Home Novel Cinta AKU SETELAH ENGKAU
AKU SETELAH ENGKAU
Im Raimah
28/8/2019 19:52:28
774
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 04

"MANA pergi semua orang ni?"

Rian turun ke ruang tamu sambil matanya liar memerhati kawasan ruang tamu dan dapur yang kosong. Dia menghampiri meja makan lalu membuka dulang makanan dan mengambil sekeping roti bakar sebelum berjalan ke ruang tamu. Tv terpasang. Tapi tidak berpenghuni.

Kemudian dia menghempaskan badan di atas sofa lalu bersandar. Tangan kiri mencapai alat kawalan jauh yang ada dekat atas meja. Dia menekan alat kawalan jauh ke siaran TV Korea yang sedang menayangkan drama bersiri Korea yang berjudul Fight For My Way lakonan Park Seo Joon dan Kim Ji Won.

"Park Seo Joon again" keluhnya dengan bibir muncung ke depan.

Dalam mengeluh itu pun mata tak berkelip memandang Kim Ji Won yang sedang bercakap dengan suara dan wajah comel atau aegyo dalam bahasa Korea. Rian ketawa lalu mengangkat alat kawalan jauh ke atas. Dia sudah tidak sanggup menonton adengan yang menyakitkan mata itu.

"Rian! Rian nak buat apa ni?" halang PuanLatifah yang baru saja masuk ke ruang tamu.

Suara PuanLatifah membantutkan niat Rian yang hampir-hampir ssaja merosakkan harta benda di rumah itu. Dia menoleh ke kiri, kelihatan PuanLatifah dan Encik Azman berjalan masuk ke ruang tamu dari pintu utama rumah mereka. Wajah PuanLatifah kelihatan sedikit comot. Dia dan suaminya baru saja membersihkan halaman rumah mereka.

"Umi" sapa Rian dengan senyuma lalu meletakkan semula alat kawalan jauh TV.

"Amboi, kalau ya pun geram tak payahlah sampai nak rosakkan TV tu" kata PuanLatifah tersenyum.

"Umi dengan ayah dari mana? Sawah?" tanyanya. Sempat juga mengusik pasangan suami isteri yang sudah berkahwin selama hampir 27 tahun itu.

"Bersihkan halaman rumah. Nak harapkan anak bujang lelaki semuanya tak boleh diharap. Dua orang awal-awal pagi dah hilang. Seorang matahari tegak atas kepala baru bangkit" jawab PuanLatifah. Dia menggeleng-gelengkan kepala memandang wajah serabut anak terunanya itu.

Rian hanya memandang ibunya dengan senyuman. Banyak sangat benda dalam kepala sampai dia tak boleh nak tidur lena.

"Rian buat apa semalam? Matahari tegak dekat kepala baru nak bangkit" tanya PuanLatifah sambil melabuhkan duduk di atas sofa. Anak matanya merenung wajah sembab Rian.

"Rian tak boleh tidur semalam. Tu yang lepas sembahyang subuh terlajak sampai ke solat Zohor" jawabnya. mata masih lagi memandang skrin televisyen.

"Tak boleh tidur? Kenapa? Takkanlah tak sabar nak jumpa dia?" tanya PuanLatifah. Semapt juga mengusik.

Rian hanya balas usikan itu dengan senyum.

"Perlu ke Rian jumpa dia?" dahinya berkerut.

"Ada sebab ke Rian tak nak jumpa dia?" soal si ibu pula.

Rian diam. Matanya kaku memandang PuanLatifah.

"Ke Rian dah jatuh cinta dengan Erika?" tekanya serius. Dalam hati berdoa semoga tekaan itu tak betu.

Rian ketawa mendengar pertanyaan itu. Tidak pernah terfikir lagi dek akal fikirannya untuk jaduh cinta dengan perempuan bimbo itu. Kehidupannya dah cukup kucar kacir disebabkan Erika. Satu universiti tu dia canang kata Rian Mikail teman lelakinya.

"Ketawa? Maknanya?" wajah ibunya berkerut.

