Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Cerpen Keluarga Jiwa Yang Belum Mati....
Jiwa Yang Belum Mati....
Amatara
24/12/2018 16:13:21
1,223
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

JIWAYANG BELUM MATI...

Oleh

Amatara

SEPANJANG perjalanan pulang kerumah, aku hanya mendiamkan diri. Tidak ada satu perkataan pun yang melekatkuat di dalam kotak fikiranku. Jauh di sudut hatiku terlalu sedih dan gelisah.Sedih mengenangkan keadaan abah yang terlantar sakit buah pinggang kronik.Gelisah apabila memikirkan keadaan abah yang semakin kurus dan tidak mahumakan. Kata-kata abah yang memberitahuku dia tidak mahu hidup lagi amatmenyentuh hatiku. Air mata mak yang mengalir lesu di pipi mengingatkan akubetapa mak sudah terlalu lelah mengharungi penderitaan abah. Hanya kata-katasemangat dan sabar yang boleh aku lafazkan tatkala mak menyatakan kesedihannyadi bahuku.

            YaAllah, aku benar-benar buntu dan sedih. Seorang anak seperti diriku langsungtidak mampu menjaga abah dan mak. Sedangkan gaji beribu ringgit tetapi tidaksedikit pun membahagiakan hati abah dan mak. Sebagai anak sulung, apa yangtelah kuberikan kepada adik-adikku? Ya Allah, kalau boleh, biarlah aku yangmenanggung sakit yang dideritai abah. Kalau boleh biarlah aku yang menanggungkelelahan dan kerunsingan di hati mak. Aku tidak mahu kehilangan kedua-duacahaya kebahagiaan di hatiku, Ya Allah. Aku bermonolog di dalam hati. Tanpasedar, air mataku merembes keluar membasahi pipi tatkala menyebut panggilankeramat nama besar di dalam sebuah keluarga iaitu mak dan abah.

            “Mengapamama termenung? Kalau ada apa-apa, mama boleh beritahu abang. Kalau abang bolehbantu, abang cuba bantu,” soal suamiku menyedari perubahan diriku.

            Akutidak sedar bahawa perubahan hatiku tiba-tiba sahaja menjadi isu untukdiperbahaskan. Bukan salah suamiku tetapi pada ketika ini hatiku benar-benardirundung perasaan sedih dan pilu. Namun sebagai seorang insan, aku tewas untukmenggumpul segala keriangan di hatiku.

            “Takada apa-apa abang. Abang pergilah tidur. Esok pagi abang hendak bangun awal kepejabat. Sekejap lagi mama tidur.” Ujarku membalas pertanyaan suamiku tanpaingin membangkitkan sebarang kata-kata perdebatan.

            “Iyalah.Mama jangan tidur lewat sangat.” Balas suamiku lalu meninggalkan akukeseorangan di ruang tamu.

            Akuhanya menganggukkan kepala akur dengan kata-kata suamiku. Aku cuba mengukirsenyuman di bibir, tidak mahu suamiku rungsing melihat diriku. Namun jauh di suduthatiku, perasaan sedih dan pilu seolah-olah tetap berlegar-legar tanpakesudahannya. Perasaan itu semakin lama semakin menghimpit diriku hinggamembenamkan seluruh perasaan gembiraku. Aku terperangkap dalam angin sayu yangbertiup kencang di lurah kesedihan yang semakin mendalam.

            YaAllah, pada saat ini aku benar-benar berharap agar Kau mendengar permintaanku.Berikanlah kesembuhan kepada abahku. Kuatkanlah hati ibuku untuk melaluigelombang kedukaan yang semakin menghampiri. Kataku masih bermonolog memberikanmotivasi untuk diri sendiri.

