Home Novel Keluarga Syurga Itu Milik Dia
Syurga Itu Milik Dia
Amatara
24/12/2018 14:13:48
6,567
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 21

BAB21

Syurga Itu Milik Dia

KIRA-KIRAbeberapa bulan selepas itu, Suriana memperoleh keputusan yang cemerlang. Pihaksekolah turut mengumumkan Suriana sebagai Tokoh Murid di sekolah tersebut. Ibuadalah orang yang paling gembira ketika itu. Semua ahli keluarga Suriana datangke majlis penyerahan slip keputusan di sekolah. Begitu juga atuk dan Mak TehNoriah. Mereka mengucapkan tahniah kepada Suriana tatkala Suriana menyerahkanslip keputusan ke tangan mereka.

            “Tahniah Su. Atuk bangga denganpencapaian yang diperoleh ini. Kalaulah ada arwah ayah Su sudah tentu arwahjuga akan bangga dengan anaknya.” Ujar atuk dengan wajah yang cukup gembira.

            “Terima kasih atuk. Kejayaan iniuntuk semua ahli keluarga kita. Tapi...” Suriana tidak menghabiskan ayat yangseterusnya. Matanya mula berkaca kerana teringatkan arwah ayahnya.

            “Tapi apa Su?” tanya Mak Teh Noriahsecara tiba-tiba.

            “Kalaulah ayah masih hidup. Sudahtentu ayahlah yang paling gembira.” Air mata Suriana merembes keluar tanpadipinta.

            “Jangan menangis Su. Kita doakanagar arwah damai di sana.” Mak Lang pula cuba memujuk hati Suriana.

            Suriana hanya tunduk sahaja.Kemudiannya beralih pandangannya kepada adik-adiknya.

            “Ini untuk angah dan ucu. Suka tak?”tanya Suriana kepada Haikal dan Afrena yang berdiri di sampingnya.

            Haikal dan Afrena hanya tersengih.‘Anak-anak syurga’ itu langsung tidak mengerti kegembiraan yang dirasai olehkakaknya itu. Suriana hanya membalas sengihan itu dengan senyuman yang palingmanis dalam hidupnya.

            “Tahniah Suriana. Ustaz kagum dengankesungguhan Su. Tentu ibu lebih gembira dengan kejayaan yang Su kecapi ini.”Tegur Ustaz Fakrul sambil mengerling ibu.

            “Terima kasih ustaz atas tunjuk ajarselama ini. Ustaz dah banyak bantu keluarga ini.” Ibu pula mengucapkan terimakasih kepada Ustaz Fakrul.

            “Sebelum terlupa, ustaz ada mohonkanSu sekolah berasrama penuh. Su bersedialah dari sekarang ya.” Ujar UstazFakrul.

            Wajah Suriana tiba-tiba sahaja berubahmenjadi muram. Matanya tiba-tiba sahaja berkaca. Suriana mahu menangis apabilateringatkan perpisahan yang bakal dialaminya nanti. Bukan Suriana tidak gembiraapabila diterima masuk ke asrama penuh tetapi dia sedih kerana akanmeninggalkan ‘adik-adik syurganya’ itu.

            “Along...” panggil ibu lembut.

            “Jangan sedih along. Ibu yang mintaagar Ustaz Fakrul mengisi permohonan masuk ke asrama penuh. Ibu berbuat begituuntuk kebaikan along. Alonglah satu-satunya harapan ibu, angah dan ucu. Janganrisau tentang keadaan kami di sini.” Jelas ibu sambil menitiskan air mata.

            “Jangan bimbang Su. Kami akansentiasa tengok-tengokkan ibu, Haikal dan Afrena. Tugas Su belajar rajin-rajin.Moga Su akan dapat mengubah kehidupan keluarga Su nanti.” Ujar Mak Lang sambilmengusap-usap kepala Suriana.

            Suriana tersenyum. Ternyata penderitaandan kesusahan mereka itu sudah terbalas. Pelbagai liku telah diharungi,kecekalan akhirnya membuahkan hasil. Sesungguhnya, Allah akan membalas pelbagaikebahagiaan kepada hamba-hamba-Nya yang bersabar.

            Suriana merenung wajah Haikal danAfrena. Wajah itulah yang mendorong agar dia belajar bersungguh-sungguh demimencapai impian pada masa hadapan. Ya, kerana Haikal dan Afrena ‘anak-anaksyurga’ maka Suriana tekad untuk berusaha dan menjaga kedua-duanya sehingga keakhir hayat Suriana. Suriana bersyukur kerana Allah mengurniakan syurga yangindah untuk kedua-dua adiknya itu.

Memangbenar, syurga itu milik Haikal dan Afrena buat selama-lamanya. Surianabermonolog sambil tersenyum.

           

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.