Home Cerpen Umum Secangkir Kopi Tumbuk
Secangkir Kopi Tumbuk
Amatara
24/12/2018 15:07:36
1,815
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

SECANGKIRKOPI TUMBUK

Oleh

 

Amatara

 

Pekan Nibong menjadi gempar lagi. Gempar dengan kerenahyang dibuat oleh Pak Su Cha. Siapa yang tidak pernah kenal dengan perangai gilaPak Su Cha. Kalau sebut sahaja Pak Su Cha pasti Pekan Nibong yang tidak berdosaitu dijaja oleh semua orang. Kegilaan Pak Su Chalah yang memasyhurkan pekanNibong. Pak Su Cha memang macam itu. Perangainya tidak pula menyakitkan hatiorang lain tetapi yang peliknya ramai pula yang suka ambil pusing tentangkerenah Pak Su Cha.

“Leong! Buatkan aku, kopi,” jerit Pak Su Cha. Setiapkali habis kerja di sawah, Pak Su Cha pasti bertenggek di kedai kopi Leong.Dari muda hingga tua, pasti kedai kopi itu yang ditujunya. Bukan tidak adakedai kopi lain yang dibuka di pekan sekangkang kera itu tetapi keenakan kopiasli yang disaji oleh Leong yang memukau sesiapa sahaja yang meminumnya.Bukannya kopi yang dibuat oleh Timah tidak sedap. Tetapi hanya Leong saja yangtahu citarasanya. Kopi yang dibuat oleh Leong memang jauh benar bezanya dengankopi yang dibuat oleh Timah. Hakikat itu dipersetujui oleh kawan-kawan semejaPak Su Cha sendiri. Manakan tidak, manisnya air kopi di Kedai Ah Leong semanismuka janda Tijah yang sering menjunjung bakul berisi kuih badak berendam yangdijual di kedai kopi itu. Pekatnya air kopi Ah Leong bagaikan kepekatan malamtanpa sinaran bintang. Hitamnya air kopi Ah Leong seumpama ketul arang di dapurrumahnya.  Pendek kata, semuanya sempurnadan memang kopi di kedai Ah Leong menjadi sebutan seluruh penduduk kampung dipekan itu. Siapa sahaja yang singgah di kedai kopi itu, pastinya akan memesankopi buatan tangan Ah Leong. Kopi yang digoreng sendiri dan ditumbuk oleh ibuAh Leong tidak siapa yang tahu rahsia ramuan yang dicampur dalam serbuk kopiitu. Tetapi Pak Su Cha tidak pernah ambil tahu tentang cara membuatnya. Hanyayang dia tahu minum sahaja.  Baginya, adabanyak perkara yang bermain di dalam kotak fikirannya. Fikirannyabercabang-cabang macam simpang tiga JKR yang digelar ‘Simpang Maut’ yang menghalajalan ke rumahnya. Nak habiskan secawan kopi pun, hampir satu jam. Itulah PakSu Cha. Dia tidak betah duduk di rumah. Sawah, masjid, balairaya dan pekanNibonglah tempat dia bertandang. Kadang-kadang tidak dipedulikan isterinya yangsetia dan lurus macam bendul di depan pintu rumahnya. Timah ditinggalkanseperti tunggul di rumah. Kadang-kadang timbul juga perasaan kasihanmeninggalkan isterinya seorang diri di rumah. Bukan dia tidak sayangkan Timah.Sayang tetapi hatinya tidak mahu berada di rumah. Bukan Timah tidak cantik.Masih cantik macam Timah yang dulu digilai oleh ramai jejaka di pekan itu. Kalau dulu pinggang Timah umpamakerengga tetapi sekarang pinggang Timah sudah jadi sebesar pinggang tempayan.Tetapi Timah tetap cantik di mata Pak Su Cha. Cuma hati Pak Su Cha tidak betahtinggal di rumah.

