48,669
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 15

“Oh! There you are you! I've been looking for you. Masuk pejabat Tok ayah sekarang!” pekik James hersbon. Terhenti kaki Afriz dari terus melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Afriz mengeluh saat mendengar arahan itu. Dahlah kena hentam teruk oleh Ayangnya pagi tadi, ni Tok ayahnya lagi hendak membuka kaunter ceramah. Pasti Ayangnya sudah mengadu dengan Tok ayahnya.

Dengan dengusan dia aturkan langkah kakinya menuju ke arah pejabat Tok ayahnya. Dalam hati puas berharap Tok ayahnya tidak membebel lagi. Malas dan bosan dia hendak menadah telinga mendengar Tok ayahnya mengungkit kisah lama. Apatah lagi kebelakangan ini dia belum menemukan lagi calon isteri sebelum tarikh hari lahir Tok ayahnya berlangsung.

Pintu diketuk malas, suara garang James hersbon mempelawa masuk menambahkan lagi rasa tak sedap hati. Namun dia gagahi jua kakinya masuk ke dalam pejabat Tok ayahnya.

“Ada apa Tok ayah panggil Riz?” tanpa dipinta Afriz melabuhkan punggung dikerusi berhadapan dengan Tok ayahnya.

“Nah!” Afriz meneliti telefon didalam pegangan Tok ayahnya. Macam kenal? Detik hatinya. Bingkas dia meraih telefon dari tangan Tok ayahnya. Namun laju Tok ayahnya menarik semula telefon bimbit tersebut. Masa untuk menguji cucunya.

“Kenal benda ni?” tanya James hersbon . Cucunya segera mengangguk.

“Kat mana Riz last nampak phone ni?” sekali lagi James hersbon bertanya. Afriz buat muka cuak. Kenapa Tok ayahnya bertanyakan soalan itu? Takkanlah Tok ayah dah jumpa Aimanina? Setahunya telefon bimbit itu disita oleh anak Tan Sri gila itu.

“I’m ask you Riz? Bila last Riz nampak phone ni?” desak James hersbon.

“Hmm.. itu.. huh!”

“Itu apa?” anak mata cucunya ditenung dengan wajah serius. Afriz mengaru tengkuknya. Salah jawap boleh kena maki dia oleh Tok ayahnya. Silap-silap boleh kena ugut kalau jawapan yang bakal dia berikan tidak mampu memuaskan hati Tok ayahnya.

“Semalam Riz keluar makan dengan kawan, maybe tertinggal dekat kereta dia.” Tipu Afriz. James hersbon meletakkan telefon bimbit Afriz di atas meja kerjanya. Lalu berdiri menghampiri sofa yang disediakan di dalam ruangannya.

“Duduk sini.” Pinta James hersbon. Afriz menjadi cuak dengan kelakuan Tok ayahnya. Dah kenapa dah serius semacam ni? Detik hatinya.

“Tok ayah tahu kamu yang belasah perempuan tu! Tak payah nak berdalih Afriz. Tok ayah lebih kenal kamu berbanding ayah kamu! So,Tok ayah nak kamu bertanggungjawap!”

“Okay, memang Riz yang belasah dia. Sebab Riz ingat dia lelaki. Lagi pun bukan Riz tak bertanggungjawap. Riz dah hantar pergi hospital pun, kalau ikutkan Riz memang Riz tinggalkan je dia kat tepi jalan sebab dialah Riz hampir nak kemalangan." Luah Afriz. Dia berpeluk tubuh sambil menyandarkan tubuhnya disofa.

“Macam nilah Afriz, tok ayah malas nak panjangkan cerita. Tok ayah nak kamu pilih dia untuk hadiah ulang tahun Tok ayah..”

“What! Are You out of your mind Tok ayah! Aimanina? Tok ayah nak dia jadi cucu menantu Tok ayah? Jantina dia pun kita tak boleh nak pastikan. No! I don’t want. I’ll find the better..”

“Ni birthday Tok ayah, so Tok ayah layak untuk tentukan apa yang terbaik untuk hadiah hari jadi Tok ayah. And Tok ayah nampak that girl ada potensi untuk jadi cucu menantu yang terbaik untuk Tok ayah and Ayang kamu.” Potong James hersbon.

Afriz mati kata. Kepalanya tiba-tiba jadi migrain saja. Memang dia ada memasang niat untuk memikat Aimanina, tapi bukan bermaksud dia ada niat nak memperisterikan perempuan yang tak serupa perempuan tu.HELL NO! Takut nanti masa bersanding orang tak boleh nak beza mana satu lelaki mana satu perempuan.