            Kemudian,aku berbaring di atas sofa melunjurkan kaki meluruskan perasaan yang semakinmengusutkan fikiranku. Segala kesedihan pada hari itu terbawa-bawa ke dalamtidurku. Tiba-tiba sahaja wajah abah menjelma di depan mataku. Wajahnya muramdan penuh derita. Kedut di matanya mencerminkan betapa dirinya sudah lamadimamah usia. Kedut pada wajahnya seolah-olah melukiskan kolam-kolam deritayang semakin kering dan tandus. Tiada lagi keringat dan air mata jernih didalam kolam-kolam itu. Tiada lagi cahaya pelangi dan yang tinggal adalah cahayasenja yang semakin sampai ke ufuknya. Dalam usia 71 tahun, abah tidak dapatmenanggung kesakitannya. Setiap kali didialisis, abah akan muntah. Muntah abahlangsung tidak ada makanan. Muntah abah hijau dan berangin-angin. Abah jadilemah dan kaku. Mata abah sekejap ke atas dan sekejap ke bawah. Badan abahmenggigil-gigil akibat daripada tidak tahan menanggung keperitan sakit. Dadaabah turun naik berombak-ombak seperti dilanda tshunami. Jari-jemari abah akanmencengkam kuat baldi kecil yang terletak di tepi katil. Hilang sudah semuakenikmatan yang pernah dipinjamkan oleh Yang Maha Kuasa. Hanya air mata jernihyang gugur satu-persatu membasahi pipi kedut abah.

            “Abah...”seruku apabila tersentak dari tidur.

            Ya,sebentar tadi aku bermimpi tentang penderitaan abah. Barangkali, itu bukanlahhanya sekadar mimpi tetapi itu adalah gambaran tentang kesakitan yang dialamioleh abah. Aku termenung apabila mengimbas kembali mimpi itu. Tidak ada langsungwajah adik-adikku pada waktu itu.

            “Abah...”panggilku sayu. Lantas timbul dibenak fikiranku untuk mencoretkan sebuahcatatan di dada e-mel untuk tatapan adik-adikku. Aku mahu adik-adikku tahubahawa ketika ini abah memerlukan kami di sisinya.

             Lewat malam itu, aku menulis sebuah catatanyang menggambarkan perasaanku kepada adik-beradikku. Beberapa kali jugalah aku cubamembina ayat-ayat yang boleh mengundang perasaan simpati adik-adikku kepadaabah.

            Isikandungan e-mel itu kubaca berulang kali. Di dalamnya terisi kata-kata kasihyang tertumpah kepada abah dan mak. Antaranya:

            Adik-adikku,maafkan kakak kerana menulis e-mel luahan perasaan hati kakak. Kita ini terlaludisogokkan dengan hal-hal keduniaan semata-mata. Langsung tidak mempunyai masauntuk berada di sisi abah dan mak. Sedangkan mak dan abah sentiasa berada disamping kita tanpa mengira malam dan siang tatkala kita dilahirkan. Ketika kitakecil, abah akan sentiasa berusaha untuk menjaga kita sebaik-baiknya. Abah akanmengusir nyamuk, menghalau bahang kepanasan hanya semata-mata mahu kita tidurlena. Abah akan menyelimuti tubuh kita dengan hangatnya kasih sayang yang lahirdari lubuk hati abah.

            Ateh,abah akan membalut tubuh Ateh dengan kain pelikat untuk memanaskan tubuh Atehagar tidak kembung dengan cuaca yang dingin. Tentu Ateh tidak ingat kerana padawaktu itu Ateh baharu sahaja dilahirkan. Kalau Ateh terlupa, biar kakakingatkan Ateh betapa abahlah yang menggendong Ateh pada waktu tengah malam.Ateh akan menangis kerana perut kembung dan kerana itu, abah akan cubamententeramkan Ateh dengan kehangatan pelukan daripada  abah.

            Ateh,sayang abah bukan setakat itu sahaja. Ketika suami Ateh merayu kepada abah agarditukarkan nama tanah abah kepada Ateh, abah turutkan walaupun mendapat tentangandaripada mak dan adik-beradik lain. Kata abah, Ateh anak yang paling abahsayangi. Ateh berhak mendapat lebih daripada anak-anaknya yang lain. Abah tidakmahu suatu hari nanti suami Ateh tinggalkan Ateh tanpa sebarang harta. Abahtukar nama di geran tanah untuk Ateh. Tapi, bila suami Ateh ingin menjual tanahitu, abah jadi sedih. Abah mahu tanah itu diberikan kepada anak-anak Ateh.Semua yang abah lakukan untuk kebahagiaan Ateh kerana abah tahu dalam semua anaknya, suami Ateh tidak bekerja tetap. Abah adaperancangannya yang tersendiri. Abah tidak mahu Ateh menderita dan dipandanghina. Abah sanggup mengetepikan hak anak-anak yang lain demi Ateh.

            Kakakdan adik-beradik lain redha dengan kehendak abah. Harta pusaka tidak akan kemana-mana. Tidak boleh dibawa ke mati. Hanya kain putih dan bekalan amalan kitaketika di dunia sahaja yang mampu menyelamatkan kita daripada dihumban ke dalamapi neraka. Akhirnya, Ateh marahkan abah kerana tidak membenarkan tanah itudijual. Ateh bawa diri jauh dari hidup abah. Kalau Ateh dengar suara hati abahtentu Ateh tidak tergamak meninggalkan abah. Setiap detik, abah memanggil namaAteh. Kakak cemburu kerana abah selalu bertanyakan Ateh sedangkan kakak yangselalu di sisi abah langsung abah tidak sebut apatah lagi untuk disapa denganmesra. Bibir abah tidak lengkang memanggil namamu, dik. Kakak tahu, abah rinduAteh. Abah selalu tenung wajah kakak barangkali memberitahu bahawa abah jugasayangkan kakak sama seperti sayangkan Ateh.

            Akumenyeka air mata sambil menghembuskan nafas yang panjang. Terasa hatiku sepertidihiris-hiris dengan serpihan kaca yang tajam. Tidak mampu lagi jari-jemari inimematuk-matuk huruf-huruf di permukaan keyboardkomputer riba. Namun, aku mesti menghantar e-mel ini untuk tatapan adik-adikku.

            Akumenyambung kembali catatan e-mel. Catatan ini kutujukan kepada adikku Alang.Alang adik ketigaku adalah seorang perempuan yang memiliki sifat dan keegoaansama seperti abah. Hatinya keras seperti besi waja. Kerana perbezaan pendapat,dia selalu bertelagah dengan abah.

            Alang,kakak tahu kau adalah adik yang paling banyak berkorban. Kalau Alang terlupa,biar kakak ingatkan kepada diri kau, dik. Abah tidak membenci dirimu. Abahsayangkan Alang sama seperti abah sayangkan Ateh dan kakak. Langsung tidak ada perbezaandi antara kita semua. Kata-kata abah bukanlah kata-kata kebencian. Ia adalahkata-kata yang mencetuskan semangat untuk Alang berjaya. Abah mahu Alangberjaya kerana abah tahu hanya Alang sahaja yang akan menjaga adik-beradik yanglain selepas ketiadaan abah nanti. Alang yang akan menjaga mak kerana kakak danAteh sudah bersuami. Hanya Alang pengganti tempat abah nanti.

            Akumenghela nafas yang panjang. Terasa sebak untuk meneruskan catatan demicatatan. Malam yang semakin larut itu melemaskan seluruh jiwaku. Aku larutdengan perasaan sedih yang semakin bersarang di lubuk hati. Dadaku tiba-tibasahaja terasa sesak apabila mengenangkan adikku Angah. Dia adalah satu-satunyaadik lelakiku. Dia adalah satu-satunya waris keturunan abah. Tetapi dia adalahsatu-satunya adikku yang telah kembali ke dalam dakapan Sang Pencipta. Airmataku kembali bertakung di kelopak mata dan pada bila-bila masa sahaja ianyaakan merembes keluar.

            YaAllah, haruskah aku membuat catatan untuk Angah yang telah kembali ke Rahmahtullah?Adakah Angah mendengar setiap rintihan hatiku? Ya Allah, aku mahu memberitahuAngah keadaan abah di dunia ini. Abah yang kami sayang sedang bergelut denganpenderitaan penyakit buah pinggangnya. Aku masih juga bermonolog cubamelunturkan perasaan sedihku apabila mengenangkan Angah.

            “Angah...”seruku secara tiba-tiba. Rinduku kepada Angah kembali bertamu. Datang dan pergisilih berganti tetapi aku tidak mahu kehilangan Angah biar pun aku tahuhakikatnya yang sebenar. Jari-jemariku menggeletar secara tiba-tiba. WalaupunAngah jauh di alam sana, aku masih dapat merasakan Angah sentiasa dekat dihatiku.