            Timah faham sangatdengan keganjilan kelakuan suaminya. Itulah istimewanya Pak Su Cha di matasepet Timah. Sebab itu jugalah, Timah memilih Pak Su Cha di antara ramai jejakadi pekan itu yang menggilainya. Bagi Timah, bersuamikan Pak Su Cha seumpamamendapat sekaki payung emas walaupun Timah sendiri tidak mampu melahirkanzuriat untuk Pak Su Cha. Namun Pak Su Cha tetap menyayanginya. Timah jugapernah beberapa kali memberikan cadangan kepada Pak Su Cha berkahwin lagitetapi Pak Su Cha memarahi Timah setiap kali cadangan itu diajukan kepada PakSu Cha. Pak Su Cha lain daripada orang lain. Pak Su Cha mempunyai jiwa yangcukup kental. Jika dia berjanji, dia pasti akan menunaikan janjinya. Apabilamembuat keputusan. Dia pasti tidak berganjak daripada keputusannya. Hitamkatanya, hitamlah. Putih katanya, putihlah. Memang Pak Su Cha istimewa di mataTimah dan Timah faham benar kerenah suaminya. Lepas sahaja sembahyang subuh dimasjid, Pak Su Cha, Pak Haron dan Alias tidak terus balik ke rumah. Kedai Kopidi Pekan Nibong itulah mereka tuju. Habis sahaja meneguk air kopi ramuanistimewa Leong, barulah dia balik ke rumah. Barulah tergesa-gesa sepertidikejar lembu tidak bertali ke sawah. Dalam keadaan yang kelam-kabut inilah,jalan Pak Su Cha pun tidak betul. Kadang-kadang datanglah kenyanyukannya.Basikal pun dibiarkan tersandar di tiang Kedai Kopi  kepunyaan Leong.  Lebih malang lagi, Leong pula terjerit-jeritmemanggil Pak Su Cha sampai hendak terkeluar anak tekaknya. Masih ingat lagiLeong tentang percakapan Pak Su Cha tempohari. Setiap kali Pak Su Cha singgahke kedai Kopi itu, pasti tiada lain dimulutnya, hanya yang kedengaran tentangperkataan apa nak jadi sahaja. Sampai naik lali telinga Leong mendengarnya.Tetapi yang peliknya, Leong tidak pula merungut atau menyimpannya di dalamhati. Jika tidak mendengar ceramah percuma Pak Su Cha seperti tidak senangduduk pula Leong dibuatnya. Setiap perkataan yang keluar daripada lidah Pak SuCha seperti membakar lemak di badannya. Leong juga seolah-olah seperti terpukaudengan kata-kata Pak Su Cha.

            “ Leong! Kau takdengar ka, perangai budak remaja sekarang makin tak boleh dilentur lagi, makinteruk.” Kata Pak Su Cha hingga menampakkan sebaris gigi yang putih melepak.Leong hanya mampu tersenyum menunjukkan dua batang gigi emas yang barudipasangnya. Usia mereka hampir sama. Cuma Pak Su Cha nampak masih tegap dantidak menunjukkan usianya walaupun sudah menjangkau lebih separuh abad. Siapayang tidak kenal Pak Su Cha, giginya sentiasa dijaga putih bersih. Pak Su Chapaling suka memakai baju teluk belanga dan berseluar jerut tali getah. Ketayapdi kepalanya tidak pernah lekang. Pak Su Cha sangat pembersih orangnya. Dalamsehari jika mandi pasti sebanyak lima kali seperti solat lima waktu yang tidakpernah ditinggalkan oleh Pak Su Cha. Timah juga pernah bercerita kepada Leongbahawa Pak Su Cha cukup suka mandi. Kalau kerbau di hujung kampung suka berkubang,begitulah Pak Su Cha. Kalau boleh mahu juga berkubang di dalam kedinginan airperigi.  Kata Timah, Pak Su Cha umpamakembar dengan hantu air. Semua orang suka akan Pak Su Cha. Pak Su Cha jugatidak jemu-jemu bertanya dan bercerita tentang perkembangan remaja masa kini.

            “Apa nak heran PakSu, ini semua tanggungjawab ibu bapa. Kita tak payah susah-susah nak jagamereka” Jawab Leong. Muka Pak Su Cha tiba-tiba berubah daripada warna merahterus menjadi hitam seperti kopi yang diminumnya. Pak Su Cha mula membukahujah-hujahnya seperti di dalam dewan perdebatan Majlis Undang-Undang. Sambilmembetulkan ketayap putih yang semakin kusam itu, dia berdiri. “Leong! Kaujangan ingat kita tak boleh tegur budak-budak sekarang. Kita tak boleh biarkanmereka berbuat sesuka hati sahaja. Kalau mereka bawa budaya barat yang entahapa-apa tu, kita sebagai orang yang lebih tua perlu beri nasihat. Kalau tidakNegara kita juga yang hancur. Kalau Negara kita hancur macamana kita nak hidupdengan aman” Jelas Pak Su Cha dengan nada suara yang luar biasa.

Semua yang berada di kedai kopi itu hanya mendiamkandiri. Ada pula yang angkat kaki takut mendengar hujah-hujah yang dikemukakanoleh Pak Su Cha. Kalau Pak Su Cha bercakap, tidak ada sesiapa yang boleh menangdengan hujah-hujah yang penuh berisi fakta oleh Pak Su Cha. Leong hanyamembisu. Itulah kelebihan Pak Su Cha, bukan bercakap kosong tetapi segalanyadirujuk dan berdasarkan pengalamannya. Semuanya benar belaka. Pernah juga orangkampung menyuruh Pak Su Cha masuk bertanding sebagai Yang Berhormat untukdaerah tempat tinggal mereka. Tetapi pada masa itulah tiba-tiba sahaja Pak SuCha menghilangkan diri di sawah. Macam-macam alasan yang dibuat oleh Pak SuCha. Bagi Pak Su Cha, dia tidak suka menjadi ketua. Dia lebih suka membantu danmenolong orang lain untuk menggerakkan jentera parti. Tetapi yang sebenarnya,dia sudah tua, Kalau masih muda tentu sahaja sekarang berkot dan bertali leherdan bergelar yang berhormat Pekan Nibong.

            Ah Leong kenalbenar dengan sahabatnya. Pantang puji remaja sekarang, suhu badannya naikmendadak.  Hatinya terluka apabila remajasekarang semakin melupakan nilai-nilai hidup sebelum merdeka. Dia masih ingatbetapa susahnya kehidupan sebelum merdeka. Masih tebal melekat kuat disanubarinya, ketika zaman penjajahan Jepun, kehidupan amat sukar. Ubi kayumenjadi makanan harian tidak seperti sekarang ada macam-macam nasi kerabu, nasiminyak entah apa-apa lagi. Nasi jarang sekali disuapkan ke mulut. Kalau bajukoyak, dijahitnya dengan benang yang dibuat sendiri daripada daun pokok nanas.Seksa hidup pada masa itu. Bila ada orang mati, mayatnya dikafankan dalam guni,tidak ada kain putih sebab pada masa itu, ada kain pun semuanya sudahbertampal-tampal. Bila mengenangkan itu semua, hati Pak Su Cha menjadi semakinparah seperti nanah yang membusung di dada menunggu hari masaknya saja.Begitulah sakitnya hati Pak Su Cha. Sakitnya bukan alang kepalang. Lamunan AhLeong tersentak apabila Mei Jung memanggil-manggil namanya di dapur. Diabergegas menuju ke arah dapur dengan menatang dulang yang berisi beberapa buahcawan kopi yang telah diminun oleh pelanggannya. Sejak dari tadi, dia lekamengikuti perbualan di antara Pak Su Cha. Dia juga cukup tertarik untukmendengar pendapat-pendapat daripada kawan-kawannya itu tetapi apakan daya, diaterpaksa melayan pelanggan di kedai kopi itu. Kalau tidak, susahlah diadikerjakan oleh Mei Jung yang kuat berleter.

            Sesekali, matamereka memandang dipersekitaran mereka. Selain mereka bertiga, terdapat empatorang yang sedang minum sambil berbual-bual kosong. Kelibat Leong sudah tidakkelihatan lagi. Mungkin sibuk di dapur. Linggam membuka ikatan gelang getahyang mengikat senaskhah surat khabar Utusan Malaysia. Diperhatikannya satupersatu berita yang tertera di dada akhbar itu. Telinganya masih lagi mengikutiperbualan di antara Pak Su Cha dengan Tarmizi. Kadang-kadang dia mengganguksahaja apa Pak Su Cha menanyakan sesuatu. “Apa yang kau baca tu, sampai akutanya pun kau tak jawab?” Tanya Pak Su Cha sambil merapatkan matanya dilembaran akhbar tersebut. Linggam tidak menoleh tetapi menerangkan sesuatukepada Pak Su Cha dan Tarmizi.

“Aku tengah membaca rencana tentang pelbagai masalahyang melibatkan remaja sekarang. Jelas Linggam dengan panjang lebar. Tarmizimencelah, “lagi rencana itu kata apa lagi?” Linggam menyambung pembacaannyaseperti orang sedang membaca berita di peti televisyen lagaknya.

“Gejala buangbayi, gengsterisme dan kelakuan yang tidak senonoh semakin menjadi-jadi.” KataLinggam lagi. Tiba-tiba, Ah Leong yang sejak dari tadi sibuk di dapur melurukeluar seperti berminat untuk mengetahui perkembangan negara. Diletakkannyadulang yang berisi air kopi di hadapan Pak Su Cha dan Tarmizi. Dia juga tidakmahu dianggap seperti ‘Katak di bawah tempurung’ tidak tahu apa-apa tentangsuasana negara. Linggam yang berada di sebelahnya, terkejut dengan kedatanganAh Leong yang tidak disangka-sangka itu. Dia terus membelek dari sehelailembaran ke lembaran yang lain. Ah Leong seperti tidak sabar ingin mengetahuiisi rencana itu seterusnya.

“Linggam, kenapasi kalang banyak sangat gejala sosial, macam itu bunuh-membunuh, buang bayi?”Soal Ah Leong dengan mata yang terjojol. Linggam yang sejak dari tadi asyikmenatap isi rencana itu terus membacakan petikan isi rencana itu dengan kuat.

“Kebanyakanremaja yang terjebak dengan gejala sosial ini adalah disebabkan oleh banyakfaktor dan salah satunya ialah masyarakat di sekililing yang tidak mengambilberat terhadap remaja atau dalam erti kata yang lain tidak peka.”ujar Linggamdengan nada yang keras. “O…………. itu macam ka?” Ah Leong memuncungkan mulutnyaseperti sudah tahu jawapan daripada Linggam.

Tiba-tiba mataPak Su Cha terpandang akan kelibat Encik Arshad, jiran sebelah kampung Barohyang sedang menuju ke Kedai Kopi. Langkahnya seperti tentera Jepun yang sedangberkawad di padang kawad. Pak Su Cha memanggil-manggil nama Encik Arshad denganmelambai-lambaikan tangannya seperti dia memanggil kucing-kucingnya di rumah.Tarmizi yang duduk hanya terus menghisap rokok. Asap berkepul-kepulberterbangan di ruang angkasa. Ada juga yang membentuk peta negera Malaysia.Linggam masih lagi leka membaca rencana di dada akhbar Utusan Malaysia. Matanyatidak lekang daripada akhbar tersebut. “Encik Arshad, mari minum dulu.Perbincangan panas ni,” kata Pak Su Cha sambil bangun menarik kerusi untukEncik Arshad.

Sambil melabuhkanpunggungnya di atas kerusi, terus Encik Arshad memanggil Ah Leong untuk memesankopinya. “Apa yang panas ni Pak Su Cha?” Encik Arshad bertanya sambil mataanyamemandang ke arah Pak Su Cha.

“Aku ni bukanapa, Leong ni, asyik puji remaja sekarang saja. Itu yang buat aku mendidihdarah ni.” Kata Pak Su Cha sambil merenung tajam wajah Leong yang membawakopi  kepada Encik Arshad.  Ah Leong yang berada di situ hanya tersengihdengan tuduhan yang dilemparkan oleh Pak Su Cha. Sedikit pun dia tidak berkecilhati dengan Pak Su Cha. Bagi Ah Leong dia sengaja hendak memanaskan hati Pak SuCha. Kalau tidak, sunyi kedainya tanpa hiruk-pikuk suara Pak Su Cha. Linggamyang sejak dari tadi diam tiba-tiba bersuara membaca petikan rencana ituseterusnya.

“Masalahpembuangan bayi semakin menjadi-jadi.” Linggam meneruskan perbincangan yangterbantut tadi.

