5 Julai 2007 – 9.45
minit malam
“Helo”
Julia menjawab satu panggilan telefon yang diterimanya.
“Helo
Julia!” suara Doktor Fendi kedengaran.
“Oh
uncle!”
“Julia
apa khabar?”
“Baik.
Baru sahaja masuk ke dalam kereta.”
“Kamu
ada di mana? Seranas?”
“Oh
tidak. Masih lagi di Pasadianka. Baru
sahaja keluar dari pejabat”
“Masih
di Pasadianka? Eh… bukankah kamu sepatutnya pergi ke konvensyen di Seranas?”
“Tunda
minggu depan. Uncle ada di mana
sekarang?”
“Ada
di rumah. Oh ya! Uncle hendak tanya. Di mana ayah Julia? Uncle cuba hubungi dia. Tetapi tidak
dapatlah...”
“Rasanya
dia ada di rumah. Sudah cuba hubungi pejabat?”
“Sudah.
Tetapi tiada siapa yang mengangkat. Uncle
hendak bincangkan sesuatu dengan dia sebenarnya”
“Sudah
cuba hubungi telefon bimbitnya?”
“Pun
sudah. Tetapi nombornya tiada dalam perkhidmatan”
“Oh
ya! Saya rasa itu nombor lama”
"Dia
ada nombor baru?"
"Ya.
Dia lupa beritahu unclelah
tu..."
“Um…
patutlah berkali-kali telefon pun tidak dapat”
“Tidak
mengapa. Nanti Julia hantarkan nombor telefon baru ayah pada uncle ya!”
“Baiklah
Julia. Nanti kamu hantarkan ya. Terima kasih banyak-banyak”
“Boleh.
Tiada masalah uncle”
“Jadi,
kamu dalam perjalanan hendak pulang ke rumahlah sekarang ini?”
“Ya
uncle”
“Lewatnya
kamu pulang….. Sudah malam sekarang ini. Kamu dengan siapa di sana?”
“Seorang
diri sahaja.”
“Hati
– hati Julia. Sejak akhir-akhir ini, macam-macam kes yang terjadi di
Pasadianka”
“Alah…uncle janganlah bimbang. Saya tahu jaga
diri”
“Em…
baiklah Julia. Uncle hendak sambung
kerja. Nanti bila-bila uncle telefon Julia
lagi.”
“Okey.
Bye”
“Bye”
Ikran – 2008V
Ikran
mematah-matahkan jari jemarinya. Dia memandang ke arah langit yang terbentang
luas. Daripada Hotel Comodore yang dihinapinya itu, dia dapat melihat suasana
malam di Pasadianka yang dihiasi dengan lampu neon yang indah. Hiruk-pikuk
kenderaan kedengaran di sana sini. Suasana di kota raya ini jauh berbeza sekali
dengan tempat asalnya. Saat itu, dia mengingati wajah yang menjadi sebab dia
datang ke situ.
Dia
melabuhkan punggungnya ke katil. Lalu, mengambil beg galas berwarna hitam
kepunyaannya. Perlahan-lahan, dia membuka zip beg itu. Satu persatu barang
dikeluarkan. Radar, pistol laser, radar konsti, kaca mata pengesan dan beberapa
alatan lain diperiksanya dengan teliti. Semuanya masih dalam keadaan baik. Cuma
ada beberapa alatan sahaja yang perlu dicas. Dia telah menggunakan
alatan-alatan itu sebentar tadi dan untuk misi yang seterusnya, dia memerlukan
alatan yang mencukupi.
Dia
berharap apa yang dirancangnya pada malam itu akan berjaya. Apabila semuanya
telah beres, barulah misi hari esok dapat dilaksanakan. Segala-galanya kini
terletak di tangannya. Dia tahu esok merupakan hari baru yang lebih mencabar
yang perlu ditempuhi. Dia mempunyai satu misi penting yang harus diselesaikan.
Misi ini perlu dilakukan segera sebelum musuh menyedari akan kehadirannya di
kota metropolitan itu.
