Home Cerpen Kisah Hidup Asyraf Safarahan 4
Asyraf Safarahan 4
Hasan Z. Ali
5/4/2020 16:01:58
507
Kategori: Cerpen
Genre: Kisah Hidup

 Jumaat yang diberkati. Pagi-pagi lagi aku dan Fazwan naik kereta api laju menuju ke Wawasan. Di stesen Safarahan ini, ramai sungguh orang yang ingin ke pusat bandar Wawasan. Walaupun hari ni hari minggu. Ada yang bersiar-siar mahupun bekerja dihujung minggu.

 

Platform 2 sudah dipenuhi orang awam untuk ke Wawasan. Aku dan Fazwan pun turut sama dalam keramaian. Aku tak boleh menduga apa-apa daripada si Fazwan ni. Dia suka berahsia dan aku pulak suka kejutan. Macam hari tu, ajak pergi pusat beli-belah rupa-rupanya beli baju kemeja. Ini kalau aku tanya nanti dia cakap ‘adalah’, pastu aku pun malas nak tanya panjang. Sekurang-kurangnya dapat pergi bandar sudah.

 

Seketika menunggu, tren 5 koc tiba di platform. Dengan adab dan disiplin, memberi orang di dalam keluar terlebih dahulu. Kemudian barulah masuk dengan beretika. Tak perlu berebut. Lagipun, tren ni akan berhenti selama 15 minit sebelum berlepas. Banyak masa. Aku dan Fazwan terus mencari tempat duduk. Kami duduk di tepi tingkap. Barulah dapat melihat pemandangan di luar.

 

Sesudah 15 minit berlalu, pintu tren telah pun ditutup dan bersedia untuk berlepas. Tren berkuasa tinggi ini mula meninggalkan platform dan stesen. Kelajuan kian bertambah.

 

“Wan, kau nak ajak aku pergi mana ni, ha?,” tanya aku. Aku suka kejutan pun aku jugak nak tahu ke mana dibawa aku ni. Haih, takut pulak hahaha. “adalah, kau ikut je aku, aku tak jual kau lah,” uii cakap sedap nampak. Mentang-mentang aku ni hensem, ada nilai harga jual pulak eh. Suka hati kaulah.

 

Tren masih laju. Kru kabin tadi menghidangkan kami dengan ikan bakar cecah air asam dan jus laici. Di jendela koc, aku lihat pencakar langit Safarahan sudah hilang dari pandangan kini berubah kepada bangunan-bangunan rendah. Tahulah aku sebentar lagi aku akan tiba di Wawasan.

 

(bip pengumuman) “tuan-tuan dan puan-puan, anda akan tiba di Wawasan. Ladies and gentlemen, you will approaching Wawasan.,”. Alhamdulillah, aku sudah tiba di Wawasan. Fazwan dan aku pun bangkit dari tempat duduk untuk keluar.

 

Wah, indahnya Wawasan pada Jumaat ni. Stesen kereta api laju Wawasan ni sangat strategik. Terletak berhadapan dengan Pasar Besar Tun Abdullah, pasar paling sibuk di Wawasan. Turut berdekatan ialah Wisma Azyawadah dan Panggung Cenderasari. Tapi aku masih tak tahu arah tuju. Jadi ekor si Fazwan ni lah.

 

“Wan, dah sampai ni, mana tempat kau nak bawak aku?,”

“kau ni tak sabar kan? Iya jom,” ajak Fazwan. Eh, aku tak sabar? Kena berdebar ke ni? Fazwan mengajak aku menaiki bas ke Kompleks Long Muhammad. Aii, lain macam nak ajak aku pergi tempat model-model ni kenapa pulak? Huhu,menyesalnya ikut. Aku dapat job jadi model produk mana-mana ke? Baju Melayu? Kurta? Baju sejuk? Aku tahulah muka aku ni ada market, tapi bincanglah dulu.

 

“kau tak payah overthinking sangat boleh tak? Aku jawi karang,” Fazwan mencebik muka. Eleh, aku ni gelabah dari tadi. Ni kan Wawasan. Bandar besar kutt. Dalam bas ni macam ragam orang yang aku tengok. Fazwan ni pun aku makin kurang yakin dengan dia. Husnuzon jelah.

 

Akhirnya, kami tiba di Kompleks Long Muhammad. Aku nampak ada rak baju-baju jersi dari lori dipunggah masuk ke dalam bangunan. Ini boleh jana pendapatan aku ke ni? Ha mungkin.

 

“Asyraf, jom ikut aku,” ajak Fazwan. Aku mengikut di belakangnya. Dia masuk dalam bangunan Kompleks Long Muhammad. Di ruang legar, terdapat semacam set penggambaran terbuka untuk rancangan TV. Berjalan menuju ke lif, aku tengok ada sekumpulan lelaki-lelaki sado sedang berbual rancak. Mungkin menunggu penggambaran mungkin. Yelah, minuman protein pun ada duta dan ada iklannya.

 

Kami naik hingga tingkat 6. Aku ikut je si Fazwan ni. Sambil berjalan, Fazwan disapa oleh ramai orang. Tanya apa khabar sehinggakan ada yang tanya dia bawak aku untuk ujibakat model. Eh. Laku ke? Hahaha.

 

Fazwan sampai di sebuah bilik lalu membuka kuncinya. Pintu pun dibuka. Ianya sebuah bilik pejabat. Bilik itu berjendela yang mempunyai pemandangan indah sekitar kompleks ini.

 

“wah, cantiknya pejabat ni, ada pemandangan indah lagi. Tapi takde langsir.,” eh, aku ni menilai pulak.

 

“langsir belum beli lagi. Alah, sapa nak intai, aku bukannya hensem pun hahaha,” kata Fazwan. Hurm, iyolah Fazwan. Aku sebenarnya tertanya-tanya ni, pejabat ni siapa punya, dan kenapa dia bawak aku kesini?

 

“kau mesti tertanya-tanyakan pejabat sapa ni, kenapa aku bawak ke sini,” Fazwan mula membaca fikiran aku. Sebenarnya, pejabat itu merupakan pejabat bapa saudaranya. Bapa saudaranya merupakan seorang penulis lirik dan pengurus label. Apabila bapa saudaranya sudah membuka label sendiri di Music Square, pejabat kecil ini diberikan padanya. Fazwan mewarisi bakat seni bapa saudaranya. Wah, hebat sungguh.

 

“tapi, apa motif kau ajak aku kemari?,” aku keliru lagi. Sebab itu bukan jawapannya.

 

“aku bawak kau ke sini untuk ambil ‘feel’ kotaraya Wawasan ni, aku nak tanya kau banyak soalan. Boleh?,” aasudah, soalan apa pulak dia nak tanya ni, sampai ke Wawasan dia nak tanya ya. Asal, kat Safarahan tu, sensitif ke soalan tu kalau ditanyakan?

 

Fazwan mempelawa aku duduk di sofa. Di tangannya sudah tersedia sebatang pen dan sebuah buku nota. “kau bersedia dengan soalan aku?,” “eleh, kau takpayahlah nak acah polis sangat boleh tak? Tanya jelah.,” “ha yelah yelah,”.

 

“Soalan pertama, apa dapat kau faham melalui cinta?,” uish. Aku memikirkan jawapan terbaik. Cinta bagi aku merupakan satu sifat yang ada tertanam dalam setiap jiwa manusia. Cinta tak semestinya suka, cinta tak semestinya rindu, cinta tak semestinya menghargai. Cinta adalah pegangan antara dua jiwa. Cinta sebenar ialah kesetiaan. Cinta tiada bahasa yang mampu mengungkapkannya. Andai cinta disalahertikan, salah satunya merana. Pedihnya cinta dibolakan, ditendang dan diole,  kerana cinta itu berpasak.

 

“oke, soalan kedua. Apa kau kata akan kenyataan lelaki ni sampah?,” ha, soalan apa ni? bagi aku, tak perlu nak men’sampah-sampah’kan kaum Adam. Buat apa? Takde faedahnya. Perempuan cakap lelaki tu sampah, sumpah tak matang. Sendiri datang menadah cinta, sendiri cambah sengketa, sendiri putus dan sendiri sesal. Kemudian menyalahkan lelaki. Kononnya kata, dah lah tak hensem, curang pulak tuh. Eh, aku lelaki hensem pun selayak lagi untuk berlaku curang. Lelaki sampah sebab curang, tak guna lah apalah. Sedarlah, ayah tu lelaki. Adik lelaki tu lelaki. Abang tu lelaki. Dah kenapa nak menyalahkan jantina lelaki? Sedangkan kelahiran itu berakarkan benih dari seorang lelaki. Sama je kepada lelaki yang cuba mempertahankannya. Inilah akibat buruk bercouple. Kan dah jadi celaru macam ni? Kalau diri tu matang, tiadanya selisih sampah-sampah ni.

 

“soalan ketiga, kenapa wujudnya perempuan rupalistik?,”. Aku pun mengeluh. Aku takkan rasa rupalistik tu, sebab perempuan semua layan aku dengan baik. Tapi tidak bagi Fazwan. Rupalistik memilih orang untuk ditegur. Tegur lelaki yang tertentu sahaja. Fazwan bukanlah mahu ditegur atau disapa, namun pemerhatiannya itu cukup mentafsirkannya. Perlukah memilih rupa? Inikan kurniaan Allah. Berikan layanan sama rata kepada semua lelaki. Kalau tak menegur lelaki yang tak hensem, tak payahlah menggedik mahu menegur yang tampan. Terkadang perempuan rupalistik sudah hilang imbangan. Rasa hormat pada lelaki bercampur-baur. Jangan berdinding alasan keuzuran, boleh untuk meninggi suara pada yang tidak hensem. Hanya memuka senyum pada jejaka oppa sahaja. Ini lagi tak matang. Hidup ini tak adil katanya, sebenarnya manusia yang menipu timbangan itu.

 

Paling aku tak tahan, Fazwan pernah cerita seorang perempuan yang kononnya menjaga pandangan, ajnabi bagai dengan dia. Tapi bila dengan aku, ya aku ha boleh je nak berbuallah, ketawa sampai simpan nomborlah. Fazwan jelas bukan minta perhatian mahupun layanan, cuma tetapkan niat diri. Jangan menentu pada tertentu. Acah je lebih. Sebab itu, coklat, rantai kunci mahupun seutas jam yang diberi pada aku, aku tak membalasnya. Cukuplah senyuman yang manis tanpa harga. Jimat duit aku. Daripada memanjangkan landasan dosa. Hadiah je, mana dosa. Ha sebab tak merasakan itu. Sebab tu lalai. Tanpa sedar soalan-soalan Fazwan menyedarkan aku pada realiti.

 

Aku mula faham. Kenapa golongan Fazwan mengeluh begini. Mereka bukan mengeluh dengan keluh. Lelaki kan, mereka berhadapan dengan situasi macam ni. Mereka merasainya. Dan mereka buat tak tahu dan melupakan. Ibarat roda, mereka berhadapan dengannya kembali. Mereka buat tak tahu dan melupakan juga. Macam aku, bila aku tak tahu, aku tanya, dan berpuluh orang sedia memberikan jawapan pantas kepada aku. Aku tak pandai Matematik, ada je yang menghulur tangan. Orang macam aku, kalau post gambar kat media sosial, mesti beratus like paling kurang. Cepat je followers naik. Komen dekat post sentiasa positif. Komen hensem lah, rajin lah (sebab gambar memasak). Bila buat undian di cerita Insta, mesti undian yang positif diundi.

 

Fazwan bukannya mengadu sendu, tapi yelah, dunia tak adil. Tapi, bila mencerap definisi adil, adil itu bukan bermaksud sama rata kan? Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tempat yang sebenar itu ialah mengawal diri. Berikan layanan yang betul, bukan memilih. Serasa kalau rupalistik begini, ada yang mahu ke? Namun sayang, setepuk bedak dan secalit gincu cukup jadi perisai. Sudah-sudahlah memilih rupa. Rupa tidak menjanjikan kebahagiaan. Apatah lagi hubungan yang berkekalan.

 

Rupalistik secara ironinya tidak mengenal siapa pun. Budak kelas bawah, budak pandai lagilah. Budak pandai, mesti nak berkawan dengan setaraf dengan dia je. Rupa tu taraf juga. Bodoh takpe, boleh asah. Rupa tu wajib. Sungguh tak matang. Profesional mereka juga adalah pertikaian. Sebab profesional mereka hanya keadaan tertentu. Ada masa mereka berdinding, ada masa ia tembus.

 

Sebab itu bersahabat dengan orang yang berpurdah. Kehidupan mereka bermatlamat. Mereka sangat profesional. Nada bercakap mendatar. Tiada siapa yang akan tersinggung. Urusan cepat selesai. Ajnabi tetap ajnabi. Ada secebis jenaka selit, namun niat jitu hendaklah ditanam jua. Adab yang sebenar dengan ajnabi.

 

Sudah, cukup dengan rupalistik ini. Soalan seterusnya Fazwan. Hahaha.

 

“soalan keempat, lelaki pilih rupa tak?” aumm, soalan dia. Bagi aku fitrah manusia yang sukakan keindahan, pasti memilih yang indah-indah. Kalau perempuan boleh pilih rupa, maka sebagaimana lelaki juga. Tapi, tak perlulah membandingkan layanan. Huh.

 

“soalan kelima, siapa yang complicated? Lelaki atau perempuan?,” dah tu siapa lagi, itulah. Hahaha. Tak semestinya jantina itu sahaja yang complicated, sebenarnya kalau kita memahami, isu ini tidak bangkit lagi. Tapi kalau sudah memahami, entahlah sendiri mahu ingatlah hahaha.

 

“makin pendek ya jawapan kau ni,” sindir Fazwan. Iyelah, dah aku tak tahu nak hurai apa, jadi aku bagi jawapan pekat dan padat jelah.

 

“soalan keenam,  kenapa kena jaga ikhtilat?,” nampakkan? Soalan dia makin lari ni. Masalah anak muda pada harini ecewah anak mudah bhaii ialah ikhtilat yang tiada dijaga. Couple datangnya dari ikhtilat. Cinta kera, siamang mahupun mawas pun datang dari ikhtilat. Sedangkan sepupu sendiri pun ajnabi, inikan pulak rakan sepengajian. Sebenarnya, ikhtilat pun samar-samar dari kefahaman mereka. Itu yang buat tak tahu tu. Malas aku nak terangkan ikhtilat tu apa, dah tahu pun buat tak tahu. Kenapa? Alah, nak kawan je bagai. Ada batasannya. Cerpen tak habis lagi dah triggered teroks dah ni. Masalah ummah ni sahabatku.

 

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan),” –Surah Al-Israa’ ayat 32.

 

Allah larang menghampirinya. Dah sah-sah zina memang tak boleh. Tapi ‘menghampiri’ tu tak nampak macam mana bentuk menghampiri itu pasal ikhtilat kelaut. Hidup ni berpasangan, siang dengan malam, air dengan api, pulut dengan ikan kering. Begitu jugalah lelaki dengan perempuan, namun ada adab dan tatacaranya. Boleh nak berkawan, nak berborak apatah lagi nak membahan, tapi jaga ikhtilat. Gunakan suara yang betul dan tindak balas yang profesional.

 

Fazwan makin kagum dengan aku. Eleh, ni kan aku. Ramai je orang crush kat aku. Aku je buat tak tahu. Eh, terberitahu pulak.

 

Kau ingat zaman milenia ni takde orang bagi surat-menyurat? Eh, aku pernah je dapat surat berbedak talkum yang mungkin dia rembat bedak adik dia lepastu minyak wangi semerbak. Aku baca je. Terharu. Aku ada hak untuk reject kan? Baca jelah, tak payah berharap dengan balasan. Aku taknak nampak sangat desperate. Maaf. Jaga ikhtilat betul-betul, cantik macam idol Korea pun dah aku taknak. Tak boleh paksa.

 

“soalan terakhir, soalan paling annoying.” kata Fazwan sambil senyum dan ketawa kecil. Aih, dia ni lain maciem je.

 

“apa ciri-ciri perempuan idaman kau?,” memang annoying sangat. Mulalah ada yang mempersiapkan diri kononnya. Hahaha. Be yourself jelah. Gelabah-gelabah je. Bagi aku, perempuan idaman aku, first dia kena cantiklah. Hahaha gurau-gurau. Aku hensem kutt. Mestilah pinang dibelah dua ececece. Takdelah, aku biasa je.

 

Pertama, dia seorang yang beragama. Bukanlah bermaksud tidak ateis, tapi dia mengamalkan apa yang dituntut dalam Islam. Susah nak cari tapi ada. Aku nak perempuan yang menutup aurat dengan sempurna kemana sahaja dia pergi. Tak semestinya pakai purdah. Benda paling mudah yang selalu perempuan ambil mudah, ha repetisi tu. Tangan dan kaki. Tolonglah tutup. Itu aurat. Pakailah stongan dan stokin. Terkadang bila dah pakai baju lengan panjang, bila angkat tangan baju tu akan jatuh nampaklah lengan. Aurat. Kaki lagilah. Tolonglah tutup. Taksusah. Jangan harapkan labuh pakaian. Pakailah sarung kaki. Mintak sangat. Selain itu, labuhkan hijab. Ingat, cincin emas rapi disimpan dalam kotak merah tanpa orang dapat meneka warna cincin itu. Labuhkan, labuhkan. Aurat bukan sekadar ditutup, aurat mesti dijaga.

 

Kedua, dia mestilah memelihara diri daripada maksiat. Bunyi maksiat macam kotor je kan. Hahaha. Namun itulah hakikatnya. Faham-faham jelah, masih nak bermaksiat lagi? Uii soalan. Oke, ciri perempuan yang memelihara diri termasuklah dia jaga ikhtilat, tak post gambar macam-macam kat Insta mahupun main TikTok. Isu TikTok ni tak payah terang dah, semua boleh faham. Berjoget, berdansa sambil menjadi tayangan ajnabi. Moga dijauhkan. Boleh nak TikTok sebenarnya. Rakam kemudian simpan di galeri untuk simpanan sendiri sahaja. Takperlu post. Lebih baik tak payah main. Kalau TikTok buat masak kek batik atau D.I.Y. sampul raya, apa salahnya, boleh je. Tapi jaga aurat. Hadirkan rasa malu dalam diri. Malu itu perisai iman. Hilang malu, hilang iman. Ha, kena bagi ayat deep kalau tak nanti buat tak endah saja.

 

Ketiga, seseorang wanita idaman aku hendaklah seiring akhlak dan ilmunya. Buat apa pandai, kelas atas berjaya bagai tapi akhlak kesampahan? Lagi, kalau akhlak baik pasti lebih seri kalau berilmu. Gabungan kedua-dua elemen tersebut penting bagi menjadi seorang manusia. Ya, manusia. Jangan merasa diri sudah cukup ilmu. Ilmu ibarat laut. Tak habis menghempas pantai. Ini pula adab. Adab dan akhlak takde tuan guru yang boleh bagi ilmu akhlak ni. Akhlak bukan bersanad dari tuan guru apatah lagi dari kitab. Akhlak ni kita, yang menerapkan dalam diri itu kita. Hilangnya akhlak, hilang mulia.

 

Keempat, atau yang terakhir. Ini sangat penting. Ianya merupakan satu ciri-ciri yang berat. Bagi aku, duhai wanita idamanku, aku mahu dia adalah seseorang yang berjaya menjaga dan memelihara diri semasa single sehinggalah kita bersama menyarung cincin nanti. Aku setakat ni berjaya mengawal diri aku daripada bercouple, maka satu hari nanti kita akan mengukir cerita bersih. Setiap manusia ada kisah-kisah cinta lampau. Namun ada yang tiada kisah itu sepanjang ‘single’nya. Hidup ini tak dapat bertoleh walau sesaat ke belakang. Apa-apa, lihatlah ke hadapan. Kisah silam adalah artifak diri. Kita tak mampu lari. Selagi jam berdetik, berubahlah ke arah yang lebih baik.

 

Ingat, perempuan sebelum kita nak demand lelaki yang soleh, baik hati bagai, kita kena jadi perempuan soleh dulu. Lelaki sebelum nak demand perempuan yang tak sosial ke apa, jagalah ikhtilat dulu. Ni tak, nak lelaki soleh, tapi aurat tak terjaga. Nak perempuan berpurdah, tapi sosial bukan main. Lepastu saling menyalahkan. Laki tak guna, perempuan tak guna. Sapa tak guna sekarang? Rasanya sebab ni lah wujudnya jantina ketiga. Dah dua-dua tak guna. Hahaha.

 

Sahabat anak muda yang bakal mewarnai dunia, berhentilah perangai tak matang ni. Acah matang bukan main, tapi tak matang pun. Kalau betul matang, lihatlah dunia secara terbuka. Perbaiki diri sendiri tanpa menyalahkan.

 

“rasanya itu jelah untuk hari ni, kau dah jawab soalan aku dengan baik,” Fazwan mengakhiri sesi temubual. Aku semakin nampak realiti dengan jelas. Untuk menjadi belia terbaik, jadilah belia Islam.

 



Pagi biasa di Universiti Al-Bukhari Safarahan. Aku melenggang ke kelas sebab awal sangat aku datang.

 

“Asyraf!!,” terdengar pekikan kuat bergema dari belakang. Alah, Fazwan rupanya.

 

“ya, ada apa?” tanya aku. “kau tahu tak, artikel aku masuk majalah weii,” kata Fazwan keriangan. Rupa-rupanya benda yang dia interview aku tu, artikelnya masuk dalam majalah Syabab Safarahan. Boek ah. Lepastu Fazwan cakap topik itu jadi bualan untuk Podcast Tarbiah Triggered minggu ini. Disamping kembang hidung, aku harap mesej aku sampai pada masyarakat belia akhir zaman.

 

-tamat-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.