BL-22

AIN mengelap rambutnya yang basah dengan tuala.  Ikatan bathrobe diketatkan.  Dia menatap wajahnya sendiri dicermin dengan rambut yang masih kusut.  Berus rambut diatas meja solek digenggam.  Dia menyisir rambut panjangnya yang lurus dan hitam dengan gerakan perlahan.  Persis seorang ibu yang sedang menyisir rambut anaknya.  Bezanya kini dia sedang menyisir rambutnya sendiri.

'Semuanya akan berakhir' bisik hatinya. 

Dihujungnya ada sendu.  Jika dapat dilihat dengan mata kasar rupa bentuk hatinya ketika itu, pastinya ianya telah terobek teruk.  Ain menyentuh dadanya.  Tempat dimana jantungnya sedang berdegup.  Matanya dipejamkan. 

'Ain, kau kena berpijak dibumi nyata.  Kau dan dia tidak sehaluan.  Mana mungkin pipit dan enggang terbang seiringan.'

Kelopak mata dibuka.  Pantulan imejnya dicermin masih sama.  Dia perlu cepat bersiap.  Tidak lama lagi pemandu Aniq Haqimi akan menjemputnya ke satu lokasi istimewa.  Hembusan udara panas dari hair dryer pantas mengeringkan rambutnya.  Malam itu solekannya begitu luar biasa.  Tangannya yang sebelum ini hanya tahu memegang senjata kini sedang memegang berus dan alatan solekan yang lainnya.

Sentuhan terakhir pada wajahnya membuatkannya tampak berbeza.  Tidak keterlaluan tetapi cukup memukau mata sesiapa saja yang melihatnya.  Rambutnya didandan rapi.

Bathrobe dilucutkan lalu ianya melorot kehujung kaki.  Dia melangkah dari gumpalan bathrobe tersebut lantas menyarung evening dress berwarna merah hati dihiasi lace berwarna hitam hadiah terakhir daripada Aniq Haqimi.

Evening dress tersebut dielus.  Kelicinan kain satin berkenaan menambahkan imej seksi pada tubuhnya. 

Dinggg...

Ain membaca pesanan teks yang baru saja dihantar.  Pemandu tersebut akan menjemputnya dalam setengah jam saja lagi.

"Ingat Ain, awak cuba dekati suspek dengan berhemah.  Pastikan dia menjawab dengan jelas.  Segala keterangan yang diberikan akan dijadikan bukti untuk menahan suspek."

Pesanan Tuan Fakhrul masih terngiang-ngiang ditelinga.

"Orang-orang kita akan mengekori awak dari jauh.  Jangan risau, mereka pastinya takkan tahu rancangan kita.  Pasukan kita akan siap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan"  Jelasnya lagi.  Ain mengangguk tanda faham.

"Ambil ni."  Sebuah kotak berbaldu biru firus diunjukkan.

"Apa ni Tuan?" Ain menyoal dengan mimik muka kehairanan.

"Bukalah."

Kotak baldu berbentuk bulat dibuka.  Terdapat seutas rantai mutiara dan sepasang anting-anting didalamnya. 

'Cantik'

"Pakai rantai dan anting-anting tu.  Pastikan ianya selalu ada dengan awak.  Rantai tu telah dipasang dengan peranti rakaman berserta kamera dan alat pengesan. Manakala awak akan mendengar arahan daripada saya yang akan diberikan dari semasa ke semasa melalui anting-anting tersebut.   Pasukan kita yang satu lagi akan memantau segala perbualan kamu berdua dan ianya akan diketuai oleh saya sendiri."

Liur yang ditelan terasa berpasir.  Itu bermakna segala perlakuannya akan diintip dan didengari.

"Satu perkara lagi.  Masih ingat lelaki misteri yang menghantar mesej berbaur ugutan tu?"

Terkebil-kebil Ain sambil mengiyakan.

Malam esok, dia mungkin akan muncul dan mendekati suspek tanpa kita sedari.  Motif utamanya mungkin kerana dendam."

"Tapi, saya dah tak terima mesej tu lagi Tuan" jawab Ain.

"Saya tahu.  Tapi kita akan tetap berjaga-jaga.  Orang-orang kita akan sentiasa ada berhampiran awak.  Berikan isyarat saja maka kita akan bertindak."

"Baik Tuan.  Saya faham.  Saya akan lalukan sebaik mungkin."

Ain berdiri dan ingin berlalu setelah perbincangam tamat.

"Tunggu Ain."  Satu keluhan dilepaskan oleh Tuan Fakhrul.