*************************************
Doktor
Adam Raufal baru sahaja memasuki perkarangan Pusat Sains, Teknologi dan Seni
Kebangsaan (PRASASTI) yang terletak di Lembayung, Pasadianka dengan menaiki
kereta Copra hitamnya. Kemudian dia meletakkannya di kawasan letak kereta yang
telah dikhaskan untuknya. Perlahan-lahan dia keluar. Dia berdiri sambil
memandang ke arah banggunan PRASASTI yang tersergam indah di hadapannya.
PRASASTI
merupakan satu mercu tanda yang penting bagi Pasadianka. Ia mempunyai
rekabentuk yang unik. Bentuk bangunannya menyerupai sebuah silinder dan
ditutupi dengan sebuah kubah geodesik.
Dibuka
pada tahun 1973, pusat ini menyediakan pelbagai jenis bahan pameran yang direka
untuk menarik para pengunjung. Selain itu, ia juga dibina bagi menanam minat
terhadap sains, teknologi dan seni di kalangan orang ramai.
Setelah
berdiri agak lama di situ, Doktor Adam memulakan langkahnya menuju ke pintu
masuk utama. Sejurus sahaja melangkahkan kaki ke dalam, Sudin, pegawai
keselamatan yang duduk di kaunter maklumat menyapa.
“Kerja
lewat malam ini doktor?”
“Ya
Sudin. Banyak lagi kerja yang perlu saya selesaikan” jawab Doktor Adam sambil
tersenyum mesra.
“Baiklah.
Jaga diri baik-baik ya....” pesan Sudin kepada Doktor Adam.
Doktor
Adam berlalu meninggalkan Sudin. Dia berjalan menuju ke arah lif. Sejurus
sahaja pintu lif terbuka, dia memasuki lif dan menekan butang bernombor tiga di
mana terletaknya pejabat pentadbiran, tempat dia bekerja.
Sebaik
sahaja sampai di tingkat tiga, dia melangkah perlahan menuju ke pejabat. Dia
menghidupkan lampu dan komputernya. Ketika itu, jam sudah pun menunjukkan pukul
10.45 malam.
Doktor
Adam segera mengalihkan perhatiannya ke arah komputer. Lantas, dia menggerakkan
tetikus dan mengklik ikon yang dinamakan ‘MENGKULA’. Dia membuka fail itu dan
membaca semua maklumat-maklumat yang terdapat di dalamnya. Malam itu, dia
bercadang untuk mengedit beberapa maklumat yang berkaitan dengan Anugerah
Mengkula. Sebagai seorang ketua di jabatan pentadbiran, dia bertanggungjawab
untuk menyediakan maklumat yang lengkap tentang Anugerah Mengkula kerana
PRASASTI akan mengadakan satu pameran berkenaan dengan Anugerah Mengkula.
Anugerah Mengkula ialah anugerah yang diberikan kepada individu ataupun
pertubuhan yang telah melakukan penyelidikan, ciptaan dan memberi sumbangan
yang besar kepada masyarakat Utopia amnya terutama sekali dalam bidang sains,
teknologi dan seni. Doktor Adam Raufal begitu berbesar hati apabila PRASASTI
memberinya tanggungjawab untuk menjadi pengelola pameran itu. Oleh yang
demikian, dia sentiasa bekerja keras untuk menarik perhatian orang ramai supaya
datang ke pameran itu.
Truttt! Trutt! Bunyi telefon
bimbitnya itu membuatkan kosentrasinya sedikit terganggu. Dia melihat nombor
yang tertera di atas skrin. Daripada
nombor itu, dia tahu siapa yang menghubunginya. Dia tidak mahu menjawab
panggilan itu kerana dia tahu apa yang dimahukan pemanggil. Lantas, dia menekan
butang merah bagi mematikan talian. Dia mengeluh berat. Hatinya runsing. Dia
agak bimbang dengan apa yang dikatakan semalam oleh pemanggil itu tadi.
