Iman
menjerit.
Semua
terkejut. Ibu berlari-lari mendapatkan Iman. Abah juga. Haikal dan Alif semacam
terpinga-pinga.
“Kenapa Iman?” Ibu memeluk Iman. Ibu memeriksa seluruh
tubuh Iman. Tiada apa-apa yang tidak elok. Luka misalnya.
“Apa yang dah berlaku Iman?” soal abah pula.
“Itu...” Iman menunjuk ke arah longgokan sampah yang
berterabur.
“Isk, siapa pula yang sepah-sepahkan sampah ini? Ibu buat
muka geram. Ibu macam mahu marah. Iyalah, nanti ibu yang kena kemas.
“Haikal ... Alif ... kamu berduakah yang sepah-sepahkan
sampah ini?” soal abah, mencerlung ke arah mereka berdua, bercekak pinggang menunggu
jawapan daripada dua anak lelakinya itu.
“Bukanlah abah. Bukan kami yang buat begitu.”
“Yalah abah, kenapa pula kami nak sepah-sepahkan
sampah?”Alif menambah,menguatkan jawapan abangnya itu.
Abah macam tidak puas hati dengan jawapan mereka. Tapi belum
sempat abah menyambung cakap,Iman terlebih dahulu berkata. “Ini kerja hantu,
ibu ... abah.”
Ibu, abah, Haikal dan Alif tergamam.
Hantu!
“Ya... hantu.Hantu sampah....”.
***
“Memang salah Iman. Iman yang tidak masukkan sampah ke
dalam tong sampah dengan betul. Iman juga tinggalkan bekas makanan
bersepah-sepah.” Iman bercerita perkara yang telah dilakukan.
“Perbuatan Iman itu salah. Iman kena masukkan sampah ke
dalam tong sampah.Iman juga tak boleh sepah-sepahkan bekas makanan di
merata-rata tempat. Iman kena buang dalam tong sampah,” nasihat abah.
Ibu menyampuk. “Tapi semua itu tidak memungkinkan adanya
hantu sampah.”
Ibu terasa lucu apabila Iman menerangkan kepada mereka
bahawa dia bermimpi hantu sampah datang dalam mimpinya dan marah-marah atas
perbuatannya membuang sampah di merata-rata tempat. Sebab itulah apabila Iman
nampak sampah berterabur di kawasan dapur, Iman terus teringatkan hantu sampah
yang dimimpinya.
Lucu keletah Iman Nur yang berusia empat tahun itu. Namun,
ibu dan abah tidak menzahirkan kelucuan tersebut. Bimbang Iman terasa dan
merajuk.
“Adik, mana ada hantu pada zaman moden ini. Hantu pun dah
malas nak kacau orang.” Haikal yang daripada tadi kelihatan menahan tawa
mengusik Iman. Ibu meletakkan jari ke mulut, tanda menyuruh Haikal diam.
“Kalau abang tak percaya tak mengapalah. Nanti hantu sampah
akan tangkap abang sebab hari itu Iman nampak abang buah sampah di merata-rata
tempat,” tutur Iman.
Haikal terdiam. Ah, nampaknya perbuatannya sudah direpot
kepada ibu.
Ibu menjeling penuh makna kepada Haikal. Haikal
sengih-sengih. Begitu juga Alif. Sengih juga.
“Beginilah, apa kata kita mengintip hantu sampah yang
sepah-sepahkan sampah dalam rumah kita. Ah, Haikal malam ini kamu kawal
sekeliling rumah.”Abah memberikan cadangan dan langsung memberikan arahan
kepada Haikal.
“Err... “Haikal tergagap-gagap. “Mak, Haikal takutlah.”
“Eh, tadi bukankah kamu yang kata zaman ini tiada hantu.”
Ibu memerli.
“Adoi!” Haikal menepuk dahinya.
***
Malam.
Kira-kira pukul satu pagi. Mereka di ruang tamu.
Ibu dan abah menemani Haikal dan Iman. Alif tidur. Mereka
sengaja tidak mengejutkannya.
Berkali-kali Haikal memujuk. Takut benar dia apabila diberi
arahan untuk mengintip hantu oleh abahnya.
Kerana kasihan, ibunya mengajak mereka sekeluarga untuk
menemani Haikal. Lagipun ibu tahu abah hanya bergurau.
KRENGGGG!!!!
TAMMM!!!
Bunyi benda jatuh.
Haikal memandang ibu. Ibu memandang abah. Iman sudah
memegang erat lengan ibu.
“Biar abah tengok.” Abah beraksi berani.
“Abah ... ambil ini.” Haikal menghulurkan penyapu.
Abah melihat Haikal lama. Namun, penyapu yang diberi Haikal
diambilnya.
Abah perlahan-lahan menuju ke dapur. Kelibat abah beransur
hilang.
“Hantu!!!!” jerit abah.
Ibu panik. Ibu segera berlari ke dapur, mahu menolong abah.
Haikal dan Iman mengikut. Rasa takut dibuang. Abah perlu
diselamatkan.
“Mana abang...” tanya ibu.
“Itu .... Hantu kucing .... Abah menunjuk ke arah seekor
kucing hitam yang menyelongkar tong sampah. Kucing itu lintang pukang lari.
Abah ketawa.
Ibu mengurut dada.
“Abang ni main-main pula.”
“Rupa-rupanya sampah kita disepah-sepahkan oleh kucing....”
Abah membuat kesimpulan. Tiada hantu sampah. Yang ada kucing yang menyelongkar
sampah.
“Tapi bagaimana pula kucing boleh masuk ke dalam rumah
kita?” tanya Haikal.
“Itu ...” Abah menunjuk ke arah tingkap yang tidak ditutup
rapat.
“Aduh ... ibu lupa rapatkan tingkap itu.” Ibu mengakui
kesalahannya.
“Jadi tak adalah hantu sampah ya.” Iman bertanya, sambing
memandang ibu dan abah.
“Ya ... tak ada,” jawab abah, yakin.
“Ha...bukankah abang sudah beritahu. Mana ada hantu dalam
zaman facebook whatsApp ni.” Haikal begitu tegas suaranya. Pendapatnya sebelum
ini ternyata benar.
Iman mencebikkan bibir.
Ibu mencelah. “Walaupun tak ada hantu tetapi kita dapat
satu pengajaran yang berguna. Jangan buang sampah di merata-rata tempat. Buang
sampah dalam tempat yang disediakan,” nasihat ibu.
Iman dan Haikal mengangguk.
Peristiwa ini bukan hal hantu. Ini hal kebersihan yang
perlu dijaga.
“Jadi tak ada hantulah ya. Adoi, Iman pun dah mengantuk. Iman
nak tidur.”
Pang!!!
Tiba-tiba satu bunyi kuat kedengaran.
“Ibu ... hantu... hantu...” jerit Haikal.
“Eh, nanti dulu... nanti dulu... abah terjatuhkan pinggan,”
jerit abah sambil memanggil mereka semua.
“Adui... abah ini...” Iman menggeleng-geleng kepala.
“Terkejut saya. Haikal pun satu... kenapalah menjerit
begitu.” Ibu geramkan Haikal.
“Sudahlah... jom kita tidur, biar abah yang kemaskan.” Arah
ibu.
“Adoi ... tolonglah... abah takut. Abah takut hantu sampah,”
jerit abah.
Semua orang buat tidak tahu. Mereka tahu abah hanya
main-main.