Home Novel Keluarga Khas Buat Suraya Anne!
Khas Buat Suraya Anne!
kamika
3/2/2022 09:59:01
18,683
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 32

Dia menghirup titisan terakhir minumannya itu menggunakan sebatang straw. Diangkat gelas tinggi itu lalu dikuis-kuis seketul kiub ais seperti seorang pemancing menarik kail pancingan. Sebiji ais tersangkut lalu dibawa ke mulut. Ketap ketup ketulan kecil itu dikunyah.

"Best tak kerja dengan Dr. Adrian?"

Soalan daripada Lisa meluncur dibawa angin sepoi masuk ke telinga kanan sebelum keluar ke telinga kiri. Amy setia duduk bersebelahan Lisa. Berhadapan dengannya. Kedua-duanya tersengih seperti kerang busuk menantikan laporan hangat darinya. Sharon pula buat tak kisah. Sibuk berbual ditelefon.

"Biasa je. Dia bagi arahan kitorang buat kerja."

Acuh tak acuh dia menjawab.

"Ek eleh.. Tak kan itu je. Ceritalah dekat kitorang. Tak payah sorok-sorok." sampuk Amy tak puas hati. Dikerling dua orang teman dihadapan.

"Takde sembunyi apa-apa. Memang itulah yang aku hadap hari-hari. Tanyalah Hadi dan Eugene tu." sahut Suraya jujur. Amy dan Lisa berbalas pandang.

"Hambar betul." getus Lisa.

"Okay, okay. Apa dia suka buat waktu tak busy? Apa dia suka minum? Dia ada main games tak dalam handphone?..."

"Kau lupa yang terpenting! Dia ada girlfriend tak?" celah Lisa agak bersemangat. Sikap sambil lewa yang ditunjukkan berubah sekelip mata. Teman wanita? Alamak! Memang betul kata Lisa tu. Perkara yang paling penting telah terlupa untuk ditanyakan. Entah-entah Dr. Adrian memang dah ada girlfriend. Senang-senang aje dia mencantas kekasih orang untuk dibuat suami. Aduiii! Lupa! Sungguh! Jikalau tidak diingatkan oleh Lisa tadi rasanya sampai ke hari perkahwinan mereka tiba pun belum tentu dia terfikir untuk tanyakan soalan itu.

"I rasa you all berdua ni dah salah tempat bertanya. Lain kali tanya Jessica, secretary dekat situ. Tentu dia tahu." celah Sharon tiba-tiba. Suraya menjeling. Patutlah. Dah habis berbual ditelefon. Dia tersenyum. Kelat. Berterima kasih kepada wanita itu kerana menyelamatkannya dari terus disoal. Amy dan Lisa serentak menggeleng. Laa.. tadi mau sekarang malu pula.

"Okay, Anne. Kitorang naik ofis dulu, eh. Take care."

Lambaian daripada Sharon dibalas. Amy dan Lisa ikut berlalu. Dilirik jam ditangan. Menghampiri dua petang. Dia sudah berjanji dengan Hadi untuk bertemu disitu bagi menyerahkan test phone yang ada dalam simpanan. Petang itu Hadi perlu ke Cheras untuk satu tugasan dan memerlukan test phone yang berada di dalam pegangannya untuk melakukan aktiviti di lapangan.

Belum selesai solat ke? Fikirnya setelah dirasakan lama pula dia menanti kehadiran lelaki itu. Ditatap jam pada tangan berulang kali. Solat Jumaat dah lama tamat.

'Jammed, kot.'

Telefon di dalam poket seluar bergetar. Bukan nama orang yang ditunggu sebaliknya nombor Pak Long. Tanda waspada menyapa. Belum pernah dia menerima panggilan daripada Pak Long melainkan ketika belajar dahulu. Itu pun kerana Pak Long mahu berhubungan dengan Hanis. Alasan koman; Bateri telefon habis atau tak mendengar bunyi telefon.

"Assalamualaikum." dia terlebih dahulu berkata dan mendengar salamnya dijawab.

"Yaya, boleh balik kampung sekarang?"

Tanpa sebarang mukadimah Pak Long menyoal. Suraya tidak tertipu. Bergelombang dadanya ketika ini. Apa lagi yang menyebabkan efek sedemikian pada dirinya melainkan mengenang keadaan bapanya.

