814
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1

“Pelangi, ke mana nak bawa Memot tu sayang. Mari sini sayang, kakak nak peluk awak!”.

Pelangi tetap tidak melepaskan Memot yang digigitnya. Di bawa ke sana ke mari patung teddy itu. Memot dibeli Karmila semasa membeli-belah di Jusco Tebrau City beberapa bulan selepas kematian Buyung. Karmila perhatikan Pelangi banyak mendiamkan diri setelah kejadian itu. Tidak seperti Itam. Memot menemani Pelangi setiap masa. Tanpa Memot, Pelangi seperti kekurangan sesuatu. Berlainan pula dengan si Itam, kini ia menjadi kucing paling garang. Semua ini akibat daripada situasi yang dialaminya ketika menjadi kucing terbiar dahulu. Si itam suka memencilkan diri. Memot masih lagi dimulut Pelangi. Digigit, dihayun dan ditendang-tendang tanda kegeraman. Matanya melihat tubuh Karmila yang sedang berusaha mendekatinya. Tidak berganjak dari tempat duduknya sambil memeluk Memot. Ekornya digerak-gerak perlahan. Nafasnya turun naik kepenatan.

Karmila merapatkan diri menuju Pelangi. Diensot badannya perlahan-lahan sambil mendekati Pelangi. Pelangi melihat sahaja kelakuan Karmila. Pejam celik mata Pelangi menanti kedatangan Karmila. Dia tahu yang Karmila terlalu sayangkannya. Karmila melambai-lambai ke arahnya namun Pelangi tetap membatukan diri. Kemudian suara manjanya kedengaran seperti memanggil-manggil Karmila supaya segera datang kepadanya. Kepalanya diletak ke lantai sambil mejilat-jilat bibirnya. Memot masih lagi dipelukkannya.

“Nyau” panggil Pelangi kepada Karmila. Matanya dipejam rapat seketika.

“Tepilah! Kau ni sibukla duduk suka hati mana kau nak ye!” Shidah menghalau Pelangi yang sedang berehat di bawah kerusi menantikan kedatangan Karmila. Mencecet lari setelah di halau dengan batang penyapu sambil membawa bersama-sama Memot kesayangannya itu.

“Orang nak sapu kat situla sibuk nak duduklah, baringlah, apalah” bebel Shidah lagi. Sambil menjeling kepada Pelangi. Geram pada Pelangi masih lagi berbuku.

“Mentang-mentang kau kucing kesayangan orang di rumah ni kau naik lemak pulak ea!” Shidah membebel lagi sambil membersihkan sampah dan habuk di bawah kerusi.

“Siap kau! Berani datanglah!” dihala penyapu ke muka Pelangi. Pelangi yang tahu akan sikap Shidah tidak berbuat apa-apa hanya melihat sahaja kelakuannya. Dia tahu jika ganggu pekerjaan Shidah maka bebelan dan hambatan akan diterima. Pernah suatu ketika di mana Shidah sedang mengangkat dulang berisi air untuk diberikan kepada tetamu Dr Kamarul yang bertandang berderai jatuh akibat dilanggarnya.

Terkebil-kebil mata Pelangi. Ditoleh kebelakang melihatkan Karmila masih lagi mengesot untuk mendekatinya.

“Alah, Kak Shidah…janganlah halau Pelangi. Mila baru je nak bermain dengannya”. Karmila tersentap dengan tindakan orang gaji dirumahnya itu. Bertambah laju Karmila mengensot. Mila tidak mahu Pelangi disakiti oleh orang. Baginya Pelangi adalah teman dan sahabatnya dirumah.

“Karmila…Karmila…..” laung Sofea. Kelibat anak kesayangan tidak kelihatan. Panggilan kali kedua juga tidak berjawab.

Di satu sudut tepi di ruang tamu kelihatan Karmila sedang berbual-bual dengan Pelangi. Riang dan gembira telatahnya sambil membelai-belai badan Pelangi. Kucing kecil yang suatu ketika dulu amat comot keadaannya. Kini Pelangi bertambah gemuk, bulunya lebat dan lebih membuatkan Karmila suka dengan Pelangi adalah jari kakinya yang lebih banyak daripada kucing biasa sehinggakan dia mengelarkan Pelangi “Peanut”. Karmila suka sangat bermain-main dan memegang “peanut” Pelangi. Sambil mengira biji-biji di kaki Pelangi di geleteknya pula. Namun Pelangi membiarkan sahaja kerana ia tahu Karmila memerlukan sahabat ketika ini.

“Nyau”

“Kenapa Pelangi?” Karmila bangun daripada duduknya dan mengangkat Pelangi membawanya ke ruang luar halaman rumahnya. Keadaan petang yang nyaman dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa itu sangat sejuk dirasakan. Anak pokok ru yang sedang membesar di penjuru pagar rumah meliuk lentok, daun-daun kering berguguran daripada pokok di luar rumah jatuh di atas kubur ibu Pelangi, Buyung. Karmila membawa Pelangi ke kubur Buyung sambil membersihkan dan membuang daun-daun kering yang berada disekitar kawasan sekeliling kubur itu. Karmila berada di dunianya sendiri apabila bersama Pelangi. Tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Kanak-kanak kecil itu lebih suka bersendirian bersama kucing kesayangannya.

Shidah yang baru sahaja habis menyapu sampah di dalam rumah, keluar ke beranda untuk menyambung kerjanya sambil melihat kelakuan Karmila.

“Dasar budak takde kerja, kucing itu sahaja di kelek sini sana.” Bebelnya sendirian.

“Mana Karmila, Shidah” suatu suara memecah khayalan Shidah.

“Itu dia, Kak, duduk di depan pokok anak ru,” tunjuk Shidah kepada majikannya, Puan Sofea.

“Mila sayang…. Buat apa dekat sini sorang-sorang?” tanya Puan Sofea kepada anak tunggalnya itu.

“Takde apa mak, saja Mila bersihkan kawasan sekeliling kubur ibu kucing ini.” Jawabnya sambil memandang wajah maknya. Tangan Puan Sofea membelai rambut anaknya itu.

“Baiknya anak mak yang seorang ini” balasnya.

Senyum terpancar di wajah Karmila. Pada ketika itu Pelangi sedang bergolek-golek di atas rumput. Karmila memerhati sahaja kelakuan Pelangi. Seakan memahami yang Pelangi juga sedang berasa gembira.

“Dr. Kamarul…Dr Kamarul…” laung salah seorang pelanggannya yang berlari masuk menangis sambil mendukung seekor kucing.

“Ye Kak, Kenapa ni kak?” tanya Dr Kamarul kepada Zaitun. Dia amat kenali perempuan yang bernama Zaitun tersebut. Zaitun merupakan seorang penyelamat haiwan terutamanya kucing. Kegiatannya dia dalam kerja amal seperti itu amat membanggakan Dr Kamarul. Sungguh pun dia seorang ibu tunggal dan hidup tidak mewah mana namun hatinya tetap sayang dan kasihan kepada haiwan-hawian terbiar.

“Eh! Kenapa dengan Bubu?” tanya Dr Kamarul lagi. Kehairanan melihat keadaan kucing tersebut. Keadaan kucing itu yang seperti meminta-minta nyawa. Nafasnya turun-naik tersekat-sekat dengan aoir liur keluar meleleh. Matanya buntang. Rasanya baru sahaja minggu lepas dia merawat kucing itu kerana rawatan rutin berjadual.

“Dia kena racun Dr.” jawabnya ringkas.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.