Home Novel Fantasi ESTODANIA
ESTODANIA
Dhaifullah Az Zayyani
28/12/2017 18:42:21
2,921
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Bab 4

BAHAGIAN 1 : MENJEJAK FARIS

 

Ayyanmendongak ke langit. Hamparan kelam malam disulami malap cahaya  bulan menggitari pandangannya. Malam inibintang kurang kelihatan tidak seperti biasa kelana Ayyan sebelum ini. Mungkindisebabkan kepulan awan yang memenuhi segenap sudut langit sejak maghrib tadi.Ayyan melihat jam tangannya. Kurang tiga minit masuk pukul sembilan. Masih jauhlagi perjalanan menuju ke Estodania.

 

"Faris,tunggu aku datang. Aku dalam perjalanan. Bertahanlah sahabat." ujar Ayyanperlahan lalu melepaskan hembusan nafas ringan. Perjalanan menuju ke Estodaniaterpaksa direhatkan sebentar. Di hadapannya kini terbentang luas Laut ChinaSelatan. Dia buntu memikirkan cara untuk melintasi laut itu. Malam ini, diaakan berhenti rehat di pinggir Belawai ini untuk memikirkan ilham menyeberanghamparan laut di hadapannya itu. Sepatutnya dia sudah berada di Tanah Emassebulan yang lepas. Sepatutnya sekarang dia sudah hampir dengan Estodania yangterletak di penghujung tanah Asia itu. Sepatutnya dia sudah hampir dengansahabatnya, Faris. Selepas Tanah Emas, Ayyan hanya perlu berjumpa dengan TokKandek yang telah berjanji membawanya ke Estodania. Ayyan melabuhkanpunggungnya di atas batu besar yang mengunjur ke arah selatan.

 

Estodania.Satu kerajaan muluk yang terletak di hujung tanah besar Asia. KerajaanEstodania adalah antara kerajaan yang kaya dan paling kuat di rantau Nusantaraini. Kerajaan yang ditadbir oleh Permaisuri Isabella itu sudah lama menguasaiperdagangan air dan udara. Faris, sahabat sepermainannya telah merantau lebihawal ke tanah serba moden itu demi mengejar cita-citanya. Faris yang berkulitsawo matang bermata bundar bercadang hendak menjadi juru terbang. Cita-citanyaitu tidak mungkin dapat dicapai jika dia terus mendiamkan diri di tanahleluhurnya.

 

"Akukalau dah besar nanti nak pandu jet macam tu," Faris menunjukkan jari kelangit. Lima buah jet pemantau Kerajaan Estodania terbang melalui perkampunganmereka menuju ke arah utara. Memang Estodania merupakan kerajaan yang sangatmaju sejak dulu lagi.

 

"Kaunak jadi tentera Estodania ke?"

 

"Yup.Kalau nak pandu jet macam tu kenalah jadi tentera Estodania kan?" Farisberkata dengan yakin.

 

"Estodaniajauh sangatlah Faris. Kau ingat senang ke nak pergi sana!”

 

“Ayyan.Sejauh-jauh Estodania, akak kau dah sampai sana. Duduk menetap di sana sehinggaberanak-pinak dan tak pulang-pulang. Maksudnya tak jauh manapun.” ujar Farismembela niatnya.

 

Memangbenar, kakak sulung Ayyan sudah hampir lima tahun meninggalkan kampung halamankerana pergi merantau ke Estodania. Katanya, hendak menuntut ilmu di sana.Kebetulan pada masa itu, Permaisuri Isabella sedang mencari guru wanita yangboleh menjadi pendidik di Istana baginda. Namun, selepas tiga tahun diperantauan, kakak sulungnya senyap tanpa mengirimkan sebarang berita. Entahkanbernyawa atau tidak. Walhal, awal kelananya, mereka selalu bertukar khabar.

 

“Kaurasa Farihah masih hidup tak?” tanya Faris. Mata mereka masih dihalakan ke LautSulawesi. Kulit kayu mati dikupas-kupas sebagai hiburan.

 

“Inshaa Allah dia masih hidup. Selagi kami belum dikirimkan mayatnya, selagi itudia masih hidup. Kita fikir yang baik-baik. Mengapa? Rindu?” ujar Ayyan.

 

“Mestilahrindu. Takkanlah tak rindu pujaan hati.” balas Faris sambil merebahkan dirinyadi atas pasir. Tangan didepakan.

 

“Don’tyou miss her too? Your sister.”

 

“Ofcourse, I do! Akak sendiri kot. Tapi kita hanya mampu mengirimkan doa. Tak kanlah nak pergi Estodania cari dia. Tak mampu aku. Masih budak lagi”

 

“Jujurnya,aku ragu dia masih hidup. No offense! Dengan apa yang berlaku di Estodania tigatahun yang lalu, tipis peluang nak bernyawa,” luah Faris jujur tanpamempedulikan bahawa dia sedang mendakwa bahawa kakak Ayyan itu sudah meninggaldunia.

Ayyanmengambil segenggam pasir lalu membalingnya ke muka Faris.

 

“Kurangajar punya member! Kau memang nak akak aku mati ke?” pasir dibalingberkali-kali. Faris bingkas duduk lalu menepis tangan Ayyan.

 

“Ooii..rilekslah aku cakap possibility je kot! Nak mengamuk kenapa?!” ujar Farisdiiringi dengan tawa.

 

            Bayu dari Laut China Selatan membelaikulit Ayyan dengan lembut. Dia biarkan. Mindanya menerawang jauh ke kisah-kisahyang berlaku setahun lalu. Ketika Faris masih menjadi sahabat yang menemaninyamenjala ikan di perkampungan mereka. Sungguh saat itu dia rindu kepada sahabatsepermainannya itu. Dia dan Faris membesar bersama. Rumah mereka salingberhadapan antara satu dengan yang lain. Hampir setiap hari, Faris menjadirakan sembang bersama Farihah, kakaknya. Sehinggalah Faris meluahkan rasacintanya kepada Farihah. Tindakan Faris itu menyebabkan Farihah mulamengasingkan diri daripada mereka lalu akhirnya memilih untuk merantau keEstodania.

 

“Ayyan!Ayyan!!” suatu petang Faris bertempik memanggil namanya. Ada nada kegiranganpada suaranya. Ayyan pada masa itu sedang menjahit pukat datuknya yang koyak.Duduk di atas batang pokok kelapa yang telah ditebang-tebang. Pukat dihadapannya diikat pada tiang-tiang kayu yang disusun rapat dan bersilang.

 

“Hah…kau ni dah kenapa macam toyol terjumpa guli terkinja-kinja?” tanya Ayyan sebaiksahaja Faris tiba di sebelahnya. Faris hanya melemparkan senyuman sumbingseperti kanak-kanak yang diberikan permainan baharu.

 

“Macammana kau tahu toyol kalau terkinja macam aku buat tadi? Kau pernah nampaktoyol?” sakat Faris.

 

“Pernahlah.Dia nak curi ikan aku..”

 

“Seriuslah?Sekarang dia ada tak?”

 

“Dahdah.. tak payah nak mengarut. Ada apa? Kenapa kau happy tak ingat dunia ni?”

 

“Bacani!” Faris menghulurkan sehelai kertas berwarna emas yang digulung-gulung.

 

Ayyanmembuka gulungan kertas tersebut. Ada tinta merah yang menghiasi kertas emastersebut. Kertas berwarna emas seperti ini dia pernah nampak tiga tahun yanglalu. Tampak kertas tersebut sama dengan kertas yang diterima Farihah ketikadia mendapat surat lantikan menjadi Fuqaha di Istana Estodania. Kertas berwarnaemas ini tanda urusan diraja dan hanya surat-menyurat rasmi dari istana sahajayang dibenarkan dicetak di atas kertas seperti itu. Maksudnya, Faris jugamendapat lantikan untuk menjadi tenaga kerja di istana mega itu? Ayyan membacasatu-persatu perkataan yang dicatat menggunakan tinta merah. Jemputan KadetJuruterbang Diraja.

 

“TahniahFaris.. Akhirnya tercapai juga cita-cita kau,” ujar Ayyan. Suram.

 

“Laaa…tu je reaksi kau?” rungut Faris.

 

“Dahtu? Kau nak aku buat macam mana?” Umumkan sekampung?”

 

“Tidaklahsampai macam tu sekali… agak-agak lah.” Faris merampas kembali surat tawaran ditangan Ayyan lalu mengambil tempat duduk di sebelah kanan Ayyan. Ayyanmenyambung kerjanya menjahit pukat yang koyak.

 

“Kautak happy ke, Yan?” tanya Faris. Senyuman di wajahnya mulai pudar.

 

“Yangdapat kerja tu kau, bukan aku. Aku tumpang bahagia je lah,” jawab Ayyan.

 

“Yangkau tak nak apply dulu kenapa?” bentak Faris. Ayyan memandangnya.

 

“Takminat!” jawab Ayyan pendek lalu menyambung kerjanya.

 

“Takpe lah Faris. Kau pergi je. Okey lah tu. Allah dah tunaikan impian,” sambungAyyan. Tangannya masih rancak menjahit mana-mana bahagian pukat yang koyak.Hanya ada sedikit lagi yang perlu dijahit selepas hampir sejam duduk di pinggirpantai tersebut.

 

“Nantikalau ada pengambilan baru, kau apply lah.. Boleh kita tinggal sekali. Sewarumah sama-sama,” ujar Faris.

 

“Inshaa Allah. Jangan risaulah. Lagipun aku malas nak tinggalkan kampung. Siapayang nak jaga datuk aku di sini. Farihah dah hilang tanpa khabar. Kalau akumenyusul, kelak menangis pula orang tua tu. Kau pula, jangan hilang macam akakaku,” ujar Ayyan. Faris tergelak.

 

“Takpelah.. kalau hilang,, hilang bersama cinta hati. Sweet ape… sehidup semati,”balas Faris.

 

“Sweetkepala otak kau!” bentak Ayyan. Cobang diketuk ringan di dahi Faris.

 

“Nantikalau ada apa-apa berlaku, cari kami di Estodania tau. Siapa tahu suatu harinanti, kota raksasa itu diserang garuda.” senda Faris.

 

“Tengoklahkalau aku ada mood”

 

Ayyanmelepaskan nafas berat. Permintaan Faris itulah yang mendorong dia meninggalkankampung halaman. Lagipun, datuk yang dia sayangi telah kembali ke rahmatullahbeberapa bulan yang lepas. Meninggal dunia tanpa sebab. Tiba-tiba sahajadatuknya itu terlentok rebah ketika mereka sedang bersembang di pangkin rumah.Usai dikebumikan, Tok Ketua menyampaikan amanat datuknya. Dia diminta keEstodania mencari Farihah.

 

Ayyanbangun dari batu tempat dia duduk. Kaki diatur ke kawasan berpasir. KapsulBulma dikeluarkan. Hanya berbaki tujuh biji. Pondok kecil dijelmakan untuk diaberteduh malam itu. Usai diwujudkan pondok tersebut. Ayyan mengambil air wuduklalu mendirikan solat Isyak dan dilanjutkan dengan sedikit zikir pada wiridnya.Sekadar untuk memohon perlindungan dan bantuan daripada yang Maha Khaliq.Sesungguhnya, perjalanannya ke Tanah Emas tidak semudah yang dia sangkakan.Selepas jatuhnya empayar gagah Permaisuri Isabella, seluruh Nusantara sepertidilanda malapetaka sehingga hampir semua teknologi yang mereka miliki tidakberfungsi sama sekali.

 

            Selesai memuji-muji Allah yangKhaliq, Ayyan menyediakan ruang pembaringannya lalu kembali termenung mengimbaskisah-kisah yang memaksa dia memulakan kelana ini. Pandangan dipancarkan kebumbung pondok. Gelap.

 

“TokKetua! Tok Ketua…!” tergopoh-gapah Pak Ethihar berlari ke rumah Tok Ketua.Kebetulan pada masa itu, Ayyan sedang menemankan datuknya bertemu Tok Ketua.

 

“Estodaniadilanda musibah!” lapor Pak Ethihar terketar-ketar.

TokKetua cuba mengawal reaksi mukanya yang sedikit kaget mendengar perkhabaranini.

 

“Sekalilagi?” soal Tok Ketua.

 

“Belintarliar menyerang kota sehingga semua musnah. Banyak pesawat marak disambar api..”sambung Pak Ethihar.

 

Pesawat?Faris! Jantung Ayyan berdegup kencang mendengar khabar yang dibawa oleh PakEthihar itu. Faris merupakan salah seorang juruterbang diraja. Sudah pasti diaakan menjadi kemudi hadapan jika berlaku sebarang petaka di kota perkasa itu.Usai mendengar berita itu, hati Ayyan meronta-ronta hendak menyusul Faris ke Estodania.Datuknya sendiri menyedari hal ini dan memintanya ke Estodania. Tetapi, Ayyantidak mahu meninggalkan datuknya seorang diri di kampung tersebut. Apabila ajaltiba menjemput datuknya, barulah Ayyan boleh meninggalkan kampung halamandengan tenang iaitu beberapa hari selepas berita musibah Estodania disampaikanoleh Pak Ethihar.

 

“Lindungisahabatku Ya, Allah..” doa Ayyan lalu menutupkan matanya. Sekali lagi, nafasberat dilepaskan. Hembusan nafas itu sebenarnya adalah lambang keluhan yangdisimpankan di dalam hati. Kelana seorang diri seperti ini sememangnyamembosankan dan memenatkan. Rindu pada sahabatnya semakin menebal setaip kalidia memikirkan kelana sendirian yang dia lakukan.

 

Tiba-tiba,pintu pondoknya diketuk dengan kuat. Bunyi ketukan itu seolah-olah inginmerobohkan pondok kecil yang dia dirikan.

 

“Siapaitu?” tanya Ayyan. Senyap. Tiada sebarang jawapan. Bunyi ketukan pintu yangmengganas tadi juga diam.

 

Usikanalam sebelah mungkin. Gumam hati Ayyan. Dia membaringkan dirinya semula.

 

“Bukapintu!!” satu suara bertempik kuat kedengaran dari luar sehingga menyebabkanAyyan terkejut. Dia bingkas bangun lalu membuka pintu. Tiada sesiapa. Hanyakelam malam dan bunyi deruan ombak yang kedengaran.

 

“Siapadi sana? Jangan bercanda wahai makhluk Allah” ujar Ayyan cuba memberanikan dirisendiri. Masih tiada jawapan yang kedengaran.

 

“Jikaada sebarang masalah, mohon tampilkan diri. Saya bantu setakat mampu,” ujarAyyan lagi. Masih tiada jawapan yang diberikan. Dalam kepekatan malam itu,Ayyan dapat melihat kelodak air laut mula bertukar warna. Dari warna hitamkelam, rona-rona cahaya biru mula kelihatan. Kocak air semakin deras danmeninggi sehingga membentuk satu jasad.

 

Masya-Allah!Muslihat apa pula yang dikirimkan oleh Pawang Benayat kali ini. Bungkam Ayyan.Pencak kakinya mula dipasak. Dia sedar, malamnya kali ini tidak akan setenangyang dia harapkan. Pertempuran dengan alam sebelah akan bermula sebentar sahajalagi. Walaupun luka di bahu kanannya masih belum kebah, dia akan cuba untukbertarung sekudrat tenaga. Dia harus menang kerana dia harus hidup. Jika diamati, bagaimana dia hendak menyusul Faris di Estodania.

 

Petakayang menimpa Estodania sebenarnya adalah ulah Pawang Benayat. Walaupun warisanpeninggalan arwah datuknya masih belum dikuasai dengan sempurna, dia harusmencuba untuk menang sekali lagi dalam pertarungan malam ini. Tidak boleh mati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dhaifullah Az Zayyani