangguk faham. 


Bersambung...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.