“Kenapa diam? Takut nak terima tentangan Tok ayah?Come on Afriz, kalau kamu betul-betul nakkan keseluruhan harta Tok ayah kamu terima tentangan ni. Tapi kalau kamu gagal menerima cabaran Tok ayah. Kamu hanya dapat 25% dari harta Tok ayah. Or you really want this company has two ceo, Riz!” Ugut James hersbon.

Bulat mata Afriz. Mendengar saja kata-kata Tok ayahnya dia jadi tidak keruan. Mana mungkin dia mahu berkongsi syarikat ni dengan abang tirinya. Dia hembuskan keluhan berat. Nampak gayanya hidup sosialnya akan berubah seratus peratus.

“Kenapa Tok ayah buat Riz buat macam ni? Selama Riz duduk dengan Tok ayah tak pernah sekali pun Riz ingkar cakap Tok ayah. Kali ni saja Riz minta dengan Tok ayah, bagi Riz cari sendiri pasangan hidup Riz. Riz nak bahagia dengan pilihan hati Riz bukan dengan cinta paksaan macam ni.” Afriz mencuba untuk merayu Tok ayahnya.

Semoga saja Tok ayahnya termakan dengan rayuannya. Sesungguhnya dia belum mahu bergelar suami orang. Usianya tidak sesuai untuk menerima gelaran itu. Lagi pun dia belum puas hidup bebas tanpa perlu terikat dengan tanggungjawap yang kala bakal menyekat segala kebebasannya.

“Cinta paksaan? Sejak bila hati kamu lut dengan cinta? Setahu Tok ayah kamu boleh saja mencintai dan membenci seseorang itu sesuka hati kamu. Dengar sini Afriz, jangan ulang kesilapan ayah kamu Afriz! Kalau kamu masih mahu hidup dengan harta Tok ayah! Turuti saja kemahuan Tok ayah!” James Hersbon berdiri lalu keluar dari ruangannya. Meninggalkan Afriz yang kian memerah wajahnya menahan amarah.

Afriz berdiri lalu mencapai telefon bimbitnya. Masa untuk mulakan misinya. Nombor bodyguard peribadinya didail.

“Bob! Aku nak kau cari Aimanina! Dengan apa cara sekali pun! Kalau dia membantah buatlah sesuka kamu, asalkan perempuan tu ada di Villa aku malam ni!” arah Afriz. Dia tahu Aimanina bukannya seorang gadis yang mudah dibawa berbincang. Harap-harap saja idea tak masuk akal ni bakal berjaya.

*****

Aimanina meneguk nescafe susu. Matanya melilau melihat sekeliling. Telefon yang tadi dibeleknya dimasukkan ke dalam poket. Jenuh sudah dia hendak terus menelek telefon keluaran samsung itu. Satu keluhan melantun dari bibirnya, badan disandarkan dikerusi. Jelas dari wajahnya yang dia tersangat bosan.

“Kalau ada Mie boleh juga gaduh dengan dia.” Rungutnya perlahan. Lalu pisang goreng cheese yang tadinya terbiar lama diraih lalu disuapkan ke dalam mulutnya. Belum sempat hujung kuih itu berjaya masuk ke dalam mulutnya sebelah lengannya ditarik kasar hingga pisang goreng itu terpelanting jauh.

Cepat dia mendongah. Kelihatan dua orang lelaki berbaju T-shirt hitam berkaca mata berdiri di sisinya. Dia teguk air liur. Spy mana pula ni?

“Ma..maaf ..”

“Mari ikut kami!” belum sempat Aimanina menyuarakan kata-kata lengannya segera ditarik lalu diusung ke arah sebuah kereta berwarna kelabu. Semakin cuak wajah Aimanina.

“Wei! Apa hal ni? Duduk bincanglah! Kalau kau orang tak ada duit aku boleh belanjalah!” Aimanina sedaya upaya meronta. Hingga orang yang lalu lalang melihat hairan ke arah mereka.

“Diam!” pekik seorang lelaki.

“Aku tak nak diam! Lepaskan aku!” jerit Aimanina.

“Bob! Tekup mulut budak ni! Arah lelaki yang lagi satu.” Laju lelaki yang bernama Bob itu mengeluarkan sehelai kain dari poketnya dan satu botol kecil. Cecair dalam botol kecil itu ditumpahkan sedikit ke atas kain lalu ditekupkan ke mulut Aimanina. Beberapa minit begitu Aimanina seperti berada diawang-awangan lalu pengelihatannya pun menjadi kabur dan akhirnya matanya tertutup tanpa dia relakan.

