Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Cinta Mimpi
Mimpi
Farhah Shah
6/11/2018 21:16:15
1,082
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1.2


Pintu bilik sakit dibuka perlahan. Kepala dijenguk untuk melihat siapa yang berada di dalam. Melilau matanya mencari seseorang yang bakal buat dia buka langkah meninggalkan bilik sakit tersebut. Nafas dihela lega. Kasut ditanggal dan melangkah masuk menuju ke laci tiga tingkat. Laci pertama dibuka.

“Kena lagi?”

Fuh! Sikit lagi jantungnya bakal gugur mendengar teguran mengejutkan begitu. Nasib baik yang menegurnya itu manusia, manusia normal yang akal fikirannya letak dikepala yang di atas bukan dibawah seperti sesetengah manusia.

Kedengaran ketawa kecil dari si penegur yang berada dihujung penjuru kiri. “Tak payah terkejut sangatlah, nak aku tolong tak?”

Ayyash menggeleng. Minyak dibuka dan disapu pada bahagian badan yang lebam. Bukan dia sombong atau tak terharu bila ada yang sudi membantu tapi biarlah dia dengan hidupnya. Dia tak perlukan orang lain masuk dalam hidupnya. 

“Sampai bila kau nak biarkan dia orang perlakukan kau macam ni Ayyash? Dari kau form 1 lagi. Ini dah masuk form 4, kau masih macam ni.” 

“Kau nak suruh aku lawan dia orang balik, Naz? Kekerasan dengan kekerasan sampai kiamat pun tak akan habis.” 

Nazri menggeleng lanjut. Ini bukan kali pertama dia berdebat dengan Ayyash tentang perkara ini. Nak dikira, dia pun tak terkira. Tiap kali Ayyash dipukul atau lebih tepat dibuli oleh kawan-kawan dari pelbagai batch; atas mahupun bawah, pasti dia akan curi-curi masuk bilik sakit di mana tempat belajar Nazri sejak sejak form 2 kerana dia merupakan ajk kesihatan dan pada tahun ini, tahun SPM Nazri, dia memegang jawatan sebagai exco kesihatan dan kebajikan.

Ayyash tetap sama. Dia tetap membiarkan dirinya dibuli tanpa mempertahankan haknya sebagai pelajar. Hairan, wujud lagi manusia kebal hinaan, cacian dan kesakitan seperti Ayyash Furqan yang berada dihadapannya sekarang.

“Tak.. aku tak suruh pun kau balas balik. Pukul balik. Tapi sekurang-kurangnya kau lawan. Kau bela nasib sendiri. Bukan macam ni, biar dan diam aje apa yang budak-budak tu buat pada kau. At least report pada warden dan dapatkan perlindungan. Haish! Aku sebenarnya penat dah nasihat kau, Ayyash. Dari kau hingusan saiz tinggi dagu aku sampai aku pulak setinggi dagu kau. Kau tetap macam ni. Reda dan pasrah. Reda pun ada aturannya. Sabar pun ada tempatnya.”

Ayyash tadah telinga. Dia dah hafal beberapa skrip dialog Nazri padanya. Sama. Walaupun penyampaiannya kadang-kadang berbeza tapi hujung pangkalnya tetap sama. Bukan dia dengar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Dia dengar dan dia hadam. Tapi hadamnya tidak mampu buat dia mengubah segalanya. Kalau nak mengubah kenyataan, lahirnya kena dengan bahagia. Bukan bahagia atas derita orang lain. Permulaan dia dah salah maka dipertengahannya harus berliku. Yang dia rasa pasti, mungkin diakhirnya dia akan bahagia. Walaupun ia sekadar mimpi tapi mimpinya mimpi nyata.

“Kau dengar tak?”

Ayyash tak menyahut. Bagi Ayyash, Nazri tak faham dan dia tak akan faham.

“Tengok tu.. susah-susah aku bisukan kau betul-betul nanti Ayyash.”

Selesai meletak plaster pada dahinya. Ayyash simpan semula first aid ke dalam laci pertama. Dia betulkam rambutnya yang nampak serabut dan kemaskan dengan sikat yang terletak di atas laci. Bilik sakit ini sudah seperti bilik keduanya, tak, sebenarnya dia sendiri rasa bilik sakit ini bilik utamanya. Bilik yang berada di atas itu penuh dan sesak dengan gangguan manusia pendek akal.

“Thanks bagi aku guna barang barang bilik sakit ni dan thanks juga sudi bazirkan air liur kau nasihatkan aku yang kedap nasihat ni. Untuk yang kesekian kalinya aku percaya suatu hari nanti..”

“..aku akan bahagia.” Belum sempat Ayyash menghabiskan ayatnya, Nazri sudah menyambung. “Pergi matilah dengan statement kau tu, Ayyash. Itu tak akan terjadi kalau kau tak cuba mengubahnya.”

“Kau percaya aku?”

“Tak.”

Ayyash sengih dan melangkah keluar. “Kau perlu percaya aku baru kau percaya kata-kata aku. Okeylah jumpa kau esok.”

“See? Macam mana aku nak percaya kau!” suara Nazri agak tinggi bagi membuat Ayyash yang sudah keluar dengar kata-katanya. ‘Jumpa kau esok.’ Itu bermakna Ayyash akan masuk bilik sakit ini lagi.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.