Home Novel Cinta Andai Ku Tahu
Andai Ku Tahu
abbie castelli
22/5/2019 18:11:21
6,163
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Semakin dekat hari perkahwinan mereka semakin kerap Abdul Qayyum dan Camelia terpaksa bertemu. Berbeza dengan Qayyum, Camelia setiap hari ternanti-nanti saat bila mereka perlu ke sana ke mari untuk memuktamadkan perincian hal-hal majlis perkahwinan.

 

Untuk sessi memilih lokasi, food tasting dan fitting pakaian setiap kali Camelia pasti mahu bersama-sama memilih dengan kehadiran Abdul Qayyum. Tidak sukar  mempastikan Qayyum menghadirkandiri apabila Datin Mahanom masuk campur.

 

Setiap kali Abdul Qayyum beralasan, setiap kali itu juga Datin Mahanom akan menghubunginya.

 

Tiba tarikh perkahwinan mereka Camelia berasa amat gembira tetapi berdebar. Masih ada gementar kalau-kalau impiannya gagal menjadi kenyataan.

 

Hanya beberapa jam lagi Abdul Qayyum akan bersila bersalaman untuk akad nikah dgn bapanya.  Dia pasti selepas itu semua akan jatuh terletak mengikut perancangannya.

 

 

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Bayang rombongan lelaki belum tiba.Berpeluh juga ibunya bila mereka tak sampai-sampai.

Wasap berkali-kali tak berjawab oleh pihak Abdul Qayyum. Datin Mahanom hanya beri blue tick saja. Apakah ada petanda buruk. Malunya tidak terkira jika Abdul Qayyum dan keluarganya tak muncul di masjid itu. 

 

Langit kelihatan gelap dengan awan tebal seperti mahu hujan. Keadaan disekitar masjid mnjadi masih tenang walaupun pihak yang mengetahui tentang jadual majlis mulai agak resah atas tak kepastian tentang pengantin lelaki dan keluarganya.

 

" Hmm tu lah.. kuda kita boleh bawa ke air. Tapi nak paksa dia minum..agak mustahil.." bapa Camelia berkata penuh makna.

 

" Ehh.. apa hal pula ni kuda2 ni.. dah semua benda dia ok aje.. takkan akad nikah ni tak datang? Yg peliknya Datin tak reply dah berapa kali sayawasap. Call pun tak berangkat semuanya…Last sekali tadi satu wasap suruh tunggu sampai dia orang tiba ke masjid... "

 

" Dah dia cakap tunggu. Kita tunggu saja lah. Baru setengah jam lewat. Tok kadhi okay je tgh minum kat situ.." bapa Camelia menenangkan.

 

" Kalo dia tak muncul macam mana bang.. adusss…malu lah saya..semua kad dah bagi kat jiran, school mate dan office mate. Wedding location semua dah buat..esok.. aduiii mana nak sorok muka.."

 

" Mama.. jangan la ckp mcm tu.." Camelia mula gelabah. Jika benar itu terjadi musnahlah impian nya dan malu besar kerana kawan-kawan satu kolej semua katanya akan datang. Dia yang cantik dalam persalinan serba putih krim didandan kelihatan sugul. 

 

" Doa banyak-banyak, sayang. Mama pasti dia tak mungkir janji.Qayyum anak yang baik. Mama tak rasa dia akan tukar fikiran last minute.."balas Puan Nourul Ain. Hatinya sendiri amat gelisah. Kerana tidak ada pilihan  lain selain daripada pulang ke rumah, mereka meneruskan penantian dengan hati berdebar.


Tak sampai setengah jam lagi kemudian kelihatan lima enam buah kereta mewah meluncur masuk ke perkarangan masjid.

Jantung Camelia berdegup kencang. Apakah sebabnya mereka lewat. Dari kawasan tempat duduknya, dia dapat melihat dengan agak jelas situasi di luar perkarangan masjid itu. Yang peliknya,tak ada pula balasan atau apa-apa penjelasan yg diberikan dlm grup wasap mereka oleh ahli keluarga Datin.Telefonnya digenggam erat. Ibunya Puan Nourul di kanannya, memegang tangannyayg sebelah lagi. Jemima di sebelah kirinya duduk bersimpuh manis tidak berkata apa-apa, hanya tangannya mesra memeluk bahu Camelia. 

 

Beberapa org ahli keluarga Abdul Qayyum keluar dari kereta seorang demi seorang disambut oleh kaum keluarga Camelia di perkarangan masjid. Kelihatan beberapa orang perempuan dan lelaki yang pernah dia jumpa dan ada yang dia tak pernah kenali.

Kemudian kelihatan seorang lelaki tinggi lampai yang hampir seiras dengan Abdul Qayyum keluar daripada kereta berpakaian serba putih tetapi rambutnya panjang berikat. Yang pasti itu bukan Abdul Qayyum. Matanya mencari-cari susuk Abdul Qayyum tetapi masih tidak kelihatan bayang-bayang nya. Mahu pengsan Camelia. Jgn lah jadi macam cerita hindustan pula kena tukar pengantin lelaki, dia berdoa. Entah mengapa dia terfikir ke situ pula...mungkin terlalu banyak dengar kisah cereka sedemikian yang tak masuk akal. Semakin lama debaran semakin meningkat apabila hampir kesemua lelaki yang keluar dari perut kereta-kereta menjalar itu, bukan tunangannya. Di manakah kau, Abdul Qayyum..dia merintih mahu menangis.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh abbie castelli