Home Novel Cinta Aku, Dia dan Justin
Aku, Dia dan Justin
Aaliya Adni
17/4/2019 01:01:57
5,895
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

Jam menunjukkan 12.45 pm.

 

“Qis, aku gerak dulu,” katanya sambil bangun perlahan. “Lambat lagi nanti aku kena denda lain pula..”

Qistina yang menguap di mejanya mengangguk-angguk layu. Mereka tertidur sementara cikgu sedang mengajar kelas terakhir.

Setelah minta kebenaran daripada guru bertugas dia pun melangkah ke arah dewan.

 

Terasa amat lama langkahnya untuk sampai ke dewan. Keadaan sudah lengang sahaja sepanjang koridor walau pun sessi kelas pagi belum habis.

 

Yang pasti mesti dia kena syarah dengan Puan M lagi kerana lewat sampai ke dewan pula. Tidur di kelas pun seronok sahaja terutama subjek agama memang dia agak culas.

 

Ustazah Afiah pun dah tak kuasa nak kejutkan mereka semua kerana setiapkali kelas Ustazah mereka akan tidur atau kebanyakan mereka membuat hal masing-masing di belakang kelas. Pernah juga Ustazah Afiah mahu mereka ambil perhatian pada topik yang diajarnya dengan mencubit mereka yang tidur tetapi tidak lama lepas itu, ada ibu bapa pelajar itu datang menghambur kata-kata yang amat pedih di telinga Ustazah.

 

Ketika menghampiri dewan dia dapat dengari suara seperti rakaman orang mengaji Quran. Bacaan yang dapat didengar dengan jelas melalui pembesar suara amat merdu sekali. Dan sungguh, dia tidak pernah ambil peduli tentang bacaan ayat AlQuran sebelum ini.. hanya dia pernah scroll instagram dan suara yang didengari ini sebiji macam bunyi suara merdu Muzammil Hasbullah yang dia pernah dengar di Instagram.

 

Puan M sudah ada di luar dewan bersama Kamarul salah seorang pengawas juga sedang menyemak nama pelajar.

 

Dia salam Puan M dan memberi alasan kelewatannya. Puan M hanya mengangguk. Tiada senyuman di wajah guru disiplin itu. Pasti dia bukanlah sesuatu anugerah terindah bagi Puan M.

 

“Puan M, saya kena buat solat dhuha ke?” tanyanya terkial-kial sambil mengintai ke dalam dewan.

 

“Solat dhuha??” Tanya Puan M. “Awak solat dhuha pukul 1.00 tengah hari?”

 

Dia menutup mulutnya. Pecahlah rahsia, fikirnya. Bukan banyak yang dia tahu tentang sembahyang yang fardhu, apa lagi solat dhuha.

 

“Er.. jika kena solat, saya tak bawa pakaian solat,” balasnya.

“Maksud kamu, telekung?” tanya Puan M semula.

Dia mengangguk.

“Ini hanya latihan,” jelas Puan M. "Tudung sekolah kamu tu sudah cukup untuk latihan ini."

Dia merasa kelegaan yang amat besar.

“Hmm..tak mengapa lah..jika tak tahu boleh sahaja bertanya,” balas Puan M. Entah mengapa dia rasa suara Puan M tidak sekeras sebentar tadi. “Kamu tahu solat tak?” tiba-tiba terpacul soalan itu daripada mulut Puan M.

 

“Sikit-sikit Puan..” balasnya serba salah. Dia tak tahu bagaimana dia mampu menyembunyikan kejahilannya lagi kali ini. Malu juga kerana sepanjang hidupnya tidak pernah lagi dia solat sebenarnya.

 

“Eloklah belajar dengan ustazah. Saya amat sedih jika kamu tidak tahu solat pada usia 17 tahun,” balas Puan M.” Tetapi..mungkin bukan semuanya salah kamu kerana kamu pun dulu bersekolah di luar negara..dan…mungkin tiada sesiapa membimbing kamu...”

 

Kedengaran suatu macam keluhan yang diluahkan Puan M. Macam tergantung sahaja ayat itu pada pendengarannya. Dia malas nak menjawap lagi. Tak mahu rahsianya diketahui lebih banyak lagi. Bukan setakat solat, puasa pun dia tak pernah penuh. Mungkin tahun ini dia akan mencuba ikut kawan-kawannya.  Rasa amat asing jika tidak ikut apa yang dilakukan murid-murid lain di kelasnya.

 

“Ambil ini dan masuk dalam..” Puan M menyerahkan booklet dan menunjuk ke arah pintu dewan.

 

Bila dia masuk ke dalam dewan suasana amat syahdu. Kedengaran suara bacaan AlQuran di telinganya. Dia pun tak pasti ayat apa. Kelihatan beberapa baris murid-murid di dewan itu sedang duduk mengikut bacaan pelajar lelaki yang berdiri di rostrum.

 

Apakah dendanya? Ada kah dia akan dimalukan untuk membaca ayat Al-Quran di hadapan murid lain? Atau kena baca nasyid? Dua-dua pun dia tak tahu. Semua yang dia tahu hanya yang terlepas masuk dalam siaran di media sosialnya. Surah apa yang dia hafal? Alfatihah? Pun merangkak. Nasyid apa yang dia tahu? Sepohon kayu daunnya rimbun?...lepas tu apa? Tidak perlu gelabah Mikayla, bisik hatinya. Tunggu sahaja arahan.

 

Lebih mudah jika disuruh menyanyi lagu Ed Sheeran atau Arianna Grande berbanding nyanyian tempatan apa tah lagi nasyid atau bacaan Al-Quran. Dia berfikir-fikir bagaimana mahu melepaskan diri daripada hukuman sedemikian.

 

Mata Mikayla meleret kulit booklet tersebut. Dia menyelak beberapa muka. Dia mengeluh.  Ayahnya ada juga nampak sekali sekala bersolat di rumah. Ibunya...dia tidak perasan. Terlalu sibuk dengan pelbagai acara mahu dihadirinya. Seorang yang mahu masuk dalam kelompok socialite bersentuh bahu dengan para bangsawan. Tambahan pula usia ibu dan ayahnya agak jauh berbeza. Bapanya hampir dalam lingkungan 45 tahun. Manakala ibunya baru sahaja pertengahan 30an. Ibubapanya memang bergaya. Jarang sangat tak dijemput untuk pelbagai keramaian. Jika grammy awards ada di Malaysia mungkin Selena Gomez pun mahu  bergambar dgn ibu bapanya.

 

Ayahnya dengan karier yang sedang memuncak. Sukar sangat mahu dia bertemu lama-lama. Jika ada pun bila ada date dgn keluarga. Mereka akan keluar bersama dengan abang nya Naufal. Naufal yang hanya dua tahun tua daripada dia, sedang menyambung pelajaran dalam bidang  seni di universiti. Naufal pun bukan main mengamuk kena belajar di university tempatan. Ayahnya berjanji mahu Naufal terus sambung belajar di United States untuk belajar seni. Tapi tiba-tiba ayahnya pulang ke tanah air membawa mereka satu keluarga. Menurut ibunya, ayahnya dipanggil dan dilantik untuk mengetuai syarikat antarabangsa yang mahu bertapak di Malaysia. Sekarang.. dia terpaksa menyesuaikan diri dengan segala rencah kehidupan dan sudah enam bulan dia bergelumang dengan kehidupan baru dengan kehangatan di Khatulistiwa ini.

 

Dia terasa janggal   berada di situ. Tak pasti langkah seteeusnya. Tapi Puan M menyuruh dia ikut saja. Bukan solat betul2. Hanya pelajari bacaansolat dengan betul. Pujuk hatinya.

 

Tetapi, pelajar lelaki yang berdiri di rostrum.. … siapa dia? Harraz??Hampir nama itu terkeluar daripada mulutnya.Bila pula Harraz keluar kelas? Mungkin kerana tidur dia tidak sedar yang Harraz telah pergi ke dewan. Yang berdiri di  depan, tak lain tak bukan memang pengawas itu lagi. Pelajar yang ditendang kerusinya sebentar tadi. Baru dia nak akui kesyahduan bacaan AlQuran pada suara yang didengarinya.

 

Kelihatan Puan M memerhatikan pelajar-pelajar membuat gerakan solat selepas mereka menghafal bacaan surah2 lazim. Guru disiplin itu bergerak dari baris ke baris.Ada empat baris murid. Setiap baris ada dalam 10 orang. Pelajar perempuan dibelakang.

 

Sampai dekat dengan Mikayla, Puan M berhenti melangkah.

 

“Kamu ada masalah?” tanya Puan M dengan wajah serius. Wajahnya mempunyai aura yang sangat menggerunkan bagi Mikayla.  “Ikut sahaja gerakan dan bacaan yang dibaca. Ini bukan solat berimam pun. Kamu kena berlatih bersolat. Baca dengan kuat. Biar saya boleh dengar bacaan kamu.”

 

Dia teragak-agak.

 

Puan M memandang ke arahnya menanti jawapan.

 

"Maaf Puan M.. sebenarnya…sebenarnya… saya tak tahu macam mana nak solat langsung pun."

 

Puan M terdiam seketika.

 

“Hmm.. tak mengapa. Nanti saya panggil kaunselor dan kamu yang tidak tahu membaca ayat dan rukun solat langsung ini… kita akan cuba buat kelas asas fardhu ain. Untuk hari ini, kamu mungkin hanya perlu dengar dan cuba belajar apa yang Harraz baca dan buat..”

 

Entah mengapa dia merasa seperti ditampar sekuat hati oleh Harraz.

 

Ketika pulang ke rumah ibunya tiada yg ada tukang masak yg sedangbersiap utk balik. Keadaan sepi terasanya. Baru sahaja dia hendak berbaring disofa, Iphone X nya bergegar. Dia malas2 nak layan, kepalanya semak.. baru sahaja nak lapangkan fikirannya setelah disyarah Puan M, dengan kelas solat dan kena hafal ayat lazim. Tiba-tiba ada wasap masuk. 

Qistina dgn emoji                                

 

Mick Asal ko xangkat aku kol. Kita ada masalah. Video ko dan harraz tu dh viral..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aaliya Adni