Home Novel Cinta Cinta Fiksi
Cinta Fiksi
DasGlitch
17/3/2019 23:46:06
2,582
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

           Kedua kakinya dilajukan ke arah Reo, Hazel kelihatan seperti orang lain tatkala dia menarik Reo keluar dari kerumunan wanita tersebut. Hazel menarik tangan Reo sehingga jauh dari para perempuan tersebut.

            “Apa masalah kau ni ah?!”

Mendengar Hazel berkata dengan nada sebegitu membuatkan Soul dan Light merasa terkejut. Manakala Reo pula kelihatan keliru.

“Apa masalah aku?” Reo kemudiannya bertanya.

            “Kenapa kau biarkan ja semua perempuan tu mengerumuni kau? Apa guna aku buat kau kuat kalau kau tak gunakan kekuatan kau tu?!”

            “Yang kau marah sangat ni kenapa?!”

Tersentap. Secara jujurnya Hazelpun tidak tahu mengapa dia merasa sangat marah. Mengapa agaknya?. Jadi, Hazelpun buat keputusan untuk tidak mengendahkannya.

            “Apa-apapun,lepas ni aku tak nak kau jadi macam tu lagi faham.”

Reo menjadi marah.

            “Hoi perempuan, kau ingatkan kau tu siapa nak arah aku?” Kata Reo.

            “Aku penulis kau.” Balas Hazel.

            “Hmph.” Reo tergelak kecil.

            “Oh ya, aku lupa pula kau siapa. Penulis ‘wannabe’ yang suka menyeksa watak dia.Apa masalah kau ah? Suka sangat tengok orang menderita, kau ni ada masalah mentalka apa?”

            “Reo!” Soul menyebut nama Reo untuk menyuruh dia berhenti, kerana apa yang dikatakannya itu sememangnya sudah melampau.

Namun begitu, apabila Reo akhirnya berhenti, baru dia sedar yang kata-katanya telah membuatkan Hazel mengalirkan air mata.

            “Maafkan aku sebab dah buat kamu semua terseksa.” Kata Hazel sebelum bergegas meninggalkan mereka.

            “Hazel tunggu!” Jerit Light lantas berlari ke arah Hazel yang telah jauh di hadapan.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh DasGlitch