Bab 17

AISYAH mengeluh sendirian. Dia memandang kosong halaman rumah akinya. Hari ini, genap dua hari sudah berlalu sejak dia habis menjawab trial SPM. Hari ini juga, dia bermalam di rumah akinya sendirian. Saiful tidak dapat menemaninya memandangkan suaminya sangat sibuk sejak ahir-akhir ni. Ada kursus yang perlu dihadiri oleh suaminya di Pahang.


Hubungan mereka berdua biasa sahaja. Tidak terlalu dingin tapi tidaklah terlalu mesra. Sesekali mereka ada bercakap tapi lebih kepada soal pelajaran. Maklumlah masing-masing agak sibuk dengan dunia masing-masing. Pelajar dan pengajar.


Sejujurnya dalam hati Aisyah sudah agak kekok tatkala bersama dengan suaminya. Maklumlah, baru pertama kali mereka ada masalah begini.


Salahnya juga, buang diari itu di dalam tong sampah di bilik lamanya. Sepatutnya dibakar sahaja. Ataupun dia tidak perlu menulis apa-apa tentang isi hatinya terhadap Mukhriz.


Satu keluhan dilepaskan. Andai dia tahu hubungannya bukan berakhir dengan Mukhriz, awal-awal lagi dia tidak perlu memendam rasa seperti itu.


Aisyah tersentak tatkala berasa ada tangan menyentuh bahunya. Dia menoleh ke kanan. Senyuman diukur buat sepupu tirinya yang berdiri di sisinya.


“Bella.”


Nabila tersenyum manis dan mengambil tempat duduk di sebelah Aisyah.


“Berserinya wajah awak ni, Bella. Kenapa?” soal Aisyah.


Nabila memegang wajahnya. “Mungkin seri pengantin saya ada lagi, kut,” ujar Nabila sambil ketawa kecil dan mengenyitkan matanya.


Aisyah turut ketawa. Dipandang wajah Nabila sekilas.


Tidak menyangka bahawa Nabila, sepupu tiri merangkap teman baiknya itu, sudah berkahwin beberapa minggu yang lalu. Iaitu pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama bersama adik iparnya; Syed Muhammad Amirul Muslim bin Syed Ahmad Zaid, adik seibu suaminya.


“Awak okey ke Sya?” soal Nabila.


Aisyah mengangguk.


“Tipu,” ujar Nabila. Matanya dikecilkan ingin mencari kebenaran dalam kata-kata Aisyah sebentar tadi.


“Mana ada saya tipu.”


“Ye la tu. Jangan-jangan awak ada masalah dengan Akhi Saiful tak. Kan?” teka Nabila.


Aisyah menggelengkan wajahnya. Tidak mahu sesiapa tahu masalah rumah tangganya, umi dan walidnya juga tidak mengetahui akan hal itu.


Pernah orang tua mereka bertanya, tapi dia dan suaminya memberi alasan bahawa dirinya sedang trial SPM sebab itu mereka jarang kelihatan berdua-duaan seperti sebelum ini. Itu sahaja.


“Jangan tipu la. Saya nampak tau.”


“Apa yang awak nampak?” soal Aisyah sambil menjongketkan keningnya ke atas.


“Hubungan awak dengan abang ipar saya tu, macam dah tak mesra. Mesra tu ada la sikit tapi macam mana erk nak cakap? Macam dah kurang sikit la.” Bukan dia mahu masuk campur, tapi sebagai teman baik dia tidak gemar melihat Aisyah versi seperti ini. Termenung sahaja.


Aisyah hanya tersenyum. Telefon bimbit di tangannya diletakkan di atas meja. “Kan kita baru habis trial?”


Nabila mengangguk perlahan. “So apa kena mengenanya?”


“Elok je habis trial, akhi ada kursus dekat Pahang. Itu je. Hubungan kami okey je la, cuma mungkin disebabkan masing-masing sibuk, itu yang orang nampak kami macam ada masalah tapi sebenarnya tak pun.”


Nabila menjongketkan keningnya. “Ye ke?” soal Nabila lagi, menginginkan kepastian dan kebenaran di sebalik kata-kata Aisyah.


“Ye.”


“Kalau macam tu, tak apa la. Tapi kalau awak ada masalah, share la dengan saya. Kita kan sama-sama kahwin muda. Belum SPM dah ada suami,” ujar Nabila.


Aisyah mengangguk, perlahan.


Nabila merenung lama wajah Aisyah.


“Kenapa awak tenung saya macam tu?” soal Aisyah kehairanan.


“Awak... nampak lain la, Sya.”


“Lain?” ulang Aisyah.


Nabila mengangguk.


“Lain macam mana?”


“Awak... nampak... gemuk sikit la.”


“Gemuk?” ulang Aisyah.


Nabila mengangguk. “Ke... awak dah pregnant?” duga Nabila.


Aisyah menggelengkan kepalanya. “Merepek je. Saya gemuk mungkin sebab saya stress trial kut. Saya kalau stress tak sedar asyik makan, makan, makannn... je,” ujar Aisyah.


Nabila mengangguk perlahan. “Ingat awak dah berisi.”


“Tak la.”


“Merancang ke?”


Aisyah mengecilkan matanya. “Awak ni... soalan. Nasib awak pun dah jadi isteri orang tau.”


Nabila tersengih.


“Saya dengan akhi merancang untuk mempunyai anak apabila saya mula bekerja, tapi kalau dapat awal kami terima.”


Nabila mengangguk.


“Awak pulak?” Aisyah bertanya.


“Kami tak kisah. Ada, adalah. Tak ada pun kami terima,” jawab Nabila.


“Tak rindu cik abang ke?” usik Aisyah.


Nabila tersenyum. “Rindu lah jugak. Awak pulak? Tak rindu Akhi Saiful?”


“Tak kanlah tak rindu. Dah nama pun suami.”


Nabila hanya mengangguk. “Ala... nanti akhi sayang awak tu balik lah. Kalau tak salah saya esok kan?”


Aisyah mengangguk.


“Untung awak, jumpa suami hari-hari. Tak macam saya, setiap hujung baru dapat jumpa suami. Itupun kalau suami saya tak sibuk dengan kerja dia atau assignment dia la. Kalau sibuk, jumpa macam tak jumpa je,” luah Nabila.


Aisyah mengusap tangan Nabila. “Okey apa. Awak boleh fokus belajar, kan?”


Nabila memuncungkan bibirnya. “Memang la boleh fokus, tapi saya risau. Hati saya ni tak tenang tau fikir pasal suami saya. Ye la, dekat sana tu kita tak tahu apa dia buat? Mana tahu ada yang cuba-cuba nak goda dia. Naya la saya dekat sini.”


Aisyah ketawa kecil. “Awak cemburu ye?”


Nabila mengangguk. “Ye la. Suami saya tu walau usianya masih muda dan masih belajar lagi duit dalam bank tu dah berkepuk-kepuk. Bekerja pulak tu, anak Dato' lagi. Mahu saya tak fikir bukan-bukan. Macam mana kalau dekat kolej dia tu, ada orang lagi cantik dari saya? Then, dia tinggalkan saya tuk perempuan tu. Saya tak boleh bayangkan.”


“Awak ni Bella... fikir jauh sangat. Mirul tak kan tergamak nak buat awak macam tu la. Dia sayangkan awak tau.”


“Mana awak tahu? Kami kahwin tanpa cinta, tak kenal antara satu sama lain pun.”


“Sebab... Mirul selalu tanya pada akhi dan saya tentang awak.”


Dahi Nabila berkerut-kerut mendengarnya.


“Sejak Mirul tahu kita ni rapat, banyak benda jugak pasal awak yang Mirul tanya pada akhi dan saya. Kadang-kadang... Mirul pesan pada kami untuk tengokkan bidadari dia ni selama dia jauh di mata isteri kesayangan dia.”


“Serius?”


Aisyah mengangguk. “Awak sayang Mirul tak?”


Nabila sudah malu-malu.


Aisyah ketawa kecil. “Ada orang malu la,” usik Aisyah.


“Sya, jangan usik saya.”


“Amboi! Dulu, bukan main awak usik saya dengan akhi. Lupa?” Aisyah mengingatkan.


Nabila hanya tersengih-sengih.


*****

SAIFUL terkejut melihat Aisyah yang sedang duduk di atas katil. Langkah kakinya terkaku di situ. Di depan muka pintu bilik.


Aisyah pula tidak perasaan akan kemunculan suaminya, memandangkan dirinya duduk membelakangkan pintu bilik mereka.


Tidak lama kemudian, Aisyah membuat keputusan untuk keluar dari bilik. Sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, dia agak terkejut melihat kelibat suaminya ada di situ.


Mata mereka bertatapan, lama sekali.


“Akhi.”


“Sya.”


Aisyah mendekati suaminya itu. Dicium hormat tangan Saiful.


“Sya sihat?” soal Saiful.


Aisyah mengangguk. “Akhi?”


Alhamdulillah.”


