Home Novel Cinta MOCHANYA CINTA
MOCHANYA CINTA
Farhah Shah
9/4/2019 23:16:26
1,498
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

Ini semua gila! Aku tak salah! Bukan aku yang lakukannya! Tak...! Bukan aku! 


Ayyash berlari sepantas mungkin. Dia takut. Dia risau. Dia menyesal. Kalaulah.. kalaulah dia tidak bertindak seperti itu pasti semua kejadian ngeri itu tak akan berlaku. Pasti mereka tak akan terluka. Pasti.. tiada yang terkorban.


"Ouch!" 


Ayyash merintih tatkala kakinya tersandung penghadang jalan. Tapak tangannya terluka. Air mata yang bertakung sejak dari tadi mengalir keluar. Dia menangis semahunya. Kenapalah hidupnya begitu sukar sehingga saat dia mahu melarikan diri, dia juga terluka? Adakah ini balasan kerana statusnya sebagai anak pembunuh? Dosa itu bukan miliknya tetapi seumur hidupnya dia memikul dosa orang lain.


"Rain, rain go away come again another day. Rain, rain go away come again another day."


Ayyash berpaling mencari suara halus yang serak itu. Matanya yang masih berair terhenti pada sekujur tubuh seorang gadis yang mungkin dalam lingkungan usianya sedang berdiri di tengah jalan sambil tangan memegang payung lutsinar. Kepalanya didongakkan ke atas melihat langit senja yang gerimis. Di pipi kanannya tertutup habis dengan plaster bersaiz besar. Manakala pipi kiri, mata dan hidungnya kelihatan merah tanda baru lepas menangis.


"Rain, rain go away come again another day. Please promise to come every day. Rain, rain I love you. You are me and I love you."


Ayyash berkerut mendengar lirik yang gadis itu nyanyikan. Kedudukannya yang sedang terjelupuk tadi, bertukar mencangkung menghadap gadis tersebut. Ayyash menyeka air matanya. Dia menahan sendu dari kedengaran supaya gadis itu tidak mengertahui keberadaannya di situ.


Saat gadis itu menghentikan nyanyiannya dan memusingkan tubuhnya ke arah Ayyash, Ayyash lantas berpaling menyorok wajahnya. Entah kenapa dia rasakan sesuatu yang pelik tentang kewujudan gadis itu. Bulu romanya merinding ketakutan. Sekarang waktu senja, hujan gerimis dan langit yang sepatutnya berwarna jingga bertukar gelap kelabu. Petanda hujan lebat bakal turun.


Mata gadis itu meliar memandang Ayyash yang terlihat gementar. Dia membuka langkah mendekati Ayyash. 


"Kenapa awak menangis?" suara halus yang serak itu bergema di telinga Ayyash.


Ayyash tidak menjawab. Jantungnya berdegup kencang. Risau jikalau gadis itu bukan seorang manusia. 


"Kenapa awak menangis sedangkan hujan bakal turun menemani awak?" sekali lagi suara gadis itu bergema.


Perlahan-lahan Ayyash beranikan diri mendongakkan kepala melihat wajah yang sedang berdiri di hadapannya itu. Jelas kelihatan mata gadis itu merah dan membengkak. Siapa yang menangis sebenarnya ini? Dia atau gadis hujan itu?


"That's not your fault. It's just a bad day." gadis itu tarik senyuman. Senyumannya kelihatan perit mungkin kerana kesan luka disebalik plaster yang besar itu.


Tiba-tiba hujan yang gerimis bertukar lebat. Gadis itu menghulurkan payung ke atas tubuh Ayyash yang setia mencangkung dan mendongak kepala melihatnya. Dia bongkokkan tubuh dan tarik tangan Ayyash supaya memegang payung tersebut.


"Rain, rain go away come again another day. Rain, rain go away come again another day. Please promise to come every day. Rain, rain I love you. You are me and I love you." 


Ayyash menghantar pemergian gadis itu dengan ekor matanya. Gadis itu sedang berlari terlompat-lompat sambil mulut tidak lekang menyanyi lirik yang Ayyash tidak pernah dengar. 


Gadis pelik. A rain girl with her weird song. Kalau dia mahukan hujan turun, kenapa pinta ianya pergi? Pelik!


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.