Home Novel Fantasi USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
USOP SONTORIAN PRIVATE ACADEMY
painarena
1/1/2018 05:02:51
12,216
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 16

ELSA berlari ke dataran, mengejar Anna yang tiba-tiba memecut ke sana. Pelik betul. Adiknya datang ke akademi dengan hasrat nak melawatnya. Semasa menyembang sambil ngeteh  di sebuah gerai makan, tiba-tiba aura merah jambu melayang entah dari mana dan merasuk tubuh adiknya. Anna tiba-tiba bangun dan terus berlari ke tengah dataran, termasuklah semua orang yang berada di gerai makan itu – serta gerai di sebelahnya – dan semua gerai yang lain – meninggalkan dirinya seorang.

Kepenatan, Elsa akhirnya tiba ke dataran yang kini dipenuhi pelajar, guru-guru, serta semua pengunjung yang hadir. Pulak dah, apa yang dah jadi? Kenapa dia seorang yang terasing?? Rasa takut baru nak menimbul di hati bila tiba-tiba seseorang menegur.

“Kau buat apa kat sini?”

Elsa menoleh. Hampir terpekik bila melihat Kid berdiri tegak di belakangnya. Pemuda itu sedang memangku seorang gadis yang pengsan, manakala seorang lagi lelaki bertopeng serta patah tangan mengekori di belakang.

“Err… adik aku tiba-tiba lari ke situ.” Telunjuk dituding ke dataran.

Kid mengangguk. “Kau ada luka kat mana-mana?”

Geleng.

“Jadi kenapa kau tak terpekik-pekik, terkinja-kinja kat sana?”

“Tak payah tanya pasal aku, kau pun sama!” getus Elsa, sakit hati pula bila Kid bertanya macam tak sedar diri.

Lelaki itu mendiam seketika. Elsa dirapati terus. Kepalanya ditundukkan sedikit, merenung anak mata biru neon itu. Pada magis ais yang berkilauan di sebalik mata itu. Dia tahu magis milik Elsa agak lain sedikit berbanding ahli magis ais yang lain. Tapi dia tak jangka….

“Si lalat tu satu hal, tapi kau naturally immune dengan kuasa Ariel?”

Elsa mengelat seketika, tidak memahami soalan tersebut. Immune kuasa Ariel? Tak sempat otaknya memilih jawapan yang dirasakan paling waras, Kid melepaskan keluh berat.

“Kenapalah kau ni pelik sangat.Dari awal aku jumpa kau sampai sekarang… kau tak pernah stay dalam expectation aku. Jomlah.” Dan dia terus bergerak. Jack menolak bahu Elsa dengan lembut supaya mengekori langkah si ketua pelajar.

“Kemana?”

“Ke tempat yang lebih sesuai nak construct plan,” ujarnya sambil mendekati sebuah gerai makan yang dah kosong. Dapur gas yang masih menyalakan api di bawah kuali, ditutup. Kid memandang barisan gerai makan yang lain. Entah-entah semua dapur gas tidak ditutup bahana serangan gerila Ariel.

“Plan apa?” soal Jack.

Counter attack. Lagipun, semua beruk tu perlu disedarkan balik. Dorang akan stay macam tu kemungkinan sampai esok, tak kisah mandi, berak, makan dan tidur. Benda tu menyusahkan sebab nanti, siapa yang nak cuci berak kencing kat dataran tu nanti.”

Jack mengerut dahi. “Wow? Akuingatkan kau takkan kisah benda bodoh macam tu tapi rupanya kau kisah dengan well being orang lain yang langsung tak berkait dengan kau? Kau tengah lari dari karakter kejam kau, Kid.”

Kid menoleh, terasa disindir.“Aku dah cukup baik biarkan kau menyamar dan respect privacy yang kau nak sembunyikan di sebalik topeng tu.Jangan sampai aku rogol identiti kau,” deramnya, memberi amaran.

Jack mencemik di sebalik topeng.

Ketua pelajar itu menyambung kemudian. “Pendek kata it’s a bad idea biarkan Ariel terus kawal kumpulan manusia tu. Kita tak tahu apa yang dia mampu buat. Although… berbanding perangai pendek akal si Ariel pagi ni, aku lebih terkejut dengan korang dua.” Kid memandang Jack dan Elsa silih berganti.“Macammana kau berdua boleh immune dengan magis dia tanpa perlu lukakan diri sendiri?”

Elsa dan Jack bertukar pandang. Gadis itu terperanjat bila tiba-tiba sesuatu melompat ke bahunya. Dipandang. Itu Toothless. Kucing hitam itu sepatutnya bersama dengan Hiccup, tapi mungkin melarikan diri kerana tak tahan bersesak dalam kerumunan manusia yangpenuh dengan peluh di sana.

Kucing itu mengiau malas sebelum memasukkan dirinya ke dalam baju gadis itu. Elsa menyelak kolar bajunya, melihat Toothless dah menghilang. Entah bersembunyi di lubang pusat, entah di bawah ketiak, atau menyelit di sebalik bra, dia tak pasti. Kuasa magis apa pula ini? Sejak bila ruang bajunya dah jadi macam poket Doraemon empat dimensi. Patutlah Toothless selalu muncul keluar dari dalam baju Hiccup walaupun dari luar nampak macam langsung tiada apa.

Elsa menoleh ke dataran. Beberapa ekor burung, anjing, kucing dan raksasa kecil bertenggek di bahu individu-individu di sana. Jadi Toothless pun immune…?? Ariel yang masih menyanyi menari, dipandang. Perasan headgirl itu memandang mereka sekali sekala.

“Kenapa dia tiba-tiba nak buat macam ni? Aku ingatkan festival baru nak dirasmikan.”

“Yep. And she’s completing it,” balas Kid sambil memindahkan Rapunzel ke kerusi. Didudukkan baik-baik.

Completing?” Elsa menoleh, masih hairan.

Kid menjeling. “Kau masih hilang ingatan, huh?”

What the hell that has to do with anything?” sampuk Jack pula,turut keliru teruk. Sama macam Elsa.

“Kalau macam tu, korang dua jaga diri baik-baik. Jangan datang menangis kat aku kalau korang dua sama-sama ended up mati.”

Haaa?? Jack dan Elsa berpandangan. Kid pula menampar ringan pipi Rapunzel berkali-kali. Namun gadis berambut coklat pendek paras leher itu langsung tak sedar. Kid mendesis.

“Aku tendang kuat sangat ke tadi?” Dagu diusap pelik.

You don’t say…” cemik Jack sambil memegang lengan berlekuk. Kid ialah jenis yang tak tahu kawal kekuatan sendiri, kah?

Dipedulikan Jack dan Kid yang cuba memulihkan Rapunzel, Elsa menoleh ke dataran. Berapa kuat kuasa yang Ariel miliki hingga mampu mempengaruhi semua individu yang berada di akademi dan dikumpulkan di sana? Dan magis jenis apa yang boleh mempengaruhi orang lain? Dia ingatkan magis cuma digunakan sebagai objek domestik ataupun sebagai senjata….

Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu. Terasa dirinya ditarik kasar dan terus berlindung di sebalik meja makan yang dah diterbalikkan. Elsa menoleh, pada Kid yang memeluknya erat. Dia kelam seketika. Berbanding dia, Rapunzel juga berada dalam rangkulan ketua pelajar itu, malah mereka kini sedang berlindung di sebalik meja yang dah diterbalikkan.

What…”

Bunyi tembakan kedengaran lagi dan Elsa spontan memadatkan kepalanya ke bawah ketiak Kid. Terkejut!!

“Apa jadi ni Kid?!!” pekiknya selantang boleh, melawan bunyi bingit itu.

“Festival dah start,” sengih ketua pelajar itu sambil cuba mengintai di sebalik meja. Tubuh Jack dah terlentang di hadapannya, bahana menerima tembakan peluru buta berkali-kali. Keluh dihembus pendek. “Aku dah cakap kena jaga diri, kalau tak ended up mati. Jangan salahkan tangan aku yang cuma ada dua…” bisiknya sendiri sambil memandang Elsa di rangkulan tangan kanan. Kepala Elsa ditepuk sekali dua, memintanya melangut. Rias muka dilembutkan bila si gadis mendongak ke mukanya, mengharap si gadis bertenang sedikit.

“Boleh tak aku nak mintak kau jagakan Rapunzel?” pinta Kid.

 “Ha?!!”

Please? Aku akan datang balik kat kau lepas aku selesaikan penembak tu. Aku akan cuba datang secepat mungkin.”

Elsa menggigit bibir. “Tapi…”

“Jangan risau. Berbanding mamat lalat tu, aku rasa kau lebih berguna.” Tubuh Elsa dan Rapunzel dilepaskan bila tembakan memudar. Kid beralih mencangkung. Pedang Samurai digenggam erat ditangan kanan dan dewan pelajar terus diintai sekali sekala. Baru saja nak bertindak, terasa suitnya digenggam. Kid menoleh. Elsa sedang merenungnya dengan muka risau bercampur keliru.

“Kau nak buat apa dengan pedang tu? Dorang pakai pistol, tau? Even Voldemort boleh mati kalau kena tembak.”

“Kalau macam tu, aku akan memecut lebih laju dari peluru dorang.”

“Siapa dorang?” soal Elsa perlahan, bernada berat kali ini. Siapa dia yang nak bunuh mereka? Rasa takut memakan keberaniannya sedikit.

Kid menelan liur. “Kau betul-betul tak ingat?”

“Aku even tak tau apa yang aku patut ingat.”

“Feisty Festival bukannya acara terbuka sekolah. Ini ialah festival berdarah. Tahun lepas… kau juga dah bunuh fair amount of student, Elsa…”

“Huhh??”

“Hahah. I lied.” Pipi si gadis dicubit ringan.

Kelam lagi.

Kid menoleh kembali ke dewan. “Though… aku masih nak tahu siapa yang mati yang buatkan kau jadi macam ni… takda sebarang klu setakat ni. Aku harap hal ni selesai lekas…”

“Apa benda yang kau cakap ni, Kid…???” Semakin bingung sudah.

“Ergh… akademi ni tak habis-habis kejutkan aku…”

Kid dan Elsa serentak menoleh. Sama-sama menahan terkejut bila melihat kejadian mati hidup semula di hadapan mata. Tubuh lelaki bertopeng Kamen Raider itu kini dah macam span kerana berlubang-lubang. Tetapi, berbanding daging, hanya ais padat yang mengisi ruang tubuh.  Malah ada yang terjatuh keluar.

Another raksasa ais of yours, Elsa?” soal Kid, gagal menutup ngangaan mulut.

“Bu-bukan…”

Jack beralih kepada bersila. “Aku Jack Frost. Aku ialah Guar- aku ialah orang yang lesapkan gelungsur Elsa dulu.”

I see,” desis Kid pendek. Tak cukup masa nak berkenalan. Fokus pandangan kini ditala ke dewan pelajar. Dia meloncat dari lindungan meja yang terbalik. Selajur, Kid menghilang terus dari pandangan. Dengan pecutan yang lebih laju dari kuda perang, Kid berlari ke dewan pelajar. Tembakan mengekori langkahnya hingga meninggalkan jejak di belakang. Pecutan laju itu memberi daya yang cukup untuknya hingga meloncat ke dinding dan terus berlari ke atas. Setiba di tingkap di mana laras rifle memuncul keluar, ketua pelajar itu memecah masuk.

“Hey, sweet heart,” tegurnya terus bila bertemu pandang dengan Fa Mulan –ahli kelab Disney Princess yang berkepakaran dalam senjata dan pertarungan –Fighter yang sama dengan Kid.

Fa Mulan meloncat ke belakang bagi mengelak ditimpa Kid. Gadis Cina itu tersenyum luas bila melihat Kid mendarat beberapa tapak di hadapannya.

“Aku rindukan kau Kid.”

“Ya… ya… semua ahli kelab kau rindukan aku sampai aku muak termuntah.” Rifle yang masih berada di tempatnya, dibelah mudah kerana ketajaman senjata yang digunakannya. Senjata yang sangat sesuai untuk dibunuh. “Aku ingatkan aku dah bagitau terang-terang masa festival tahun lepas supaya jangan kacau Elsa lagi.”

“Yep. You did. Sebab tu kami tak kacau dia. Sasaran kami ialah kau. Bukan salah aku dia ada sekali dalam range tembakan aku yang sepatutnya sasarkan kau.”

“Alasan diterima. Walaupun aku masih tak faham relevan Ariel asingkan yang lain. Bukan ke mereka ialah penonton yang akan hakimi performance korang?"

“Ini ialah strategi all-out, Kid… jadi, orang tak berkait yang boleh terlibat sama sebolehnya dielakkan. Sebab tu diasingkan awal-awal.”

Really? Sebab kalau aku tak silap, sorang mamat bebal yang teringin nak jadi Kamen Raider dah pun jadi sasaran pertama kau.” Ibu jari ditunjuk ke tingkap.

“Salah aku ke dia tak perasan peluru sampai ke kepala dia? Dia boleh je elak. Dan bukan salah aku jugak kalau dia tak sempat nak elak. Siapa suruh lemah sangat. Ornag macam tu lebih layak mati,” ujarnya sambil mencerlangkan mata.

Pemuda berambut hitam itu terpejam kelip. Senyum terukir spontan. “Ayat tak konsisten langsung,” getusnya sambil menggelengkan kepala. “Although, aku rasa kau patut awas sikit dengan dia… roger sekali kat semua ahli kelab kau yang tengah menyorok kat mana-mana kalau kau taknak game ni habis cepat.”

Mukanya berubah seketika. Tidak pasti dengan logik senyuman Kid. “Kenapa dengan dia?”

“Aku rasa dia berpotensi sebagai miscalculation dalam plan korang. Dude’s a real mystery… even for me.”

Fa Mulan mengeluarkan pedang dari sarungnya. “Kalau macam tu kau pun ada miscalculation dalam plan kau.”

What is?”

“Ariel bencikan Elsa… jauh lebih kritikal berbanding kitorang semua. Kau tinggalkan dia sengsorang kat bawah tu... is a damn bad idea, stupid headboy.”

Kid spontan memicing.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.