Home Novel Cinta Seindah Jacaranda ( Jacaranda 2.0)
Seindah Jacaranda ( Jacaranda 2.0)
Aaliya Adni
5/12/2018 00:03:56
231,884
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 12

Musim luruh, hujung May 1995 : Sydney

Hari yang amat panjang bagi Ashraf. Sebentar tadi ada sesi kritik projek atau dipanggil project crit. Dia telah menyiapkan pelan, model dan dokumen untuk dipersembahkan kepada pensyarahnya dan rakan-rakan satu studio. Memang Professor Taylor yang berusia dalam lingkungan 60an itu mempunyai wajah bengis dan dia memang agak menggerunkan. Taylor memang terkenal dengan kepakaran dalam bidangnya. Komen-komen kerasnya kerap menimbulkan keresahan pihak pelajar yang menerima. Dia meletakkan benchmark yang tinggi untuk menganugerahkan gred A bagi sesuatu persembahan. Namun Ashraf mampu menempuh semua itu dengan tepukan dari rakan sekursus. Profesor Taylor yang kelihatan garang itu pun berpuas hati dengan hasil kerja Ashraf yang terbaharu itu.


Memang seronok mendapat pengiktirafan dalam setiap tugasan. Ashraf sering mempastikan kerjanya lebih baik dari  yang sebelumnya. Dia selalu mencabar dirinya sendiri setiap kali menyampaikan tugasan untuk kursus. Selesai  menggulung pelan ke dalam kelosong berbentuk silinder itu, dia berbual sebentar dengan rakan-rakan sekumpulannya dan minta diri untuk beredar. Seperti kelazimannya dia segera ke perpustakaan pula.

Dia melangkah cepat-cepat ke sayap kiri perpustakaan itu. Selesai dia menyimpan barang dalam locker, dia ke port yang menjadi tempat kerjanya ketika di perpustakaan itu.

Tiba-tiba,sedang dia mula memberikan fokus kepada buku di hadapannya, terdengar suara yang amat cukup dikenalinya.

“Ash!!”kedengaran bisikan di kiri telinganya. Dia menoleh. Tak ada orang lain yang memanggilnya dengan gelaran itu.

Dia mengangkat kening. Agak terkejut dengan kemunculan tiba-tiba gadis itu.

Humaira..

Why do you look at me that way?  Nampak hantu ke?” Humaira bertanya.

Ashraf gugup seketika. Banyak persoalan dalam benaknya.

Can we talk?”soalan demi soalan terlontar tanpa jawapan. Wajah Humaira menampakkan yang dia sudah panas hati. “Why are you not responding to my calls? I nak skype you tak dapat. Email I you tak balas. Dah lah internet line kat tempat I macam!@$#%%” katanya.

Otaknya sedang memikirkan jalan untuk menghilangkan dirinya ketika itu juga. Sekarang dia terpaksa melayan leteran gadis itu.

 “Sorry Maira, I am busy right now. I ada assignment tak siap dan I need to rush it for tomorrow,” kata Ashraf berharap Humaira akan beredar pergi setelah tidak mendapat layanan yang dikehendakinya.Tetapi, Humaira terus menarik kerusi sambil duduk di kerusi bersebelahan Ashraf tanpa dijemput. Pehanya yang putih melepak terserlah bila skirtnya terangkat sedikit apabila dia menyilang kakinya.

Humaira bukanlah tidak menarik. Malahan dia memang dikira paling menarik ramai pelajar lelaki bukan hanya di kelompok Malaysia ketika dia mula sampai ke Australia. Dia sangat terkenaldi kalangan pelajar yang tinggal di kolej antarabangsa. Kehidupannya dipenuhi dengan berparti terutama di hujung minggu. Sejak dia pindah ke Sydney, Ashraf pula menarik perhatiannya. Sebelum itu dia hanya bersosial dengan lelaki kulit putih atau pun pelajar persendirian pelbagai bangsa. Memang dia gadis paling hot dari segi fizikal yang mencuri perhatian lelaki. Dia memang hebat bergaya. Tinggi lampai, dia hampir sama tinggi bila berdiri dengan Ashraf.  Ashraf amat berbangga apabila berjaya berkepit dengan gadis itu di majlis keramaian. Perhubungan mereka semakin renggang bila Humaira terpaksa berpindah ke university di Gatton,Queensland berdekatan dengan saudara sebelah bapanya yang menetap di sana.

Suatu masa dahulu, bila berjalan bersama, dia umpama menang tropi. Tapi setelah beberapa lama, keseronokan itu semakin pudar dan jurang antara mereka semakin mendalam. Melihat Ashraf senyap dan tidak memperdulikan kehadirannya, Humaira jadi tidak sabar.Tiba-tiba, Ashraf terasa kakinya digesel-gesel sesuatu. Dia mengintai ke bawah meja.

“Ala.. Ash...you ni.. tak romantiknya..” kata Humaira manja sambil ketawa. “Macam tak biasa pula..”

Ashraf mengelakkan kakinya.

“Eh…Tiba-tiba macam jadi pak lebai pula…but I kind of turned on with that stubbles..”dia cuba bergurau menegur jambang sehari Ashraf yang nampak jelas menambahkan kejantanannya. Memang dia belum lagi bercukur kerana kesibukan dan Humaira menggesel-geselkan tangannya pada jambang yang baru tumbuh itu.

Pergelangan Humaira dipegang dan diletakkan di atas meja.

Please, Maira..” dia cuba bertegas.

Ashraf bingkas bangun dari tempat duduknya.

“Eh nak ke mana Ash?” tanya Humaira sedikit terguris.

Ashraf menjawab ringkas, “I need to get some air.”Suaranya sedikit keras kerana menahan perasaan. Dia cuba bersabar. Jika mengikut kebiasaan, tak tahu lah apa jadi dengan perempuan ini, fikirnya.

Humaira mengangkat kening sambil pura-pura meneruskan bacaannya. Sudah beberapa minit dia di situ,Ashraf bersikap dingin sahaja. Dia agak terusik kerana geselan kakinya tidak berbalas kali ini. Sentuhan tangannya ke wajah Ashraf dipandang sepi juga. Dah dapat hidayah kah lelaki ini? Fikirnya sambil mengeluh.

Ashraf bergerak melangkah ke arah tangga. Sejenak itu cepat-cepat Humaira mengekori Ashraf turun tangga. “Ash...please!!! “ dia memanggil.  Pergerakan itu menarik perhatian beberapa pelajar yang sedang menelaah di perpustakaan itu. Beberapa pasang mata memerhatikan kelibat mereka. Ashraf berjalan laju menyedari situasi tersebut. Humaira beberapa tapak di belakangnya. Langkahnya terhenti bila hampir saja dia terlanggar Rozana yang sedang melintas menuju ke arah tandas wanita di tingkat itu.  Rozana terpinga-pinga melihat drama itu tetapi dia hanya menggelengkan kepalanya sambil terus bergegas ke bilik air berdekatan.

Sebelum sampai ke belok untuk ke exit,  Humaira menarik lengan Ashraf. Tempat itu agak sunyi sedikit sungguh pun ia laluan biasa untuk naik ke zone buku-buku senibina dan kejuruteraan.

Wait….”Dia menuturkannya dengan suara yang serak-serak. Ashraf terhenti agak tersentak. “Ash… let’s talk..Please...you and me.. we have some unfinished business..

“Maira, you and I, we are already history..” bisik Ashraf. Dia bercakap cukup jelas untuk Humaira dan orang di sekitar mendengarnya, walaupun sebolehnya dia tidak mahu keadaan itu berlarutan menarik perhatian pengguna lain di perpustakaan itu.

“Alaa.. promise me… please.. okay.. one last hug please? I missed you so much…”

Ashraf tersenyum tawar. Belum sempat dia berkata apa-apa, Humaira memeluknya dan menghadiahkan kucupan dibibir dengan ghairah. Ashraf terkejut dengan tindakan Humaira dan sempat menahan dirinya dari hampir saja menolak gadis itu secara spontan.

Arissa yang tadinya terus ke perpustakaan selepas solat zohor di surau berdekatan bilik kuliahnya lalu pada saat itu di tangga menuju ke perpustakaan.

Darahnya berderau.

“Ashraf?” bisiknya.

Kelihatan Ashraf sedang dalam satu posisi yang hampir menghentikan degup jantungnya. Arissa tidak mahu tunggu dan menyaksikannya lebih lama. Dia segera melencong mahu pulang ke apartmennya. Jantungnya berdegup pantas. Baru sahaja dia mahu membuka ruang untuk Ashraf. Dia sudah buat hal dengan gadis lain. Bagaimana dia mampu mempercayai lelaki?

Memang semua lelaki tak boleh diharap. Trash! Trash!Trash! Bergema perkataan itu dalam benaknya. Memang confirmed bachelor lah aku, fikir Arissa. Confirmed beratus-peratus! Memang Allah mahu menunjukkan aku kebenaran, fikirnya sepanjang dalam bas menuju ke rumahnya. Imej kemesraan pasangan itu masih terbayang-bayang di ruangan matanya. Kepalanya berdenyut-denyut. Kakinya melangkah deras menuju jalan pulang. Matanya berkaca, umpama empangan hampir pecah, terasa berpinar-pinar memikirkan dirinya hampir menjadi mangsa kelentong lelaki playboy itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.