2,116
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
KOMA

Waktu berdetik perlahan. Entah mengapa diriku terasa penat seperti baru selesai berlari. Aku berjalan tanpa ada arah tuju. Aku melintas dari satu bilik ke satu bilik. Apa yang dicari pun aku sendiri tidak tahu. Aku terus berjalan dengan fikiran yang kosong. Setiap orang yang melintasi aku pastinya akan tidak menghiraukan aku. Seakan-seakan aku tidak wujud di hadapan mereka. Aku memilih untuk duduk di bangku yang telah disediakan. Aku cuba mengingati semula mengapa aku boleh ada di situ. Apa yang alku buat di situ. Seingat aku, aku sepatutnya berada di pejabat. Aku menoleh ke tangan kiriku untuk melihat jam tetapi sayang waktunya telah berhenti. Mungkin telah kehabisan bateri. Waktu di jam tanganku menunjukkan pukul 9.35. Aku tak pasti malam atau pagi waktu jam itu berhenti. 

“Pelik pesakit bilik 2 tu dah seminggu tak sedarkan diri. Keadaannya stabil tetapi tak bangun-bangun. Doktor Yas dah pening tak tahu nak menjawab apa dekat family pesakit.” Aku mendengar perbualan dua orang staff di situ. Ya aku berada di hospital. Mengapa? Aku juga tak tahu mengapa aku boleh berada di situ. Fikiran aku kosong. Tidak dapat meneka apa yang telah berlaku. 

Aku bangun dan sambung melilau di dalam hospital. Lepas satu-satu bilik aku tinjau. Aku melihat seorang yang aku kenali sedang duduk di bangku berhadapan sebuah bilik. Orang itu adalah tunang aku. Baru sahaja aku mahu melangkah ke arahnya, ada seorang lelaki berbaju serba putih datang mendekati tunang aku. Lelaki itu menyerahkan sehelai kertas kepada tunangku. Apa yang ada tertulis di kertas itu juga ak tak dapat pastikan. Aku cuba mendekati mereka. Aku lihat mata tunang ku seperti baru sahaja selesai menangis. Mengapa? Kakiku melangkah ke arah mereka. Tetapi… 

“Cik, kena banyak sabar. Buat masa sekarang dia dalam keadaan yang stabil. Cuma pihak kami masih tidak dapat mengesahkan sebab mengapa dia tidak sedar lagi” Ujar lelaki itu. Hatiku bertanya siapakah yang sakit ?

“Agak-agak bila dia boleh sedar doktor? Ada komplikasi lain semasa pembedahan ke? Soal Maisarah, tunang aku. 

“Tidak. Semuanya berjalan dengan lancar. Sepatutnya pesakit dah sedar 4 jam setelah pembedahan.” Ujar Doktor Yasir. 

“Tapi doktor. Sekarang dah seminggu dia tak bangun.” Kata tunang ku sedikit meninggi nadanya. Mungkin hilang sabar dengan jawapan doktor itu. 

“Setiap hari doktor kata benda yang sama. Masalahnya bila?” ujar Maisarah dengan nada yang agak keras. 

“Maaf Cik Sarah. Pihak kami masih memantau pesakit. Jangan risau. Pesakit dalam keadaan baik. Cuma mungkin masih belum masanya untuk dia sedar.” kata doktor itu serba salah. Maisarah hanya mengeluh. Doktor Yasir mula minta mengundurkan diri dan meninggalkan Maisarah seorang diri. Aku melihatnya dia mengesatkan matanya. Aku ingin menenangkan dia. Aku cuba menghampirinya dan menegurnya. Tapi sayang. Maisarah hanya mendiamkan diri. Takkan dia tidak mnedengar suaraku menegurnya. 

“Mai.” panggil ku perlahan. Tetapi tiada balasan. Matanya masih menghadap bilik di hadapannya. 

“Mai” panggil aku sedikit kuat. Risau dia tidak perasan akan kehadiran ku. Maisarah bangun dari tempat duduknya dan masuk ke dalam bilik itu. Aku dengan automatik hanya mengikuti langkah Maisarah. Aku mendekati katil itu bersama Maisarah.

“Bangun lah you. Kenapa lama sangat you tidur?” Ujar Maisarah perlahan. Mata ku tertacap pada jasad yang kaku berbaring di atas katil hospital. Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat diri ku yang berbaring tidak sedarkan diri di atas katil itu. Aku cuba menyentuh bahu Maisarah tetapi tidak dapat. Seperti bayang-bayang. 

“Apa dah jadi pada aku ni? Aku dah mati?” Aku bertanya pada diri sendiri. Aku cuba mengingati apa sebenarnya yang terjadi. 


Trowback 

Aku menuju ke arah keretaku. Mulutku tak habis-habis memaki seorang pakcik yang aku rasa menyusahkan aku. 

“Bodoh! Duduk dekat depan tu mengemis buat apa. Badan sihat pergi lah kerja. Kau ingat aku kerja nak bagi kau duit. Dasar miskin” Kutuk aku kepada pakcik itu walaupun pakcik itu tidak mendengarkan nya. Aku merasa terganggu dengan kehadiran pakcik itu. Aku rasa dia sengaja buat-buat sakit supaya dapat duit dengan mudah atas belas ihsan orang. 

Aku lalu melintasi pakcik itu dan memberikan renungan maut. Sakit sungguh hatiku waktu itu. 

Baru sahaja kereta aku melalui selekoh untuk keluar dari pada simpang tiba-tiba aku merasakan diri aku melayang. Aku tercampak keluar daripada kereta. Aku tidak dapat  bergerak langsung. Hanya mataku yang melilau mencari punca apa yang sedang berlaku. Aku ternampak lori yang melanggar kereta ku. Bunyi suara orang mengelilingiku dan ternampak pakcik yang aku kutuk sebentar tadi datang dan cuba memberikan bantuan. Makin dekat pakcik itu semakin kabur pandanganku dan semua pandangan aku menjadi gelap.

*** 

Aku teringat akan semua perkara yang terjadi. Aku menangis. Aku meraung. Aku teringat akan pakcik itu. Kenapa ? Apa yang aku dah buat? Lupakah aku? Aku juga berasal daripada keluarga yang susah. Hidup merempat. Kalau tidak ada yang membantuku sehingga sampai ke tahap ini aku pastinya masih di lorong-lorong gelap. 

“Ya Allah, maafkan aku.. sesungguhnya aku lupa. Lupa yang semua pemberian itu datangnya daripada-Mu.” rintih aku di tepi katil di mana jasadku terbaring tidak sedarkan diri. 

“Aku takbur, riak dengan kejayaan yang aku dapat selama ini Ya Allah” aku terus merintih. 

Aku memandang sayu wajah kesayanganku. Aku rasa bersalah. Selama ini aku berkasar. Baran tak tentu pasal. Tapi dia masih di sisi aku ketika aku sedang sakit. Dia yang selalu menyokong kerjaya aku. Bagi aku modal untuk segala bisnes aku. 

“Ya Allah. Adakah ini balasan Kau untuk aku yang sering menyakitkan hati orang di sekeliling aku? Sungguh aku menyesal Ya Allah.” Aku menangis meratapi jasadku sendiri. 

“Adakah aku akan pergi di saat aku belum bersedia? Aku ingin minta maaf kepada semua orang yang aku sakiti”

Aku sedar menangis air mata darah sekalipun aku tidak berdaya untuk bangun. 

“Ya Allah berikan lah aku sekali lagi peluang untuk aku tebus semua perbuatan buruk aku.” Aku berdoa dan terus berdoa. 

Mesin bantuan hayat di sebelah aku tiba berbunyi. Aku lihat Maisarah menjadi kelam kabut memanggil doktor. Aku lihat tanganku yang seakan-akan semakin menghilang sedikit demi sedikit. 

“Aku akan mati? Ya Allah bantu aku” Aku mula meraung. Aku memanggil Maisarah. Aku menjerit. 

“Bantu aku Ya Allah. Aku taknak mati lagi. Aku banyak dosa. Aku nak tebus semuanya” aku merayu, merintih, melutut.

Sedikit demi sedikit aku semakin hilang. Rohku semakin hilang. 

“Ini lah kesudahan aku.” aku menangis lagi… 

“ selamat tinggal Maisarah. Aku minta maaf. Selamat dunia. Selamat tinggal semuanya” aku menutup mataku. Aku mula reda dan hanya menunggu rohku terus hilang dari muka bumi ini untuk selamanya..


Setelah 1 tahun

“you! Apa yang you fikirkan? Termenung je” tegur seorang bidadari yang dihadiahkan untuk aku. 

“i fikir masa I koma dulu. Tak sangka I dapat hidup sehingga sekarang.” 

“ish, you ni mesti lah you kena hidup. Takkan nak tinggal I sorang-sorang” ujar Maisarah sambil memuncungkan bibirnya. Dia tidak suka jika aku mengingatkannya tentang hal itu. Katanya dia terlalu takut dan trauma dengan apa yang terjadi padaku setahun yang lepas. 

Kini aku telah sedar akan kesalahanku. Aku sedar segala kekayaan, kejayaan, rezeki, dan kehidupan adalah hadiah daripada Allah. Aku telah diuji oleh Allah dan memilih jalan yang salah sebelum ini. Kali ini peluang kedua yang diberikan pada aku, tak akan aku persiakan. 

“Terima kasih Ya Allah. Atas peluang kedua yang kau berikan padaku untuk menebus kembali kesalahan yang aku lakukan” monolog aku sendiri di dalam hati sambil mencium dahi Maisarah yang telah sah menjadi isteriku. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.