            Angah,sejak kau pergi kami selalu merindui Angah. Angah, sekarang abah sedang sakit.Sakit yang tidak berpenghujung. Kakak paling takut untuk menghadapi ketentuantakdir. Takut kehilangan mak dan abah. Ketika saat kematianmu menjemput, kakaktidak merelakan kau pergi. Sungguh dik, kakak seperti orang gila menangis danterus menangis tanpa henti. Mata kakak bengkak. Hati kakak seperti mahu pecahdan berderai. Sehingga kini, hati kakak masih dibaluti dengan perasaan sedih.Kakak masih terasa keperitan kehilanganmu, dik. Kakak tidak mahu situasi yangsama berlaku kepada abah. Tetapi Angah, semakin kuat kakak cuba menggelak,semakin itulah kakak mengerti bahawa kita ini hanya ciptaan Allah. Hanya Allahsahaja yang berhak kepada diri kita. Akan sampai masanya nanti kakak akankehilangan kesemuanya seperti mana kehilangan dirimu. Tetapi Angah, bukan dalammasa terdekat ini. Kakak berjanji apabila tiba saatnya nanti, kakak tidak akanmenangisinya setelah kakak benar-benar bersedia dengan kehilangan seterusnya.

            Angah,kakak juga bakal menyusul dirimu. Kakak tahu dan sedar bahawa kakak perlumengumpulkan adik-beradik kita di sisi abah kerana kini abah amat memerlukananak-anaknya. Angah, kakak tidak sekuat Angah. Kakak tidak setenang Angah.Kakak hanyalah seorang anak yang memiliki jiwa yang terlalu lembut dan rapuh.

            Jari-jemarikuterhenti secara tiba-tiba apabila mendengar detingan jam yang berbunyi duabelas kali. Hari semakin dinihari. Di luar jendela kelihatan bunyirintik-rintik hujan yang semakin kuat dan lebat. Air hujan itu menandakanbahawa pada waktu itu ada seorang insan yang sedang bergelut dengan perasaan sedih.

            Akumenekan sent lantas e-mel yang kukarangitu terus berlegar menuju ke alamat e-mel adik-beradikku. Pada saat itu, akuterasa seperti melepaskan bebanan yang berat di kedua-dua belah bahuku.Terlepas diriku daripada dibelenggu oleh suara-suara ghaib yang entah dari manadatangnya. Kini, aku kembali ke alam realiti kehidupan.

            Semingguselepas e-mel yang kuutuskan kepada adik-beradikku, aku menerima balasan e-meldaripada Ateh. Antara e-mel Ateh yang membuatkan hatiku kembali bertenaga:

            Kakak,aku tahu aku sudah banyak mendera hati abah. Aku terlalu mengikut telunjuk dankata hatiku. E-mel kakak menyedarkan aku betapa aku adalah anak yang berdosakepada abah dan mak. Aku mahu menebus semua kesalahan dan dosaku dengan menjagaabah. Aku mahu selalu berada di samping abah dan mak. Aku mahu jadi anak yangdisayangi sama seperti masa yang lalu. Aku akan kembali ke kampung untukmenjaga abah - Ateh

            Akumembaca catatan ringkas melalui e-mel yang diutuskan oleh Ateh dengan dada yangberombak-ombak. Beberapa kali juga aku menzahirkan perasaan gembira denganucapan alhamdullilah kepada Yang Maha Berkuasa.

            Ketikaaku melayari perasaan gundah-gulanaku, tiba-tiba aku terdengar bunyi orangsedang mengetuk pintu. Aku menerpa ke arah pintu dan sangkaanku barangkalisuamiku yang baru pulang dari kerja namun sangkaanku meleset. Ketika pintudibuka, terbitlah wajah adikku Alang di sebalik daun pintu dengan wajah yangmengukir senyuman. Alang menerpa lantas memelukku dengan erat. Aku tergamamapabila diperlakukan sedemikian.

            “Kakak,aku sudah membaca e-mel mu tempoh hari. Maafkan aku kerana meninggalkan abahdan mak tanpa khabar berita. Aku mahu menjaga abah sepanjang cuti semester ini.Kakak, aku juga tidak mahu abah meninggalkan kita seperti mana Angahmeninggalkan kita dua tahun yang lalu.” Ujar Alang sambil menangisteresak-esak.

            Nah,apa lagi yang mahu aku katakan. Aku menyambut kepulangan Alang dengan tangisan yangsedih. Tangisan permulaan kepada diriku yang sememangnya sudah lama terbenamdengan perasaan sedih dan pilu. Aku langsung tidak menyangka bahawa denganutusan e-mel tempoh hari, dua jiwa yang telah lama mati dapat dihidupkan semulauntuk bersama-sama meniti takdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.

 

 

            

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.