1,413
Kategori:
Genre:
Senarai Bab

Nama aku Anjelica.Aku seorang gadis yang lincah dan periang.Tak pernah sekalipun aku bersedih kecuali ada perkara yang benar-benar menyentuh perasaan aku tapi,takkan sesekali aku pamerkan pada dunia wajah kesedihanku.Aku punya seorang teman lelaki yang aku cintai iaitu Jonathan.Kami pasangan yang bahagia dan ya boleh lah di katakan serasi.Aku juga punya seorang sahabat baik.Usia persahabatan kami tidak lah terlalu lama tapi dia seorang sahabat yang amat memahami dan sungguh menyenangkan aku.Aku menyayangi Nazrie atas nama persahabatan.Persahabatan ku dengan Nazrie berjalan lancar sehingga lah kemunculan teman wanita Nazrie yang merupakan bekas sahabat baik ku di zaman bangku sekolah.

       ‘Ann,dulu kau satu sekolah dgn Rniey kan?’soal Nazrie dalam mesej perbualan kami di telefon bimbit.

       ‘Ya,tahu dari mana?’

       ‘Dari Kathy.’

       ‘Ow,ya kami satu sekolah dan Riniey best friend sy dulu.Knpa?’

       ‘Well,sy mahu minta pendapat ttg dia?Dia perempuan yg macamana?Sy tanya Kathy tp dia suru sy tanya dgn kau sbb dia cakap kau dan Riniey sgt rapat dulu.’

       ‘Nazrie,kau sahabat sy.Riniey pun sahabat sy.Sy x boleh bagi pendapat sy ttg dia.’

       ‘Please Ann?Sy sudah tanya Kathy tp dia mcm x suka dgn Riniey.Dia cakap Riniey perempuan yg x boleh di percayai.Is it true?’

       ‘Sblm tu,boleh sy tahu knp kau berminat nak tahu ttg Riniey?’

       ‘I fall in love with her!’

Mendengar pengakuan dari Nazrie,agak lama aku membatukan diri.Seakan tidak percaya kalau sahabat baikku itu akan jatuh cinta pada perempuan yang selama ini ku panggil sahabat malangnya telah memfitnah aku.

       ‘I’m waiting’

       ‘Dulu kami mmg sahabat baik tp selepas satu kejadian,aku memutuskan persahabatan dgn dia!’

       ‘Apa yg berlaku?’

       ‘Masa sekolah menengah,kami berada dlm unit beruniform yg sama.Kadet Polis.Waktu tu ada pertandingan kawad kaki dan kami bersama-sama menyertainya.Kebetulan bersama-sama kami ada platun lelaki.Ada seorg lelaki dr sekolah Smk Likas,nama dia Justin.Sblm Riniey,sy dan Justin lebih awal berkenalan.Malangnya Riniey memfitnah sy.’

      ‘Apa yg dia buat?’

       ‘Platun kami berjaya mndpt tempat ke-2.Jurulatih kami membuat keputusan untuk meraikannya bersama-sama platun lelaki.So,kami raikannya di pantai Tg.Aru.Waktu di pantai sy bercerita dgn Justin dan sy perasaan yg Riniey menjeling kami dr jauh.Sy akui,waktu itu sy suka dgn Justin dan sbg perempuan,sy berharap Justin juga begitu.Tp sy x sangka kejadian itu akan membuatkan Riniey memfitnah sy.’

       ‘Jd Riniey pun suka dgn dia?’

       ‘Itu sy kurang pasti?Kena tanya dia.’

       ‘Jd macamana cara dia memfitnah?’

       ‘Masa di sekolah,ada seorang senior dtg jumpa sy.Dia tanya betulkah sy rampas bf Riniey.Sy terkejut dan tanya dia knpa ada cerita macam tu.And then dia cakap yg sudah heboh di kalangan pelajar senior sy rampas bf Riniey.Kononnya waktu di pantai hari tu,Riniey dan Justin sepatutnya berjumpa sbb Justin akan melamar Riniey jd kekasihnya krn msg2 sudah jatuh cinta.Ttpi sy di katakan kacau daun dan penyebab mereka berdua x jd bercinta!’

       ‘Betul kah?’

       ‘Sy x minta kau untuk percaya cakap sy tp sbg kawan sy cuma mahu kau tahu siapa Riniey.Sy x akan bantah kalau kau mahukan dia.Siapa tahu dia sudah berubah?Riniey pernah menjadi org yg penting dalam hidup sy.Sy rindukan persahabatan kami.3 tahun bkn waktu yg singkat.Bnyk yg kami kongsi bersama dulu.’

       ‘Sorry tp bgtu teruk sgt kah dia?’

       ‘Susah utk kita judge org.Mungkin dulu dia macam tu tp siapa tahu skrg dia sudah berubah?’

       ‘Kathy larang sy bercinta dgn dia.’

       ‘Itu pendapat Kathy.Semua terpulang dgn diri kau?Kalau ikutkan hati,sy pun larang tp hmm…’

        ‘knpa?’

       ‘Tiada apa2.’

       ‘Sorry kalau aku tipu kau.’

       ‘Ttg apa?’

       ‘Sbnrnya,sy dgn Riniey sudah lama couple.Sy takut kau akan putuskan hubungan persahabatan kita kalau kau tahu lebih awal.’

       ‘Kau x ptt buat mcm ni!Selama ni aku sms kau Entah-entah dia x suka!Sampai hati kau kan?’

       ‘Sorry Ann?’

       ‘Patut lah ada masanya kau langsung x bls sms aku!’

       ‘Sorry Ann!I’m really sorry!’

       ‘Hmm apa boleh buat lah!’

       ‘Kau marah?’

       ‘Buat apa?Kau bukan kekasih sy!’

       ‘Thanks.So,kau dgn Jonathan macamana?’

       ‘Kami ok!Seperti biasa.Urm ok lah kalau ada apa2 just text me.Ada date dgn dia.’

       ‘Ok!Have fun.’

Aku meletakkan telefon di atas meja. ‘Hmm nasib kau lah Nazrie kau jatuh cinta dengan perempuan tu!Yang penting kau bahagia.’ Anjelica bercakap seorang diri.Lantas ddia bangun menuju ke kamar mandi dan mempersiapkan diri kerana sebentar lagi dia akan di jemput kekasih hati.

******************************************************************

Anjelica berjalan menuju ke tingkat bawah bangunan Centre Point atau lebih di kenali CP oleh masyarakat Sabah.Kakinya pantas membelok menuju ke KFC di mana teman-teman sekolahnya dulu menunggu.Matanya melilau mencari teman-temannya itu.Kelihatan di penjuru mereka sedang melambai ke arahnya.Pantas langkah kaki di atur.

“Sorry lambat!” ujar ku.

“Eleh mesti jumpa Jonathan dulu ni kan?” soal As.

Aku sekadar tersengih memandangnya.

“Siapa lagi?Takkan dia mahu jumpa Nazrie pula.” Ujar Zaty pula.

“Itu bukan darling aku,buat apa mahu jumpa.” Balas ku.

“Dia belum lagi luahkan perasaan dia dengan kau?” soal Zaty.

“Ish tak kisah lah!Jonathan kan ada sudah.Buat apa pasang-pasang?Bikin sakit kepala otak ja nanti!” balas ku.

Untuk apa lagi aku menanti Nazrie meluahkan perasaannya sedangkan aku telah mempunyai Jonathan dalam hidup aku.Cukup lama aku menanti Nazrie berterus-terang tapi dia sekadar main tarik tali dengan aku dulu.

“Wei,mahu dengar cerita hot?” soal ku.

“Apa dia?” soal Zaty.

Zaty ni memang dari sekolah menengah lagi pantang dengar cerita hot.Dia lah ratu gossip di sekolah dulu.

“Nazrie suka dengan Riniey and diorang sudah couple!” ucap ku.

“Eew...perempuan yang bau mulut tu?” ujar As.

“Hish jahat kau ne As!” Aku menampar lengannya perlahan.

Zaty ketawa sambil tangannya menutup mulut menahan tawa.

“Macamana kau tahu?” soal As.

“Hari tu dia sms aku tanya pasal Riniey.” Jawab ku.

“So kau pun bagitahu lah dengan Nazrie pasal Riniey?” soal Zaty pula.

“Ofcourse darling!Kau ingat aku boleh lupa apa yang Riniey buat dekat aku dulu?Dia fitnah aku bukan-bukan sampai panggil geng dia jumpa aku.Nasib-nasib ja si Eman tu tidak tampar aku.”

“Gila betul lah Riniey tu dulu kan.Justin tu pun bukannya hensem sangat sampai kau mahu terhegeh-hegeh.” Zaty bersuara lagi.

“Kita cerita-cerita ni siapa yang tolong kita order makanan?” soal ku.

“Zaty,kau lah yang order.” Arah As.

“Ada pula!Kau lah?!” balas Zaty.

“Kau lah?Aku tengah datang bulan ni,malas mahu berdiri.” As memberikan alasan.

“Alasan bertimbun-timbun.Nah duit…” aku meletakkan sekeping not Rm100 di meja. “…cepat,kalau tidak,sendiri keluar duit!” aku mengugut.

“Yalah!” Zaty menyambar wang tersebut. “Semua sama ja kan?Snack plate?” Zaty menyambung.

“Ya!Tambah cheezy wedges,minumam aku strawberry.” Tambah ku.

As sekadar mengangguk.Zaty berlalu pergi.

“Aku tahu taktik dia!Siapa suruh tidak mahu kerja.” Ujar ku.

Antara kami bertiga,tinggal Zaty sahaja yang belum mempunyai pekerjaan.As membuka kedai bersama kakaknya di tingkat 1.Mereka menyediakan perkhidmatan mencetak gambar pada pakaian,gelas,cenderahati dan sebagainya.Aku pula bekerja sebagai Pembantu Perangkaan tetapi secara sambilan.

“Kau buka kedai hari ni As?” soalku ketika sedang menikmati makanan yang telah tiba.

“Buka,kenapa?” soal As.

“Siapa yang jaga sekarang?” soalku lagi.

“Kakak aku tapi jam 2 aku kena jaga sebab kakak aku mahu pergi tengok kedai kami di putatan.” Jawab As.

Aku melihat jam di pergelangan tangan.Tepat jam 1.45 petang.

“Pinjam laptop nanti ok?Aku mahu online.”

“Ok!Kau zaty?” As menyoal Zaty pula yang asyik meratah ayam.

“Aku ikut ja.Lagipun boring di rumah.” Jawab Zaty.

Selesai sahaja makan mereka bergegas ke tingkat kerana jam menunjukkan 2.05 minit petang.Sesampai di kedai kepunyaan As,kakaknya sedang menanti dengan muka yang masam mencuka.Kami sekadar tersengih.Kami berbual sebentar sebelum kakaknya meminta izin untuk berlalu.

Aku duduk di kerusi yang tersedia.Zaty pula ke tandas.

“As,laptop!” pinta ku.

“Nah!” unjuknya padaku.

Aku menyambutnya.Lantas aku membuka akaun Facebook ku.

“Tidak sangka kan Nazrie boleh terpikat dengan Riniey.” Ujar As.

“Sudah jodoh,apa boleh buat As.” Balas ku bersahaja.

“Macamana lah tu ar kalau dorang bercium?Aku tak boleh bayangkan bercium dengan orang yang bau mulut!”

“Hish kau ne!Jangan cakap bukan-bukan lah.” Tegur ku.

As sekadar tertawa melihat wajah ku yang serius memandangnya.

“Riniey ni perampas kan?”

“Perampas apa pula?”soal ku kehairanan.

“Yala dulu dia rampas Justin dari kau sekarang dia rampas Nazrie pula.”

“Ada-ada ja kau ne.Aku tak kisah lah.Dulu dengan Justin cuma main-main ja.Sekarang aku sudah ada Jonathan so biarkan lah!”

“Tu lah siapa suru kau kawan dengan dia!”

“Nazrie online ni.” ujar ku.Enggan membalas kata-katanya sebentar tadi.

“Mesej lah dia.”

“Malas lah!Buat apa kacau boyfriend orang.”

“Kalau kau tidak mahu,mari aku mesej dengan dia!” As mengambil laptopnya dengan mulai bermesej dengan Nazrie.

“Jangan mesej yang bukan-bukan ok?Nanti Jonathan terbaca,mati lah aku!” aku memberikan amaran.

“Ok bos!”

Agak lama juga As dan Nazrie bermesej.Entah apa yang di bualkan.

“Aik tiba-tiba ja dia offline.” As bersuara.

“Mungkin Riniey larang lah tu!” ujar ku.

“Alah Riniey pun tengah online juga ni.” Ujar As lagi.

“Mesti lah dia cemburu Nazrie mesej dengan perempuan lain.Sini lah laptop,bagi aku cek.” Ujar ku.

“Eh jap.Dia online balik.” As tidakjadi menghulurkan laptop padaku.

“Apa dia cakap?” soal ku ingin tahu.

“Dia tanya pasal Riniey.Aku balas ni?”

“Terpulang!” balasku pendek.

Jam kini menghampiri 5.30 petang.Sebentar lagi Jonathan pasti akan menjemput dan menghantar ku pulang.As masih lagi menghadap skrin laptopnya.

“Kau masih mesej dengan Nazrie?” soal ku pada As.

“Tidak sudah!Aku tengah main game.” Ujar As.

“Yala.Aku keluar dulu,takut Jonathan sudah menunggu.Kau zaty,mahu ikut?Nanti aku suruh Jonathan hantar kau pulang rumah.” Aku mempelawa.

“No,thanks.Family aku bawa jalan nanti.Aku tunggu sini ja.”

“Ok!Kalau macam tu,aku jalan dulu.Bye.”

“Bye!” Serentak As danZaty membalas.

Aku terus berlalu pergi untuk menunggu ketibaan Jonathan di luar bangunan CP.

******************************************************************

Sedang asyik membaca majalah Remaja yang baru sahaja ku beli,telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesejang di hantar kepadaku.Aku mencapai telefon bimbitku untuk membaca sms yang masuk.Tertera di skrin nombor yang tidak di kenali menghantar sms.Aku menekan butang ‘ok’.

       ‘Hi Ann.Ini aku,Riniey.Aku cuma mahu tahu knpa kau buruk2kan aku tempat Nazrie?Sanggup kau cakap aku ne perampas.Kalau kau mahu sgt dgn Nazrie,kau ambil lah dia!Aku x kisah lah.Kalau kau ada masalah dgn aku,kau patut ckp dgn aku,bukannya main belakang.Utk pengetahuan kau,yg bermesej dgn kau di Fb hari tu bkn Nazrie tp aku.’

Aku berfikir sejenak.Fb?Bila masa pula aku mesej dengan Nazrie dekat Fb.Agak lama aku berfikir,baru lah aku teringat bahawa As yang bermesej dengan Nazrie bukan aku.Aku menepuk dahi.

       ‘Hi jg.Sorry tp utk pengetahuan kau jg,bkn aku yg mesej dgn Nazrie tp As.Aku x tahu apa yg As cakap dgn Nazrie.Memang fb aku tp As yg balas semua mesej dari Nazrie.Aku x pernah cakap kau perampas.’

       ‘Kau x perlu tipu sy!Selama ni semua mesej2 yg kau hantar dgn Nazrie aku yg balas.Aku tukar nombor dgn dia.Rupanya kau fitnah aku kan.Apa yg sudah berlaku dulu,x perlu d ungkit lg.Skrg sudah kedapatan kau mahu ikut2 alasan sy pula.Yg sudah tu sudah lah!Apa lg masalah kau?’

       ‘Riniey,aku malas cari gaduh dgn kau!Aku x pernah fitnah kau tempat Nazrie.Apa yg aku cakap semuanya betul.Aku cuma bagitahu apa yg pernah terjadi antara kita!Nazrie sndri yg mahu tahu.Kalau bkn dari sy pun,byk lg org yg tahu ttg kau di sekolah dulu.Siapa yg cakap aku fitnah kau?’

       ‘Nazrie sudah bagitahu aku semuanya.Kau x perlu berselindung lg!Kau kejar Nazrie kan?Kau ambil lah dia.LoL’

‘hei!x payah mahu LoL dgn sy lah.Setakat Nazrie ja,di mana2 pun boleh jumpa.Kalau kau mahu tahu sgt kau boleh tanya dgn As kalau kau x percaya.Lagi satu,kau ingat Nazrie tu baik sgt?Kau tanya dgn dia siapa bagi siapa harapan dulu?Siapa yg suruh aku tunggu untuk dia luahkan perasaan?’

Hati aku terlalu sakit waktu itu.Sampi hati Nazrie memfitnah aku sebegitu.Aku tak mungkin seteruk itu untuk memburuk-burukkan Riniey walaupun Riniey pernah melakukannya pada ku dulu.

       ‘Kalau macam tu kau ambil lah Nazrie!Aku x kisah pun.’

       ‘Kau boleh simpan lah si Nazrie tu!Sy sudah ada boyfriend.Sy x akan tinggalkan dia utk Nazrie.Apa sgt lah Nazrie kalau di bandingkan dgn dia.’

Agak lama aku menunggu,Riniey tidak lagi membalas sms ku yang terakhir.Aku membiarkan sahaja.Sakit hati ku bertambah mengenangkan sikap Nazrie.Aku mencapai telefon bimbit untuk menghantar pesanan pada Nazrie.

       ‘Nazrie,sampai hati kau ckp dekat Riniey yg aku fitnah dia.Bila masa pula aku fitnah dia?Apa yg aku cakap dekat kau dulu itu semua kenyataan!Aku mahu kau ckp dgn Riniey semuanya yg sebenar.Perbetulkan keadaan semula!’

Seperti Riniey,Nazrie juga tidak membalas pesanan ku.Hampir setengah jam aku menunggu dan tidak ada respon dari Nazrie.

       ‘Kau ni sgt teruk Nazrie!Aku silap sbb sayangkan kau sbg kawan.Diam2 kau tikam aku dari belakang.Aku harap kau akan perbetulkan keadaan semula.Ini adlh sms terakhir dr aku.Persahabatan kita hanya sia2!Aku menyesal sbb kenal kau.Persahabatan aku dgn kau x ada maknanya lg!’

Sejak hubungan persahabatan ku dengan Nazrie terputus,aku tidak lagi mencari teman untuk ku harapkan seperti yang ku lakukan pada Riniey dan Nazrie.Di sebabkan mereka berdua lah aku tidak lagi mempercayai persahabatan.Aku bencikan ‘persahabatan’!Sehingga kini kami tidak pernah lagi berhubung.Riniey juga telah mendelete aku dari senarai rakan fbnya.Begitu juga yang aku lakukan pada Nazrie.Selamanya aku tidak akan lagi mempercayai persahabatan!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.