Home Novel Cinta ACAH ACAH CINTA
ACAH ACAH CINTA
Aira eddy
26/1/2017 10:49:41
26,488
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab BAB 14

Part 14

Acah acah cinta.

Airmata mengalir lagi. Tangan diangkat. Doa dipinta. Kata kata doctor menerjah ketelinga lagi.

"Jantung baru dia tak dapat berfungsi dengan baik, sebab tu dia masih perlukan bantuan pernafasan"

Puan Kirana memejamkan matanya. Tubuh terjelopok atas tikar sejadah.

Pintu bilik solat hospital dikuak agak kuat. Mata Ash Firdaus basah dengan airmata. Tubuh Mamanya dipeluk sekuat hati.

"Ash akan ikut cakap Mama. Ash hanyut dengan perasaan sendiri. Maafkan Ash"

Puan Kirana mengusap rambut anaknya. Maafkan Mama. Mama.... bisik hati Puan kirana yang tak terluah.

Longlai langkah Ash Firdaus saat masuk ke dalam bilik kembarnya. Am Firdaus tersenyum. Alat bantuan pernafasan dibuka sebentar.

"She's totally fall in love with you. Tolong jangan sia sia kan dia"

Hingga ke saat akhir. Kebahagiaan sendiri diketepikan.

"No, aku akan....

Am menggelengkan kepalanya. Ash berhenti berkata kata.

"Cinta tak semestinya memiliki. Aku bahagia bila dia bahagia. Dan dia perlukan orang yang kuat dan sihat untuk lindungi dia"

"Mana kau tahu dia cintakan aku! Dia perlukan kau! Bukan aku!"

Bentak Ash. Am terbatuk kecil. Alat bantuan pernafasan disambung semula dan dibuka semula. Naurah merempuh masuk ke dalam wad. Laju langkahnya duduk di birai katil Am Firdaus. Esakan mula kedengaran.

"Saya perlukan awak....saya...."

Dengar sahaja pengakuan dari Naurah, Ash terus berlalu keluar dan berdiri di sebalik pintu.

"Saya cintakan awak, bukan dia. Tolong jangan tinggalkan saya. Cukuplah awak bagi saya pada orang lain. Hati saya sakit sangat"

Am Firdaus berusaha mengawal pernafasannya. Perasaan dipendam lagi. Biar dia yang menanggung sakit.

"Awak dah lupa ke, jantung saya bukan milik saya lagi. Saya dah ada jantung baru. Jantung baru saya tak berdegup untuk awaj. Yang tinggal hanya kenangan kita dulu. Dan ianya hanya tinggal kenangan. Hati saya dah tak berdetik untuk awak lagi."

Esakan makin kuat.

"Tugas seorang isteri adalah di sisi suaminya...

"Cukup! Saya masih ada jantung yang sama. Dan saya sedar jantung ni berdegup untuk orang yang sama. Dan orang tu adalah awak! Ash? Perasaan yang ada untuk Ash hanyalah perasaan simpati. Mungkin sebab kami pernah kongsi katil yang sama"

-bersambung lagi.... bila lah nak habis. Hehehe. Jangan risau dah nak ending dah-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.