"Kenapa dengan abah, Pak Long?"

Bergetar suaranya. Bimbang.

"Hospital."

Tiada masa memikir dan bersoal-jawab. Sepantas kilat dia berlari tidak menghiraukan pandangan pelik segelintir orang yang terkejut dengan aksi ributnya itu. Mujurlah warung itu hanya terletak kira-kira seratus meter dibelakang bangunan syarikat. Taklah jauh dia perlu memecut balik. Menyedari keadaan yang pasti sibuk diruangan lobi ketika itu, satu-satunya pilihan yang ada diambil. Lif barang. Dia meluru ke arah pintu belakang yang dapat dilihat dari kedudukannya. Lengang seperti selalu. Lantas dipecut kakinya melewati lorong dua hala yang merupakan laluan keluar dan masuk ke kawasan parkir syarikat. Pucat lesi wajahnya sebaik bunyi hon kereta menjerit kuat. Tubuhnya terkaku di tengah-tengah laluan itu.

"Suraya!! Kenapa ni?"

Suara Dr. Adrian yang agak kuat menyedarkan dirinya yang masih beku. Dia menoleh. Melihat Dr. Adrian sedang menjengulkan kepala melalui tingkap kenderaan.

"Abah! Saya kena balik kampung sekarang!"

Belum sempat dia menyambung langkah seribu itu, Dr. Adrian terlebih dahulu bersuara.

"Mari! Saya hantarkan." arah Dr. Adrian. Suraya mengerutkan dahi.

"Barang..?" sahutnya sedikit kuat.

Dia masih berdiri ditengah-tengah lorong itu. Tidak bergerak. Teragak-agak. Beg laptop dan sling bag kepunyaannya masih di atas. Hanya beg dompet dan telefon pintar sahaja yang berada dengannya.

"Nanti I call Jessy. She can take care of it."

Tidak memikir lagi dia mendekati lalu pintu kereta disebelah penumpang dibuka. Tali pinggang keledar ditarik dan dia duduk bersandar sambil memandang ke depan. Gelisah bercampur syukur kerana urusan perjalanan pulang selesai. Sambil jari-jemari bermain sesama sendiri hati kecil tak henti memohon akan keselamatan bapanya. Tiada informasi terperinci yang diterima kerana dia terlalu buru-buru untuk segera pulang. Telefon di dalam poket seluar itu dikeluarkan. Nombor Pak Long ditekan. Dr. Adrian diam sambil fokus kepada arah pemanduan. Dibiarkan Suraya menyelesaikan kemelut yang sedang dihadapi terlebih dahulu. Setelah berbicara sepatah dua barulah talian dimatikan.

"Kenapa dengan abah?" soal Dr. Adrian. Suraya menjeling sekilas. Dia tak salah dengarkan? Lelaki itu memanggil bapanya dengan panggilan abah. Mudah saja lelaki itu menyesuaikan diri dengan peralihan fasa itu.

"Abah.. rebah dalam bilik air. Pak Long kata dia rasa tak sedap hati sebab abah tak datang berjemaah dari Subuh tadi. Habis solat Jumaat, Pak Long terus ke rumah dan bila jumpa, abah dah.. pengsan masa tu." ceritanya sedikit terketar.

"Hospital?" tanya Dr. Adrian. Dia mengangguk.

"Bertenang, okay. Tarik nafas satu per satu. Saya akan temankan awak. Kita sama-sama doakan yang terbaik. Semoga abah tak apa-apa."

Lembut sekali pertuturan lelaki itu seperti sedang memujuk seorang kanak-kanak kecil. Cuma, hatinya tidak terpedaya. Mana mungkin! Hati tak tenang jiwa tak tenteram. Dikerling papan tanda Sungai Besi. Kereta yang dinaiki masih dalam daerah kotaraya. Kenderaan dijalanan pula tidak pernah tidak sibuk. Bertali arus.

"Suraya, saya dah fikir masak-masak."

"Hmm?"

Dia tersentak sedikit. Jauh lamunannya melayang.

"Hujung bulan kita nikah."

Oh! Ditoleh ke arah lelaki itu yang sedang memandang ke depan. Wajahnya tenang tetapi serius.

"Nanti kejap!" Tahannya dari lelaki itu terus membuka mulut menceritakan rancangan persediaan perkahwinan tanpa pengetahuannya itu.

"Kenapa?" soal Dr. Adrian.

"Awak ada girlfriend?"

"Kalau ada macam mana?"

Pipinya terasa panas. Belum habis rasa segan terkenangkan pertanyaan daripada Amy dan Lisa, datang Dr. Adrian seakan memerlinya. Mulutnya terkunci rapat. Dia tidak punyai jawapan selain rasa malu andai lelaki itu benar mempunyai seorang teman wanita dan dia pula dengan mudah menjadi perampas.

"Haih... Awak ingat saya ni jenis tak setia ke?" tanya Dr. Adrian berserta satu keluhan kecil. Menunduk pula wajahnya. Malu.

"Tak ada, Suraya. Betul. Kalau ada, awal-awal lagi saya tolak pinangan abah."

Lega. Benar-benar lega. Buat seketika mereka berdua menyepikan diri dari berkata-kata.

"Betul hujung bulan ni kita kahwin?" soalnya mencari kepastian. Sementelah tiada lagi keraguan tentang status lelaki itu barulah dirasakan tepat untuk berbincang hal perkahwinan itu.

"Ya. Nanti saya bagitahu abah tentang perkara ni." jawab Dr. Adrian dengan tenang.

Dia menarik panjang. Dicongak sebentar.

"Lagi dua minggu??"

Separa terkejut dia berkata. Diintip reaksi lelaki itu. Tetap sama.

"Kenapa?" soalnya.

"Kenapa, kenapa?" soal Dr. Adrian pula.

"Yelah. Lagi dua minggu. Kursus kahwin pun belum pergi." tuturnya sedikit segan. Entah mengapa persoalan perkahwinan bersama Dr. Adrian itu walaupun dibayangi perasaan malu, seakan mudah saja untuk dibincangkan. Jikalau sebelum ini setiap malam dia meratib bimbang untuk hidup bersama-sama tapi, dari hari ke hari mengenali sikap Dr. Adrian perasaan itu semakin menghilangkan diri. Diganti dengan perasaan gementar pula menantikan hari bersejarah itu.

"Oh, you're right. Tapi jangan bimbang. Saya dah register nama kita berdua untuk hadir kursus kahwin dan clinical test pada minggu hadapan."

Mulut Suraya sedikit terbuka. Tanpa pengetahuannya?

"Dan semua dokumen, surat atau sijil untuk keperluan nikah, saya dah siapkan. Cuma tunggu sijil kursus kahwin dan HIV test sahaja."

Terbeliak matanya. Bila?

"Pantas." ucapnya sepatah.

"Of course. I rather hurry up then lets someone else snatch my bride to be behind my back."

Oh. Sekarang fahamlah dia.

"Eugene? Hei, dia main-main aje."

"Are you sure dia main-main? Kenapa saya tengok pandangan dia pada awak lain macam je. Please, Suraya. Have I told you before how those eyes leering on you."

'Damn it!'

Maki Dr. Adrian di dalam hati.

"Adrian, stop it, okay. Jangan main tuduh aje. Maybe sebab saya seorang saje ahli perempuan itu pasal diorang suka mengusik, kot. Tak perlu ambil serius." tuturnya menyebabkan lelaki itu tertawa. Dah tentu dibuat-buat. Belum sempat Dr. Adrian membalas telefon pintarnya bergetar. Nama Hadi terpapar. Alamak! Baru teringat akan janji yang terpaksa dimungkiri itu.

"Hadi! Sorry. Aku ade emergency." maklumnya sebaik menyambut panggilan tersebut.

"Bagi saya telefon tu." arah Dr. Adrian. Suraya melayangkan pandangan. Kecut. Kerana wajah yang tenang itu kelihatan tegang. Dia menghulurkan.

"Hadi, you may contact Nazril. He has the spare."

Klik. Talian diputuskan. Suraya tergamam. Telefon yang dihulurkan pantas diambil kembali.

"Awak tau tak yang saya berusaha elakkan diri dari sebarang gosip murahan.."

"I just helped you make it grand."

Dia menepuk dahi.

"Fine." sahutnya lantas berpeluk tubuh dan memandang ke luar. Resah, gelisah, geram, terkilan dan bermacam lagilah. Apa kena sebenarnya dengan lelaki itu? Datang bulan ke apa? Orang tengah bimbang dia ajak gaduh. Hisy, tak kena masa betul.

"Can you at least try to comfort me.." ujar Dr. Adrian setelah masing-masing mendiamkan diri dalam tempoh yang agak lama.

'Apa? '

Suraya tertawa lepas. Seperti Dr. Adrian dia buat-buat geli hati.

"In what situation? Should I be the one needing it more!" Tekannya. Sengaja.

Sepi.

"Yeah.. I'm sorry. I just don't know how to control my jealousy.."

Cemburu? Rasanya ini kali pertama lelaki itu meluahkan rasa cemburunya tanpa berselindung. Perasaan takut terhadap lelaki itu kembali. Kerdil sahaja. Tetapi tetap memunculkan diri disitu. Pelik. Kenapa dia takut apabila lelaki tu cemburu?

'Sebab kau anggap diri kau milik dia.'

Bisikan hati membuatnya sedikit terperanjat. Dikerling sekilas lelaki itu. Belum pernah gagal berterus-terang dengan perasaannya. Bagaimana pula dirinya? Itulah masalahnya. Dia tak alami apa yang dirasakan oleh lelaki itu. Tiada pula rasa cemburu apabila Lisa dan Amy sering bertanyakan perihal lelaki itu. Tergugat apatah lagi.

'Isy, ada yang tak kena ke pada otak aku ni?'

Ditoleh sekali lagi ke arah lelaki itu. Lirikannya berbalas. Laju dia melarikan.

"Awak cemburukan siapa, Adrian?" soalnya hairan.

"Suraya! Are you having so much fun toying with me?"

Terkejut. Dituduh bermain dengan perasaannya?

"Adrian, saya betul-betul tak faham. Sehabis baik saya bercakap dengan awak. Saya tanya sebab saya nak tahu apa masalah awak. Saya memang tak tahu dengan siapa awak cemburukan tu. Saya dan Eugene memang tiada apa-apa and you know it very well. Sebab tu saya pelik bila awak cakap awak cemburu. Cemburu dengan siapa lagi?" jelasnya supaya tiada salah faham dan tuduhan dikenakan kepadanya lagi. Andai lelaki itu bukan siapa-siapa pada dirinya, pasti dibiarkan saja salah faham itu berlaku. Tetapi, lelaki disebelahnya itu adalah bakal suaminya. Biarlah segala salah faham yang terlewat dirungkaikan dan tidak berlanjutan lagi. Masih ada perkara penting yang harus mereka hadapi selain dari hal itu. Satu keluhan kasar kedengaran.

"Sorry. I'm just jealous of everything."

Air muka Suraya serta-merta berubah.

"Jangan cakap yang awak ada sikap cemburu buta.." getusnya sedikit gusar. Dr. Adrian menjeling ke arahnya sebentar. Sejuring senyuman kelihatan.

"Selagi awak belum sah jadi isteri saya selagi itulah saya jealous."

Oh.

"Kalau dah sah?"

"Lebih lagi. Tapi, masa tu kita terikat pada satu ikatan yang kukuh. Yang tak mudah untuk dileraikan."

Ucapan itu tak ubah seperti sebuah janji untuk sumpah setia hingga hujung nyawa. Dia terkedu. Lelaki itu jelas dengan tujuannya. Benar-benar mengotakan kata sejak kali pertama dia berterus-terang akan perasaannya. Dia ingin bertanya tentang perasaan yang satu itu. Ingin mendengar dengan kedua telinganya. Ingin menyaksi dengan kedua matanya. Ingin tahu apakah perasaan yang lelaki itu punyai terhadap dirinya tetapi dia malu. Terlalu malu. Seumur hidup belum pernah dia membicarakan soal hati dan perasaan dengan mana-mana lelaki.

"Just rest, Suraya. Nanti dah sampai saya bagitahu, okay."

Bungkam. Secara rasmi topik itu telah ditutup. Dia memalingkan wajah ke luar tingkap. Memerhati saujana warisan alam yang kehijauan. Mungkin betul tindakan Dr. Adrian. Simpan dahulu perkara itu kerana ketika ini mereka sedang mengejar perkara yang lebih utama. Abah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.