*****

Bunyi kuapan pintu membuatkan Afriz mengangkat wajah dari terus menatap telefonnya. Sorotan anak matanya menikam bayang figura dipantulan cermin. Afriz tidak bersuara, tin minuman keras digoncang perlahan setelah itu diteguk dengan penuh selera.

“Bos! Kami dah uruskan semuanya.” Beritahu bodyguard Afriz. Tubuh Aimanina yang longlai dibaringkan di atas tilam mewah milik Afriz. Afriz hanya membiarkan saja Bob dan Eldery membuat kerja mereka. Bibirnya hanya tersungging sinis saat melihat pantulan Bob dan Eldery melepaskan satu persatu baju Aimanina.

“Enough! I'll do the rest.” Arahnya. Terhenti tangan Bob dan Eldery. Setelah itu mereka tunduk tanda hormat dan segera mengangkat kaki keluar dari bilik majikan mereka. Afriz meletakkan tin minuman keras yang sudah hampir separuh itu di atas meja. Tubuh tinggi lampai miliknya segera berdiri menuju ke arah katil tidur.

Sekujur tubuh yang terbaring lena di atas katilnya menerbitkan senyuman nakal dibibirnya.

Sorry Aimanina, ni saja cara untuk I dapatkan segalanya.” Baju kemejanya dibuka, tali pinggang dilonggarkan lalu tubuhnya yang sedikit sasa itu dihempaskan bersebelahan dengan Aimanina. Remote lampu dipadam dan hanya ada lampu beranda menjadi saksi perbuatan kejinya.

Aimanina mengeliat, bunyi dengukaran halus yang menyapa pendengarannya membuatkan mata kirinyaterbuka sedikit bagi melihat keadaan sekelilingannya. Namun suasana gelap di sekelilingannya membuatkan dia kembali menutup mata. Selimut ditarik hingga paras leher.

“Janganlah tarik! Sejuklah you!”larang satu suara. Buntang mata Aimanina. Bingkas dia bangun dari pembaringan. Selimut ditarik, bertambah bulat matanya bila melihat sekujur tubuh sedang enak dibuai lena.

Dadanya berdegup kencang. Dalam minda berbagai-bagai spekulasi sudah terbina. Kenapa dia boleh berada di sini? Siapa lelaki tu? Dia berada di mana sekarang? Kenapa dia hanya mengenangkan singlet dan..dan.. semua soalan itu ligat bermain dimindanya. Kelam kabut Aimanina mengenakan semula baju dan seluarnya yang bersepah di atas lantai. Setelah itu dia mencapai remote lampu.

Bila cahaya sudah menerangi ruangan bilik yang mewah itu, Aimanina meneguk air liur. Cuba untuk mendekati lelaki yang berani hendak tidur di sisinya. Dia buka bantal yang menutup wajah lelaki itu. Membulat matanya.

“Kau! Bedebah!”jerit Aimanina. Kepala Afriz dihempuk sekuat hati dengan bantal. Afriz segera menepis pukulan Aimanina dengan wajah kaget.

“Eh! Apa ni!”tanya Afriz. Sedaya upaya mengelak dari terus dihempuk oleh Aimanina. Bantal dirampas lalu dibaling sejauh yang boleh.

“Binatang! Apa kau dah buat dekat aku!”pekik Aimanina. Dia masih tidak puas hati lagi. Selipar rumah milik Afriz diraih lalu dipukulkan ke badan Afriz. Afriz segera berdiri, baju kimono mandi yang sangkut di hadapan pintu tandasnya diraih setelah itu berlari keluar dari biliknya.

“Kau nak pergi mana tu! Kita belum settle lagi Afriz!” Jerit Aimanina. Semakin menjadi-jadi. Namun belum sempat Aimanina mengejar langkah Afriz. Pintu biliknya ditutup lalu dikunci. Makin naik hantulah Aimanina.

“Buka pintu ni Afriz! Kalau aku dapat kau, siap kau aku kerjakan!”bentak Aimanina. Afriz mengurut dadanya. Hampir saja dia tak boleh nak bernafas tadi.

“Aku janji dengan kau esok kita fikirkan. Jangan risau I akan bertanggungjawap.” Ujar Afriz.

“Dan aku janji esok aku akan bunuh kau!”balas Aimanina. Pintu disepaknya.

“Gila! Perempuan ni memang mental!”keluh Afriz. Kunci bilik dicampak di atas meja hiasan berhadapan biliknya. Pekikan Aimanina yang bagaikan orang meroyan itu diabaikan saja. Matanya yang masih mengantuk itu harus didodoikan semula.


Bersambung^^ sebarang komen diperlukan untuk memperbaiki karya ini. tq

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh