3,527
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 3

Panggilan Irah tidak di dengari Seri.

“Mana pulak si Seri ni dah pergi?” soalnya sendirian. Tangannya masih lagi mengaul nasi bersama ikan rebus kesukaan Seri. Digaulnya sambil memerhatikan nasi tersebut agar tidak bercampur dengan tulang ikan. Di belek-belek mangkuk berisi nasi itu sambil memanggil Seri. Namun Seri masih lagi tidak menunjukkan diri.

“Iskh…kemana pulak budak ni pergi?”

Memang kebiasaan Irah membahasakan budak kepada anak-anak kucingnya yang dibela. Padanya dengan memanggil panggilan sebegitu ia dapat mengeratkan lagi kasih sayang mereka. Masih dia teringat sewaktu dia masih kecil, ketika ibunya duduk diatas tangga sambil membelai-belai kucing-kucing.

“Mak, kenapa mak panggil kucing-kucing ni “budak-budak”??” tanya Irah. Kebetulan waktu itu ibunya sedang menyikat bulu kucing Parsi bernama “Asap” yang dijumpai beberapa bulan lepas di dalam semak dengan keadaan yang kotor dan kusut masai. Bulu Asap yang tebal dan panjang dengan warna kelabu itu sungguh manja dengan mak Irah. Asap juga peneman setia maknya.

“Pada mak, kucing-kucing ini sudah macam keluarga kita, Irah. Merekalah tempat kita meluah perasaan, mereka juga yang selalu menemani kita jika kita sedang bersedih dan mereka jugalah yang menghiburkan kita tidak mengira waktu. Mak rasakan setiap daripada mereka ada keistimewaan tersendiri. Walaupun mereka tiada akal untuk berfikir namun mereka ada naluri untuk rasa disayangi. Kita jangan lupa tu” jelas mak Irah sambil memegang hidung anak kesayangannya itu.

Irah membelai Asap yang sedang asyik perasaannya dibuai kesedapan disikat oleh penjaganya. Suara ketenangan kedengaran di telinga Irah.

“Hehehe….Irah suka bunyi purr..purrr… itu mak!” bicara anak kecil itu kepada ibunya.

“Itulah nada kucing yang menunjukkan ia selesa dengan kita” jawab ibunya sambil membelai rambut Irah pula. Tersenyum mereka dua beranak melihat akan kemanjaan yang ditunjukkan Asap.

“Seri!!!!! Seri!!!!” laung Irah. Mangkuk di tangannya diletakkan di atas meja di beranda rumah.

Terjenguk-jenguk Irah ke arah rumput seberang jalan rumahnya. Di perhatikan susuk tubuh montok yang berada di atas rumput bergolek-golek kegembiraan gayanya.

“Seri!! Meh balik! Makan!” laung Irah kepada Seri yang sedang berehat dirumput rumah jirannya itu.

Seri menoleh ke arah suara yang di kenalinya itu. Seri bangun perlahan-lahan dan terus berlari-lari menuju ke arah Irah yang berada di hadapan pagar rumahnya.

“Buat apa aja kat sana tu Seri” soal Irah yang melihat kelibat Seri yang sedang menuju ke arahnya. Irah masuk semula ke dalam rumah dan mencapai mangkuk nasi tadi. Digaulnya lagi nasi tersebut dan ditiup-tiup agar nasi itu tidak terlalu panas untuk dimakan Seri nanti.

“Hari ni akak beri makan ikan rebus bersama nasi tau. Akak nak pelbagaikan menu makan untuk Seri supaya Seri terus sihat dan gemuk” bebel Irah sendirian. Kelibat Seri masih lagi belum muncul-muncul. Dijenguknya kembali Seri yang berada di luar tadi.

“Akak! Akak! Seri kak! Cepat kak!!” laung Syami dari kejauhan tercungap-cungap memanggil kakaknya yang sedang sibuk mengaul nasi didalam mangkuk. Hati Irah tak sedap. Terus keluar dan kelihatan Seri terbaring di tengah jalan. Dilihat juga Khairul, orang bujang di hadapan rumahnya sedang mengelap pisau di tangan.

“Apakah?” Irah kebingungan. Ya’ Allah Seri!!! Adik kakak! Mangkuk yang dipegang dilepaskan, bertaburan nasi berisikan ikan ke lantai mangkuk plastik pecah akibat hempasan tersebut. Tidak diendahnya makanan yang berselerakkan diberanda rumahnya. Yang Irah tahu dia harus segera mendapatkan Seri yang sedang berada didalam kesakitan yang amat.

“Alhamdullilah, kucing awak sudah tidur” Tersentak lamunan Irah ketika Doktor Fazli memberitahu keadaan Seri.

“Terima kasih Doktor.” Senyuman tawar terbit dari bibir mungil Irah.

“Saya tak tahu apa salah kucing saya ni sehingga sanggup diperlakukan sedemikian rupa. Andai dia buat salah halau sahaja, tidak perlu menyiksanya sedemikian” luah Irah kepada Doktor Fazli.

“Awak patut buat laporan terhadap kes sebegini Cik Irah” jelas Doktor Fazli sambil membasuh tangannya dengan sabun anti kuman.

“Mereka lupa yang dunia ini bukan untuk mereka sahaja namun itulah yang kita terpaksa tempuh dan hadapi ketika ini” Doktor Fazli memberi pendapatnya terhadap apa yang terjadi kepada nasib Seri. Dibelai Seri yang sedang lena.

Dicium kepala Seri bertubi-tubi. Takut akan kehilangan kucing kesayangannya ini. “Akak minta maaf sebab cuai menjaga Seri”. Air mata berguguran lagi sambil merapatkan kepalanya ke muka Seri. Apalah kejam sangat jadi manusia hanya kerana haiwan membuat perkara yang sememangnya naluri mereka begitu. Dilihat keempat-empat kaki Seri yang kesemuanya telah dipotong akibat tetakan kejam jirannya itu. “Kesian adik akak ni… Seri jangan risau ye sayang. Walau macam mana keadaan Seri, akak tetap akan menjaga Seri sebaik-baiknya. Seri adalah pengarang jantung buah hati akak!” hatinya berbicara sendirian sambil mengusap-ngusap belakang Seri. Tiada respon. Hanya nafasnya sahaja turun naik kelihatan menandakan ia lena tidur.

“Awak boleh balik dahulu ye, biarkan Seri berada di klinik saya beberapa hari lagi untuk saya tinjau tahap kesembuhan kecederaannya.” Jelas Dr Fazli.


“Terima kasih, Doktor” ucap Irah. Di toleh kebelakang melihat keadaan Seri yang berada didalam kiub menjalani rawatan. “Akak berdoa agar Seri cepat sembuh” luahnya sambil berlalu keluar daripada klinik haiwan tersebut.

Dicapainya telefon yang berada di dalam beg galas dan terus mendail nombor telefon adiknya, Saufi.

“Fi, akak ni. Adik kat mana?” tanya Irah sebaik sahaja Saufi mengangkat telefon.

“Adik kat rumah ni kak… mak bising-bising tu pasal kes siang tadi” jawab Saufi.

“Takpe..takpe..balik nanti akak akan jelaskan pada mak. Dah tolong basuh kesan darah di atas jalanraya tu?” tanya Irah lagi.

“Dah kak.” Jawab Saufi ringkas.

“Ok. Akak dalam perjalanan nak balik ni. Jumpa nanti” Irah terus mematikan telefon dan mula mencari teksi untuk pulang ke rumah. Dihatinya kini hanya Seri yang dirisaukan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.