“Cuba bacarencana ni.” Kata Linggam kepada Tarmizi sambil menghulurkan akhbar UtusanMalaysia yang baru dibelinya tadi. “Menarik betul fakta yang dikemukakan olehpenulis rencana ni.” Puji Linggam. Tarmizi terus mencapai akhbar itu danditelitinya bahawa kata-kata dalam rencana itu memang menarik. Antara bunyipetikan itu ialah:

Gejala pembuangan bayi semakin berleluasa. Keadaansemakin parah seperti tidak dapat dikawal lagi. Terbaru, seorang lelaki telahmenjumpai mayat bayi yang baru dilahirkan di dalam bungkusan plastik di tepitong sampah. Keadaan yang menyayat hati ini berlaku kurang daripada 3  jam selepas satu lagi penemuan mayat bayiyang baru lahir di tepi surau di sebuah sekolah agama – Utusan Malaysia Khamis14 September 2018.

Tarmizi menelitibait demi bait kata-kata yang terkandung dalam rencana itu dengan bersungguh-sungguhhanya mengangguk-angguk kepalanya tanda bersetuju dengan penulis rencana itu.

 

“Saya pun setujudengan pandangan penulis itu. Sejak awal lagi kita perlu berganding bahu untuksama-sama membenteras masalah ini. Tapi tidak semua remaja yang menghadapimasalah sosial.” Terang Encik Arshad yang sememangnya mempunyai pengetahuanyang luas mengenai isu-isu semasa. Encik Arshad meneruskan lagi luahanpendapatnya dengan menyatakan bahawa kejayaan mendidik anak-anak yang terdedahdengan pelbagai cabaran adalah tanggungjawab ibu bapa dan selebihnya adalahtanggungjawab masyarakat bersama.

“Ya, ada banyakcara untuk kita dekati remaja masa kini. Selain daripada mengikuti perkembanganmereka, kita harus memberikan dorongan agar mereka boleh maju ke hadapan. Itupun kita mesti berpegang kepada kepercayaan beragama. Jika agama menjadilandasan kepada kejayaan, maka kejayaan akan menjadi milik kita.” Kata Patondengan muka yang bercahaya.

Tiba-tiba Paton yang datang dari arah belakang Pak SuCha mencelah. Semua mata memandang ‘peon’ Pejabat Pos dengan pandangan yangpenuh kehairanan. Pak Su Cha paling terkejut. Tidak disangkanya, ‘peon’ yanghanya tahu buat kerja di pejabat tahu akan isu-isu semasa.

“Bukan calang-calang orang kau ni, Paton” tegur Pak SuCha sambil menepuk-nepuk bahu Paton.

 Paton yangkembang hidungnya  meneruskanhujah-hujahnya.” Jelas Paton seperti seorang penceramah bebas yang sekalipandang macam Dr Fadzilah Kamsah pula lagaknya yang sedang menyampaikan kuliah.

“Pak Su nak tahu, baru-baru ni ada program yangdianjurkan oleh Kebajikan Masyarakat mengenai isu-isu penderaan, gejala socialyang lain. Ramai anak-anak remaja di kampong saya yang turut hadir mendengarpelbagai ceramah di Balairaya tempoh hari. Saya pun turut hadir pada masa tu.Memang berbaloi kita mendapat pelbagai nasihat dan input daripada pihakkerajaan.” Ujar Paton dengan muka berseri-seri.

“ish,ish kamu ni Paton, tak percaya aku dengan apa yangkau ceritakan ni”kata Pak Su Cha dengan mulut yang muncung ke depan.

“Betul Pak Su, takkanlah saya nak bohong. Bukan semuaremaja kita yang bermasalah.” Kata Paton sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Walaupun Paton hanya seorang ‘peon’, percampurannyadengan pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai yang berurusan denganperkhidmatan pos meluaskan pandangan dan pengetahuannya terhadap isu-isusemasa.

Tarmizi menambah, “benarlah Pak Su, semasa sayabersekolah menengah dahulu, pihak sekolah terutamanya guru sentiasa memberikankami nasihat agar tidak terjebak dengan gejala social seperti sekarang. Kamisentiasa diberikan didikan agama dan kefahaman tentang isu-isu semasa ini.Kadang-kadang jika ada berlakunya kesalahan yang dilakukan oleh kami, ibu bapaakan dipanggil terus ke sekolah.” Kata Tarmizi sambil mengingatkan semula zamanpersekolahannya.

Pak Su Cha yang sudah agak lama mendiamkan diri mulamemberi pandangan. Dia juga tidak mahu kalah dalam memberi pendapat. Baginya,perbualan mereka pada hari itu amat bermakna dan penuh dengan pengetahuan.Terasa perbincangan kali ini, benar-benar menyemarakkan rasa bangganya terhadapgolongan remaja masa kini di dalam hatinya. Dia benar-benar rasa gembira dengansemangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakannya.

Sambil membetulkan kopiah putih di atas kepalanya, PakSu Cha berkata, “ Aku rasabetul juga pendapat Tarmizi tu, anak saudara aku yang belajar di luar negeritak pula terpesong akidahnya dengan cabaran masa sekarang, elok je aku tengok.”Pak Su Cha berkata sambil menjeling ke arah En Arshad yang sememangnya sedangbersedia menyambung hujah-hujah yang dikemukakan oleh Pak Su Cha.

“Remaja yangbermasalah pula akan dihantar ke pusat-pusat pemulihan agar mereka dapatmenjadi warga Negara yang berjaya pada masa hadapan.” Tambah Encik Arshad.“Betul tak Linggam?” Soal Encik Arshad sambil mencuit lengan Linggam. Linggamyang terkebil-kebil itu menjawab dengan spontan seakan-akan melatah pula.“Betul, betul,”jawab Linggam. Akhirnya, mereka ketawa kepuasan.

Paton yang ketawajuga turut meminta izin untuk pergi ke tempatnya kerjanya. “Maaflah, aku takdapat sembang lama-lama dengan kau orang semua. Aku ada kerja yang hendakdisiapkan.” Kata Paton dengan hormat kepada rakan-rakannya. Rakan-rakannya tahubenar bahawa Paton tidak boleh berada lama di kedai itu dan terpaksa memintadiri untuk kembali ke pejabat kerana waktu rehatnya sudah hampir tamat. Merekamelihat Paton melangkah meninggalkan Kedai Kopi menuju ke Pejabat Pos yangberhampiran dengan Stesen Bas.

Pak Su Chaseperti tidak mahu bangun-bangun dari tempat duduknya. Sudah dua cangkir kopidihabiskannya. Baginya, perbualannya dengan Encik Arshad, Tarmizi, Linggam danPaton banyak memberi pengetahuan kepada dirinya.  Bukannya berbual kosong dan menjaja cacatcela orang lain tetapi saling berkongsi maklumat yang berguna untuk dirinya.

“Baru-baru ini,minggu lepas, saya ada berjumpa dan berbual dengan kawan lama. Dia tinggal katTaiping. Kebetulan dia datang ke Bagan menziarahi adiknya di sana. Dia dulubekas pegawai siasatan jenayah di Bukit Aman” Ujar Linggam.

“Menurut kawanlama saya itu, kebanyakan remaja yang ditangkap memang menghadapi masalahkeluarga. Contohnya ada ibu bapa yang telah bercerai menyebabkan merekaterabai, ada pula yang sibuk mengejar kekayaan, ada juga yang tak ambil kisahtentang anak-anak mereka.” Jelas Linggam.

Pak Su Cha danTarmizi saling berpandangan seperti orang yang mabuk  cinta. Encik Arshad dan Linggam memang mempunyai pengetahuan yang meluasberbanding dengan mereka. 

            Hampir separuh harimereka berbual-bual di Kedai Kopi yang boleh dinaik taraf kepada DewanParlimen.

            “Leong! Kiraberapa,” Panggil Encik Arshad sambil tangannya melambai ke arah Ah Leong yangsedang sibuk mengangkat dulang berisi beberapa biji cawan yang telah kotor.“Paton sudah bayar tadi. Dia yang belanja semua,” jelas Ah Leong jujur.  Mereka hanya terdiam.

“Aku nak pergi Kedai Sarvana. Nanti bising pula Timah.Garam habis la. Dapur tak berasap la. Asyik kat kedai Leong. Nak jadi wakil rakyatla. Macam-macam.”  Rungut Pak Su Cha.“Biasalah Pak Su, orang perempuan. Mei Jung tu apa kurangnya, semuanya takkena. Asyik nak berleter saja. Gegendang telinga aku ni, dah lali dengar iramaleteran Mei Jung.” Rungut Leong. Pak Su Cha tidak berpaling ke belakang lagi.Dia mengayuh basikal tuanya sederas yang mungkin menuju ke rumahnya. 

 

           

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.