Home Novel Cinta Stand For Ara
Stand For Ara
awa
11/12/2020 15:03:52
12,755
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

“ Lama tak nampak? Sibuk ke?" Haikal menyapa aku yang pura-pura sibukkan diri.

 

 

“ Sibuk? Tak jugak..” Jawab aku bersahaja. Tak berminat mahu berbual lebih panjang dengan Haikal.

 

 

“ Mana Maya?”

 

 

Aku mengerling Haikal. Pantang sebut nama Maya, riaknya mesti terus berubah. Macam nama Maya berhantu!

 

 

“ Mungkin dia keluar, tak nampak pun saya masa masuk tadi.” Suara Haikal seakan terpaksa untuk menjawab.

 

 

Aku angguk-angguk kepala.

 

 

“ Jadi, anything?” Aku kembali menutup fail ditangan. Tumpuan diberikan pada Hailkal yang terkulat-kulat mendengar soalan aku.

 

 

“ Macam tak suka je saya datang sini?” Haikal mengambil tempat dikerusi kosong depan aku.

 

 

Aku tayang gigi penuh, menunjukkan barisan gigi putih yang tersusun rapi.

 

 

“ Please..buang jauh-jauh fikiran negative awak tu!”

 

 

Hailkal ketawa. Geli hati bila senyuman Ara lenyap, diganti dengan jelingan darinya.

 

 

“ Kau orang ni macam ada something wrong..” Aku mengetuk meja perlahan.

 

 

“ Siapa?” Haikal tegakkan badan. Rasa tak sedap hati.

 

 

“ Awak..” Jari aku hala pada Haikal.

 

 

“ Dan Maya!” Jari aku menunjuk pada Maya yang baru muncul duduk dimejanya.

 

 

Aku dan Haikal memandang disebalik cermin kaca, ternampak Maya yang sudah duduk ditempatnya. Tangannya  berada pada tetikus, kemudian jarinya sibuk menaip pada papan keyboard.

 

 

“ Tak payah nak sorok lah Haikal!” Tempelak aku bila Haikal macam tak mampu nak alih pandangan dari Maya.

 

 

“ Ma..mana ada!” Dalih Haikal. Gugup dengan renungan tajam Ara.

 


 

“ Tak ada apa-apa, kenapa gagap?” Aku tahan gelak. Suka melihat Haikal yang nampak takut.




“ Kau orang bercinta dalam diam, eh?” Tebak aku.

 

 

“ Ataupun bergaduh?” Asak aku bila Haikal masih terkial-kial mahu menjawab.

 

 

“ Syhhh!! Berhenti merepek Ara.”

 

 

Aku senyum lebar. Dia kata aku merepek? Dia yang merepek! Kalau betul dia orang bercinta, kenapa nak sorok? Ini yang membuatkan aku lebih teruja untuk tahu tentang mereka.

 

 

“ Tell me. Apa yang tak kena sampai awak bermasam muka dengan Maya?” Korek aku.

 

 

“ Ish..Tak ada apa yang berlaku pun antara kami berdua.” Haikal cuba mengelak pandangan mata Ara.

 

 

“ Maya ada beritahu something dekat saya.” Pancing aku.

 

 

Haikal sudah gelabah. Tak senang duduk bila mendengar perkataan something yang lain macam dari mulut Ara.

 

 

“ Saya cuma nak dengar sendiri dari mulut awak. Tapi disebabkan mulut awak berat macam simen..Terpaksalah, saya sendiri berjumpa dengan pihak HR.”

 

 

Aku sudah siap sedia angkat punggung. Fail-fail yang berterabur, aku kemas ala kadar. Semuanya disatukan menjadi timbunan tinggi dipenjuru kanan meja. Aku perasan Haikal mencuri pandang setiap pergerakkan aku.

 

 

“ Nanti!” Halang Haikal bila Ara sudah menghampiri pintu.

 

 

“ Nak buat apa jumpa dengan pihak HR?” Soal Haikal yang sudah berdiri disisi Ara.

 

 

“ Tak boleh ke?” Aku pulang semula soalan pada Haikal.

 

 

“ Bukan tak boleh. Kalau Ara ada apa-apa yang mahu disampaikan, beritahu saja saya. Nanti saya akan sampaikan pada pihak HR.” Haikal cuba menghalang Ara untuk berjumpa dengan HR.

 

 

Aku perasan, Haikal macam dah tak senang berdiri bila mata aku tunak memandang dia. Entah apa yang nak ditakutkan, aku sendiri pun tak tahu.

 

 

“ Kalau saya sampaikan pada awak, takut lain pula yang disampaikan. Jadi, lebih baik saya turun padang.” Aku tak peduli Haikal yang sekejap garu kepala, turun pula ke tengkuk. Nampak sangat satu badan dah naik gatal!

 

 

“ Awak ikut saya.” Terus aku melangkah keluar tanpa menunggu Haikal yang masih tercegat.

 

 

Terkoncoh-koncoh Haikal mengikut langkah Ara yang sudah menjauh. Tak tahu lah apa yang berada dalam fikiran anak majikannya ini. Lagi pelik bila mahu berjumpa dengan unit human resources.

 

 

Aku berhenti di dalam ruangan yang kosong tanpa penghuni. Tiada Seorang pun didalam bilik pengurusan sumber manusia, membuatkan aku menggarit kening. Hairan!

 

 

“ Haikal..mana semua orang pergi?” Soal aku pada Haikal yang baru saja tiba, berdiri dibelakang.

 

 

Haikal turut sama hairan. Pelik bila bilik yang selalunya terang benderang, riuh rendah dengan suara pekerja bergurau sesama sendiri. Tiba-tiba berubah gelap, senyap.

 

 

Haikal melirik jam ditangan.

 

 

“ Err..Ara..” Haikal teragak mahu bersuara.

 

 

“ Ada apa?” Aku menyoal malas.

 

 

Aku melangkah keluar dengan dahi berlapis. Tak faham kenapa mereka semua sudah tiada. Kalau waktu lunch, tak akan semua pc elok terpadam? Main plug pun semua sudah tertutup.

 

 

“ Sekarang dah pukul enam Ara. Dia orang semua dah pun balik.” Suara Haikal seakan menahan tawa.

 


Aku ketap bibir. Dalam waktu yang sama melirik jam berada didinding tidak jauh dari aku. Jam sudah melebihi jam enam pun. Patut la gelap semacam!

 

 

Aku berdehem. Menutup rasa malu yang bertandang. Lambat-lambat aku berpaling, menghadap Haikal yang dari tadi setia mengikuti langkah aku.

 

 

“ Nanti awak pesan pada pihak HR, tolong rombak semula peraturan syarikat.”

 

 

“ Tapi kenapa?” Hilang sudah gelak Haikal, berganti dengan serius.

 

 

“ Ara tahu kan, kalau nak rombak semua ni perlukan persetujuan Tuan Ghaf?” Haikal menyoal lagi.

 

 

“ Pasal Tuan Ghaf, biar saya uruskan. Yang saya nak sekarang, rombak peraturan syarikat yang tak relevan bagi saya. Terutama sekali, tidak dibenarkan bercinta atau berkahwin dengan rakan sekerja.” Kali ni aku tidak main-main.

 

 

Haikal bungkam.

 

 

“ What kind stupid rule! Kalau dah jodoh ditempat kerja, kenapa kita perlu jadi penghalang?” Rungut aku sambil berlalu pergi, meninggalkan Haikal yang masih kaku ditempatnya.

 



•••••



 

“ Ara!”



“ Ara buat apa?”

 

 

Aku panggung kepala. Memandang redup mata babah yang nampak mencerlung garang. Mesti ada yang tak kena.

 

 

“ Haikal beritahu babah, Ara rombak semula hampir lima puluh peratus peraturan syarikat kita?” Tuan Ghaf mengambil tempat duduk didepan Ara.

 

 

Matanya tidak berkedip memerhati tingkah Ara yang bersahaja menyuap makan. Seakan tidak terkesan dengan suaranya yang sudah memetir.

 

 

“ Makan dulu, tak elok bergaduh depan rezeki.” Aku suakan pinggan yang sudah diisi dengan nasi pada babah.

 

 

Pinggan kaca aku hulurkan, tidak disambut babah. Malah matanya tunak memandang aku dengan rasa tidak berpuas hati. Aku hela nafas perlahan. Pinggan tadi aku letakkan didepannya.

 

 

“ Babah tak percayakan Ara?” Aku menyoalnya. Tangan pula sibuk mengambil lauk kegemarannya, lalu diletakkan ke dalam pinggan.

 

 

“ Bukan babah tak percaya kan Ara. Tapi Ara kena tahu baik buruknya bila Ara buat semua ni.” Suara Tuan Ghaf sudah kendur. Pandangannya turut bertukar redup, tidak segarang tadi.

 

 

Bukan main terkejut dia bila dimaklumkan perubahan yang dilakukan Ara petang tadi. Tahu-tahu saja, Haikal sudah pun menghulurkan kertas yang menyenaraikan peraturan baru yang digubal Ara lalu dihantar padanya untuk ditandatangani.

 

 

“ Cuba babah imagine, kalau staff kita sebenar suka satu sama lain. Tapi terpaksa pendamkan perasaan tu sebab peraturan syarikat yang membuatkan mereka kuburkan semua perasaan tu. Tak kejam ke?” Aku suarakan pendapat aku sendiri.

 

 

Tentang hubungan Haikal dan Maya pun, aku terdengar perbualan pekerja yang berada di pantry berbual tentang mereka berdua. Kalau tidak, sampai bila-bila pun aku tidak tahu mereka pernah bercinta.

 

 

“ Tapi Ara kena tahu. Bila pasangan suami isteri dalam satu syarikat, nanti cuti mesti nak sama-sama. Bila ada urgent, sama-sama lambat datang kerja sebab naik satu kenderaan. Dekat sini kita sudah kurang dua tenaga kerja serentak.” Giliran Tuan Ghaf menyuarakan pendapatnya.

 

 

“ Patut lah semua staff takutkan babah.” Aku ketawa kecil, geli hati.

 

 

Bila babah masuk saja pejabat, semuanya diam menikus. Tekun membuat kerja masing-masing. Bila babah keluar mesyuarat diluar, semua menjerit gembira! Bebas!

 

 

Tuan Ghaf kecilkan mata.

 

 

“ Bah..Ara faham apa yang dia orang rasa. Babah kena faham isi hati perkerja. Bukan menambah tekanan mereka yang penat lelah berkerja seharian. Tentang hubungan rakan sekerja tu, Ara sangat tak setuju!” Aku siap buat mimik muka.




“ Kita tiada hak untuk menolak jodoh dan takdir mereka. Kalau betul mereka suka sama suka, just carry on! Ara rasa tak salah pun kalau mereka bercinta atau berkahwin. Tak terjejas langsung. I’m right?” Sebelah kening terangkat tinggi.

 

 

Melihat tangan babah yang sudah mencapai sudu, siap mahu mula makan buatkan aku tersenyum tipis. Sedikit sebanyak, mungkin babah dapat menerima pendapat aku.

 



" Kalau kita tak berkira dengan pekerja, Ara berani jamin. Mereka pun tak akan berkira dengan kita." Tambah aku lagi.




" You're just like your mother."




Suapan aku terhenti. Tersentak bila babah tiba-tiba sebut tentang arwah ibu. Rasa sebak mula lah nak bertandang.




" Sekurang-kurangnya, bila babah tengok Ara. Kurang rasa rindu pada ibu." 




Tuan Ghaf yang merenung kosong pinggannya, angkat kepala mencari wajah Ara. 




" Ara tak ada sorok apa-apa dari babah kan?" 




Hampir saja nasi didalam mulut tersembur keluar. Cepat benar babah larikan topik cerita mereka.




" Mana ada Ara sorokkan sesuatu dari babah." Dalih aku yang masih tidak berani membalas renungan babah.




Tuan Ghaf letakkan sudu semula. Seleranya terbantut. 




" Firasat babah rasa, Ara sembunyikan sesuatu dari babah." 




Gulp!




Aku capai gelas berisi air. Rakus aku meneguk air hingga habis. Kalau dah melibatkan firasat, memang tak pernah salah!




Dalam kepala aku, hanya ada satu nama.




Standley!




Ini semua gara-gara dia. 

 

 

 

 Tapi, jauh disudut hati aku. Mahu mencuba untuk menyatukan Stand dengan babah semula. Tak mahu mereka saling bermusuhan lagi.




Jadi, mulai sekarang. Perlahan-lahan aku cuba untuk mengambil hati Stand supaya dia berlembut hati mahu memaafkan babah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh awa