"Saya pernah muda suatu ketika dulu.  Saya mengerti apa yang ada dalam hati awak sekarang ini.  Tetapi saya merayu.  Jangan cemarkan nama baik pasukan kita.  Yang bersalah perlu dihukum" pesanan terakhir lelaki berusia itu disemat kemas dalam sanubarinya.

Lamunannya terhenti tatkala hon kenderaan dibunyikan.  Serentak dengan itu pesanan teks menyuruhnya turun segera dituruti.  Rantai mutiara dikalungkan ke leher jinjang miliknya dan anting-anting disematkan dikedua-dua belah cuping telinga.

"Uji suara.  Puan Ain, jelas tak suara saya?" Irfan mencuba peranti tersebut sebelum Ain beredar.

"Ya Irfan..  Saya dengar suara awak dengan jelas.  Bersedia.  Saya dah nak beredar."

Langkah dihayunkan dengan cermat.  Seorang pemandu bertubuh sasa lengkap beruniform dan bertopi membukakan pintu dibahagian belakang.  Ain melangkah masuk ke dalam perut kereta.  Sempat dia menghadiahkan senyuman manis kepada pemandu tersebut.

"Maafkan saya Cik Ain.  Saya telah diarahkan oleh Tuan Aniq untuk menutup mata cik sehinggalah kita tiba ke destinasi."

Ain agak terkejut pada mulanya.  Mujurlah di cepat tersedar bahawa segala perbualannya telah dirakam.  Barulah dia memberi kerjasama.  Mata Ain telahpun ditutup dengan kain penutup mata.   Kereta mewah berjenama 'Bently' meluncur laju membelah senja yang bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri.

**********

Irfan, Hairi dan Tuan Fakhrul kini berada didalam sebuah van yang diubahsuai bagi tujuan operasi.  Ketiga-tiga mereka sedang duduk sambil memakai alat pendengaran.  Mikrofon dan alat pendengaran diperiksa agar ianya berfungsi dengan baik.  Setelah berpuas hati ianya dipasangkan maka terpampanglah suasana didalam kereta mewah tersebut dimonitor yang disediakan.

"Puan Ain sedang berada dilebuhraya sekarang.  Harap Puan bertenang."

Hampir dua jam perjalanan mereka tiba dilokasi yang dimaksudkan. 

"Kita dah sampai Cik Ain.  Silakan.  Izinkan saya untuk membuka penutup mata tu," ujar pemandu tersebut. 

Pemandu tersebut menghulurkan tangannya bagi membantu Ain keluar dari kereta.  Ain mengerdipkan kelopak matanya beberapa kali dan mengitari keadaan sekeliling.  Deruan ombak dan bayu laut yang menyapa kulit meyakinkan dirinya bahawa dia kini berada berhampiran pantai.  Pintu kereta ditutup semula. 

"Silakan Cik Ain.  Tuan Aniq ada disana" jari telunjuk ditudingkan ke satu arah.

"Terima kasih Simon" kata Ain sambil melirik tag nama yang dilekat diuniformnya.

"Sama-sama Cik.  Enjoy your night," ucapnya sambil tersenyum dan sebelah tangannya disilangkan kedada.

Ain menghela nafas panjang.  Tubuhnya menggigil apabila dihembus angin malam.  Dia berjalan melalui lorong kecil yang diterangi dengan cahaya pelita yang diletakkan disepanjang laluan.   Cahaya tersebut membantu menerangi arah laluan ke tempat yang dimaksudkan. 

Semakin hampir ke lokasi berkenaan, laluannya penuh dengan taburan kelopak bunga mawar berwarna merah dan putih.  Mujurlah laluan tersebut tidak berpasir.  Jika tidak pasti menyukarkan perjalanan dengan kasut tumit tinggi yang dipakainya.

Suasana semakin terang dengan cahaya lampu.   Tiba-tiba langkah kakinya terhenti. Ain terpukau.  Dihadapannya terbentang satu tempat istimewa yang dihiasi dengan begitu cantik.  Seperti sebuah gazebo besar yang dibina khas bagi menempatkan satu meja bulat dan lilin diatas meja menciptakan suasana yang begitu romantik.  Dia terlihat satu susuk tubuh lelaki yang memakai tuxedo berwarna putih sedang berdiri membelakanginya sambil menikmati pemandangan laut. 

Lelaki tersebut berpaling.  Senyuman manis dilemparkan kearahnnya.  Sejambak bunga ros berwarna merah berada ditangan.  Perlahan-lahan dia mengatur langkah penuh gaya kearah gadis tersebut.  Ain masih berdiri bagaikan patung.  Nafasnya sesak.

"Tenang Ain.  Jangan gelabah" Tuan Fakhrul menasihati melalui alat pendengarannya.

Aniq menghulurkan jambangan bunga mawar berkenaan. 

"You cantik sangat malam ni" puji Aniq.

"Terima kasih."

Setelah itu lengannya dipaut oleh Ain dan dia dibawa ke meja tersebut.  Kerusi ditarik keluar.  Ain melabuhkan punggungnya disitu.  Jambangan bunga diletakkan di atas meja.  Seterusnya Aniq mengambil tempat dihadapannya.

"Pasukan A dan B.  Sila ambil tempat masing-masing," arah Tuan Fakhrul lagi.

Ain langsung tidak dapat mengecam ahli pasukannya yang lain.  Mereka boleh jadi sesiapa sahaja semasa penyamaran.

Deruan ombak yang menghempas pantai sayup-sayup kedengaran.  Didalam hati, Aniq mengagumi keindahan milik gadis bernama Ain tersebut.

"Well, terlebih dahulu tahniah Cik Ain kerana berjaya menggondol gelaran Top Queen Dazzling Club Chicklist"

Ain tersenyum sebagai ucapan terima kasih.  Lidahnya kelu.  Tuan Fakhrul menepuk dahi.  Jika begini keadaannya, rancangan mereka pasti gagal.

"Ain, please say something" suara Tuan Fakhrul meninggi.

"Cantik tempat ni.  Terima kasih sebab buat semua ni untuk I."

"That's it!  Teruskan Ain."

"You deserved it girl.  Glad that you liked it very much."

Seorang pelayan menyorong sebuah troli ke arah mereka.  Terlebih dahulu, pelayan tersebut menuangkan 'grape sparkling' kedalam gelas berkaki tirus.  Kemudian, penutup hidangan berbentuk bulat yang diperbuat daripada keluli dibuka.  Terserlahlah juadah makan malam istimewa yang disediakan khas untuk mereka berdua oleh seorang chef terkenal ditempat itu.

"Sir, Madam" ujarnya sambil menghidangkan santapan tersebut di atas meja.

Pelayan tersebut beredar setelah tugasnya selesai.

Aniq mengangkat gelas berkaki tirus tersebut diikuti oleh Ain. 

"This is for the prettiest girl tonight.  Its for you Ain" redup sekali cara Aniq merenungnya.

TINGGG..

Gelas tersebut dilagakan dan masing-masing meneguk minuman mereka.

Mereka menikmati makan malam dengan begitu berselera sekali sambil berbual.  Perbualan mereka diselangi gelak ketawa yang melucukan.  Aniq juga mempunyai sense of humor rupanya.

Irfan, Hairi dan Tuan Fakhrul begitu asyik menyaksikan adegan mereka berdua melalui monitor yang disediakan.  Mereka bertiga seolah-olah dapat merasai keserasian yang wujud diantara mereka berdua.

"So, Aniq.  You ada hobi lain selain kelab dan perempuan?" Jerat mula dipasang.

"Hahahaha.  Ok.  Jauh sikit menyimpang soalan you tu.  Sebenarnya I suka memancing.  Kalau ada masa lapang I akan bawak bot ke tengah laut.  I sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya asalkan hobi I yang satu tu tercapai."

"Wow.  Tak sangka pulak kan.  Hmmm..menarik.  Boleh saya ikut?"

"Why not.  Nanti saya akan aturkan masa sesuai untuk kita berdua."

"Nanti?"

"Ye.  Saya cakap nanti."

"Tapi, setahu I.  Mana-mana gadis yang you bawak seperti malam ni gagal dikesan sehingga kini.  Macam mana dengan I boleh you janji 'nanti' pulak"

Aniq kelihatan gelisah tetapi berjaya dikawal.  Bahasa tubuhnya mempamerkan ketidakselesaannya dengan lontaran soalan tersebut.

"I dah cakap.   Kehilangan mereka takde kena mengena dengan I.  Those wild girs, Una and Bibiana.  We've done our business.  Kami ikut haluan masing-masing.  I pun tak tahu mereka hilang sehinggalah kecoh dimedia" Minuman diteguk lagi.  Kali ini sehingga habis.

"Tanya lagi Ain.  Buat dia mengaku" arah Tuan Fakhrul.

"Masalahnya kali terakhir mereka dilihat bersama you.  Bermakna you merupakan suspek utama.  Am I right?"

"Yes.  Polis pun dah ambik statement I.  I dah bagi kerjasama yang secukupnya.  Tetapi takde sebarang bukti yang dapat mengaitkan penglibatan I.  Mungkin mereka diculik.  Mungkin lari ikut boyfriend.  Who knows?" keningnya terangkat.

"Mungkin.   Tetapi hasil siasatan ada menyatakan mereka mungkin terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia yang dijadikan sebagai pelacur di luar negara.   Cuma dalangnya masih belum pasti."

"Ain.  Awak hampir bocorkan rahsia kita."  Tuan Fakhrul mengeluh.

Ain hampir tersedak setelah menyedari keterlanjuran bicaranya.  Irfan dan Hairi cuba menenangkan Tuan Fakhrul yang mundar-mandir sejak tadi.

Bibirnya dilapkan dengan napkin.  Ayat terakhir daripada Ain membuatkan Aniq berfikir sejenak.

Aniq mendengus.  "Kenapa you beritahu I semua ni?  Kalau I cakap I takde kaitan maknanya I takde kaitan.  You ni siapa sebenarnya Ain?  Pengintip?  Polis?  Tell me the truth" Aniq seakan mendesak.

"I'm sorry.  Saya tak bermaksud untuk menyinggung perasaan you.  I cuma curious.  Tu saja.  Lagipun mereka berdua rakan-rakan I.  I tak boleh nak lupakan semua ni macam tu saja.   Apatah lagi I sedang melalui detik begini sama seperti mereka dulu."

"Bagus Puan Ain" Irfan menyampuk disambut renungan tajam oleh Tuan Fakhrul. 

"Errr..Maafkan saya tuan" Segera dia meneruskan kembali tugasannya.

Kemarahan Aniq mengendur.  Nada ketakutan Ain membuatkannya simpati. 

"You jangan risau.  I akan pastikan you balik dengan selamat."

"Thank you."

"Masalah ni.  Suspek langsung tak mengaku Tuan," kata Hairi.

Tuan Fakhrul mengelap peluh yang merenik didahi.  Kata-kata Hairi diakui kebenarannya.  Jika begini, sia-sialah rancangan mereka selama ini. 

"Takpe.  Kita tunggu.  Masih ada sedikit masa lagi."

Tiba-tiba entah dari mana datangnya, sekumpulan pemuzik yang terdiri daripada dua orang jejaka muda menghampiri meja mereka.  Pemuzik tersebut memberikan tunduk hormat sebelum alat muzik violin dimainkan.

"Shall we?" Aniq mempelawanya menari tarian perlahan.

"Sure."

Mereka berdua berdiri.  Aniq merangkul kemas tubuh gadis manis itu.  Ain turut membalas rangkulan tersebut.  Entah mengapa dia merasakan satu perasaan istimewa yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

'When a man loves a woman
Can't keep his mind on nothin' else
He'd trade the world
For a good thing he's found
If she is bad, he can't see it
She can do no wrong
Turn his back on his best friend
If he puts her down

When a man loves a woman
Spend his very last dime
Trying to hold on to what he needs
He'd give up all his comforts
And sleep out in the rain
If she said that's the way
It ought to be

"Saya suka awak Ain."

Dalam alunan muzik tersebut Ain dapat menangkap butir bicara Aniq sebentar tadi.  Hampir menitis air matanya bila mendengar pengakuan tersebut.

"Tuan?" panggil Irfan.  Mereka bertiga turut terlopong.  Pengakuan berani mati oleh suspek utama kepada Pegawai Polis yang sedang menyamar.  Rare.

Tuan Fakhrul memberi isyarat supaya mendiamkan diri.  Muzik terus dimainkan dan penyanyi lelaki tersebut masih lagi melantunkan lagu 'When a Man Loves A Woman' dendangan Michael Bolton dengan mendayu-dayu

When a man loves a woman
I give you everything I got 
Trying to hold on
To your precious love
Baby please don't treat me bad

When a man loves a woman
Deep down in his soul
She can bring him such misery
If she is playing him for a fool
He's the last one to know
Loving eyes can never see

"Dunia saya dan dunia awak berbeza..tetapi saya yakin jika awak ke dunia saya,  awak akan temui apa yang awak cari" luahan Aniq membuatkan Ain terkesima.

Yes when a man loves a woman
I know exactly how he feels
'Cause baby, baby, baby
I am a man'

Aniq turut menyanyikan baris terakhir lirik lagu tersebut sambil menatap mata Ain sedalamnya.  Anak matanya bergerak-gerak.  Ain dapat merasai tatapan tersebut adalah luahan terdalam isi hati milik Aniq Haqimi.  Gesekan violin telah lama terhenti.  Nyanyian pun telah lama tamat.  Mereka masih berdiri diposisi yang sama dengan rangkulan yang masih belum dilepaskan.

BANGGG...!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh