Home Novel Keluarga Kifarah Kasih
Kifarah Kasih
Puteri Raudah
17/8/2019 15:50:13
1,200
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 08

Nabila berdiri disisi skuternya. Hujan lebat yang turun dari tadi tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berhenti. Nabila mulai risau. Jam tangan menunjukkan pukul 7.05 malam. Ikutkan hati, hendak saja dia redah hujan lebat ini. 


"Bella! Masuklah dulu. Lebat sangat hujan ni. Dah nak maghrib pun. Solat je dulu kat sini. Nanti hujan dah berhenti barulah balik." Kak wan menjerit dari dalam rumah  cuba menghalang Nabila. 


Nabila seperti tidak setuju dengan ajakkan kak wan. Dia masih tercegat disisi skuternya sambil mendongak ke langit melihat air hujan yang mencurah-curah jatuh ke bumi. Sedang dia khusyuk memerhati dan mengharap hujan akan berhenti, pagar automatik rumah itu tiba-tiba terbuka. Kereta BMW X3 berwarna putih memasuki perkarangan rumah. Nabila menjadi gelabah. Dia terus menyarungkan topi keledar ke kepalanya.


Dalam suasana hujan yang bising itu, kak wan menjerit lagi. "Jangan balik dulu Bella! Lebat sangat hujan ni." 


Zafran yang baru turun dari kereta terus menghampiri Nabila. 

"Hebat sangat ke nak redah hujan ni? Esok kalau kau demam, Siapa nak urus orang tua kat atas tu? Kau baru kerja, dah berangan nak cuti ke? Jangan sampai gaji kau kena potong!" 


Tercengang Nabila apabila Zafran seakan memberi amaran kepadanya. Nabila membuka semula helmetnya dengan muka yang mencuka. 


"Eee anak pakcik ni! Menyakitkan hatilah!" Nabila terus masuk semula kerumah itu. 


"Ha, macam itulah. Bella pergi naik solat dulu. Nanti hujan dah berhenti, barulah balik." Kak wan tersenyum lebar apabila melihat akhirnya Nabila akur dengan halangannya awal tadi.


😬😬😬😬😬😬😬😬😬😬😬😬


"Astagfirullah hal azim allazi laa ila ha illa huwal hayyul qoyyum wa atu bu illaih.. Astaghfirullah hal...." Belum pun sempat Nabila menghabiskan wiridnya, tiba-tiba dia terdengar jeritan dari bilik Zaki. Nabila pantas bangkit dari sejadahnya dan berlari menuju ke bilik Zaki. 


"Mmmaah!!! Maaaah!!!" Zaki seakan sedang mengigau. 


"Pakcik..pakcik.. bangun pakcik. Bella kat sini" Nabila menepuk-nepuk kaki Zaki. 


Zaki tersedar. Nafasnya termengah-mengah seperti orang yang baru lepas berlari.


"Pakcik mengigau ni. Bella lap sikit muka pakcik dengan tuala ya." Nabila terus mengambil tuala basah dan mengelap muka Zaki. 


Sambil itu, sempat Nabila membebel. "Itulah pakcik, waktu maghrib macam ni tak elok tidur tau. Tengok sampai mimpi yang bukan-bukan kan? Pakcik nak minum? Bella suap sikit ya?" 


Zaki mengangguk tanda mahu. Nabila menyuapkan sedikit demi sedikit air. Setelah siap, Nabila membetulkan selimut Zaki. Tanpa dia sedar Zafran sedang memerhatikannya. Tak berkelip mata Zafran sehingga tidak perasan Nabila sudah pun berada didepannya. Nabila memetik jarinya sehingga Zafran terperanjat. 


"Encik, ayah encik ok. Saya kena potong gaji tak?" Nabila berlalu dan sempat menjeling tajam kearah Zafran. Menyampah!


🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄


"Eh, dah nak balik ke Bella? Makanlah dulu. Kak wan dah sediakan tu." Kak wan menegur Nabila yang sedang menuju ke pintu diruang tamu seolah hendak keluar. 


"Ala kak wan... Tak bolehlah kak wan. Hujan pun dah berhenti. Bella rasa kena gerak cepat. Nanti kalau dah malam sangat, tak sedap hati pulak nak bawak skuter tu sorang-sorang. Lain kali ye kak wan." Jelas Nabila lembut. 


"Tak baik tolak rezeki. Kak wan dah hidang tu. Marilah Bella. lauk sedap tau! Pucuk ubi masak lemak tempoyak. Versi nogori tau!" Kak wan memujuk sambil memegang tangan Nabila. 


Melihat mata kuyu kak wan, Nabila tak sampai hati pula. Lauk kegemaran pulak tu. Tapi jam dah pukul 9 malam. Serba Salah jadinya Nabila.


"Hurm... Oklah. Bella makan dulu. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari kan kak wan?" Nabila dan kak wan ketawa bersama. Sementara itu, Zafran sedang turun dari tingkat atas. 


"Ha Zafran jom makan, kak wan ajak Bella sekali ni." Kak wan terus ke meja makan. Tanpa sebarang dialog, Nabila dan Zafran mengekori jejak langkah kak wan.


🤤🤤🤤🤤🤤🤤🤤🤤🤤🤤🤤🤤


Bersambung......

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Puteri Raudah