Home Alternatif Alternatif 20 TAHUN AKU SAKIT OI
20 TAHUN AKU SAKIT OI
NaimTamdjis
12/1/2017 09:25:30
13,858
Kategori: Alternatif
Genre: Alternatif
Senarai Bab
Bab CAPD - Dialisis Air Di Rumah

CAPD… dialisis di rumah

Petang tu Dr Nefro datang. Dia bincang dengan ayah aku pasal nak masuk Kateter dalam perut. Nak buat dialisis di rumah. Ayah aku setuju. Dia sain sahaja surat keizinan membedah. Yelah masa tu bawah umur lagi. Apapahal ayah akulah sain. Akupun tak tahu apa bendalah CAPD bagai ni. Paling kelakar kau boleh tanya dengan doktor.

“Doktor… pembedahan ini selamat ke?” soalku lurus.

“Eh Selamat. Jangan bimbang,” jawab doktor.

Hahaha. Aku sebenarnya waktu tu takut. Iyalah pertama kali kena bedah. Mau tak takut. Tak sedar langsung pulak tu. Ntah apa lagi dirodoknya perut aku ni. Huhuhu. Tapi malam tu memang aku fikir pasal bedah tu. Cuak juga beb!

Esoknya aku dibawa ke dewan bedah. Jantung memang berdebar debar. 1st timelah katakan. Terus masuk dewan bedah dan orang dalam bedah tanya aku pasal berat, tinggi dan suruh aku baca surah yang aku tahu. Kemudian diletakkan corong oksigen. Dalam seminit dua minit aku mengantuk lalu tertidur.

“Dik… bangun dik. Bangun.”

Seseorang mengejutkan aku. Seorang lelaki mengejutkan aku. Rupanya aku dah berada di luar dewan bedah. Dalam mai main aku melihat sekeliling. Aku nampak Air botol dialisis dimasukkan lagi.

“Tadi hasil ujian darah adik kotor lagi. Belum normal. Jadi kita masukkan ubat ni lagi untuk sehari dua sampai darah betul betul normal,” katanya.

Aku yang tengah pening hanya mengangguk. Aduh kena cuci lagi.

Selepas 2 hari cuci darah dihentikan. Aku rasa aku semakin sihat. Doktor mengarahkan aku ke unit CAPD untuk melihat bagaimana proses CAPD dijalankan. Unit CAPD terletak di aras bawah sekali sebelah klinik gigi. Bila masuk bilik CAPD misinya menerangkan apa itu CAPD. CAPD dalam bahasa saintifiknya Continous Ambulatory Peritenoel Dialysis. Satu proses dialisis yang boleh dilakukan di rumah. Ertinya kau tak perlu masuk hospital nak buat dialisis.

Syaratnya ada satu bilik khas dan kena jaga kebersihan. Ertinya bilik tu tak boleh kongsi dengan orang lain. Air ubat akan dimasukkan ke dalam perut yang telah dimasukkan kateter kekal tadi. Kemudian 4 jam akan dikeluarkan dan digantikan dengan air baru. Maka untuk buat tu aku kena belajar mengambil bp, mengambil suhu dan mengambil bacaan tertentu.

Aku juga kena belajar cucuk, memasukkan air dan mengeluarkan air dalam perut. Belajar untuk melakukan dressing kerana setiap hari aku kena dressing supaya kateter atau kawasan sekeliling kateter tak dijangkiti kuman. Misi itu berkata lagi seminggu baru masuk wad belajar dan sambil buat CAPD. Adui. Bosan betul masuk wad.

Aku lihat ada orang buat relak je. Duduk. Air masuk dan air keluar. Siap pakai mask. Misi kata jangkitan kuman paling mudah berlaku kepada orang CAPD kalau tak jaga kebersihan. Sekarang yang bermain di fikiran aku nak mandi macamana kalau benda ni ada kat perut. Misi tu kata boleh mandi tapi ada caranya. Kena buat dressing betul betul dan beli satu plaster kalis air untuk tutup kateter.

