2,112
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
RIANA Bab 9 & 10

Bab 9

Pagi itu aku dan Lau duduk di satu sudut di dalam mini market tersebut. Sudah satu minggu aku dan Han tidak bertegur sapa. Mujurlah Lau sudah kembali semula ke kedai. Tak perlulah aku berpura-pura ceria dan berbual rancak dengan Ah Hor dan Mek dihadapan anaknya itu.
"Kau dengan Han gaduh meh?" duga Lau sambil melekatkan tanda harga pada bungkusan tuala wanita dihadapannya menggunakan price gun. Aku mencebik. Anak muda ini memang sedikit kepoh orangnya. Malah, gemar ambil tahu hal orang lain. Tak padan lelaki. Kata-kata Lau itu aku endahkan sahaja. Sebaliknya, aku membuka sebuah kotak besar yang mengandungi stok lampin bayi pakai buang. Satu persatu aku keluarkan dan susun di rak yang sepatutnya.
"Eh, kau tak tahu ke? Han tu suka sama kau." Aku tergelak kecil. Lama-lama makin galak pula tawaku. Melihat tingkahku membuatkan Lau berasa pelik.
"Memang hantu. Han.. Tu.. Hantu." ucapku dalam tawa yang masih kedengaran. Entahlah. Selepas ditegur oleh lelaki itu minggu lalu, ada sajalah ejekan dan usikan aku untuk Han. Mungkin kerana geram atau sakit hati belum kebah agaknya. Selesai kerjaku disitu, aku membawa kotak-kotak besar yang sudah dilipat untuk diletakkan diluar kedai. Kotak-kotak terpakai begitu dijual pula kepada orang kampung atau sesiapa sahaja yang memerlukannya. Sedang aku mengemas kotak yang berselerakan disitu, sebuah kenderaan yang agak mewah berhenti betul-betul dihadapan kedai. Turun seorang wanita berbangsa Cina yang cantik jelita. Naluri kewanitaanku membisik rasa cemburu. Gayanya agak seksi dengan sepasang skinny jeans dan baby T. Rambut ikalnya dibiar lepas hampir mencecah ke pinggang. Cermin mata hitam dipakai penuh bergaya. Mulutku melongo memandangnya. Apatah lagi dengan sejumlah pembeli yang ada di dalam mini market ketika ini. Belum sempat wanita jelita itu melangkah masuk ke dalam kedai, Han sudah menerpa. Lengan wanita itu dipaut. Terus sahaja memori ketika aku terpegang lengannya tempoh hari bermain diminda. Oh, patutlah. Han dah ada kekasih. Mesti dia tak suka apabila disentuh oleh wanita lain selain kekasih dia sendiri. Aku mengetap bibir. Meski peristiwa itu sudah berlalu dan berlaku tanpa sengaja, aku tetap malu apabila mengingatinya.
"I nak jumpa Ah Ma, Ah Ba..." kata wanita itu sambil cuba merungkai pegangan Han. Aku lihat Han sedaya upaya menahan wanita itu dari masuk ke dalam.
"Jessy!!!" Aku mendengar suara Mek yang tiba-tiba sahaja muncul. Tanpa berlengah, wanita itu berjaya melepaskan diri dan cuba merangkul tubuh Mek. Sebaliknya, Mek mengelak. Wanita itu kelihatan teresak menangis. Aku tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tetapi, ketika ini aku dapat mendengar Mek berkata sesuatu kepada wanita itu di dalam bahasa ibunda mereka. Wanita itu masih lagi menangis sambil menganggukkan kepala. Tidak lama kemudian, Mek masuk ke dalam kedai. Han pula memimpin tangan wanita itu dan membawanya masuk ke dalam kereta. Aku dijentik perasaan cemburu melihatkan cara Han melayani wanita itu. Ketika Han mahu membuka pintu bahagian pemandu, barulah lelaki itu sedar akan kehadiran aku disitu. Aku tersenyum kelat lalu mengambil langkah seribu masuk ke dalam kedai.
"Eh, kau tak tahu ke? Han tu suka sama kau."
Gila! Aku cemburu dan celaru! Aku cemburu Han dah ada kekasih! Aku celaru sebab aku percaya Han sukakan aku!

Bab 10

"Nana!" Kali ini, sekali sahaja namaku diseru, aku terus pergi menghadap bini majikanku itu.
"Sekejap lagi, mu teman Han pergi ke pekan ah.. Ah Hor tak larat nak jalan jauh. Sakit belakang dia datang balik. Aku pun sakit kaki ni." arah Mek sambil menjelaskan keadaan sebenar. Aku mengangguk lesu. Sudah tiga hari peristiwa Han dan wanita jelita itu berlaku. Kadang-kadang, aku memarahi diriku sendiri yang tidak ada rasa malu. Dalam diam simpan perasaan pada lelaki yang sudah punyai kekasih hati. Dan, mengapa taste aku dekat orang Cina pulak ni? Aduh! Kenapalah aku boleh jadi macam ni akhir-akhir ni.
"Riana, jom." sapa Han ketika melewati diriku yang tercegat berdiri berdekatan dengan kaunter bayaran. Aku menarik nafas yang dalam. Menikmati haruman yang sering dikenakan oleh lelaki itu. Sekilas aku memejamkan mata. Gila bayang ke apa aku ni? Dengan pandangan menunduk ke bawah, aku duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Han memasukkan gear dan kereta mula bergerak perlahan. Kedua belah tangan bertaut sesama sendiri. Aku bermain dengan jari jemari. Lidah kelu dan bisu. Han juga begitu.
"Saya nak cari barber shop dekat pekan. Nak potong rambut. Rimas." umum Han memecahkan suasana hening di antara kami semenjak kenderaan ini bergerak.
"Eh, jangan!"  lancar sahaja aku berkata tanpa aku sendiri sedar. Aku membulatkan mata sebelum wajahku kembali ke posisi asal. Kali ini aku berpeluk tubuh pula. Tak boleh ke mulut ni diam? Aku mengutuk diri sendiri di dalam hati.
"Kenapa jangan?" soal Han lembut.  Aku mengulum lidah. Enggan memberikan jawapan.
"Okay. Kalau macam tu, sampai pekan nanti saya potong rambut." Aku segera mengangkat wajah. Mataku bulat memandangnya. Han juga sedang memandangku. Baru aku perasan. Jambang dan misainya yang lebat selama ini sudah dicukur rapi. Terserlah ketampannya itu. Aku tertunduk lagi. Dia dah ada makwe, lah!
"Erm, rambut panjang tu sesuai dengan awak..." kataku sedikit teragak. Kekok pula rasanya setelah lama tidak berbual seperti ini.
"Riana.." seru Han perlahan. Aku memandang dengan ekor mata. Lirikan lelaki itu kadang-kala terarah kepadaku. Kadang-kadang diatas jalan raya yang bersimpang-siur.
"Sorry... Saya tak patut cakap macam tu dulu." katanya memohon kemaafan. Aku tersenyum sedikit.
"Erm, sorry jugak. Sebab layan awak macam tu dulu. Siap jelir lagi." kataku pula sambil menggigit lidah. Lucu mengenangkan peristiwa itu.
"Tak. Saya yang salah. Sebenarnya, saya jealous." tutur Han lagi. Kedua belah keningku sedikit terangkat.
"Saya jealous bila tengok CCTV nampak awak dan Lau berdua-duaan." ujar Han sebelum ketawa kecil yang seakan dibuat-buat.
"Saya jealous pada sepupu yang belasan tahun. Damn! Apa nak jadi pada saya." kata Han lagi seraya membuatkan aku bertambah keliru.
"Awak jealous apa?" tanyaku.
"Saya jealous awak lebih banyak bercakap dengan Lau dari saya. Awak layan kawan-kawan sekampung yang datang ke kedai lebih mesra dari saya. Awak ketawa dengan Ah Ma dan Ah Ba lebih banyak dari saya. Saya jealous dengan semuanya." jelas Han panjang lebar. Aku terkedu buat seketika.
"Tapi, awak dah ada girlfriend, kan?" tukasku pula.
"Jessy?" sanggah Han. Aku diam. Cemburu tiba-tiba hadir mendengar nama itu dibibir Han.
"Dia partner. Cuma bussines partner yang lingkupkan bisnes saya. Sebab tu saya balik kampung. Saya nak tenteramkan perasaan saya. Dan keputusan saya tak salah. Saya dapat jumpa awak selepas bertahun tak jumpa, Riana." kata Han lagi. Separuh jiwaku lega mendengar penjelasan lelaki itu. Aku belum gila lagi rupanya. Aku bukan jatuh cinta pada kekasih orang!
"Bila kita pernah berjumpa, Han? Saya..." belum sempat aku berkata-kata Han menyampuk.
"Can you say it again?"
"Hah?" Aku menyahut dengan perasaan kurang mengerti.
"Nama saya. Cuba sebut sekali lagi.." tutur Han sambil tersenyum.
"Han? Han.." seruku mengikut telunjuknya. Dah kenapa?
"Nah, cuba tengok cincin ni." ujar Han sambil mencabut cincin perak dari jari kelingking kanannya. Aku menyambut huluran lelaki itu. Cincin halus berbentuk zigzag itu aku perhatikan dengan penuh minat. Selama ini, aku memerhati dalam diam sahaja aksesori kecil itu dijemarinya. Untuk bertanya dah tentu aku segan.
"Masih tak ingat?" soalnya. Aku memandang lelaki disisiku itu sekilas. Satu gelengan aku berikan.
"Tahun dua ribu lima. Saya dapat keputusan cemerlang dalam ujian. Tapi, Ah Jin tetap nombor satu di hati Ah Ba dan Ah Ma. Setiap tahun cemerlang di universiti. Anak sulung katakan. Saya sedih. Saya dah usaha sebaik mungkin. Saya pun cemerlang. Tapi saya tetap kalah pada Ah Jin. Sebab tu saya lagi selesa duduk di asrama. Hati tak sakit, kan?" cerita Han. Aku terkesima buat seketika. Tak sangka walaupun mempunyai adik beradik yang sedikit masih mengundang rasa tidak puas hati dengan layanan ibu bapa sendiri. Aku mempunyai enam orang adik beradik. Belum pernah lagi sikap begini muncul diantara kami. Jika wujud pun akan cepat-cepat kami usir. Satu lirikan aku layangkan kepada lelaki disisiku itu. Wajahnya tenang tanpa secalit riak sedih atau muram. Tiada satu patah bujukan mampu aku tuturkan. Aku tidak arif dengan situasi yang melandanya. Jadi, hanya pandangan simpati itu sahaja yang dapat aku berikan.
"Masa tu saya duduk sendirian di tepi kedai. Ingat lagi tak ada batu besar dekat situ?" sambung Han lagi seraya menanyakan soalan. Aku cepat-cepat mengangguk. Masakan aku lupa dengan tempat bermain ketika kecil dahulu.
"Tiba-tiba awak duduk dekat saya. Awak cakap jangan sedih. Awak berikan hadiah mainan tikam yang awak dapat." kata Han lagi diiringi dengan ketawa kecil. Aku turut tergelak kecil. Namun, peristiwa yang dikatakan itu masih tidak timbul dipermukaan memori.
"Awak suruh saya buka plastik tu. Ada dua bentuk cincin. Awak ambil yang besar sebab yang besar tu ada permata palstik warna merah. Yang kecil.. Inilah dia." Aku tergamam. Cincin zigzag yang aku genggam ketika ini aku tilik sekali lagi. Ianya bersinar. Tak seperti mainan pun. Tapi, beratnya tidak menipu.
"Silver dip. Kalau dipatahkan terus patah aje tu." kata Han lagi sekaligus memberikan aku jawapan.
"Jadi?" tuturku pula.
"Jadi, si kecil Riana Ailin minta saya pinky promise kahwin dengan dia. Dan saya dah setuju masa tu. Sekarang, saya nak tunaikan janji saya secara rasmi. Cincin lamaran in advance yang awak bagi ni sebagai bukti, okay." mataku bulat memandangnya. Serius??? 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh