3,825
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Fantasi

Aku banyakmenghabiskan masaku di Dr Love. Aku beruntung kerana Ally sedia mendengar,jadual kerjanya yang fleksibel membolehkan aku menghadiri ‘sesi terapi’ yangdiberikannya secara percuma kepadaku. Walaupun dia bukan ahli psikologi yangbertauliah, tetapi aku percaya bercakap dengannya dapat membantu aku keluarsebentar dari pintu alam fantasi yang aku cipta untuk sekian lamanya.

"Hmm... Pintualam fantasi yang kau cipta?" tanya Gina kehairanan apabila akumemberitahunya tentang apa yang aku bincangkan dengan Ally.

"Ya. Pintu alamfantasi!" jawabku dengan bersungguh-sungguh.

Selepas bercakapdengan Ally, aku cuba bertenang dan mengambil masa untuk mengenang kembalihubungan kami yang terjalin selama lapan tahun lamanya.

Secara zahirnya,hubungan aku dan Norman memang baik. Segala-galanya nampak indah. Malah, ramaiyang kagum bagaimana kami boleh bertahan dalam tempoh masa yang begitu lamadengan hanya berikatkan janji. Tidak salah jika aku katakan yang ianya pernahmenjadi sesuatu yang dicemburui ramai. Namun, dalam aku mengenang segalakata-kata, suara dan senyuman Norman yang pernah membuatkan aku bahagia, akuperlu akui satu kenyataan yang aku cuba nafikan untuk sekian lamanya.

“Apa dia Marina?”tanya Ally apabila melihat aku teragak-agak untuk meluahkan apa yang terbuku didalam hati. Aku mengambil nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara.

“Segala yang indahantara aku dan Norman perlahan-lahan lenyap sejak tiga tahun yang lalu. Dalamkata lain, sepanjang tempoh lapan tahun tersebut, kemesraan antara kami hanyabertahan selama lima tahun sahaja. Selepas itu, hubungan kami sedikit berubah.Norman tidak lagi seperti Norman yang aku kenali dahulu.”

“Baru sekarang kaumenyedarinya?”

“Sudah lamasebenarnya. Aku sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan kami sejak tiga tahunlalu. Namun, aku diamkan sahaja kerana aku menganggapnya sebagai satu perkarabiasa. Aku menganggapnya sebagai satu cabaran bagi pasangan muda seperti kami.Aku cuba menjadi positif walau apa pun yang berlaku”

“Cuba menjadi positif...Hmm... Ianya bukanlah semudah yang disangkakan.” kata Ally.

Ya. Ianya bukansesuatu yang mudah. Namun apa yang membuatkan aku bertahan? Berkali-kali akumenyoal diriku. Aku tertanya-tanya bagaimana agaknya aku mampu bertahan dankekal positif untuk bertahun lamanya? Apa sebenarnya yang membolehkan akumenempuhi saat-saat sukar dengan Norman yang sedikit sebanyak berubah menjadiseorang yang dingin dan kurang sensitif.

"Fantasi..."itulah perkataan yang terpacul dari mulutku setelah lama memikirkan kata-katayang sesuai untuk menggambarkan situasi yang berlaku. "Jawapannya adalahfantasi Ally..."

"Maksudkau?"

"Apabila akufikirkannya secara mendalam. Jawapannya adalah kerana aku suka hidup di dalamfantasi. Hidup dalam kenangan indah antara aku dan Norman"

"Contohnya?"

"Setiap kali adayang tidak kena antara kami, aku akan kembali masuk ke dalam dunia kenanganyang agak melekakan yang kemudiannya membawa aku masuk ke dunia yang penuhdengan fantasi. Aku akan memberitahu diri sendiri yang segala-galanya akan okeydan saat indah yang pernah kami nikmati bersama akan muncul semula. Aku jugaselalu memujuk diri sendiri. Aku kata, walau apa pun yang berlaku, aku perluyakin ianya akan berakhir dengan baik. Tetapi..."

*****

“Hai Ally! Sibuk?Maaf mengganggu. Cuma hendak beritahu yang aku akan pulang ke JB hari ini okey.Bye!” aku meninggalkan pesanan suara untuk Ally kerana sejak dari pagi, hanyasuara wanita parau yang menjawab panggilan-panggilan yang aku buat kepadanya.

"Hmm… sibukmemanjang si Ally ini…tidak tahulah apa yang dibuatnya pagi-pagi begini"bebelku sendirian.

Beberapa harisebelumnya, aku baru sahaja berjumpa dengannya di Dr Love.

“Apa yang patut akubuat sekarang?” aku meminta pendapat Ally.

"Pertama kauperlu tahu apa masalah kau yang sebenarnya."

"Aku rasa itusudah lama aku kenal pasti"

"Kau tidak perluberitahu aku. Sekarang biar aku cuba rumuskan. Apa yang aku cakap ini adalahberdasarkan apa yang aku dengar dari kau. Masalah kau yang pertama adalahNorman dan yang kedua adalah kerjaya. Betul atau tidak?"

"Ya. Betul"aku mengangguk. Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ally.

"Baiklah. Apayang perlu kau buat sekarang ialah menyelesaikan masalah kau yang pertama iaituNorman"

"Ya. Kalau bolehaku ingin lupakan dia. Aku ingin keluarkan dia dari ingatan aku!"

"Kau tahubagaimana caranya untuk kau lupakan dia?"

"Itulahmasalahnya, semakin aku cuba untuk lupakan dia, semakin kuat ingatan aku padaNorman "

"Marina... Akurasa ada baiknya kau terima realiti yang kau tidak mungkin dapat melupakanNorman. Walaupun kau sudah berusia lima puluh tahun nanti"

"Ha? Itusahajakah yang perlu aku lakukan?" tanyaku. Kurang yakin dengan jawapanmudah yang diberikan oleh Ally.

"Ya. Terimakenyataan yang cinta pernah wujud antara kamu berdua tetapi ianya tidak kekaldan kamu berdua bukan ditakdirkan untuk bersama"

"Ianya mengambilmasa Ally" kataku. Kemudian aku mengeluh.

"Betul Marina.Ianya memang mengambil masa. Dalam dua tahun pertama, kau pasti akan mengintipgerak geri dia dan kau juga ingin tahu perkembangan Norman"

"Kau betul...Kalau kau hendak tahu, aku masih lagi intip dia di Facebook dan Twitter"dalam senyum malu, aku membuat pengakuan.

"Ha! Aku sudahagak!" kata Ally sambil ketawa. "Tetapi aku percaya, kau pasti akanberjumpa dengan orang baru. Percayalah cakap aku. Sekejap sahaja. Kau tengoksahajalah nanti"

"Pandai-pandaisahaja kau ini Ally. Bagaimana kalau aku tidak dapat melupakan dia dalam masalima, tujuh atau sembilan tahun akan datang? Bagaimana jika dalam tempoh itu,aku tidak juga berjumpa dengan orang baru? Parah!" entah kenapa, akutiba-tiba menjadi panik apabila membayang kemungkinan yang bakal terjadi.

"Marina. Sekalilagi kau jadi panik dan negatif. Janganlah begini..."

"Okey. MaafAlly. Aku akan cuba bertenang dan ambil nafas dalam-dalam"

"Okey. Masalahpertama sebenarnya mengambil sedikit masa untuk diselesaikan. Kau perlu terimakenyataan yang ianya telah berlaku dan jangan terlalu risau kerana apa yang kaualami ini adalah sesuatu yang normal. Ianya adalah simptom-simptom biasa orangbaru putus cinta. Lagipun dia wujud dalam hidup kau dalam jangka masa yang agaklama. Lapan tahun! Kalau ianya seorang budak, dia sudah masuk sekolah darjahdua"

Aku tertawa mendengarkata-kata Ally.

"Oh ya!Bagaimana pula dengan masalah kedua kau?" tanya Ally.

"Kerja"

"Ya. Okey.Beritahu aku apa masalah kau sebenarnya? Sebab aku masih kurang jelas"

"Aku sebenarnyamasih tertanya-tanya bidang kerja apa yang patut aku ceburi selepas ini. Bukanapa, aku tidak mahu menyesal di kemudian hari. Lebih-lebih lagi selepasmengalami pengalaman yang menakutkan dengan Markonah"

"Nampaknyaselepas ini, kau perlu teliti betul-betul apa yang sesuai dengan kau. Buat masasekarang, pada pendapat aku kau jangan kisah sangat kalau gajinya kecil. Yangpenting peluang untuk berkembang itu ada. Sementara masih muda dan tiadaapa-apa tanggungan dan komitmen, ada baiknya kau membina karier dari bawah danbelajar secara street"

"Ya. Kalauhendak diikutkan, banyak kerja yang ada di Kuala Lumpur ini. Tetapi aku masihkeliru mana satu agaknya yang sesuai untuk aku Ally"

"Hmm.. Padapendapat aku, kau perlu pilih sesuatu yang ada kena mengena dengan personalitidan prinsip yang kau pegang"

"Aku setujudengan kau. Tetapi dalam keadaan sekarang, pentingkah semua itu Ally?"

"Penting Marina.Ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah sebab kita menghabiskanlebih dari separuh masa kita dalam sehari dengan kerja"

"Okey. Akusetuju dengan apa yang kau cakap. Tetapi bagaimana untuk kita tahu sama adasesuatu itu ada kena-mengena dengan personaliti dan prinsip yang kita pegang?Kedengaran senang tetapi ianya agak kompleks apabila difikirkan"

"Jawapannyamudah Marina. Lihat kembali ke belakang"

"Maksudkau?"

"Begini. Akupercaya kebanyakkan kita tidak sedar bahawa banyak benda yang berlaku kepadakita adalah hasil dari perbuatan kita sendiri. Dalam minda yang tidak sedar,kita yang menjadi punca ianya berlaku. Bagi aku, apa yang berlaku padaseseorang itu adalah hasil dari tindakannya sendiri. Jika kita menginginkanperubahan, tetapi kita masih dengan pemikiran dan perangai yang sama, tiadabenda baru yang akan kita perolehi. Kita akan dapat benda yang sama. Dalam dirisetiap orang, pasti ada sesuatu yang menjadi prinsipnya. Kebanyakkannya datanghasil dari masa silam dan pendedahan yang kita terima. Dalam tidak sedar, ianyamengawal diri kita dalam menjalani kehidupan seharian" terang Ally panjanglebar.

"Jadi apakaitannya dengan masa silam?" aku sedikit keliru.

"Masa silam kitayang membentuk kita pada hari ini dan aku percaya itulah yang mempengaruhikeputusan dan tindakan kita pada hari ini. Pendedahan awal yang banyakmempengaruhi siapa kita pada hari ini. Tetapi, masa silam yang aku maksudkantidak semestinya berlaku pada sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu. Mungkinianya perkara-perkara yang berlaku tiga, empat atau pun lima tahun yang lalu.Mungkin juga lima bulan yang lalu," kata Ally diakhiri dengan tawa kecilyang begitu menghiburkan.

Aku benar-benar kagumdengan apa yang keluar dari mulut Ally. Aku tidak pernah terfikir yang diaboleh berfikir hingga ke tahap itu. Dia seperti bercakap melalui pengalamannya.

Truttt. Trutt.Telefon bimbitku berbunyi.

“Helo Tia....” kawankaribku yang aku kenal sejak sekolah menghubungiku.

“Marina. Kau ada dimana sekarang?” pantas Tia bertanya.

“Masih lagi di dalambas.”

“La... Aku ingat kausudah berada di JB. Boleh juga kita jumpa sekejap”

“Belum lagi. Kurangdua jam lagi sampailah aku ”

"Okeylah kalaubegitu. Nanti kita jumpa bila-bila kalau ada masa nanti ya... Kau cuti lamabukan?"

"Ya Tia. Betul.Kita jumpa nanti ya. Kalau aku rajin, aku datang ke rumah kau esok ataulusa"

"Bagus... Sayangkau! Okey Marina! Bye!"

 

Petikan dari novelSfera oleh Kid Haider.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.