Lepas tu aku balik rumah dengan perut berbungkus. Masa aku dah ada kat rumah, pengurusan sekolah aku melawat sambil bawa derma. Kawan kawan ada datang gak. Terharu jugak. Walaupun hati meronta ronta nak pergi sekolah, tapi aku kena rehat betul betul. Bagi tenaga pulih balik sebab hampir seminggu terbaring je.

Lepas balik aku check in balik hospital. Tingkat 7 lepas tu baru dapat kelas 2 tingkat 5. Tingkat 7 macam biasa sesak sebab apa apa kes semua dirujuk kat situ. Tapi aku duduk sehari sebelum ke tingkat 5 kelas 2. Makan sedap sikit tingkat 5 sebab ada milo. Tingkat 7 memang aku kurang makan. Selalu ayah aku beli kat kantin lauk.

Pertama kali turun ke tempat CAPD di tingkat bawah aku rasa syok sebab ada orang tolak kerusi roda. Hahaha. Kata orang nismilan Jobo beb. Rasa macam ada driver pulak. Lagipun yang hantar misi pratikal. Hahaha. Tapi pada masa yang sama aku berdebar debar. Sebab ini pertama kali aku buat menatang CAPD ni. Kepala dah fikir kena tembuk ke perut sendiri. Banyak ke darah keluar nanti. Aish!!!

Sampai sahaja nurse sambut aku. Ada 2-3 orang yang buat. Mula mula buat dressing dulu. Staff nurse buka balutan kat perut. Aku boleh lihat satu tiub keluar dari perut aku siap berjahit. Pucat muka aku bila nampak benda tu. Ngeripun ada. Dah benda tu terjulur keluar dari perut ko.

Nurse buat dressing. Kemudian pasang satu tiub lagi. Katanya inilah yang akan menjaga air masuk dan keluar. Selesai pasang di terang aku macam mana nak masukkan air dan keluarkan air. Pusing sahaja benda tu. Aku mengangguk walaupun sebenarnya aku blur lagi.

Selepas itu aku dibawa ke satu troli. Nurse tunjukkan aku bahan bahan nak dialisis dan diterangkan satu persatu. Ada Kateter… dan Dialysate. Kateter ini macam menyambungkan Dialysate dengan tiub luar perut aku. Manakala Dialysate air ubat yang tergantung yang akan dimasukkan ke dalam perut.

Kemudian nurse ajar aku cara basuh tangan yang betul. Erti ada langkahnya. Bukan main cuci macam kau nak makan. Sabunpun perlu beli yang antibakteria. Bau Dettol kuat ooo. Kena cuci tapak tangan, pergelangan tangan, celah celah jari dan belakang tapak tangan. Semuanya demi mengelakkan kuman.

Selepas selesai nurse suruh aku duduk kat tempat nak cuci. Dia suruh aku gantung air. Kemudian cucuk dengan kateter. Selepas itu nurse ajarkan aku sambungkan dengan tiub. Nurse ajar macam mana nak buka supaya air masuk ke dalam badan. Apabila air mula masuk! Aku rasa nak menjerit! Sakit mak oi bila air masuk dalam. Mungkin sebab nurse tengok mimik muka aku yang dah mula macam orang tahan sakit. Maka dia cakap

“Tahan sikit dik. Memang masa mula mula sakit. 2-3 hari nanti ok. Luka dalam perut tak sembuh lagi.”

Hanya ALLAH yang tahu kesakitan yang aku rasakan. Macam perut aku ditikam tikam. Air tu masuk tak lama dalam 7-10 minit. Tapi mak ai. Selepas selesai aku diajar nak tutup dan buka kateter. Juga diajar macamana nak tutup tutup dan masukkan ke dalam beg khas tiub tersebut. Selepas selesai aku diajar mengambil bp dan suhu. Ini bermakna sebelum tiap kali mula CAPD selepas ini, aku perlu ambil BP dan suhu. Kalau BP ok aku boleh buat. Kalau tak aku kena minta nasihat doktor. Begitu juga dengan suhu, kalau suhu tinggi cepat cepat berjumpa doktor takut jangkitan kuman dan ianya sangat sangat berbahaya. Dan beberapa nasihat lagi tentang penjagaan CAPD. Ayah akupun dengar sama gak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.