Aisyah memandang lama anak mata suaminya. ‘Akhi tak rindukan Sya ke? Akhi tahu tak, Sya sangat rindukan akhi,’ ucap Aisyah dalam hati.


“Maafkan akhi sebab tak beritahu Sya apa-apa khabar, sepanjang akhi di Pahang. Line tak berapa elok dan akhi banyak kerja nak kena buat.”


Aisyah mengangguk. “Tak pe. Sya faham.”


Saiful meletakkan beg yang dibawanya ke Pahang itu ke lantai. Pantas tubuh si isteri dipeluk erat.


Aisyah membalas pelukan itu.


“Akhi…. rindukan Sya,” terluah juga isi hati Saiful kepada isterinya itu.


“Akhi.”


“Hm.”


“Akhi maafkan Sya tak?” soal Aisyah di dalam pelukan suaminya.


Baru kali ini dia berpeluang untuk bertanya kepada suaminya itu mengenai hal masalah mereka berdua.


Saiful memegang kedua pipi Aisyah. “Sya tak salah apa-apa pun dekat akhi, jadi apa yang perlu akhi maafkan Sya? Sya seorang zaujah yang baik. Akhi bersyukur dikurniakan zaujah seperti Sya dalam hidup akhi.”


“Akhi… Sya nak beritahu akhi yang Sya pun bersyukur menjadi isteri akhi,” ucap Aisyah dengan ikhlas. “Tapi... pasal Mukhriz macam mana? Akhi marah Sya lagi?”


Saiful menggelengkan kepalanya. “Benda dah lama kan? Lagipun Sya dah jadi milik akhi yang sah meskipun Sya bukanlah milik akhi yang abadi. Jadi kita lupakan je lah pasal tu, ye?”


Aisyah mengangguk. “Sya sayang akhi sangat-sangat.”


“Akhi pun, sayang.”


*****

SAIFUL mengalihkan perhatiannya dari skreen laptop.


Dia mengherotkan bibirnya, berfikir sesuatu yang terdetik di hatinya secara tiba-tiba. Dia mengigit hujung bibirnya dan mengambil kalender kecil yang ada berdekatan dengannya.


Jarinya mulai bergerak. Seakan menghitung sesuatu.


‘Sejak aku balik Pahang ni, aku tengok Sya asyik solat je. Sepatutnya dia tengah uzur, kan sekarang? Lagipun sebelum aku pergi Pahang hari tu, dia mana uzur lagi,’ fikir Saiful.


“Kenapa aku tak perasan ye?” soal Saiful sendirian.


No wonder la muka Sya pucat semacam je. Jangan-jangan Sya pregnant tak?”


Saiful bangun dan terus melangkah ke bilik belajar Aisyah. Dia perlu bertanya dengan Aisyah dengan kadar segera! Sekarang!


“Sya...” panggil Saiful.


Pintu bilik belajar Aisyah dibuka perlahan dari dalam. Tersembul wajah Aisyah di balik pintu. “Akhi… akhi nak apa?” soal Aisyah dengan nada perlahan.


“Sya okey tak?”


“Kenapa akhi tanya Sya macam tu?” soal Aisyah sambil memegang pintu bilik belajarnya itu.


“Muka Sya pucat semacam je ni. Pagi tadi pun Sya ada muntah-muntah kan?”


Aisyah mengerutkan dahinya. “Apa akhi nak tanya ni?” soal Aisyah dengan lemah sambil memegang kepalanya yang mula berpinar itu.


“Tak, akhi... akhi nak tahu, Sya sihat ke tak?”


“Sya ooo...” Aisyah memejam rapat matanya, badannya sudah terhuyung-hayang. Dan akhirnya…


“Sya!” jerit Saiful sambil menyambut tubuh Aisyah yang hampir jatuh kedepan itu.


“Sya. Sya okey tak ni?” soal Saiful sambil memukul lembut pipi Aisyah.


Aisyah hanya diam. Tidak sedarkan diri.


Tangan Saiful menekap di dahi Aisyah. Panas! Dicepung badan isterinya itu dan di bawa masuk ke dalam bilik mereka.


*****

AISYAH membuka kelopak matanya. Tangannya memicit perlahan kepalanya. Masih terasa sakit-sakit.


“Sya dah bangun pun.”


Aisyah menoleh ke arah kirinya. Dia melihat suaminya ada di situ. “Akhi.” Aisyah bangun perlahan-lahan dari posisi baringnya.


Saiful mendekati Aisyah yang sudah separa duduk di atas katil. Tangannya membetulkan kedudukan bantal di belakang tubuh Aisyah biar isterinya dapat bersandar dengan selesa di kepala katil.


Jazakallah, akhi.”


Wa iyyakum, sayang,” balas Saiful sambil melabuhkan punggungnya di hujung katil. “Sya,” panggil Saiful dengan lembut.


“Hm.”


“Dah berapa lama Sya tak uzur?” tanya Saiful.


Aisyah mengigit hujung bibirnya. ‘Bila last erk?’


Wajah si suami dipandang. “Sya tak ingat bila la akhi. Kenapa akhi tanya?”


“Sya tak catat ke?”


“Sya terlupa nak catat. Selalunya Sya ada catat tapi sejak trial hari tu, Sya asyik lupa je. Sudahnya Sya sendiri lupa sampai sekarang. Kenapa akhi?”


“Sya punya period tu, dah normal ke belum?”


“Kekadang okey, kekadang tak,” jawab Aisyah. “Entah la.”


“Pernah check doktor tak?”


“Pernah. Doktor kata normal benda tu sebab Sya kan remaja lagi. Kenapa akhi ni tetiba je tanya soalan macam ni? Akhi… ingat Sya pregnant erk?” soal Aisyah sambil menjongketkan keningnya.


Saiful mengangguk.


Aisyah menggelengkan kepalanya. Hari itu, Nabila yang bertanya. Hari ini suaminya pula.


“Akhi, Sya tak mengandung la."


Sure?”


Aisyah mengangguk.


“Akhi cuma ada dua kemungkinan je sekarang ni. Sama ada Sya pregnant atau Sya ada problem dengan kitaran uzur Sya. Sebab tu akhi tanya. Kalau uzur Sya ada problem, kita buat pemeriksaan. Lagipun akhi risau kalau-kalau Sya sakit ke, apa ke.”


Aisyah mendiamkan diri.


“Kenapa? Tak percaya yang akhi risau?”


“Hm...” respon Aisyah sambil mengangkat kedua keningnya ke atas.


Melihat reaksi Aisyah seperti itu, Saiful mengeluh. “Sya… mestilah akhi risau. Zaman sekarang ni, banyak penyakit boleh datang tau.”


“Sya ingat akhi cuma risaukan Wiyah je,” ujar Aisyah dengan nada perlahan.


Saiful mengeluh. Tangannya mengulus lembut pipi Aisyah. “Sya kan isteri akhi, mestilah akhi risaukan Sya.”


“Sya…” panggil Saiful tatkala dia melihat Aisyah menundukkan wajahnya ke bawah.


“Hm.”


“Sya masih tak percayakan akhi ke?”


Aisyah mengeluh perlahan. “Entah la.”


“Percayalah sayang. Kalau akhi tak risau, akhi tak gopoh-gapah datang sini tiba-tiba dan tanya Sya mengenai keuzuran Sya, kan?”


Aisyah mengangguk. “Tapi... akhi jangan la fikir Sya pregnant. Sya tahu la Sya pregnant ke tak.”


“Macam mana Sya tahu yang Sya pregnant atau tak, kalau Sya tak buat pemeriksaan?”


“Ye la... Orang mengandung kan suka mengidam, Sya tak mengidam apa-apa pun,” jawab Aisyah.


“Tapi Sya muntah-muntah dan pening, kan?”


Aisyah mengeluh. “Akhi… tak semestinya muntah-muntah dengan pening tu tandanya pregnant, kan?”


Saiful melepaskan satu keluhan kecil.


“Sya memang akan muntah, mual, pening kepala sekali pakej dengan muka pucat apabila period Sya tak betul. One more thing, kalau Sya banyak fikir sangat, memang Sya tak periodTime PMR dulu pun macam tu jugak."


Check doktor tak?”


Aisyah mengangguk. “Dah, akhi. Doktor kata stress. Itu je.”


Saiful mengeluh perlahan.


“Akhi.”


Saiful memandang wajah Aisyah.


“Akhi berharap yang Sya pregnant ke?” soal Aisyah. Hati kecilnya ingin sekali mengetahui adakah suaminya itu betul-betul berharap dirinya mengandung sekarang atau tidak.


“Kenapa Sya tanya akhi macam tu?”


“Akhi... Sya tak pregnant la, akhi,” Aisyah menegaskan katanya.


“Manalah tahu. Lagipun tak ada benda yang mustahil, kan?”


“Akhi, Sya cuma stress je la. Ye la, SPM kan dah nak dekat ni. Itu je. Sya tak mengandung, akhi.”


Saiful memandang lama wajah Aisyah. “Betul? Sebab stress?”


Aisyah mengangguk. Tangan Saiful diambil. “Sya nak cakap sesuatu. Akhi jangan marah ye?”


Saiful mengukir senyuman. “Apa dia?”


“Janji tak marah dulu.”


“Okey… insya-Allah,” jawab Saiful.


“Kenapa akhi selalu risaukan Wiyah?”


“Maksud Sya?” soal Saiful semula. Tidak faham dia dengan soalan Aisyah.


“Ye la… akhi kalau ada masa je, selalu jumpa Wiyah.”


“Sya… Wiyah kan sakit.”


Aisyah memuncungkan bibirnya. “Tapi… Wiyah selalu sakit kalau tak ada orang sekeliling dia nak jaga dia. Sya rasa macam Wiyah tu tipu je. Saja nak akhi jumpa dia.”


“Kenapa Sya buruk sangka sampai macam tu sekali?” soal Saiful dengan lembut.


“Ye la. Masa akhi untuk Sya asyik tak cukup je. Akhi sikit-sikit jumpa Wiyah. Wiyah, Wiyah, Wiyah je. Sya rasa macam dah hidup bermadu dah dengan Wiyah.”


“Aisyah. Wiyah kan adik akhi? Adik ipar Sya? Kenapa sayang akhi ni...” pipi Aisyah diusap dengan penuh kasih sayang, “...fikir sampai macam ni sekali, hm?”


Aisyah mengangguk. “Sya tahu Wiyah adik akhi. Tapi... Sya… cemburu akhi dengan Wiyah,” luah Aisyah lambat-lambat.


“Aisyah. Tak sepatutnya cemburu itu hadir dalam hati Sya sekiranya ianya melibatkan Wiyah. Sya kena ingat, sayang dan cinta akhi untuk Sya seorang je selepas cinta akhi pada Pencipta kita, rasul, umi-umi dan walid-walid kita, sayang.”


“Tapi…” kata-kata Aisyah dipotong oleh Saiful.


“Aisyah. Akhi faham Sya cemburu tapi Sya kena ingat, Wiyah cuma adik je pada akhi. Tak macam Sya. Sya kan kekasih hati akhi,” ujar Saiful sekali gus ingin memujuk hati isterinya.


Aisyah mengukir senyuman pahit. ‘Akhi memang tak pernah nak faham hati Sya kalau melibatkan Wiyah. Akhi, adik akhi tu kena la faham yang akhi ada isteri yang perlu dijaga perasaannya bukan kena jaga adik je,’ bisik hati kecil Aisyah. Malas dia mahu luahkan, kerana bimbang akan bergaduh pula nanti. Senyuman terukir di bibirnya, walaupun hatinya sedikit kecewa.


Saiful membalas senyuman Aisyah. Dipeluk tubuh isterinya itu. “I'm sorry, sayang.”


“Untuk?”


“Sekiranya Sya rasa akhi tak sayang atau cintakan Sya,” jawab Saiful.


Aisyah mengukir senyuman manis.


Love you,” ucap Saiful penuh romantik.


Love you too, akhi. Love you till jannah.”


Jazakillahu khairan kathira, sayang.”


Aisyah menganggukkan kepalanya. “Wa iyyakum.”


“Sayang…”


Yes.”


“Jangan cemburu dengan Wiyah. Akhi mintak maaf sangat-sangat kalau hati Sya terluka sebab Wiyah.”


Aisyah mendiamkan dirinya.


“Mirul kan dah masuk belajar, Walid Zaid nak uruskan Umi Mira lagi, business lagi. Jadi dengan siapa lagi Wiyah nak mintak tolong kalau bukan dengan akhi, kan? Please faham dengan keadaan akhi sekarang ni, ye?”


Aisyah hanya mengangguk lemah. ‘Betul jugak, dengan siapa lagi Wiyah nak mintak tolong kalau bukan dengan akhi, kan? Akhi abang dia. Ya Allah, kenapalah aku ni, cemburu sangat dengan adik ipar sendiri?’ ujar hati kecil Aisyah.


Saiful meleraikan pelukannya. Dipandang wajah Aisyah, lama.


Aisyah memegang kepalanya. “Kepala Sya sakit lagi la akhi. Akhi tolong urut, boleh?” soal Aisyah. Entah kenapa dia terasa ingin bermanja dengan suaminya itu.


“Boleh sayang. Dah, sekarang Sya baring, akhi urutkan kepala tu.”


Aisyah menurut. Alunan zikir dari mulut suaminya serta urutan yang diberikan membuatnya terlena tanpa sedar.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh
    © Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham