Home Novel Cinta Ame Soeur ¿
Ame Soeur ¿
HDYNRR
3/4/2019 14:31:34
2,524
Kategori: Novel
Genre: Cinta
9

Daiyan mengangkat wajah seraya memandang perempuan yang lebih kurang sebaya di hadapannya. Dia melemparkan senyuman, tangan dihulurkan pada perempuan bertudung satin tersebut. 

"No, I'm not. Cik Mina masih sibuk, jadi dia tolong wakilkan saya untuk hantar pesanan ni. Anyway, my name is Engku Daiyan Nalisha, pengurus sementara kafe ini. Pesanan cik Aira ada di sini, maaf kalau lambat"

Aira mengangguk faham, huluran tangan Daiyan disambut mesra. Engku? "Nama saya Aira Batrisya, boleh panggil Aira. Saya pun minta maaf sebab menyusahkan cik Daiyan"

"Tak apa, cik Aira. Kalau boleh, panggil Daiyan sahaja. Nak mesra lagi, panggil Dee. I tak biasa dengan panggilan formal"

"Okey, cik Daiyan. Hm...kalau tak silap saya cik ni adik kepada Engku Danial, bukan? Saya pernah nampak gambar cik dalam telefon encik Danial. Cik- maksud saya, Dee nampak lagi cantik bila di luar" ujar Aira dengan nada teruja. Dia agak terpegun dengan cara Daiyan menggayakan dirinya, membuatkan gadis itu nampak unik dan menawan berbanding orang kebanyakan.

Daiyan mengerutkan dahi. Telefon? Apa betul perkara yang dia dengar saat ini? "Wah, Danial ni dah jauh berubah, ya? Dulu, dia tak suka orang sentuh atau tengok telefon dia sesukahati selain kawan baik dia. I bet both of you must be close sampaikan dia boleh tunjukkan gambar – gambar dalam telefon dia"

Menyedari bahawa dia terlanjur bicara, Aira mengetap bibir. "Err, apa kata saya bawa cik Daiyan ke atas? Parti dah nak bermula. Kalau nak, cik Daiyan boleh ikut sekali. Nanti saya tanyakan dekat bos"

"Fareez, kau sibuk tak?"

Fareez yang memerhati setiap makanan yang masih berlapis di atas meja segera menoleh ke arah Danial. "Sibuk. Kenapa?"

Danial mencebik, sibuk apanya kalau dari tadi asyik merenung makanan? "Ok. Boleh tolong aku tak? Tadi Aira bagitahu yang penghantar cupcake dah sampai dan dia suruh kau tolong ambil. Sorry, aku sibuk sikit. Papa aku suruh semak dokumen penting ni"

Fareez mengangguk sejenak seraya berlalu. Danial yang masih menyemak isi dokumen tersebut berhenti sebaik telefonnya bergetar. Melihat nama Aira yang terpampang di skrin telefon, dia segera membaca pesanan ringkas tersebut.

- Adik awak di sini!
- Kenapa tak cakap dia kerja di The Dreams?
- Apapun, tak payah suruh Fareez ambil 
- Daiyan sendiri yang akan hantar tempahan ke atas 
- Thanks!

"Oh...tidak!"

Terasa hatinya kurang selesa, namun dia abaikan sahaja tanpa mengetahui apa maksud sebenar di sebalik keresahan dan ketidakselesaan yang dia alami. Butang lif ditekan lantas mengerling jam di tangan. Sudah terlalu lambat untuk mencapai telefon yang berada di bilik pejabat.

Sebaik sahaja lif dibuka, kakinya yang sedia melangkah jadi terhenti sebaik memerhati manusia yang bergelak tawa di hadapan mata. Mata yang tadinya kuyu kini membesar. Apa benar apa yang dia nampak sekarang ini? Apa cuma imaginasi?

"Eh? Encik nak ke mana? Danial ada ca...enc-"

"Da..Daiyan?!"

Pada masa yang sama, Daiyan turut mengangkat wajahnya. Tubuhnya tiba – tiba kaku dan kaki spontan mengundur ke belakang sebaik melihat wajah tersebut. Patutlah hatinya tidak senang duduk, ada bala besar yang menanti di hadapan mata rupanya. Apa yang dia buat di sini? Macam mana boleh bertembung dia dalam banyak – banyak orang?! Dia menepuk dahi.

'Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa yang dia kerja di sini?!" Jeritnya dalam hati. Apa yang dia rasa saat ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Menyedari terlalu lama bertentang mata, Fareez segera mengalihkan pandangan. Ada apa dengan perasaan janggal ini? Apa yang harus dia lakukan di saat begini? Patutkah dia berpura tidak mengenali Inara? Patutkah dia berpatah balik? Atau patutkah dia cuba menegur gadis itu terlebih dahulu?

Sekejap.

Perkara itu sudah lama berlalu. Kenapa dia perlu gugup? Kenapa dia perlu takut sedangkan mereka sudah tiada apa – apa hubungan saat ini? Rasa janggal yang muncul saat ini benar – benar membuatkan dia buntu. Buntu harus berbuat apa di waktu begini.

"uh...hai?" ujar Daiyan agak janggal. Memandangkan keadaan terlalu dingin dan janggal, dia harus membuat langkah terlebih dahulu. Tidak mahu Aira terus salah sangka dengan apa yang berlaku antara dia dan Fareez

"Hai. Err, ini ke tempahan dia? Maaf, saya masuk ke dalam dulu" Balas Fareez seraya mengambil dua kotak plastik tersebut sebelum berlalu pergi. Debaran di hati benar – benar kencang, membuatkan dia jadi gila!

"Hai je?! Fareez, kau boleh buat dia terasa tau! Kau boleh je tanya khabar dia, tanya bila dia balik. Ini tidak, hai aje?" Bebelnya pada diri sendiri, agak kesal.

Aira yang sedari tadi memerhati berdehem. Jari dipetik di hadapan Daiyan sebelum bersuara. "Awak kenal...encik Fareez? Eh, nantilah berbual. Jom?"

Daiyan mengangguk namun baru menjejak sebelah kaki keluar dari lif, dia berhenti membuatkan Aira turut menghentikan langkah. Daiyan tersenyum kecil, jam ditangan dia kerling sekilas. "Hm, saya rasa saya tak dapat nak ikut sekali. Banyak nak kena buat di kafe. Maaf ya, Aira? Till we meet again"

Fareez dan Danial rancak berborak sebelum Aira menghampiri mereka. Danial mengalihkan pandangan ke belakang namun tiada siapa di sana melainkan pekerja yang lalu lalang. "Awak sorang? Dee ke mana? Bukan awak cakap dia ikut sekali ke?"

Aira melepaskan keluhan sebelum melabuhkan punggung di sebelah Danial. "Dah balik. Ada banyak kerja nak kena buat katanya. Apapun, saya suka perwatakan dia walaupun saya kurang berkenan sebab dia nampak macam sombong. Tapi saya silap, dia baik, cantik, pandai bergaya macam apa yang encik Danial cakap"

Danial tersengih, "Itu apa yang awak nampak. Awak belum nampak sisi gila dia. Suka bebel, merepek, kuat makan. Tak percaya, tanya Fareez. Dia kenal sangat Daiyan macam mana, lebih dari saya" Balas Danial tanpa sedar dia terlanjur bicara.

Aira menoleh ke arah Fareez yang melemparkan pandang pada gelas kosong di hadapan. Lelaki itu nampak... kosong? "Encik Fareez, awak okey ke? Diam sahaja dari tadi?"

Danial melepaskan keluhan. "Reez, kau dengar tak? Aku minta maaf sebab tak bagitahu kau tentang dia balik ke sini. Aku taknak kau te-"

"Tak apa, benda dah jadi. So, dia 'makwe' yang kau selalu cakap tu? Dan, benda dah lama berlalu. Kenapa kau masih nak rahsiakan?" Pintas Fareez agak kecewa dengan sikap Danial. Namun begitu, dia faham niat sebenar kawan baiknya itu.

"Aku cuma tak nak buat keadaan lagi pelik sebab kau pernah bagitahu kau tak nak dengar nama dia lagi. Aku pun tak bagitahu dia sebab aku tak nak dia...hmm maafkan aku" ucap Danial.

"Tak apalah. Macam yang aku cakap tadi, benda dah lepas buat apa nak kenang balik? Apapun, aku senang tengok dia semula walaupun keadaan tadi agak...janggal" Balas Fareez sambil mencapai resit yang terletak di atas meja.

"Maaf kalau mencelah, tapi saya curious. Dari apa yang korang cakap macam ada masalah antara encik Fareez dengan Daiyan. Bukan niat saya nak ikut campur, cuma saya rasa ada sesuatu di antara kamu berdua. Kalau tidak, tak adanya encik Fareez asyik mengelak tengok Daiyan tadi. Wajah cik Daiyan pun dingin" Sampuk Aira setelah memastikan ada ruang untuk berbicara.

"Reez, kau nak bagitahu ke aku yang bagitahu?" Soal Danial. Mungkin Aira patut tahu memandangkan hubungan mereka pun bukannya begitu asing.

"Kaulah bagitahu. Aku tak ada masa nak ingat balik semua tu"

Danial mencebik, seraya mengalih pandangan pada Aira yang masih lagi menanti cerita. "Daiyan tu sebenarnya bekas kekasih Fareez. Tak silap saya, mereka dah berpisah tiga tahun lepas. Tak pasti pula sebab apa, salah siapa. Itu yang jadi macam a-"

"Apa?! Patutlah masing – masing macam tu. Tapi, kenapa? Macam mana boleh put...maaf. Saya tak berniat nak masuk campur urusan peribadi awak dan Daiyan" Pintas Aira yang agak terkejut dengan berita tersebut.

"Tak apa, Aira. Let's say kami dah tak ada jodoh. Dah, aku tinggalkan kau berdua kat sini. Kalau ada yang cari aku, aku ambil telefon di bilik" Tutur Fareez sebelum berlalu pergi.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh HDYNRR