“Maknanya umi tengah buat lawak. Erika tu tak sesuai dengan Rianlah umi. Tengok perangai dia yang gedik tu pun dah buat Rian rasa cuak” tersenyum. 

“Dengan dia ni pula?” PuanLatifah tarik senyum.

“Itupun satu hal. She’s is crazy girl. So friend. Semua orang dekat universiti tu kawan dia. Tapi tak sangka pula dia tak ada boyfriend” sekali lagi jawapan itu hanya diakhiri dengan senyuman.  

“Bagulsha kalau macam tu. Maknanya Rian dengan…”

 "Oh ya umi, Shaz dengan Khalish pergi mana?" soalnya. Melihat sekeliling.

"Uh? Shaz dengan Khalis?" PuanLatifah juga turut melihat sekeliling. "Dia orang pergi gym" mata hanya memandang ke wajah Rian. Dia tahu rian cuba mengelat dari bercerita tentang kejadian itu.

"Oh" Rian mengangguk-anggukkan kepala

"Dah jangan nak tukar topik. Maknanya Rian takkan jumpa dia malam ni?" tanya PuanLatifah. Dia mahu kepastian dari anak lelakinya itu

"Umi..." Rian menggenggam erat tangan ibunya.

Mata mereka saling berpandangan. Wajah Rian jelas menunjukkan yang dia terbeban dengan permintaan ibunya itu.

"Umi, Rian... Rian akan buat untuk umi. Tapi tolong jangan berharap. Umi tahukan keadaan Rian macam mana sekarang?" tangan PuanLatifah dia genggam erat.

"Ya, umi tak berharap. Tapi umi kenal anak bujang umi ni dan umi tahu apa ada dalam hati Rian. Walaupun Rian tak cerita dengan umi. Umi tahu" balas PuanLatifah. Dia menyentuh lembut wajah Rian yang tidak lekang dengan senyuman.

"Terima kasih umi" ucap Rian.

"Tapi..." PuanLatifah menuding jari pada Rian.

"Tapi apa?" muka Rian berkerut.

"Rian jangan lari lagi. Kalau kali ni Rian lari macam hari tu. Umi takkan maafkan Rian. Kesian tahu tak dia tunggu Rian"

Rian tersengih saat mendengar pesan dari ibunya. Hari itu dia betul-betul belum bersedia untuk berhadapan dengan Hara. Apatah lagi lepas kejadian Hara merempuhnya dari belakang. Mahu kecoh satu mall tu kalau Hara tahu Rian adalah lelaki yang akan dia temui. Sekarang ni pun dia tak tahu kalau Hara dah tahu atau belum. Entah dia datang ke tak nanti.

"Hari tu Rian betul-betul tak ready lagi. Im sorry umi" itu sajalah yang mampu dia katakan pada PuanLatifah.

"Kali ni janji jangan buat lagi. Kalau tak umi merajuk"

Rian hanya mengangguk. Meskipun dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengans pertemuan malam ini. Tetapi, dia tetap bersyukur kerana PuanLatifah tidak meletakkan apa-apa harapan terhadapnya. Tetapi entah kenapa dia tetap rasa terbeban saat mata bertemu dengan mata ibunya seolah-olah renungan itu berharap Rian akan bertemu dengan jodohnya

"Tifah buatkan abang air. Panas betul dekat luar tu" suara Encik Azman menghentikan lamunan dua beranak itu. Mereka sama-sama menoleh. Kelihatan Encik Azman iaitu suami kepada PuanLatifah berjalan ke ruang tamu lalu duduk bersama mereka.

"Abang nak air apa?" soal PuanLatifah lembut.

"Apa-apa aje yang penting sejuk" balasnya bersandar pada sofa.

Kemudian mengambil surat khabar yang ada di atas meja lalu memandang Rian."Ayah tahu Rian lakukan semua ni untuk umi. Jadi Rian tak perlu paksa diri untuk sukakan perempuan tu sebab kalau rancangan kali ni gagal umi Rian dah fikir plan lain" ujar Encik Azman tersenyum sinis memandang PuanLatifah.

