Home Buku Cinta Kapal Terbang Bintang(별 비행기)
Kapal Terbang Bintang(별 비행기)
Fayanti Aurora
28/9/2019 16:17:03
170
Kategori: Buku
Genre: Cinta
Senarai Bab
Puisi

MEMOIR CINTA

JEJAKA TERPUJI SYURGA

Masihkah engkau ingat?

Memoir cinta kita

Kali pertama mata bersua

Kau tenung aku

Dan aku tenung kau

Tanpa sebarang alasan

Kita sama-sama lintasi satu sama lain

Seiringan tanpa garisan

Tatkala pandangan bertemu

Dunia seakan berhenti bernafas

Bagai layar berakhir seketika

Bermulalah perlayaran kisah cinta kita

Penuh ranjau dan onar

Saat sukar dan gembira

Kadangkala kita bermasam muka

Dan teruja saat lahirnya zuriat

Perlayaran ini bukan mudah

Ramai yang lemas dek memandang rendah

Akan badai cemburu dan godaan nafsu

Kesabaran dan kesetiaan diuji

Hanya toleransi dan saling melengkapi mampu atasi

Kini amanah kita telah dewasa

Tinggal kita dengan sisa-sisa usia

Sebelum nyawa dicabut keluar dari badan

Izinkan ku abadikan kisah cinta ini

Di dalam memori kita berdua

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.