Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Blueberry Cheese & Si Penjual Kek
Bab 54

Selepas kejadian itu, kehidupan Si Penjual Kek penuh dengan ketenangan dan  ceria disamping Mr. Blueberry Cheese. Kebahagiaan mula terasa. Memang benar, setiap kesusahan pasti ada kesenangan dan setiap penderitaan pasti akan ada kebahagiaan. Itulah yang Aina rasai, atas kesabaran dan ketabahannya selama ini.


Muncul Mr. Blueberry Cheese dalam hidupnya banyak membantu dia dan memberi sinar pelangi dalam hidupnya. Bukan pada dia saja tapi pada anak-anaknya juga. Sungguh Nadim terima Aina seadanya. Tapi itulah, Aina je masih tak terima cinta Nadim. Masih tetap dengan pendiriannya. Hanya kawan!!


Macam-macam dah Nadim lakukan untuk tackle Si Penjual Kek tapi punyalah payah. Betul-betul jual mahal. Memang  ditutup rapat dan dikunci pintu hatinya untuk lelaki. Tak tahulah bila agaknya Nadim dapat buka pintu hati Aina. Terpaksalah Nadim bekerja keras kena cari kunci pendua agar dapat dibuka. Tabah jelah Nadim. Orang yang berusaha pasti akan berjaya. Mungkin..


Cuti Nadim pun dah habis, lusa mula bekerja di tempat baru. Esok pagi nak balik KL. Mamanya asyik menyuruhnya balik pula, sejak balik dari Taipei sekali dua je dia balik KL jumpa mamanya. Selebihnya balik rumah Acik Zakiah. Alasannya, tak ada geng. Tapi tak pula Nadim cakap yang dia bekerja part time bekerja di kedai kek Aina. Ish.. Mana boleh beritahu, kantoilah nanti. 


" Dim.. Aku tengok kau sekarang ni kan, senyum manjang. Ceria je hati, bahagia je hidup kau ni. Macam tak ada masalah je. Jelous pula aku tengok.. Apa tips?!" Tegur Azaim duduk di hadapan Nadim di ruang tamu. Nadim gelak besar. 


"Aku kan memang sentiasa ceria.." 


"Ceh engkau..!!  Aku tahulah, sebab Aina kan.." 


"Ha.. Tahu pun. Lagi tanya, apadaaa..." 


" Baguslah kalau macam tu. Aku pun tumpang ceria dan tumpang bahagia juga. Eh.. tapi korang ni dah together- gether ke? Dah gitu-gitu dah ke?" Tanya Azaim ingin kepastian. Nadim mencebik buat muka sedih.


"Belum pun. Hanya kawan..!! " 


"Laaa.. Iyeke. Aku ingat korang dah rasmi dah sebab aku tengok korang makin rapat, makin sweet-sweet.. Apasal tak rasmi lagi bro? Kau salah langkah ni kut.."


" Hmm.. Entahlah. Hati dia tu ditutup rapat habis beb. Aku nak kopak sikit pun tak boleh. Tak ada ruang langsung tau tak. Perhh!! Payah gila.." 


"Itulah kan. Perempuan ni kalau dah tawar hati, dah patah hati, dah kering hati dekat lelaki memang tak boleh buat apalah. Redha jelah Dim. Mungkin dah ditakdirkan jodoh kau dengan Jannah kut bukan Aina.." 


" Hellooo.. Tak ada makna aku nak redha macam tu je tau. Selagi boleh aku akan terus usaha. Aku percaya pada doa, tu je.." Confident. 


" Habis tu sampai bila kau nak tunggu Aina tu. Kau tu dah makin tua bangka. Orang lain sebaya kau anak dah berderet, kau kahwin pun tak. Kau kahwin jelah dengan Jannah, habis cerita.." 


" Kau ni sama je dengan mama aku. Asyik Jannah.. Jannah.. Jannah.. Aku nak Aina.. Aina.. Aina lah.." 


" Hmm.. Jangan pula nanti, yang digendong tak dapat yang dikejar berciciran. Dua-dua tak dapat. Haa.. Padan muka kau. Meroyanlah kau nak cari bini.." Azaim perli. Nadim menjeling pada Azaim. Malas mahu layan. Air suam diatas meja diambil dan diteguknya. Lega tekak. Kembali menyandarkan badan disofa. 


" Eh bro.. Macam mana kerja part time kau. Best tak niaga? Kau ada buat kek juga ke. Ceritalah..  Aku excited nak tahu ni.." 


" Okey je. Seronok sebenarnya niaga kat pasar. Enjoy je. Yang paling syok tu, bila kek cepat habis. Kalau tak habis tu, sedih gaklah. Tapi kalau tak ke pasar, aku duk kedai je. Saja tolong tapi tolong tengok jelah. Hahahaa" Cerita Nadim. Seronok.


" Ooo jadi kau cuma ikut niaga kat pasar jelah ni" 


" Iye.. Aku dengan Aina. Baru aku tahu beb, macam mana susahnya dia nak cari duit dengan berniaga. Kena siapkan barang jualan awal, kek kena kukuh keras biar tak cepat cair, kena siap-siap potong satu persatu, angkat canopy, meja, macam-macam nak kena buat. Benda bukan ringan tau. Aku memang tabik springlah kat Aina tu, dia boleh buat sendiri semua tu kalau pembantu dia tak ada"


" Oyeke?! Dasyat.. Dasyat..!! So, berapa gaji dia bagi ?"


" Entah. Aku tak fikir pun pasal gaji, aku saja je konon nak kerja tapi sebenarnya niat aku nak tolong dia. Kalau dia bagi gaji, aku akan simpan duit tu untuk anak-anak dia. Tu jelah cara nak ringankan beban dia.." Azaim angguk-angguk kepala tanda faham. 


" Bagus niat kau ni Dim. Baru aku tahu mulia sungguh hati sepupu aku ni. Aku ingat kau selama ni hampeh je rupanya baik hati juga ek. Bangga aku bro.. Tapi sejak kau berkawan dengan Aina, banyak betul perubahan kau. Mama pun cakap macam tu gak, mama tu lebih suka kau dengan Aina berbanding Jannah. Oh ya.. Cakap pasal Jannah, baru aku teringat.." 


"Teringat apa?" 


" Tadi acik ada call mama, aku adalah terdengar sikit. Katanya minggu depan nak merisik Jannah untuk kau. Cincin semua dah beli tau.." 


"Apa? Merisik? Kau biar betul Zim, kau jangan main-main. Aku belasah kau kang.." Terkejut beruk Nadim dengar. 


" Iyelah.. Kalau kau tak percaya, kau tanyalah mama.." Nadim mengeluh kasar. Menekup muka dengan tapak tangannya. Mula tak sedap hati. 


" Iye Dim. Betul apa yang Azaim cakapkan tu. Mama Dim nak hantar merisik dan bertunang. Kalau boleh dia nak majlis perkahwinan Dim dan Jannah bulan depan katanya.." Muncul Acik Zakiah dari dapur dan menjelaskan pada Nadim. 


" Ya Allah..!! Apa semua ni, mama langsung tak cakap apa-apa pun dekat Dim. Tiba-tiba je.. Aduhhh..." Sedih Nadim jadinya. 


" Sabarlah Dim. Seeloknya.. Dim jumpa mama dan bincanglah baik-baik dengan mama. Acik yakin mama akan faham. Slow talk dengan dia ya.." Nasihat Acik Zakiah. Lembut suaranya. Dia amat memahami hati perasaan Nadim. 


" Acik tahu kan mama tu macam mana. Kalau dia cakap hitam, hitamlah. Kalau dia cakap putih, putihlah cik. Sebab tu kalau apa-apa masalah Dim akan luah kat acik. Dim lebih rapat dengan acik, acik lebih faham Dim dari mama.." Luah Nadim. 


"Iye.. Acik faham perasaan Dim. Mama Dim memang macam tu dari kecil lagi. Dia je betul, semua kena dengar cakap dia. Kalau kami tak dengar atau tak ikut apa dia cakap, memang kenalah. Tapi apapun, dia tetap mama Dim. Dim satu-satunya anak lelaki dia, dia buat semua ni untuk kebaikan Dim tapi cuma cara dia salah.." 


"Kau pun tak boleh juga salahkan mama kau Dim. Kau pun satu hal juga. Masa kau tinggal kat Taipei dulu, balik Malaysia pun jarang. Setahun sekali kadang langsung tak balik. Bila balik kau tak duduk rumah, kau terus ke sini. Mama kau nak jumpa kau pun payah. Macam mana nak bincang.." Azaim mencelah. 


" Iye.. Aku tahu. Tapi apapun, aku taknak kahwin dengan Jannah. Aku nak Aina je Zim. Kau tahu kan, aku sayang Aina tu. Acik.. acik tahu kan. Dim sayang Aina cik. Acik kena tolong Dim ya pujuk mama supaya mama tak pinang Jannah. Please acik.. Please..!! Dim merayu sangat. Dalam masa yang sama Dim pun akan pujuk mama juga.." Nadim merayu minta pertolongan Acik Zakiah. Dan Nadim yakin, Hanya Acik Zakiah boleh pujuk mamanya. 


Acik Zakiah dan Azaim berpandangan. Simpati pula dengan Nadim. Acik Zakiah pun tak tahu macam mana nak pujuk hati Acik Zaleha. Beberapa kali dah dia cuba nasihati tapi Acik Zaleha tetap dengan keputusannya. Tetap mahu jodohkan Nadim dengan Jannah. Tapi apapun, dia akan cuba terus memujuk hati Acik Zaleha. Demi anak saudara tersayang. 


" Baiklah. Acik cuba pujuk mama Dim. Tapi acik tak janji ya. Kita sama-sama pujuk ya.." Senyum Acik Zakiah. 


" Terima kasih Cik. Moga mama tak jadi pinang Jannah untuk Dim. Dim taknak Jannah cik. Dim cuma nak Si Penjual Kekkkk..!!" Azaim dan Acik Zakiah gelak besar. Lucu dengan gelagat Nadim. Jiwa kacau. Dalam dilema antara mamanya dan Si Penjual Kek. 


Silap Nadim juga taknak berterus-terang dengan mamanya perkara sebenar. Kalau Nadim cerita dari awal mungkin mamanya bolehlah bagi peluang kut. Tapi bermasalah juga sebab salah satu syarat untuk jadi isteri Nadim selain pandai buat kek kena ada kelulusan setaraf Nadim. Dua syarat yang Acik Zaleha tekankan. Aduh... !! 


Tutt... Tuttttt...!! Handphone Nadim berbunyi. Dengan malas dia mencapai handphone di atas meja. Direnung skrin handphone. 


" Mama call lah , macam tahu pula kita tengah borak pasal dia.. "Kata Nadim sendiri. Senyum Acik Zakiah. 


" Assalammualaikum ma.." 


" Dim.. Balik KL sekarang..!! Sekarang juga..!! Sebelum jam 8.00 malam mama tahu Nadim ada dekat rumah ni. Jangan lambat. Faham?!" Terkejut Nadim mendengar pekikan dari mamanya ditalian. Marah? Talian terus dimatikan. Tersentak sekejab.


"Uittt... Dasyat mama, marah gila ni. Dah kenapa pula ni, tiba-tiba je marah. Aku ada buat salah ke? Aduhh..!!" Geleng kepala Nadim dibuatnya. Acik Zakiah dan Azaim memandang Nadim. Pelik. 


" Kenapa Dim.." 


"Tak tahulah cik, tak ada ribut, tak ada hujan tiba-tiba mama call marah. Suruh Dim balik sekarang juga. Sebelum jam 8.00 kena ada kat rumah. Apa hal entah.." 


" Habislah kau Dim! Mesti ada yang tak kena tuuu.." 


" Masak aku Zim. Gunung berapi nak meletup.." Nadim memikirkan sesuatu. Cuba mengingati apa kesalahan yang telah dia lakukan tapi rasanya tak buat salah apa-apa. Hmm..


"Dah pergilah balik sekarang. Nanti lambat lain pula jadinya. Kalau ada-apa call acik nanti ye.." Nadim mengangguk.


"Baik cik. Dim balik dulu.." Tanpa berlengah Nadim terus ambil kunci kereta dan terus keluar. 


Entah apalah yang buat Acik Zaleha marahkan. Nadim memecut laju membelah kesesakan lalu lintas. Jam ditangan dilihatnya, dia kena pastikan sebelum jam 8.00 malam dia kena ada dirumah, kalau lewat mahu bertambah mengamuklah Acik Zaleha. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.