Doktor Adam mengurut-ngurut
kepalanya. Dia menyedut nafasnya dalam-dalam. Sakit kepala selalu menyerangnya
sejak akhir-akhir ini. Sejenak dia berfikir tentang apa yang dilakukannya
selama ini. Dia telah melakukan satu kesilapan besar. Dia sedar yang
perbuatannya itu salah. Walau bagaimanapun dalam keadaan ini dia tiada pilihan
lain. Dia memerlukan sesuatu yang boleh membantunya untuk memulihkan semula
keadaan. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan ‘kesilapan besar’nya itu
untuk menyelamatkan orang lain. Dia tidak mahu membuat kesilapan lagi kali ini.
Cukuplah kerja ‘gila’ yang dilakukannya selama ini. Perasaan ingin tahu
kadang-kadang boleh membunuh! Dan dia sudah mula merasakan kesannya.
**************************************************************
Beberapa bulan yang
lalu…
Maria keluar daripada sebuah teksi
berwarna kuning yang dinaikinya dari rumah sebentar tadi. Selepas membayar wang
tambang kepada pemandu teksi berkenaan, dia bergegas ke perkarangan Fakulti
Sains Sosial Universiti Nakhoda Ilusi (UNI) yang Nampak tenang tetapi riuh
dengan para pelajar yang hampir sebaya dengannya. Maria melontarkan senyuman ke
arah sekumpulan pelajar yang sedang duduk di sebuah kanopi yang terletak di
perkarangan fakulti itu. Kehadiran Maria menarik perhatian mereka. Mereka
membalas kembali senyuman Maria sambil mengangkat tangan. Sebetulnya Maria
tidak kenal dengan mereka. Cuma pernah beberapa kali mereka bertembung. Dari
situ, Maria dapat mengecam wajah mereka. Mereka semestinya sekumpulan pelajar
tahun pertama yang masih menikmati dunia remaja akhir yang menyeronokkan.
Maria memasuki dewan kuliah. Matanya
melilau mencari rakannya Suria. Selalunya, pada waktu begini, dia awal-awal
lagi sudah sampai. Tetapi sampai sekarang, masih tidak kelihatan. ‘Di manalah
agaknya Suria ini?’ kata Maria di dalam hati. Kuliah akan bermula lebih kurang
lima belas minit sahaja lagi, pelajar-pelajar lain semuanya sudah mengambil
tempat duduk masing-masing dan memenuhi ruangan bilik kuliah itu. Maria pantas
menghantar mesej ringkas kepada Suria.
Di mana? Tak datang kuliah hari ini?
-Maria-
|
|
Beberapa minit
kemudian, Suria menjawab.
Maaf. Kurang sihat. Tak dapat datang.
-Suria-
|
|
Suara para pelajar yang berbual-bual
sejak dari tadi bertukar senyap seketika apabila seorang lelaki segak masuk ke
dewan kuliah itu. Dia bergaya kemas namun wajahnya sedikit berkedut kerana
usianya yang agak lanjut. Dia merupakan seorang pensyarah yang telah lama berkhidmat
di Universiti Nakhoda Ilusi. Dia tersenyum ke arah semua pelajar.
“Selamat pagi semua” ucap Profesor
Alex kepada semua. Suaranya kedengaran berlainan sedikit hari ini.
“Selamat pagi Prof
Alex” jawab semua yang berada di dalam bilik kuliah. Cuba mengajuk cara pelajar
sekolah menjawab salam dari guru mereka. Profesor Alex tersenyum sekali lagi.
Keletah semua yang berada di dalam kuliahnya itu mencuit hatinya. Profesor Alex
memandang ke arah jam tangannya.
“Hari ini saya tidak bercadang untuk
bercakap panjang kerana saya hmmm…hmmm….” dia berdehem beberapa kali. Suara
kedengaran parau. Tekaknya terasa sedikit perit. “Faham-faham sahajalah ya….
Dan saya pasti awak pun tidak suka nak mendengar syarahan saya awal-awal pagi
dengan suara begini. Hari ini, kelas kita akan ditamatkan awal sedikit awal
daripada biasa” kata Profesor Alex. Beberapa orang pelajar tersenyum apabila
mendengar kata-kata Profesor Alex itu.
Profesor Alex membuka fail yang
dibawanya. Lampu bilik kuliah itu ditutup dan skrin LCD dihidupkan. Beberapa
gambar terpancar di skrin besar.
“Mungkin, awak semua sudah banyak
kali mendengar mengenai sejarah negara kita Ilusi sejak awak berada di bangku
sekolah lagi. Dan saya pasti, ada yang sukakan subjek ini dan tidak kurang juga
yang lansung tidak meminatinya. Jika awak tanya saya, tentulah saya kata saya
suka. Jika tidak, mengapa saya ada di sini.” Profesor Alex memulakan
syarahannya dengan jenaka yang spontan. “Tetapi… terus terang saya katakan yang
saya tidak berapa suka subjek ini bila peperiksaan tiba” beberapa orang pelajar
tergelak kecil mendengar kata-kata Profesor Alex.
“Walau apa pun, sejarah amat penting
kerana kita belajar daripada masa silam. Segala apa yang terjadi pada hari ini
mempunyai talian dengan apa yang terjadi pada masa lalu. Kita juga adalah
produk masa silam kita. Jadi sejarah amat penting kerana ia adalah guru yang
paling dekat dengan kita” Profesor Alex meneruskan syarahannya. Kata-kata
pensyarahnya itu membuatkan Maria teringat kembali zaman persekolahannya.
Subjek sejarah adalah antara subjek yang paling diminatinya kerana ada banyak
cerita yang boleh didengar daripada gurunya. Tetapi, seperti Profesor Alex, dia
tidak suka menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran itu.
Dia masih teringat lagi mengenai
fakta-fakta sejarah negaranya yang dipelajarinya dahulu. Mengenai petempatan
awal di Pulau Ilusi, kedatangan Harek, seorang tokoh yang telah mengubah Zuria
menjadi antara tempat tumpuan dunia, penggabungan Pulau Ilusi dengan Zuria,
kemerdekaan Ilusi, pemimpin-pemimpin yang membangunkan Ilusi dan juga beberapa
tragedi suka-duka masyarakat dunia. Semuanya masih tersemat di dalam
ingatannya.
Topik yang paling digemarinya ialah Harek dan Pengasasan Zuria. Guru yang
mengajarnya ketika itu ialah Cikgu Shahril.
“Hari ini kita akan mempelajari satu
lagi topik penting dalam sejarah Ilusi. Seperti mana yang kita ketahui, Ilusi
dahulunya merupakan sebahagian daripada Zuria. Oleh yang demikian, adalah
penting untuk kita mengetahui sejarah kerajaan Zuria. Topik kita hari ini adalah
‘Kedatangan Harek ke Zuria’” Cikgu Shahril memulakan pembelajarannya.
“Pada mulanya Zuria hanyalah sebuah
kawasan perkampungan yang diduduki oleh para petani yang menjalankan sistem
ekonomi… apa?”
“Sara diri!” Jawab semua pelajar
yang berada di dalam kelas itu.
“Bagus! Kemunculan Zuria sebagai
empayar bermula dengan penubuhannya oleh Harek iaitu seorang putera raja dari
negara Kasturi. Harek mempunyai kaitan kekeluargaan dengan Kerajaan Pasadianka
iaitu sebuah kerajaan yang amat besar untuk beberapa abad. Harek dan
pengikutnya terpaksa meninggalkan Kasturi yang berada di bawah kekuasaan
Pasadianka. Pada tahun 1200, rombongan beliau telah tiba ke Batang Hati yang
mana ketika itu berada di bawah kuasa kerajaan Sara-sara.” Cikgu Shahril
menunjuk ke arah peta minda yang dilekatkan di atas papan hitam.
Harek berhasrat untuk menguasai
Batang Hati. Namun, pada tahun 1202, Harek terpaksa keluar dari Batang Hati
kerana ancaman dari pihak Pasadianka yang mempunyai hubungan baik dengan Batang
Hati. Sekitar tahun yang sama, Harek bergerak ke barat dan akhirnya mereka
sampai ke satu kawasan yang indah dan aman. Penduduk di kawasan tersebut
merupakan petani dan Harek bercadang untuk membina petempatan di situ kerana
menurut firasatnya, kawasan itu mempunyai potensi untuk maju. Harek menamakan
negeri itu Zuria dan bersungguh-sungguh membangunkannya.” terang Cikgu Shahril
panjang lebar.
“Baiklah. Kuliah kita tamat hari
ini” Profesor Alex menamatkan kuliahnya. Selepas mengucapkan terima kasih
kepada para pelajarnya, Profesor Alex segera berkemas. Lampu bilik kuliah
dihidupkan. Maria pergi mendapatkan Profesor Alex yang masih lagi berada di
podium.
“Ya Maria” kata Profesor Alex
sejurus sahaja Maria mendekatinya.
“Prof bawa buku yang saya minta
tempohari?” tanya Maria. Wajahnya tersenyum.
“Ada…” Profesor Alex mengambil
beberapa buah buku dan fail dari beg gagangnya yang berwarna hitam dan
menyerahkannya kepada Maria. “Ini dia buku dan sedikit nota untuk kamu baca”
“Terima kasih Prof” ucap Maria. Dia
tersenyum lagi.
“Kamu hendak ke mana selepas ini?”
“Ke kafe. Sebab saya belum sarapan
lagi”
“Eh. Kamu belum sarapan lagi?” tanya
Profesor Alex. Maria hanya menggelengkan kepala. “Lain kali sarapanlah dulu
sebelum datang ke kuliah.”
"Okey
Prof..."
“Mmm… saya kena pergi
dahulu ya, ada perkara yang perlu saya uruskan”
“Baiklah prof. Jumpa lagi”
******************************************************
Pang!!!
Satu bunyi kuat kedengaran. Doktor Adam yang sedang asyik dengan kerjanya
terhenti seketika. Bunyi itu benar-benar mengejutkannya. Dia segera membuka
laci meja dan mengeluarkan sepucuk pistol. Perlahan-lahan, dia melangkah ke
arah pintu pejabatnya. Dia menghendap keluar. Suasana masih seperti tadi.
Gelap. Namun, bunyi tapak kaki seseorang yang sedang berjalan kedengaran.
Semakin lama, bunyi itu semakin dekat. Jantungnya berdebar-debar. Wajah
pemanggil yang tidak dijawabnya tadi terbayang-bayang di fikiran. Apabila bunyi
itu semakin dekat dan wajah orang yang menimbulkan rasa cemas di dadanya muncul
di pintu, barulah Doktor Adam mampu menarik nafas lega.
“Julia?”
tanya Doktor Adam yang kehairanan.
“Hai
ayah!” Julia kelihatan selamba dan bersahaja. Wajahnya tersenyum riang.
“Kamu
buat apa di sini?”
“Tiada
apa-apa. Sahaja datang melawat”
“Lawat
ayah pada waktu sekarang? Kamu betul-betul menakutkan ayah tadi”
“Maaflah.
Saya tidak bermaksud pun hendak takutkan ayah. Emm… saya terlanggar pintu besi
tadi” kata Julia. Dia menarik kerusi dan duduk di tengah-tengah bilik yang luas
itu.
“Bukankah
kamu sepatutnya berada di Seranas sekarang ini?” soal Doktor Adam. Dia
mengambil semula tempatnya di hadapan komputer.
“Saya
tidak jadi pergilah ayah. Ada banyak masalah.” Jawab Julia ringkas. “Macam mana
dengan pameran itu?” Julia menukar topik.
“Oh!
Semuanya ok. Hampir lapan puluh peratus siap”Jelas Doktor Adam.
“Bagaimana
dengan projek yang ayah usahakan selama ini?” soal Julia. Soalan Julia itu
membuatkan Doktor Adam terdiam seketika. Namun, dia tidak menunjukkan sebarang
reaksi.
“Apa
yang kamu maksudkan? Sejak bila pula kamu berminat dengan benda-benda begini?”
“Bukan pasal minat, tetapi rasanya,
sebagai orang yang paling dekat dengan ayah, saya perlu tahu semua itu
bukan?”kata Julia sambil tersenyum.
"Lain benar kamu
hari ini... Kamu pasti yang kamu tidak apa-apa?" tanya Doktor Adam
inginkan kepastian apabila melihat tingkah laku Julia yang begitu berbeza
sekali.
“Ayah. Boleh saya
bertanya?”
"Ya. Sudah
tentu... Apa dia Julia?"
"Boleh saya tahu
tentang Kentofes?" Soalan itu membuatkan Doktor Adam terdiam seketika. Dia
benar-benar terkejut. Kenapa tiba tiba sahaja Julia bertanya mengenainya? Dan
yang penting, bagaimana Julia boleh tahu mengenai sesuatu yang begitu sulit
seperti 'Kentofes'?
“Kentofes?”kata Doktor Adam. Cuba
sedaya upaya untuk menyembunyikan rasa hairannya.
“Ya. Kentofes...”
“Em…. ayah tidak faham dengan apa
yang kamu katakan”
"Arghhh" Julia
mengerang. Dia memejamkan matanya. Dia mengetap bibir seperti sedang menahan
kesakitan.
“Julia, kamu okey?” tanya Doktor
Adam.
“Ayah faham apa yang aku maksudkan
bukan!” kata Julia.
"Julia... Tolong
jangan buat ayah takut..."
Julia tiba-tiba
bertindak kasar. Dia seperti hilang arah. Dia bangun dari kerusi dan menolak
Doktor Adam sehingga jatuh ke lantai.
“Kenapa dengan kamu Julia?!!”
“Kau faham apa yang aku maksudkan
bukan!” Matanya merenung tajam Doktor Adam yang masih terbaring di atas lantai.
“Julia! Kenapa dengan kamu
sebenarnya?!”
“Jangan banyak cakap lagi Adam! Baik
kau beritahu aku tentang segala-galanya yang kau simpan selama ini!” wanita itu
bertindak dengan lebih agresif, dia mencabut wayar telefon yang terletak di
atas meja tulis itu dan menjerut leher Doktor Adam.
“Sekarang kau mahu bercakap mengenai
Kentofes dan projek itu atau pun tidak?”
“Be.. belum tiba masanya lagi...”
suara Doktor Adam terputus-putus akibat jerutan itu.
“Seeeeeeekaaranngg” suara wanita itu
tiba-tiba berubah garau. Matanya mengeluarkan cahaya berwarna merah.
“Kau..kau..bukan Julia! Kau…. Kau
budak suruhan…….”
Bang!!! Doktor Adam tidak sempat
menghabiskan kata-katanya.
************************************************
“Aku ada idea bernas yang ingin aku
kongsikan dengan mereka malam ini.” Kata Fendi kepada rakan karibnya Adam.
Mereka berdua sedang menikmati sarapan pagi bersama di balkoni rumah sewa
mereka.
“Apa idea kau itu? Pasti ianya
menarik bukan?”
“Ini bukan idea aku seorang sahaja.
Ini adalah buah fikiran aku dan Sarah. Aku ingin mencipta sesuatu yang boleh
digunakan sebagai ganti kepada organ-organ semulajadi yang sudah rosak dan
tidak mempunyai harapan untuk pulih.” Terang Fendi dengan penuh semangat.
“Menarik idea kau itu.”
“Bukan itu sahaja, kalau kena
caranya. Ia berupaya untuk meningkatkan keupayaan semulajadi manusia. Lihat
ini, aku namakannya Dunnorage.” Fendi mengeluarkan satu alat kecil berbentuk
kotak daripada beg gagangnya yang berwarna oren.
“Dunnorage? Apa fungsinya?” tanya
Adam. Dia mengambil alat itu daripada tangan Fendi. Alat itu dibelek-beleknya.
“Dunnorage mempunyai fungsi yang
sama seperti otak. Alat yang kelihatan seperti kotak ini berfungsi untuk
menyimpan memori dan mengawal tindakan dan imbangan badan. Ini adalah alat yang
paling rumit untuk disiapkan dan alatan ini perlu digunakan bersama-sama dengan
Memors”
“Apa pula itu Memors?”
“Satu alat yang digunakan untuk
menyedut memori daripada organ asal iaitu otak. Sekiranya memori tidak
dimasukkan ke dalamnya. Mereka yang menggunakan Dunnorage akan jadi seperti
bayi yang baru dilahirkan.”
“Wow! Ini sesuatu yang menakjubkan!
Aku pasti mereka akan menyukai idea yang bakal kau bentangkan ini.” Kata Adam
memuji. Dia nyata kagum dengan idea Fendi itu.
“Tidak sabar rasanya untuk tunjukkan
semua ini kepada mereka!”
“Kau nampaknya begitu teruja sekali
Fendi.”
“Tentulah Adam. Aku sudah lama
memikirkan mengenainya. Sejak lima tahun dahulu lagi”
“Kau tidak perlu khuatir Fendi. Aku
akan sentiasa menyokong kau”
“Terima kasih Adam. Kau tidak pernah
menghampakan aku. Oh ya! Kau hendak ikut aku ke sana malam ini?”
“Boleh juga. Lagi pun, aku memang
tidak ada apa-apa rancangan”
“Bagus. Ada baiknya kau ikut aku
malam ini. Kau pun sudah lama tidak ke sana”
********************************************************
Ikran-2008V
Ikran mundar-mandir di dalam
bilik. Sukar baginya untuk duduk bersahaja. Dia memikirkan tentang Maya. Takut
kalau-kalau sesuatu berlaku kepada Maya. Dia bimbang, kalau-kalau musuhnya
dapat menghidu kehadiran Maya di Pasadianka, sudah pasti dia akan menghapuskan
Maya pada saat itu juga.
Jam
menunjukkan pukul 2.15 minit pagi. Maya sepatutnya sudah pulang setengah jam
yang lalu. ‘Di manakah dia?’ soal Ikran bersendirian.
Tuk!
Tuk ! Tuk!
“Maya?”
kata Ikran selepas dia mendengar bunyi ketukan pada pintu bilik.
“Ya
Ikran, ini Maya” Jawab Maya dari luar. Suaranya bergetar. Ikran dengan segera
membuka pintu dan menyuruh Maya supaya segera masuk. Ikran menjengah ke luar.
Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Cuba memastikan tiada sesiapa yang lalu –
lalang di situ.
“Bagaimana?”
soal Ikran kepada ‘kupu-kupu’ kesayangannya itu.
“Aku
sudah bereskan dia” jawab Maya. Matanya berkelip-kelip. Dia meletakkan badannya
yang keletihan itu di atas katil.
“Kau
berjaya masuk ke sana?” soal Ikran. Dia benar-benar ingin tahu.
“Ya”
ringkas jawapan Maya.
“Kau
pasti tiada siapa yang akan mengesan kau?”
Ikran bertanya lagi. Dia mahukan kepastian.
Dia tidak mahu segalanya terbongkar.
“Ya
aku pasti, dia telah pun aku hapuskan.” Jawab Maya dengan yakin.
“Bagus.
Bagus” Ikran mengusap-usap kepala Maya.
“Jadi,
apa rancangan kita yang seterusnya? Berapa ramai lagi yang perlu kita buru?”
“Kita
rehat dahulu, kita tentukan dahulu di mana mereka semua berada. Ada dua puluh
satu sasaran yang perlu dihapuskan. Kita baru sahaja menghapuskan tiga sasaran.
Ini bermakna kita ada lagi sembilan belas sasaran” terang Ikran yang mula
mencongak dan merancang.
“Okey,
kalau begitu aku berehat dahulu. Terlalu banyak tenaga yang aku gunakan tadi.
Kau fikirkanlah apa yang patut” kata Maya. Dia memejamkan mata dan meregangkan
otot tubuhnya yang keletihan.
“Baiklah
Maya. Berehatlah...” Kata Ikran.