"Isk! Abang ni, jangan cakap macam tu. Takut budak ni nanti" PuanLatifah menepuk lengan suaminya.

"Nak takut apanya? Rian dah besar panjang. Tahulah dia buat keputusan sendiri" balas Encik Azman tersenyum.

Kata-kata itu membuatkan Rian tercengang. Matanya tidak berkelip dari memandang PuanLatifah. Baru saja dia banggakan ibunya kini hatinya terasa seperti mahu memberontak pula. Apalah yang mahu di kejar sangat tentang jodoh? Dia percaya jodoh itu akan datang bila tiba masanya nanti.

"Umi-umi, umi ni memang penuh muslihatlah" Rian menggeleng-gelengkan kepala lalu mengangkat punggung dari sofa empuk itu.

"Rian nak pergi mana?" dia mencapai tangan Rian.

Rian tersenyum lalu melepaskan pengangan tangan ibunya.

"Rian nak naik mandi bunga. Berbual dengan umi ni buat Rian macam nak ubah fikiran pulak"

Anak matanya kemudian memandang Encik Azman. Encik Azman hanya tersengih.

"Ayah, apa-apa lapor dengan Rian. Takut pula umi tiba-tiba meminang anak dara orang untuk Rian" kata Rian dalam sambil ketawa.

"Don't worry ayah takkan biarkan biarkan perkara tu berlaku" balas Encik Azman. Ketawa kecil

Geram pula hati PuanLatifah melihat kerjasama antara anak dan bapa untuk menghancurkan rancanganya. Tapi, biarpun misinya kerap kali gagal kerana sikap dingin Rian terhadap perempuan-perempuan yang pernah dia kenalkan. PuanLatifah percaya suatu hari nanti akan ada perempuan yang mampu menjadikan Rian kepada dirinya sebenar iaitu seorang yang mesra, ramah, suka tersenyum dan manja.

"Rian takkan dapat jodoh selagi perangai Rian tak berubah" sambung PuanLatifah geram. Leher jinjang. menoleh ke arah Rian yang berdiri dekat tangga. Tetapi Rian langsung tidak mengendahkan kata-kata ibunya. Sebaliknya dia memabalas kata-kata itu dengan sekilas senyuman. Kemudian meneruskan langkah memanjat anak tangga untuk naik ke tingkat atas.

 

 

*****

 

 

RIAN berdiri di hadapan cermin membetulkan kolar kemeja yang sedikit kusut. masanya sudah tiba, dia akan memberanikan diri untuk bertemu dengan Sahara Irdeena. Pesan ibu supaya dia tidak melarikan diri lagi disematkan dalam hati.

Sejujurnya dia tidak mahu bertemu dengan gadis itu dalam keadaan janggal seperti ini. Al-maklumlah hubungan mereka bukanlah baik sangat. Tambahan pula dia tidak muncul ketika mereka sepatutnya berjumpa untuk menonton wayang dua minggu lepas.

"What?! lelaki tu kau?! Dahlah kaki aku terseliuh sebab kau, kau biar aku tunggu kau depan panggung macam tunggul. sekarang berani kau tunjuk muka. huh?!" jerkah Hara. 

"Sahara Irdeena?" seperti hendak tercabut bijih mata saat melihat Hara   sahaja muncul dibelakangnya. Dengan pantas dia berpaling. Tetapi Hara tiba-tiba hilang dari pandangannya. Dia pergi mana? Rian melihat sekeliling. Namun tak ada sesiapa yang berada di dalam bilik itu melainkan dirinya seorang.

"Bayangan aku rupanya" dia menggelengkan kepala sambil ketawa kecil. Sungguh kuat aura gadis itu sehingga muncul dalam bayangannya. Pada masa yang sama dapat dia rasakan pertemuan malam ini pasti menarik dan dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan sebaran kemungkinanan Hara akan membalas dendam dengan tak datang malam ni.

"Tapi bagus juga kalau dia tak datang. Lega sikit"

Knock! Knock! Knock!

Rian tersedar dari lamunannya bila mendengar bunyi pintu biliknya diketuk. Dia menoleh ke arah pintu yang sedikit terbuka. Kelihatan di celah-celah pintu Shazreen sedang mengintainya sambil tersenyum. Rian menggeleng-gelengkan kepala. Takkanlah abang sendiri pun nak intai kut? Masuk ajelah.

"Kau apa hal terhendap-hendap?" soal Rian hairan.

Shazreen menolak pintu lalu masuk ke dalam bilik. Dia memandang Rian dari hujung kaki hingga ke hujung kepala. Amboi, kata tak nak keluar dengan Hara. Tapi pakaian bukan main kemas lagi. Kenapa tak pakai baju Melayu aje terus. Tersengih memandang Rian.

"Apa hal?" Rian mengerutkan wajah.

"Kau betul nak jumpa dia ke bro?" muka macam tak percaya saja.

"Kau rasa aku ada pilihan ke?" Rian angkat kening.

Shazreen diam seketika untuk berfikir.

Rian hanya memandang adik lelakinya itu dari cermin. Bukan main khusyuk lagi dia berfkir.

"Ada" Shazreen kembali bersuara.

"Apa dia?" soal Rian berminat.

"Aku boleh ganti tempat kau. Yalah selama ni aku tak pernah buat apa-apa untuk kau. Jadi apa kata kali ni biar aku yang..."

Namun, belum sempat Shazreen menghabiskan hujahnya tiba-tiba Rian mencelah dengan memberitahu Shazreen yang dia tidak perlu melakukan apa-apa untuknya. Lagipun ini bukanlah kali pertama PuanLatifah mengaturkan pertemuan untuknya. Tapi pertemuan kali ini agak berat kerana gadis itu adalah seseorang yang dia kenal dan agak rumit untuknya mentafsirkan perasaannya terhadap gadis itu.

"Okey. Aku hormat keputusan kau. Tapi... boleh tak kalau aku ikut?" tersenyum-senyum. Gaya seperti cuba memujuk Rian untuk membenarkan dia ikut.

"Ikut?" sekali lagi wajah Rian berkerut.

"Ha'ah ikut kau jumpa dia. Aku pun nak juga tengok bakal kakak ipar aku tu lawa ke tak, sopan ke ganas"

"Tak payah. Kau tak payah ikut sebab dia tu tak ada ciri-ciri perempuan idaman kau" jawab Rian.

"Belum cuba belum tahu. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta" tersenyum.

"Tak payah. Kau duduk aje dekat rumah. Hal aku biar aku selesaikan. Lima tahun lagi kalau kau tak ada girlfriend umi confirm akan buat benda yang sama"

"Sebelum benda tu jadi realiti. Biarlah aku berkenalan dengan dia. Cita rasa aku terhadap perempuan sentiasa berubah-ubah. Siapa tahu dia bukan takdir kau. Tapi dia takdir aku"

Kata-kata Shazreen mengundang tawa di bibir Rian. Sejak bila pula anak kedua dalam keluarga itu berminat dengan cinta. Sebelum ini mereka punya pendapat yang sama tentang perempuan dan jodoh.Tapi, kenapa dia tiba-tiba saja berubah fikiran.

"Kau janganlah gelak. Aku pun nak tolong penuhkan impian umi nak dapat cucu. Kalau nak tunggu kau tak tahulah bila nak kahwin. Banyak perempuan sukakan kau. Tapi kau buat tak layan" sambung Shazreen. Dia mengambil minyak rambut Rian lalu disapukan ke kepala.

"Memanglah banyak perempuan sukakan aku. Tapi, dorang tu semua bukan jenis perempuan yang aku suka. Terutamanya Erika. Aku rimas betul dengan minah tu" jelas Rian. Membayankan wajah Erika saja sudah buat dia kecut perut.

"Erika? Aku pun tak suka dia" balasnya . muka berkerut.

 

NOTA PENULIS:

Salam semua, terima kasih kerana sudi membaca menuskrip saya. setakat ni apa pendapat korang? saya sangat-sangat perlukan feedback pembaca untuk meneruskan cerita ni. terima kasih. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham