Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Cinta ICE LOVE !
ICE LOVE !
Farzira
23/12/2018 10:26:42
5,272
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Sarah   termenung sendirian  di  balkoni  biliknya. Dia  masih  memikirkan  kata-kata  Iskandar    semalam. ‘Betul  ke  apa yang  aku  buat  ni ‘?,hati  Sarah  masih  ragu-ragu  dengan  kata- kata  Iskandar.

 

Dia   mengimbas kembali ...

“ Saya  tak tahan  dengan  perangai awak !  Awak   tu  panas baran  dan  asyik nak  menengking   saya  aje. Saya  pun  ada hati   dan  peraaan , Is.saya  tak  fahamlah dengan  awak   ni ,Is. Kenapa  awak  pilih saya ?  Kenapa  bukan dia  ?”, soal  Sarah, meluahkan  semua  yang terbuku  di  hati.

 

Sarah  bingkas bangun  dan  berlalu meninggalkan  Iskandar  sendirian.

“Sarah !”,  panggilan Iskandar  mematikan  langkah Sarah.

Iskandar  menghampiri Sarah .

“Aku   nak minta  maaf   sebab  saya  selalu  marah- marah kau.

Aku  Cuma rasa  jeolous   kau dengan  si  Aliff tu padahal   kau  dengan aku  kan  dah nak  nikah  tak lama  lagi ?”

“Habis  tu , yang  awak  berkepit dengan  Liyana  macam mana   pulak ? awak  ingat saya  ni  buta  ke  ?  saya  nampaklah  apa yang  awak  buat dengan  perempuan  tu ! awak  tu  tunang saya  tau ,  tapi asyik  nak  berkepit dengan  perempuan  lain !  awak  rasa saya   tak  rasa apa- apa  ke ?”,  marah  Sarah.

“ Kau  nak marah  aku  ke apa  ke,  ikut kau lah . Yang   penting,  kau kena  kahwin  dengan aku !  Please,  Sarah ! “, rayu  Iskandar .

“Kenapa   awak tak  kahwin  je dengan  perempuan  tu ? Kan  senang !”,  tempelak Sarah.

“Sebab  aku cintakan  kau  ,Sarah !  sejak  aku kenal  nama   kau lagi . Please  , Sarah ! “,  pinta Iskandar   lagi.

“Saya  kata tak  nak  ! faham  tak ?”

“ Kau  sanggup ke    nak  malukan maruah  parent  kau ? majlis kita  dah  tak lama  ,Sarah. Lagipun,  mama aku  sayang  gila  dengan  kau !  kau pun  nak  lukakan  hati  mama  ke ? “

“Please ,  bagi aku  satu  lagi peluang.  Aku  akan cuba   jadi  yang terbaik   untuk  kau ,asalkan  kau  sudi   jadi isteri  aku.”

“Kita  buku baru  ye  , Sarah ? mulakan  hidup  baru ?”,

Pinta  Iskandar lagi .

Sarah  hanya terdiam ...

*****

“  Kau  rasa  apa  yang aku  buat  ni betul  ke ?”

Sarah  berbual dengan  Fatin  sambil  berbaring  di  atas  katil,  cuba  melepaskan  segala  kepenatan  yang dia  alami  .Fikirannya  betul-betul   serabut  saat ini.Dia   memerlukan   seseorang   untuk    mendengar   segala  luahan   masalahnya.

“Kau  kenapa ni ,Sarah ?  Kau  ada  masalah  apa-apa  ke ? Kalau  ada  masalah apa-apa  sharelah  dengan aku,  at  least  aku  boleh  kurangkan beban  masalah  kau “,balas  Fatin .

Sarah   membetulkan  pembaringannya.

“ Sharelah   dengan  aku . Pasal   Iskandar  lagi ke  ?”,  pinta  Fatin .

“  Hmmmm....aku  sebenarnya   ragu-ragu   lagi  dengan   keputusan  aku untuk   kahwin  dengan  mamat tu. Apa   pendapat  kau ?”

“ Wei,   kau  jangan   buat  hal,  Sarah !!  Majlis   kau lagi   seminggu  je  tau! Kenapa  ni ?”,  lembut  suara  Fatin  memujuk  sahabatnya.

“Aku   nampak Iskandar  dengan   perempuan lain ,  nama  dia  Liyana.  Diaorang   siap  pegang-pegang   tangan  lagi .Yang perempuan  tu  pun satu  ,  asyik  nak  berkepit   dengan Is !”

“  Kau biar  betul  ,Sarah ! Entah-entah   adik  dia kot ?!”,balas   Fatin.

“Aku   kenal semua  adik  dialah. Kau rasa  tu   girlfriend dia  ke ?”

Kedengaran  Fatin melepaskan  keluhan  yang berat  dan  terus membisu.  Buat  seketika , talian   terus   dimatikan.

 

******

Sarah   menangis sendirian  di  atas katil.  Dia  masih teringat  akan  kata Faris  ketika   dia bergaduh   dengan   Iskandar  minggu  lepas. Perlahan-lahan  Sarah  menyapu   air  mata yang  mengalir. Sakit  hatinya  apabila  Iskandar   curang !  namun  ,dalam  masa   yang  sama, iskandar   mengaku  cintakan Sarah.

Dia  buntu dan   ragu-ragu  dengan  kata-kata  Iskandar.

“Sarah,  kau tahukan  yang  Iskandar curang   dengan   kau ? habis  tu, kau   tunggu   apa lagi?  Kau  nak biarkan  je  Iskandar  tu  buat  macam tu   dekat kau  ?”, soal  Faris  sedikit beremosi  apabila  Sarah  asyik   termenung   dari tadi.

“Kau  tak de  bukti  nak  tuduh   macam  tu  dekat  dia !  dia tu  tunang  aku tahu  tak ?”

“Sarah,  aku kenal  sangat   dengan si  Liyana,  perempuan yang  keluar   dengan Iskandar  hari  tu.  “

Faris  mengeluarkan  telefon   bimbitnya  dan menghulurkan   kepada  Sarah.

“Kau  tengok sendiri   kalau  kau tak   percaya !”

Gambar  mesra Iskandar  denagn  Liyana  terpampang   di  depan mata   Sarah.  Terdapat banyak   gambar  Iskandar dan  Liyana  yang kelihatan    mesra   di laman   sosial  Intagram Liyana.

Sarah  yang  membaca  caption  Liyana di  statusnya  , mula  berasa   geram  dengan   Iskandar.

“  With my   lovely   boyfriend - Liyana”

“  Happy Birthday  ,  Sayang ! “- Liyana.

Sarah   membaca satu   persatu   caption  di   laman   sosial  Liyana.

Kemudian,  dia menyerahkan   semula   telefon  bimbit  kepada  Faris. Dia masih  keliru . Dia  tidak mencintai  Iskandar ,  begitu juga  sebaliknya.  Tapi ... ungkapan   cinta dari  Iskandar  membuatkan  fikirannya  berserabut.

Sarah   mengerling  jam   di  dinding. Jam   menunjukkan  angka tiga  pagi.

‘Beruntungnya  kau wahai jam !  kau  tak susah nak  fikir  macam-macam masalah  .’

Dia  bangun dari  katil  dan mula  melangkah  ke bilik  air .Selesai  berwuduk, dia  menunaikan  solat sunat  dan  memohon  petunjuk  dari yang  Maha Esa .

Seketika,  terdengar tangisan  pilu  dari Sarah  yang  memohon  petunjuk   Allah  ketika di  malam   sunyi itu ....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farzira