2,385
Kategori:
Genre:
Senarai Bab

“Nis, aku pergi dulu. Bye!” Aku melambai ke arah Anis Sofea, satu-satunya teman baikku.

“Bye, kita jumpa esok.” Dia turut membalasnya.

Aku meneruskan langkahku ke arah kedai buku di jalan seberang sambil mengerling jam tangan. “Alamak, dah lewat ni. Mesti mak tertunggu-tunggu kat rumah. Aku dah janji nak makan sama-sama, tapi buku ni lebih penting. Ah, pergi kedai dulu lah.”

Aku membelek satu demi satu buku yang tersusun rapi di situ. “Ah, itu dia!” sebelum sempat aku mengambilnya, tiba-tiba seorang pemuda lebih pantas menarik buku itu.

“Hei!” Aku tak puas hati. “Awak, buku tu saya punya lah. Yang kau pergi ambik dulu apahal?” Aku bercekak pinggang. Muka? Tak payah cerita. Konfem dah lebih masam dari cuka.

“Ye ke? Tak da tulis pun buku ni awak punya. Nak kata awak beli pun, tak da pun cop kedai ni yang tunjukkan awak dah beli.” Dia tersenyum sinis.

Aku meraup muka dengan tapak tangan kemudian memandang tepat ke mukanya. Dia pula, dengan selamba saja pergi membayar buku tu lalu keluar. Aku menarik nafas panjang. Mampus aku! “Itulah kau Erynna, bila hari pertama pensyarah suruh pergi beli, kau asyik tunda je sampailah dateline. Tengok, apa dah jadi? Alamat esok, jadi free show laa kau kat depan bilik kuliah. Padan muka!” Aku terus mengutuk diri sendiri.

Dengan langkah longlai, aku keluar dari kedai itu. Nak ke kedai lain? Mana ada buku macam tu, kena cari kat kedai buku besar kat pusat Bandar la jawabnya. Lama aku berdiri di koridor bangunan tu sambil memikir akan nasib esok hari. Terbayang-bayang yang esok, namaku akan dipanggil kerana tak memiliki buku tu, kemudian Si Misai akan bertanya sebab, lepas tu aku pun kena la jadi model tak bertauliah kat depan semua student dalam bilik kuliah tu. “Alamak, malunya.”

“Cik Erynna Qistina.”

Aku berpaling ke arah empunya suara. Dua orang wanita lewat 30 an, berdiri di depanku. Aku mengerutkan dahi. “Maaf, siapa kakak berdua ni?”

“Kamu tak perlu tahu. Jom ikut kami.”

“Ke mana?”

Tanpa berkata apa-apa, mereka berdua terus menarik aku ke arah kereta yang sudah sedia menanti. “Hei, apa ni?” Aku terus meronta-ronta. Dalam fikiranku, timbul pelbagai andaian buruk. Aku ni diculik ke? Aku terus cemas.

#####

“Maaf sebab kami buat Cik macam ni. Sebenarnya, pinak kami mahu jadikan Cik Erynna sebagai Puteri…”

“Apa? Puteri? “ Aku terus memotong.

“Bertenang Cik Erynna. Dengar dulu penjelasan kami.”

Aku memujuk diri untuk terus bertenang dan menanti saja apa yang bakal diucapkan oleh mereka berdua.

“Begini. Kami semua sebulat suara mahu memilih Cik Erynna jadi wakil ke pertandingan Pencarian Puteri Platinum yang akan diadakan di Jepun minggu depan. Dalam pertandingan tu nanti, Cik lah yang jadi calon Puteri Platinum menggantikan Amira yang cedera. Cik jangan bimbang, kami semua akan memberi tunjuk ajar dan langkah demi langkah untuk berjaya. Boleh kan?”

Aku menarik nafas pnjang. Bala apa pulak yang datang ni. Aku memandang muka mengharap mereka semua dan dengan lafaz Bismillah, aku mengangguk . Mereka semua menarik nafas lega dan boleh tersenyum semula.

“Err..boleh saya tahu, siapa yang akan jadi putera? Setahu saya, pertandingn ni meliputi semua aspek urusan pentadbiran kerajaan dahulu kala. Boleh terangkan?”

“Begini. Kita masih ada masa seminggu lagi dan kami dah bahagikan seminggu masa latihan tu. Hari pertama, iaitu esok, Cik Erynna ada latihan menjahit. Hari kedua, latihan penjagaan diri. Ketiga, berkebun segala macam jenis bunga. Keempat, memasak. Kelima, hubungan dengan kanak-kanak dan rakyat jelata. Keenam, tarian. Kami tahu, tarianlah yang paling rumit tapi mengikut sumber kami, Cik erynna ni dah belajar pelbagai jenis tarian sejak kecil lagi dan kami rasa, tak ada masalah akan timbul walaupun latihan Cuma diadakan hanya sehari. Hari ke enam nilah, Cik Erynna akan bertemu dengan putera. Sebenarnya, kami semua tak tahu akan bentuk cabaran apa yang diadakan, jadi latihan ni sebagai persiapan je.Hari ketujuh nanti, kita sudah bertolak ke Amerika. Jelas?”

“Ya.”

“Satu lagi Cik Erynna, Cik tak perlu menghadiri kuliah. Pihak kami dah maklumkan kepada pihak universiti.” Jelas wanita itu lagi.

Wah, cepat betul mereka bertindak. Kali ni, tak da alasan lagi untuk aku menolak. Dalam hati, aku bersorak riang, tuah dapat mengelak dari Si Misai ni datang tak disangka-sangka. Alhamdulillah, terlepas dari bala memalukan esok. Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik semua benda yang terjadi ni.

#########

Semua latihan aku tempuhi dengan sabar walaupun ada sesetengah benda aku tak begitu menyukainya. Aku ni sebenarnya tak berapa suka berkebun dan kerja tulah yang paling leceh. Tapi, dalam semua tu aku rasa cemas dan berdebar-debar. Bagaimanaa aagaknya rupa putera tu ya? Dengar khabar dari orang kat situ, lelaki yang akan jadi pasangan bagi Puteri Platinum tu sebenarnya putera raja betul. Hensem ke tak?

Semakin dekat dengan hari keenam, fikiranku semakin kacau. Debar di hati semakin menjadi-jadi, segala kerja menjadi serba tak jadi. Agaknya, wanita itu perasan akan kegelabahan aku dan dia kelihatan sentiasa tersenyum-senyum bila memandangku.

Hari keenam, kelas tarian. Aku duduk sendiriaan di bangku sambil melayan perasaan. Aku rasa macam tak nak masuk ke dewan, perasaanku jadi daah terlalu tak menentu.

“Cik Erynna, masuklah.”

Aku menapak perlahan-lahaan dan menolak pintu dewan. Aku rasa tak sanggup nak mengangkat muka memandang lelaki tu. Dalam fikiran, aku meemikirkan semula impak keputusanku ini. Tarian. Bukan ke ini tak baik bagi setiap orang Islam? Berdua-duan dengaan lelaki dengan kedudukan yang amat rapat, bersentuhan tangan, dan apa yang paling penting, iaa disaksikan oleh semua mata di dunia ni!

“Angkat muka tu.” Suara lelaki kedengaran memerintah. Aku keberatan.

“Angkat la cik adik oii, kalau tak angkat macam mana nak berlatih? Saya tahulah awak dah pelajari banyak jenis tarian tapi awak kena ingat, yang ni tarian berpasangan. Janganlah gabra sangat. Relaks!” dia berkata-kata lagi.

Aku mengamati suara tu. Aku rasa aku pernah dengar tapi…takkanlah! Aku mengangkat muka. “Kau?”

Dia hanya tersenyum lebar. Aku tiba-tiba naik darah. “Kenapa mesti kau? Kau tau tak, sebab kau ni aku tak lena tidur memikirkan pasal buku tu. Kau tau tak, buku tu buku lastyang ada kat kedai tu dan aku perlukannya sangat-sangat. Kau ni memang kejam tau tak? Pastu, aku kena jadi Puteri Platinum yang mengarut ni. Aku kena lupakan semua kuliah dan seminggu kena berlatih kat sini semata-mata nak jadi pasangan kau yang terbaik. Apa ni? Aku dah tertinggal banyak pelajaran kau tahu tak?” Aku hampir terjerit kerana terlalu marah tapi yang peliknya, dia kelihatan tenang je.

“Kan saya dah cakap, relaks. Pasal buku tu, saya memang beli untuk diberi kat awak bila awak sampai kat sini pada hari tu tapi, saya ada hal, jadi tak sempat. Ni buku tu.” Dia menghulurkaan senaskhah buku yang sudah berbalut kemas. Pasal pelajaaran pulak, saya dah minta pensyarah yang awak panggil Si Misai tu ajar awak secara personal.

Aku tertunduk. Malu pun ada. Itulah kau Erynna, siapa suruh kau serang dia tiba-tiba, kan dah malu. Sepatutnya, kau tunggu dia jelaskan satu-persatu. Bodoh!

“Ok, kita berlatih sekarang.” Dia memegang tanganku.

Dia memakai sarung tangan dan sekali lagi rasa terpukul. Bodoh betul aku kerana tak bertanya dengan jelas tentang etika berpakaian. Semuanya tutup aurat dan tarian tu pula, masih menjaga batas sempadan sebagai seorang muslim. Sesungguhnya aku lega sangat. Hari tu juga, aku boleh melihat wajahnya secara dekat. Alamak, hensemnya

Hari ni genap enam hari aku berlatih dan aku rasa, aku boleh lakukan yang terbaik. Biarpun cuma enam hari, sokongan dari Amira sudah memadai untuk membuatkan aku rasa bersedia.

“Erynna, kakak doakan agar kamu berjaya.” Amira menggenggam kemas tanganku. Matanya terpancar sinar mengharap.

“InsyaAllah, kak. Saya akan cuba buat yang terbaik. Err, kak, nak tanya sikit boleh?”

“Apa?”

“Kak ada apa-apa ke ngan dia tu?”

“Mana ada. Lagipun, dari segi syarak dia tak boleh jadi kekasih la, sebab dia tu saudara susuan kakak.”

“Ye ke? Maaflah, tersangka bukan-bukan pulak.”

“Tapi, kalau Kamu nak jadi kakak ipar akak, boleh jugak.”

“Hah???”

################

“Selamat datang ke Pertandingan Pencarian Puteri Platinum yang Pertama. Hari ini sejarah bakal mencatatkan satu lagi sejarah teragung iaitu Puteri Platinum Abad ke-21. Setelah lebih 2 tahun kajian dijalankan untuk mencari puteri yang benar-benar memenuhi kriteria platinum, kini kita semua akan tahu siapa gerangannya. Hari ini juga, lebih 20 orang gadis akan bersaing untuk merebut gelaran itu bersama dengan pasangan masing-masing. Oleh itu, sukacita dimaklumkan bahawa negara bertuah yang memiliki Puteri Platinum akan menerima hadiah USD 100 juta billion dari pihak kami.”

Suara sorakan bergema. USD 100 juta billion? Wah, banyak tu. Masing-masing berpandangan sesama sendiri dan harap-harap cemas. Aku memandang ke arah kak Mira dan berbisik kepadanya. “Kak, saya takutlah. Macam mana ni, orang lain berlatih dua tahun, saya berlatih seminggu. Sepatutnya kakak yang berada di sini. Kak…” Aku menggoncang tangannya.

“Bertenanglah. Kakak yakin kamu boleh lakukannya. Ingat, ni harapan kakak agar kita semua boleh mengharumkan nama negara kita. Yakin pada diri sendiri.” Dia berterusan memberi kata semangat. Aku akur.

Pusingan pertama aku lulus dengan jayanya. Alah, kalau setakat mengemas kawasan istana tu, apalah sangat sebab kat rumah, hari-hari aku buat kerja ni. 2 orang calon terkeluar. Pemerhatian aku, mereka mesti tak pernah buat kerja rumah. Begitu juga dengan pusingan kedua, aku berjaya lulus dengan mudah. Enteng sangat, buat gubahan bunga je untuk dinilai oleh Tuanku Ratu dan kali ni, lima orang tersingkir terus free-free je.

Pusingan ketiga dan keempat, terus tiada masalah setakat ni. Bagiku, semua kerja senang. Terfikir juga, adakah aku ni dah diperhatikan sejak dua tahun lalu? Mungkin ya sebab mak sendiri pun dah tak pakai oramg gaji lagi jagi aku yang kena buat semua kerja rumah. Nampaknya, suruhan emak berbaloi untuk hari ni dan aku bersyukur sangat. Setakat ni, harapan Kak Mira tercapai. Harapan negara pun masih terpelihara.

Dua hari kat negara orang, aku langsung tak boleh rehat sebab jadual pertandingan terlalu ketat. Mengikut jadual, tinggal dua hari lagi pertandingan berlangsung dan ini bermakna tinggal dua pusingan lagi. Esok, berkebun. Ahh…tak suka betul. Dahlah menyusahkan, kotor tangan. Tapi takpe, demi negara aku sanggup lakukannya.

“Erynna, macam mana? Kamu dah bersedia untuk pusingan terakhir ni?” Tanya Amira.

“”Eh, Kak. Sebenarnya…alah kak..takutlah. saya tak biasa menari.” Aku mengadu.

“Aik, tak biasa? Bukan ke dah buat latihan sebelum ni?”

“Alah kak, yang buat latihan tu menari sesama perempuan, yang menari dengan lelaki sekali baru ni je. Ini yang gabra sangat, lagipun, saya tak suka sangat dengan dia tu. Dia menakutkan saya. Matanya…!”

“Easy..easy. Erynna Qistina, kamu kena buat macam ni. Cuba kamu bayangkan dia tu putera raja idaman kamu, yang kamu mimpikan pada setiap malam, yang buatkan kamu tak senang duduk bila tak berjumpanya, yang kamu sentiasa terbayang-bayangkan wajahnya pada ssetipa detik … bolehkan?”

Wah, dah lebih Kak Mira aku ni. “Saya…akan cuba. Ya, saya boleh lakukannya dan Malaysia mesti menang!!” Aku menguatkan tekad.

“Ha, macam tu lah.” Kak Mira tersenyum senang hati.

############

“Tuan-tuan dan Puan-puan,

Hari ni ialah hari terakhir bagi pencarian Puteri Platinum. Daripada seramai 20 orang gadis, kini hanya tinggal lima orang sahaja yang layak ke peringkat akhir. Antaranya ialah dari England, Australia, Jerman, Thailand dan…” Juruacara majlis sengaja menimbulkan saspens. Para audiens mula tak tentu arah. “Malaysia.” Sambungnya. Orang ramai bersorak. “Top five in the world!!!”

Hari ni juga ialah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua manusia di dunia ni. Kenapa? Bagi pasangan kekasih, tarian dianggap sebagai sesuaatu yang istimewa dan begitulah juga dengan pertandingan ini. Acara ini juga akan mempertemukan calon puteri dengan pasangan mereka dan sudah tentu mereka mahu ditabalkan sebagai couple of the year.”

Aku yang berada di bilik persalinan cuba bertenang. Macam mana muka dia tu agaknya hari ni? Adakah semakin kacak? Ah, tak sabar rasanya nak tengok muka tu sekali lagi. Dah seminggu tau! Eh, tak sabar? Aku memegang pipi. “Apa ni Erynna, jangan cakap kau jatuh cinta pandang pertama kat dia?” Aku menepuk pipi.

Sambil memperagakan pakaian, aku sempat memandang calon puteri lain. Wah, cantiknya mereka semua. Dalam memerhatikan mereka semua, aku cuba mengimbau semula peristiwa yang berlaku sepanjang pertandingan berlangsung dan semestinya wujud persaingan hebat. Aku mencuba pula kasut yang dipilih khas oleh Kak Mira. Wah, cantiknya! Seumur hidup, aku tak pernah mencuba kasut sebegini cantik, membayangkannya pun tak pernah. Lima belas minit lagi. Eh, mana kad peserta aku?

Aku mencari-cari kad tu di seluruh bilik. Sah! Memang tak de. Alamak, macaam mana ni? Tanpa kad tu, aku tak boleh bertanding. Aku mendail nombor telefon Kak Mira. “Kak, kad peserta saya hilang, macam mana ni? Saya memang yakin sangat yang kad tu saya letak atas meja solek, sekarang dah tak de. “ Aku cemas dan kelam kabut.

Aku mengimbau kembali setiap peristiwa yang berlaku.Hari pertama lagi dah ada orang yang cuba buat onar dengan menghilangkan kasut dan macam-macam lagilah barang penting pada saat-saat akhir. Apa yang berlaku ni? Adakah aku ni disabotaj oleh pihak yang tak puas hati denganku? Sepanjang pemerhatianku, hanya ada seorang saja yang tak puas hati denganku selama ni. Ya..Puteri dari Jerman tu! Ah..tak mungkinlah!

Seorang demi seorang peserta tampil membuat persembahan. Aku, dapat turn terakhir. Persembaahan mereka semuanya hebat-hebat dan keyakinaanku mulai goyah. Tambh pula, dia tu masih taak sampai-saampai lagi. Kini, peserta ketiga sudah selesai dan aku semakin takut. Sorakan dan tepukan para hadirin menambahkan lagi kekalutan jiwa.

Kak Mira sampai dengan membawa kad peserta. “Erynna, guna kad ni. Akak dapatkan kad pendua ni dari pengurus.”

“Thanks, kak.” Dia berlalu pergi. Aku menarik nafas lega. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu yang teramat penting. Aku mengerling jam tangan.

“Sepuluh minit lagi. Mana dia ni?” Aku gelisah menanti.

Sepuluh minit berlalu daan juru acara majlis kini mempersilakanku pula ke pentas. Mahu tak mahu, aku terpaksa keluar tanpa dia. Orang ramai mula kecoh. Malu aku tak payah cakap lagi, memang tak patut dia tak datang. Sia-sia je pengorbanan aku selama ni. Aku mula rasa nak menangis. Geram, malu dan marah bercampur aduk.

“Puteri Erynna Qistina, mana Putera Edzryll Khaizuryll.” Tanya juru acara majlis.

“Err..dia, dia..” Aku terasa tak sanggup menghabiskan ayat tu. Soksek-soksek sumbang mula kedengaran, aku jadi bertambah sedih dan malu.

“Dia apa Puteri?”

“Dia..dia..” Aku menunduk memandang lantai pentas.

Tiba-tiba aku terdengar bergema suara penonton di auditorium tu. Siulan juga semakin kuat. Mungkin mereka semua ketawakan aku. Hanya tu je yang terlintas di fikiranku saat itu. Setitik du air mata mula gugur ke bumi. Aku menggigit bibir, cuba menahan air mata aari tumpah lagi. Aku benci dia tu!!!!!

“Angkat muka tu.”

Aku tersentak. Suara tu, aku pernah dengar.

“Angkat la cik adik oii, kalau tak angkat macam mana kita nak menari? Sudah, kesat air matamu sekarang.” Aku terasa pipiku dikesat dengan sapu tangan. Aku mengangkat muka.

“Awak lambat.” Hanya itu yang mampu kuucap kepadanya sebagai tanda rasaku sekarang.

“Saya minta maafl. Puteri Erynna, boleh sudikah tuan puteri menari dengan beta?” Dia memandang tepat ke anak mataku. Aduh, ini yang buat aku cair ni.

“Ya!” Aku kembali bersemangat.

Ini ialah tarian paling sempurna yang pernah aku lakukan setakat hari ni. Berpasangan dengannya, itu yang aku rasa perfect sangat hari ni. Masih terngiang-ngiang lagi tepukan bergemuruh dari seluruh isi auditorium. Namun. Aku masih tertanya-tanya sebab kelewatannya dan bila aku bertanya, dia hanya senyum saja. Pelik. Semasa menari tadi, aku dapat mengesan kelainan dari wajahnya. Dia tak sepenuhnya boleh tumpukan perhatian. Setahu aku, dia sungguh hebat masa tarian latihan tu. Dia juga kelihatan sedikit terlalai semasa menari. Saat tu, bimbang juga kalau dia terus macam orang mengantuk tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

“Tahniah Erynna, memang tak salah kakak pilih kamu sebagai pasangan Edzryll. “ Kak Mira terus menerkam ke arahku sebaik saja kami berdua turun dari pentas.

“Alah Kak, keputusan belum diumumkan lagilah.”

“Memanglah. Tapi, kakak rasa kamu berdua yang akan menang.”

“Mira, abang pergi dulu.” Edzryll meminta diri.

Kali ni, aku dapat mengesan lebih banyak perubahannya. Dia seperti orang tak cukup tidur. Apa dah jadi ni? Aku merapatkan diri kepada Kak Mira. “ Kak, kenapa dengan dia tu? Macam tak cukup tidur je.”

“Ha?”

Aku mengiakan. Dia mengerutkan mukanya. “Biasa je. Dahlah, sementara juri sedang buat keputusan, jom kita ke bilik persalinan dulu.”

“Yalah..” Aku menurut saja. Tapi, aku masih lagi rasa ada sesuatu yang tak kena.

#############

Debaran semakin terasa. Selepas majlis berehat selama setengah jam, para juri berkumpul semula dengan membawa keputusan pertandingan. Kami, sebagai peserta duduk di bawah pentas barisan pertama. Orang pertama yang aku lihat duduk ialah Puteri Sheravic dari Jerman bersama pasangannya Putera Jussico. Lagak mereka duduk mengalahkan raja sebenar lagi. Kalaulah mereka ditabalkan sebagai couple of the year sekaligus Puteri Platinum, apa agaknya mereka akan lakukan lepas ni? Akan amankah dunia ni? Aku berfikir sendirian.

Sebentar kemudian, auditorium mula penuh, sepenuh peluh yang merenik di dahi. Tanganku mula berasa sejuk. Oh,bertenanglah hati. Bertenanglah…!!

Pengarah pertandingan memulakan ucapan alu-aluan, disusuli oleh wakil ketua negara sekaligus membuat ucapan perasmian dan penutupan majlis. Selama setengah jam orang besar berucap di pentas, barulah aku ternampak si dia memasuki dewan dan duduk di sebelahku. Aku rasa, inilah masa yang paling sesuai untuk aku bertanya kerana jarak antara kami berdua dengan pasangan lain ketara jauhnya.

“Hei awak.” Aku memulakan.

“Hah… apa?”

“Kenapa ni?”

“Tak da apalah.” Dia memicit kepalanya.

“Mana boleh tak da apa. Awak sakit ke? Awak terlalai masa menari tadi dan saya terpaksa mnyokong badan awak. Awak tu berat tau tak? Nasib baik saya berjaya cover keadaan, kalau tak kita berdua yang jatuh.” Aku menekan sedikit suara.

“Maaflah, saya bukannya sengaja.”

“Awak jelaskan.”

“Tak de apa yang nak dijelaskan. Saya tak kisah awak nak marah atau nak apa, sebab saya tahu saya tak bersalah. Saya ada minum dengan putera dari Jerman sebelum pertandingan tu bermula. Entah apa yang dia buat sampai aku rasa betul-betul mengantuk tapi yalah kan…awak tu cantik sangat, buat saya boleh bertahan hingga selesai.”

“Hish..apa ni.” Mukaku merona merah. Orang hanya ambil berat je lah. Aku cuba mengubah topik dan buat-buat serius.“Awak jangan nak mengarutlah. Kalau kita kalah macam mana? Tentu Kak Mira kecewa, tentu semua orang tak puas hati, tentu seluruh Malaysia ketawakan kita nanti. Tentu…”

“Bisinglah. Saya mengantuk ni. Nanti bebelan awaak buatkan saya tidur hingga esok. Nak?” Terus dia memotong lalu memejam mata.

Aku mencebik seraya memallingkan muka ke arah lain. Betul-betul tak romantik la dia ni. Lain ditanya lain dijawab. Menyampah. Eh…buat apa aku peduli kalau aku tak sukakan dia? Erynna, jangan nak mula. Aku menepuk pipi. Aku cuba menumpukan konsentrasi pad ucapan di pentas, tapi tak dapatlah. Gelisahku makin menjadi-jadi.

“Ehem..ehem.. tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat yang dimuliakan, sebentar aagi keputusan pertandingaan Puteri Platinum akan diumumkan. Anda semua bersedia?”

Aku memejamkan mata dan mulutku kumat-kamit membaca doa.

“Kita mulakan dengan pemenang tempat ke-5 iaitu….THAILAND!!”

Ahhhhhh…!!!!

Penyokong Thailand mengeluh.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah puteri tidak melakukan tarian yang baik dan terikut-ikut dengan tarian kebangsaan mereka. Jadi maaf, anda tidak terpilih.” Pasangan Thailand menangis.

“Tempat kempat, dimenangi oleh….Australia!!”

Yakkkk…Oh my God!!!

Berkeriau para penyokong Australia. Bagai tak percaya rasanya.

“Tempat ketiga….ENGLAND!!”

Senyap semua penyokongnya. Rasa macam di awang-awangan. Masakan rakyat England yang mewarisi sifat Lady Diana akan kalah teruk.. tidak, tidak..!!

‘Maaf kepada rakyat Lady Diana, calon puteri anda semua boleh menari dengan sempurna tapi..ada sedikit kecacatan. Putera pilihan kurang menonjol dari segi berpakaian.”

Aku menoleh ke arah pasangan England. Apa yang dapat kusaksikan ialah puterinya mencekak baju pasangannya dan menghadiahi sebiji tamparan.

Aduh….

Aku menjadi semakin cemas. Antara Malaysia dan Jerman, siapa akan jadi pemenangnya?? Aku mengejutkan dia.

“Dah nak diumumkan. Bangunlah!”

“Naib Johan Pertandingan Pencarian Puteri Platinum jatuh kepada.....MALAYSIA!!!!”

“Yess..honey. we won!! I love U so much. Yeah...~!!!” Puteri Jerman bangun, menari dan mencium pasangannya, sambil terjerit-jerit “honey, I love U” bagai nak gila!

Aku tertunduk. Setitik dua air mata gugur juga ke bumi. “Edz..kita kalah.”

Suara pengacara majlis mengumumkan Johan, seakan-akan angin lalu je. Aku dah tak boleh fikir lagi, sedih yang amat sangat. Apa sebab kalah? Dah pasti sebab Edzryll, tapi aku tak boleh salahkan dia. Kalau Puteri Jerman menangis dengan sebab kemenangan, aku menangis dengan sebab kekalahan!

Ake reda.

“Sekarang, dipersilakan Puteri Platinum Sheravic ke pentas. Untuk makluman anda semua, baginda akan menerima USD 100 juta billion, trofi kemenangan, tiket pelancongan mewah bernilai 1 juta, dan juga sijil penghargaan.”

Tepukan bergemuruh bergema di seluruh auditorium, mengiringi setiap langkahnya naik ke pentas. Senyuman meleret dihadiahkan buat semua penyokongnya. Tahniah, tahniah..itu yang menjadi muzik perjalanannya. Dia dan Putera Jussico, berjalan beriringan untuk menerima hadiah.

“Dipersilakan Tuan Puteri.” Wakil Perdana Menteri menghulurkan hadiah. Dia, dengan penuh gaya menyambut, sambil tangannya dilambai-lambai ke arah rakyatnya.

“BANTAHAN!!!!”

Seluruh auditorium senyap. Seorang gadis sebaya aku tiba-tiba keluar dari bilik persalinan dengan penuh serius lalu berjalan laju ke arah juru acara majlis dan merampas mikrofon darinya. “Maaf semua, tapi saya ada sesuatu yang penting untuk disampaikan. Teramat penting.” Dia berhenti menarik nafas kemudian menyambungnya. “Puteri Sheravic dan Putera Jussico dari Negara Jerman bermain kotor. Mereka berdua telah merancang untuk menjatuhkan empat pasaangan lain yang menyertai pertandingan ni.”

“Awak jangan nak menuduh kami.” Jerit Puteri Sheravic.

“Saya tak menuduh kamu berdua, tapi saya ada bukti. Pada Puteri dari Thailand, kamu sengaja lekatkan gam pada kasutnya lalu menyebabkan Puteri Songkrakorn tak boleh menari dengan baik sebab tapak kasutnya sentiasa melekat di pentas. Pada Puteri Hetty dari Australia, kamu sengaja meletakkan miang buluh pada gaunnya. Pada Puteri England pula, kamu melumurkan cat hitam pada pakaian Putera Louise dan membuatkannya cacat pada hari pertandingan. Kamu ni memang licik ya? Sama je dengan pasangan kamu yang tak guna tu.”

“Kau, hentikannya!” Giliran Putera Jussico pula naik angin.

“Maaf, selagi tembelang kamu berdua tak didedahkan, saya takkan berhenti. Ingat apa yang kamu berdua buat pada Puteri Erynna dari Malaysia? Dari awal lagi kamu yakin yang dia akan jadi pesaing terhebat, jadi awal-awal lagi kamu kenakannya. Kamu menghilangkan tas tangan, kasut, gaun, dan yang paling penting kad peserta, 20 minit sebelum tiba giliran dia untuk menari. Lagi, Puteri Sherovic, kamu menyuruh Putera jussico untuk bersembang dengan Putera Edzryll sambil minum 30 minit sebelum pertandingan dan kamu sengaja meletakkan ubat tidur dalam minumannya, agar dia terlepas pertandingan. Betul tak? Tapi malangnya, Putera tu masih boleh bertahan dan memang tarian tu nampak sumbang sebab dia terlalu mengantuk. Puas hatilah kamu berdua ya?”

“Jj..Jangan mengarutlah!! Kamu tak de bukti untuk tuduh saya. Baik kamu minta maaf.” Menggelabah benar Puteri Sheravic tapi masih sombong.

“Ni buktinya.” Gadis itu menyerahkan pita rakaman kepada Juru acara majlis sebelum mnyerahkannya kepada pihak juri. Terperanjat betul mereka melihat rakaman empat hari tu. “Untuk pengetahuan kamu juga, polis dalam perjalanan ke mari. You’re under arrest!”

Pasangan dari Jerman itu terduduk. Aku tak sempat mendengar keseluruhan cerita sebab terlalu sedih, menangis pun ada. Aku mengangkat muka untuk melihat siapa gerangannya yang berani membongkar jenayah tu.

“Ai..Aisha Sofea…?? Kawanku..??? Aisha!!” Ake terpempam. Macam mana dia boleh ada kat sini? Macam mana dia tahu semua jenayah ni? Macam mana, macam mana..

“Kepada Panel Juri sekalian, saya harap anda semua pertimbangkan semula keputusan ini. Terima kasih.” Gadis itu atau Aisha turun dari pentas, di iringi oleh tepukan gemuruh dari para audien kerana keberaniannya. Selang beberapa minit kemudian, pihak polis tiba dan menggari Puteri dan Putera dari Jerman. Malu mereka berdua? Tak terkata…kerana sebaik saja mereka dibawa turun dari pentas, pelbagai tohmahan dan cacian kedengaran, siap dilempar dengan tin minuman, plastik pembungkus makanan, popcorn, sos, dan pelbagai lagi. Sesiapa yang melihatnya pasti akan ketawa pecah perut melihat kecomotan mereka.

Majlis yang kacau bilau reda dengan pengumuman dari juruacara majlis. “Kami, panel juri Pertandingan Pencarian Puteri Platinum meminta maaf atas kesilapan kami. Sekarang, kami mengumumkan bahawa Malaysia sebagai Johan, England sebagai Naib Johan dan Australia di tempat ke-3. Keputusan ini dibuat berdasarkan kesahihan bukti yang menunjukkan Puteri dan Putera dari Jerman menggunakan taktik kotor untuk memenangi gelaran ini. Dengan ini, dipersilakan, Puteri Erynna Qistina dan Putera Edzryll Khaizuryll ke pentas.”

Aku sungguh terharu masa tu. Kak Mira bangun dan terus memelukku tanda gembira. “Tahniah, tahniah!!”

Seluruh rakyat Malaysia majoriti bangun dan bersalam denganku dan dia tak kurang juga yang mengucap tahniah. Kerlipan dari lensa kamera tak putus-putus merakam peristiwa bersejarah tu. Sesungguhnya, aku rasa sangat bahagia. Memang masa tu, aku rasa dunia ni aku yang punya! Rakyat Malaysia, terima kasih kerana menyokongku!!!!

#################

Dia masih lagi tidak dibenarkan pulang dari hospital. Selepas dia tiba-tiba pengsan masa atas pentas hari tu, suasana kecoh sikit. Semua orang tahu dia masih dalam moodmengantuk dan faham keadaaannya, dan ramai juga memujinya kerana Berjaya menahan kesan ubat tu selama lebih dari dua jam. Mana ada orang yang boleh buat begitu? Natijahnya, dia tidur tak bangun-bangun selama 2 hari, membuatkan aku fikir dia ni koma ke? Tapi, ternyata salah tanggapanku kerana apa yang membuatkan dia tidur ialah kesan dari bius yang diberi oleh doktor, untuk merehatkannya.

Walau apapun, aku bersyukur sangat atas kejayaan kami berdua dan aku amat berterima kasih kepada kawanku Aisha yang susah payah mengintip Puteri sombong tu. Sebagai pelajar penyiasaatan, dia sesungguhnya curiga dengan gerak geri aku lalu dia cuba mencari sebabnya. Melalui Si Misai, dia tahu semua ni dan mengikut aku ke mari. Dialah juga yang memjadi pembantuku selama ni dan aku memang tak tahu pun, pandai dia menyamar. Dia juga menjadi saksi perbuatan jahat puteri sombong tu.

Kini, aku tahu yang dia- Edzryll tu bukannya teruk sangat. Apa yang aku tahu, aku suka dia. Dan apa yang membuatkan aku tak boleh lupakannya ialah:

“Princess Platinum Erynna Qistina, I love U.”

Itu ialah ayat keramat bagiku.

Dan Akulah Puteri Sejati….yang sentiasa Ditunggu oleh Sang Putera.

TAMAT..!!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh