Home Novel Cinta Jangan Lupa Aku
Jangan Lupa Aku
Scarlet
28/6/2019 14:43:19
1,838
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10


Mia sudah mula bertindak balas. Dokter nasihatkan jangan tekankan sangat pada Mia. Jangan bagi dia stress. Dia masih lagi tidak stabil sepenuhnya. Dari unit kecemasan kini di pindahkan ke wad biasa.


Mokde mengambil sudut di kiri Mia. Mengusap tangan Mia dan senyum. Mokde mengalirkan air mata. Syukur Mia selamat.


Aku memandang sekeliling bilik. Hanya mokde dan Amirul saja. Tiada kelibat Faisal.


"Faisal pergi beli air sekejap." Mokde tahu apa yang Mia sedang cari. Mia senyum.


Jam sudah menunjukkan tengah hari. Pintu bilik diketuk.


"Assalamualaikum." Faisal memeberi salam. Memanggil seseorang di luar bilik untuk persilakan masuk. Ian. Mokde beralih tempat untuk memberi ruang kepada mereka berdua.


"Hey beb." Faisal menegur dengan perlahan. Matanya berkaca menahan dari menangis. Faisal menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Mia.


Aku tersenyum melihat perkataan yang tertera di situ..


'Happy birthday my girl'


Aku tersenyum lalu mengalirkan air mata. "Thank you." Ucap aku dengan perlahan. Faisal membukakan untuk Mia. Sebuah gelang di keluarkan dari kotak.


"Cantik." Kata aku.


"Kawan aku cantik. Lagi cantik kalau pakai ni." Faisal ingin memakaikan di tangan Mia. Tapi Mia menggeleng.


"Aku akan pakai bila aku keluar dari hospital." Mia hanya mengenggam gelang tersebut. Faisal menangis. Risau tentang keadaan Mia.


"Jangan nangis." Kata aku dengan perlahan. Aku mengelap air mata Faisal.


Ian hanya senyum melihat keakraban mereka berdua. Beruntung Mia ada kawan yang mengambil berat tentangnya. Ian turut beremosi melihat Mia yang terlantar di rumah sakit. Simpati dengan apa yang Mia dah lalui.


Aku memandang Ian. Melihat dia sedang mengelap air matanya.


"Hey." Aku menegur.


"Hey. Macam mana sekarang?"


"Ok." Jawab aku dengan perlahan. Ian hanya merenung Mia. Melihat dia yang semakin pucat. Semakin pilu hati Ian di buatnya. Ian memegang tangan Mia.


"Cantik awak hari ni." Puji Ian ingin menghiburkan hati Mia.


"Awak tipu.."


"Tak.. sememangnya awak cantik di mata saya." Lagi sekali Ian mengalirkan air mata.


Aku senyum. Memegang tangan dua orang sahabat yang aku sayang. Memegang dengan erat.


"Faisal.. Ian.." Panggil aku.


Mereka hanya diam mendengar apa yang Mia ingin katakan.


"Kau dah janji takkan lupa aku kan? Walaupun kau dah jumpa kawan lain." Aku memandang Faisal. Faisal hanya mengangguk kesedihan.


"Awak pun jangan lupakan saya ye." Aku memandang Ian. Ian menunduk menahan kesedihan.


Mokde menghampiri Mia. Mengucapkan dua kalimah shahadah. Habis diucapkan oleh Mia. Perlahan-lahan Mia menghembuskan nafas. Innalillahwainnahirojiun..





Perginya seorang sahabat. Meninggalkan kesan yang sangat dalam. 


Faisal merenung gelang Mia. Gelang yang tak sempat dipakai oleh Arwah. Teringat detik-detik manis bersamanya. Ian memegang bahu Faisal. Menenangkan hatinya yang sedang berduka. Faisal hanya tersenyum. Kini dia dan Ian berkawan baik.


"Dah jom." Kata Ian.


Gelang digenggamnya. Mata dipejam. Al-Fatihah dia sampaikan.


'Kau berehatlah sahabat. Tenanglah dikau disana. Aku tak akan lupakan kau.'


Tamat.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.